UMNO sedang berusaha dan mungkin
telah dapat menyenaraikan ‘winnable candidate’ untuk pilihanraya kali ini.
Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang
pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan
sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah
merudum sekarang ini.
Semalam Mahathir berlainan pula
pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih
calon. ‘Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’
katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan
otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa
yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan
membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima.
Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh di ikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu
Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh di ikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu
Apa yang paling menariknya lagi,
pada pilihanraya yang lalu Mahathir telah meminta rakyat jangan mengundi
mengikut parti. Beliau mahukan rakyat memilih calon kerana jika parti
menurunkan calon yang tidak baik maka ia tidak akan memberikan keuntungan
kepada rakyat dan negara termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu.
Semasa itu Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan
mengikut kehendak masa dan zamannya.
Memang sikap Mahathir suka membodoh-bodohkan
orang lain. Kita bukan tidak faham, tujuan beliau meminta rakyat mengundi calon
bukannya parti dalam pilihanraya yang lalu, ialah untuk menjatuhkan Abdullah
Badawi kerana beliau terlalu sakit hati dengan penggantinya itu kerana terlalu
degil dan tidak mahu bertindak mengikut kehendak beliau. Semasa berkempen di
Kedah dalam pilihanraya itu beliau hanya pergi ke Jerlun untuk membantu anaknya
Mukhriz.
Tujuannya ialah untuk melemahkan
keputusan pilihanraya itu. Dengan jatuhnya prestasi kemenangan BN maka mudahlah
beliau untuk melakukan dan membantu sesiapa yang hendak mengambilalih Badawi
itu dengan mudah dan kehendak beliau telah berjaya dilakukannya. BN menang
tetapi hilang sokongan 2/3 dalam Parlimen. Maka mudahlah mendesak Abdullah
untuk berundur. Najib pun naik setakuk lagi dan menjadi Perdana Menteri sekarang ini, tetapi mempunyai terlalu banyak
dan besar ‘baggage’ nya untuk menjadi seorang PM yang diyakini rakyat.
Walaupun Mahathir sudah
membayangkan agar Najib perlu meletakkan jawatan jika keputusan PRU nanti lebih
teruk dari keputusan PRU yang lalu. Tetapi kali ini Mahathir tidak boleh lagi
meminta rakyat memilih calon dan bukannya parti. Jika itu masih menjadi saranannya
maka UMNO akan kalah terus dan Mahathir sudah barang tentu memahami keadaan
sekarang . Mahathir bukannya tidak faham keadaan sekarang. Beliau tahu UMNO
sedang tenat dan imej UMNO begitu buruk dan parti itu sudah dianggap parti
usang oleh majoriti rakyat termasuk orang Melayu sendiri.
Memahami keadaan itu sekarang lah
yang menyebabkan Mahathir terpaksa mendesak semua pihak memberikan undi terhadap
sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh UMNO nanti. Mahathir terlupa yang rakyat
yang ramai-ramai ini pergi juga ke sekolah sikit-sikit dan rakyat mampu untuk
memberikan pertimbangan yang wajar untuk kebaikan negara.. Lagi pun Mahathir
sudah disedari oleh ramai yang beliau merupakan seorang yang terlalu mahir
memutar belitkan kata-katanya sendiri serta keadaan politik negara. Mahathir
mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika UMNO kalah.
Mahathir sudah sedar yang orang
Melayu sudah memahami yang tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan
wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. Dulu-dulu boleh
lah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu
akan mati dan pupus. Di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran
tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan
raya.
Malahan rakyat sudah sedar jika
mahukan kemajuan, pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong. Mereka sekarang ini
sedar jika pemikiran rakyat dikongkong, orang melayu tidak mampu untuk maju kerana
pemikiran dan otak yang tidak pernah mempunyai pemikiran sendiri. Selama ini
mereka hanya mengharapkan UMNO untuk melakukan pemikiran bagi pihak mereka.
Akhirnya mereka sedar yang UMNO itu hanya lah menjadi alat kepada ‘warlords’
yang tidak pun membantu UMNO untuk kepentingan rakyat ramai. Rakyat sudah sedar
yang UMNO yang memperlakukan rakyat sebagai lembu dan kaldai mereka sahaja
untuk kepentingan segulungan kecil rakyat semata-mata.
Menolak UMNO itu merupakan satu
tindakan yang mulia kerana membiarkan UMNO menggunakan kita sebagai kaldai itu
adalah satu tindakan yang menzalimi diri sendiri. Rakyat mesti melakukan sesuatu
yang memberikan kebaikan kepada rakyat yang ramai, bukannya untuk kebaikan Dr
Mahathir dan konco-konconya sahaja. UMNO itu bukan kepunyaan Mahathir sahaja
malahan UMNO sudah tidak di segani oleh banyak pihak kini.
Apa yang UMNO tahu hanyalah membeli
perasaan rakyat dengan BRIM RM500 sahaja. Murah betul nilai jiwa rakyat ini
dari pandangan UMNO terutamanya dari pandangan Najib.