Kes Anwar: Selain Najib, Rosmah Turut Beri Kenyataan Polis

11/03/2011









KUALA LUMPUR 11 MAC : Polis mengambil keterangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor berhubung aduan Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan kononnya beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, pegawai penyiasat kes itu mendedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah dan Najib. Perdana Menteri berjumpa dengan Saiful pada 24 Jun 2008, empat hari sebelum Saiful membuat laporan polis terhadap Anwar.

Keterangan Jude bahawa Rosmah turut terbabit dalam siasatan polis mengejutkan mahkamah. Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada mulanya menafikan beliau menemui Saiful tetapi kemudian mengaku berbuat demikian apabila perjumpaan itu didedahkan dalam media alternatif.

"Saya ada ambil kenyataan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Hadirin yang berada di dalam mahkamah terkejut dengan maklumat tersebut.

Peguam Karpal Singh kemudiannya mengarahkan Jude untuk mengesahkan kenyataan beliau.

"Ada" kata Jude.

Sebelum itu, Jude mengakui tidak ada cubaan merekodkan kenyataan Anwar susulan laporan polis Saiful sehingga Ketua Pembangkang ditangkap pada 16 Julai 2008.

Jude juga mengakui Anwar diberikan notis untuk memberi keterangan tetapi waran tangkap dikeluarkan terhadap Mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau ketika itu dalam perjalanan ke Balai Polis untuk memberi keterangan.

"Seksyen 112 adalah untuk merekodkan kenyataan, bukan untuk menangkap Anwar. Jadi kenapa Anwar ditangkap?", tanya Karpal.

Jude berkata beliau memohon waran itu atas pertimbangannya sendiri tetapi tidak pula menjelaskan asas-asas tindakannya itu.

Pengawai kanan polis itu terus menimbulkan kecurigaan apabila memeberitahu mahkamah beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana petugas lokap D9 IPKKL supaya tidak menyentuh barang-barang di dalam lokap.

Sebelum ini, petugas-petugas lokap yang dipanggil ke mahkamah sebagai saksi mengesahkan Jude sememangnya mengeluarkan arahan sedemikian.

Kredibiliti Jude terus tercemar apabila Karpal mengeluarkan laporan rasmi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang membuat perakuan bahawa pegawai polis itu memberi keterangan palsu berhubung siasatan badan berkenaan ke atas penahanan lima peguam tanpa waran tahun lalu.

No comments: