Kes Anwar : Jude langgar peraturan polis dan Jabatan Kimia, kata peguam

11/03/2011





KUALA LUMPUR 11 MAC : Pegawai Penyiasat, Timbalan Penguasa Jude Pereira tidak mematuhi prosedur Jabatan Kimia mahupun Polis Diraja Malaysia ketika menyimpan 12 spesimen yang diserah oleh pihak hospital termasuk pakaian yang dirampas daripada pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Jude akur beliau melanggar prosedur Jabatan Kimia Malaysia dengan menyimpan bahan bukti itu dalam peti simpanan pejabatnya dan bukan peti ais.

Manakala Jude melanggar peraturan polis dengan tidak memastikan semua sampel itu mempunyai maklumat tepat seperti tarikh ujian dijalankan, kata peguambela Sankara Nair.

Sankara yang menyoal Jude berkata, walaupun mendapat arahan daripada doktor HKL yang memeriksa Saiful untuk menyimpan bahan bukti dalam peti sejuk, Jude membuat keputusan menyimpan dalam kabinet besi di pejabatnya.

"Dr Siew ada beritahu untuk letak spesimen dalam peti sejuk, adakah kabinet besi itu peti sejuk?" tanya Sankara.

"Saya langgar arahan (prosedur) tapi saya memutuskan sendiri. Peti sejuk di stor telah penuh dan saya ingin menjaga keselamatan spesimen tersebut lalu menyimpan dalam kabinet besi pejabat saya," jelas Jude.

No comments: