KISAH DI BALIK TABIR SIRI 2

Pengadil akan meniup wisel untuk masa tambahan bila-bila masa saja, so kalau aku lambat...hilang pulak stim untuk menulis. Jadi, aku fast-forward sebelum Hari Raya yang lalu.(Mat SamanKati)

 Hujung bulan Julai, Khalid sudah menjangka dia akan dipecat. Dan ketika orang tengah sibuk dengan surat tunjuk sebab dari PKR, Khalid cuba mendapatkan nasihat dari kawan-kawan dia. Pertama sekali dari PAS.

Tentu kita masih ingat satu gambar pertemuan Hj. Hadi, Mustafa Ali dan Khalid dirumah Khalid dalam bulan Ramadan. Hj. Hadi dan Mustafa Ali datang kerumah Khalid selepas solat Terawikh...kira dah hampir tengah malam jugak la. Namun, tak banyak info yang keluar sebab Hj. Hadi cuma bagi tau..."saja nak datang melawat."

Sebenarnya, masa tu Khalid meminta pandangan Hadi. Kalau PAS sokong dia, Khalid akan terus memegang jawatan MB. Kalau PAs tak sokong, dia akan letak jawatan.
Hj. Hadi adalah orang yang paling kuat menyokong Khalid. "Enta jangan risau. PAS akan sokong seratus peratus. PAS akan tetap sokong, walau apapun  terjadi." Khalid syok sikit la.

Lepas tu, Khalid cuba mendapatkan sokongan dari ADUN-ADUN PKR. Roziah Ismail sampai menangis tersedu-sedu.."I'll be with you, Tan Sri. I'll be with you..Tan Sri". pirrrahh!! Elizabeth Wong juga mahu kekal bersama Khalid. Dr. Daroyah agak goyang sikit..."Wait and see." So, dari PKR...
Khalid dapat sokongan dari dua EXCO dan dua lagi ADUN. Kalau campur dia sendiri, jadi lima. 15+5=20. Ini bermakna, PKR dan DAP ada 24..so team Anwar lebih 4 kerusi.
Khalid menyampaikan situasi ini kepada Sultan. Sultan mintak Hj. Hadi datang mengadap untuk mendapat kepastian.

Hj. Hadi berjumpa Sultan pada 5 Syawal...atau Hari Raya kelima.



Sultan tanya kat Hj. Hadi mengapa dia sokong Khalid. Hj. Hadi jawab, "Haram hukumnya menjatuhkan pemimpin yang tidak bersalah." Dan Hj. Hadi juga memberitahu Sultan bahawa PAS akan menyokong Khalid seratus peratus. Sultan puas hati.

Semua ini berlaku lebih dari seminggu sebelum Khalid dipecat. See...semua sudah standby..cuma ada satu masalah.

Khalid ada 20...Anwar ada 24. Siapa yang ada majoriti? Kalau ikutkan, Anwar ada kelebihan. Tapi macam mana kalau Sultan setuju dengan Anwar dan kemudian, bila tiba sidang DUN, geng Umno seramai 12 orang bertindak menyokong geng Khalid dan PAS, menjadikan geng Khalid 32 dan geng Anwar 24? Lingkup juga Anwar dan kemungkinan PRN perlu diadakan.

Ada orang dari istana buat kerja jadi orang tengah. Sama ada Sultan yang arah atau tidak..aku tak tau.
Istana cuba mendapatkan pandangan dari Umno, sama ada mereka mahu satu PRN baru atau tidak. Umno pun tak kuat dan tak berani nak menghadapi PRN..tambahan pulak kerja "mediation" ini dibuat oleh istana.

Umno membuat keputusan untuk menyokong team Khalid.So, bila Khalid dipecat, Khalid berjumpa Sultan dan memaklumkan situasi pada masa itu. Pada aku, ia hanyalah formaliti sebab semuanya dah tau. Sultan pun mengarahkan Khalid meneruskan tugas sebagai MB.

Keesokan harinya, Wan Azizah pula memohon mengadap. Yang lecehnya, Azizah membuat permohonan bagi pihak suaminya untuk mengadap. Surat permohonan pun bukan yang mempunyai letterhead parti, tapi letterhead Anwar Ibrahim.

"Bila Sultan dapat surat tu...dia kata."Ni orang tak tau adab dan tak tau adat. Macam ni nak jad MB? Hang Presiden parti..nak jadi MB..tapi nak jumpa aku pun hang suruh laki hang yang mai?" Lebih kurang macam tu la.Anwar gagal mengadap. Dan Sultan pun berangkat ke luar negeri.
So, Khalid tidak menipu Sultan bila dia kata dia ada majoriti sebab Sultan sendiri mendapat kepastian dari Hj. Hadi. Cuma yang tersepit disini ialah Hj. Hadi.

Dia sudah berjanji dengan Sultan..tapi sekarang janji tersebut dimungkiri. Kalau sebelum tu Hj. Hadi kata, "Haram menjatuhkan pemimpin yang tak bersalah", sekarang apa hukumnya memungkiri janji?
Ok la...bukan salah Hj. Hadi sebab orang-orang dia yang menentang keputusannya. Tapi, mana Hj. Hadi nak taruk muka? Hari ini, member aku, Raja Azman Petra buat satu status menarik dalam FBnya

Mesyuarat AJK PAS Pusat membuat ketetapan diantaranya mengekalkan empat EXCO dalam kerajaan PAS-Umno-Khalid-Ibrahim (P.U.K.I).
Bijak PAS. Yang ni orang Perak kata "Ceghodik buah pelior,............................"

No comments: