DUN PERAK MUNGKIN BUBAR

Mungkin Bubar Dun Perak Kerana Bimbang Malu - Nizar Jamaluddin

PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menjangkakan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubar sebelum 9 Februari untuk memelihara maruah Barisan Nasional (BN).

"Mungkin dia (Zambry Abdul Kadir) akan mengadap tuanku sultan Perak untuk bubar Dun. Dan, kita memang berharap pun supaya dia berbuat begitu," kata Mohammad Nizar ketika dihubungi erapakatan.com di sini, hari ini.

Tambah beliau, Zambry seharusnya berbuat sedemikian sejak awal dahulu untuk dilihat sebagai 'gentlemen'.

"Kalau dia bubar Dun lebih awal, dia kelihatan 'gentlemen', dia akan lebih dihormati rakyat, sesuai dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," kata beliau.

Tambah Mohammad Nizar, biarpun kes pergolakan antara kedua-dua Menteri Besar Perak itu berada dalam keputusan mahkamah, namun rakyat yang lebih berhak membuat keputusan berhubung siapakah menteri besar pilihan mereka.

"Kemelut pergolakan dalam negeri Perak ini bukan boleh diputuskan oleh mahkamah, saya melihat hal ini mesti dirujuk semula kepada rakyat, kerana merekalah yang lebih berhak memilih siapakah menteri besar baharu pilihan mereka," tambah beliau.