PROGRAM SOKONG KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 14 Feb: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang akan mengadakan Himpunan Rakyat Menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada 16 Februari ini di Dewan Milenium, Kepala Batas.

Menurutnya, perhimpunan itu akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosidi Husain, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri , Yusni Mat Piah dan Pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman.


Sementara itu Ketua AMK ,Sdr Amir Ghazali menjelaskan bahawa AMK juga akan mengaturkan beberapa siri cermah dan penerangan mengenai kedudukan kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.

"AMK Pulau Pinang akan adakan dua program besar selepas sambutan Tahun Baru Cina untuk membersihkan nama Kerajaan Negeri. Selain itu AMK juga bertekad berhimpun seramai mungkin untuk mengatakan pendirian berada kukuh di belakang kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, " tambahnya yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Menurutnya lagi, inilah kali pertama Anwar kembali ke Pulau Pinang setelah dihadapkan ke mahkamah kali kedua ekoran pertuduhan liwat.

Selain itu, pada 7 Mac, dijadualkan majlis Debat Perdana sempena dua tahun pemerintahan PR diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang melibatkan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim dan Ketua Pemuda Umno negeri, Norman Zahalan.


“Kita nak lihat apakah hujah mereka walhal Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja bertindak terhadap gerai Melayu bahkan Cina dan India turun dikenakan tindakan kerana tidak mengikuti peraturan sejak di zaman Barisan Nasional (BN) lagi, " ujarnya.