Peranan mendiang Ferdinand Marcos Merampas Sabah daripada Malaysia
Dengan tewasnya Diosdado Macapagal dalam
pertandingan kerusi Presiden Filipina, lantas melonjak naik nama
Ferdinand Marcos sebagai pemimpin Filipina yang baru.
Kerajaan Malaysia yang amat tertekan
dengan sikap Presiden Macapagal yang mencetuskan isu tuntutan Sabah oleh
Sultan Sulu, merasa lega dengan pelantikan Marcos, kerana memikirkan
beliau akan bangun memajukan negaranya sendiri seperti yang dilaungkan
olehnya sebelum itu.