MOGA NIZAR CEPAT SEMBUH UNTUK BERJUANG


ADUN Teja Harap Nizar Segera Sembuh

FRIDAY, 08 January 2010 2:43 PM Oleh Roziyah Mahamad





KUALA LUMPUR : ADUN Teja, Chang Lih Kang berharap Nizar segera sembuh dan dapat menyambung tugasannya untuk rakyat Perak. Beliau berkata demikian selepas melawat Ahli Parlimen Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar yang terlibat dalam kemalangan pagi ini.


"Datuk Seri berada dalam keadaan stabil. Cuma beliau perlu ditahan di wad selama satu malam," jelas Chang ketika dihubungi Era Pakatan.


Chang yang melawat Nizar memaklumkan MB Pakatan Rakyat Perak itu menerima satu jahitan dan cedera ringan di bahagian tangannya akibat kemalangan. Beliau ditahan di wad selama satu malam kerana tekanan darahnya dilaporkan tidak stabil.


Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika kemalangan dikatankan dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila keretanya gagal dikawal pada kira-kira jam 9.30 pagi.


Beliau cuba mengelak sebuah kereta lain sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan keretanya terbalik.


Bagaimanapun beliau berjaya merangkak keluar daripada keretanya sebelum dihantar ke Hospital dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun .

No comments: