Orang Asli kata "pergi!"... tetapi JHEOA sendiri masih terhegeh-hegeh kata pelindung and pejuang Orang Asli, demikan kata Tijal Yok Chopil. Pertama-tamanya saya ingin menegaskan bahawa dalam dunia ini tiada manusia dan makluk yang perlu dibertahu bahawa dia sedang kelaparan/kebuluran dan perlu cari makan. Oleh yang demikian kebangkitan Orang Asli sekarang adalah atas dasar kesedaran sendiri bahawa kami selama ini sudah penat ditindas; penindasnya pula bukan hanya oleh berbagai pihak tetapi oleh pihak jabatan sendiri; TIDAK perlu dipengerahui! tidak perlu diberitahu! tidak perlu dihasut!...jika hampir 51 tahun OA dibawah naungan dan perlindungan dan pengawasan JHEOA, kami menduduki carta miskin tegar;
1. Nama OA dipergunakan oleh pihak jabatan; peruntukan untuk OA, projek TSK orang Asli, hospital OA, kenderaan OA, bangunan OA dan berbagai OA lagi.... tapi yang jelas dan yang semua orang telah dan sedang lihat adalah Orang Asli semakin miskin tegar!... Orang Asli kuli atas tanah dan projek yang dikatakan untuk OA... OA semakin merempat!
2. OA bukan dipengaruhi! Tetapi kami OA sendiri yang terpaksa mencari/merayu bantuan dari orang atau badan lain yang lebih perihatin dan berperikemanusiaan - kerana kami mendapati JHEOA sudah tidak boleh dipercayaai! tidak boleh diharap! tidak berguna! jual Orang Asli! ... makan duit OA!...mempergunakan OA! memesongkan OA supaya menjadi pak turut, jadi penakut! menjadi bodoh! menjadi buta dan bisu!...selama ini... 51 tahun.
3. Adakah kami dihasut? - bila seluruh projek TSK dalam projek RPS yang kononnya untuk OA dengan keluasan enam ekar seorang, tetapi OA terlibat hanya dapat dividen M400 setiap dua bulan sekali! - itupun setelah Orang Asli terlibat membuat bising atau mempersoalkan perkara tersebut jika tidak dividen hanya akan diperolehi setahun sekali atau setahun dua kali sebanyak RM400.... - bila tanah dan segala sumber, sejarah, usaha-usaha dan sebagainya OA dipaksa dan terpaksa tinggalkan dan berambus ke kawasan baru yang tidak ada apa-apa serta tanpa sebarang pampasan... Semuanya menurut JHEOA demi pembangunan negara dan OA diharuskan terima tanpa ada peluang dan diberi peluang membantah dan mempersoalkannya. Jelaslah dalam banyak kes-kes OA di Semenanjung Malaysia, JHEOA merupakan dalang, tukang hasut, tukang pengaruh dan tukang permudahkan proses ini.
Tetapi entah apa jampinya sehingga saat ini JHEOA begitu kebal. Tidak ada satu orang pun dari mana ajensi kerajaan yang mempersoal atau siasat apa yang JHEOA buat! Semua kesalahan yang telah dibuat oleh JHEOA akan disalahkan kepada OA seratus peratus...
Tijah Yok Chopil ialah Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Perak
Saya adalah setiausaha bagi Jaringan Kampung Orang Asli Perak; dan jaringan ini telah kami tubuhkan pada tahun 2003. dan pada masa itu kami kenalinya dengan nama Jaringan Kampung Orang Asli Semai Peringkat Batang Padang Perak. Diantara Tujuan mewujudkan jaringan kampung ini adalah untuk mendorong MOA dikampung-kampung supaya bersatupadu dan berkerjasama dalam usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan dan pelbagai isu yang dihadapi oleh OA yang keseluruhannya adalah sama. Selain itu tujuan kami adalah untuk berganding bahu mendidik dan mendorong OA supaya kami lebih berdikari dalam hal menuntut dan melindungi hak asasi kami yang sudah lama dinafikan dan semakin dilupuskan dan yang tidak dilindungi oleh JHEOA iaitu satu badan yang begitu berbangga bahawa merekalah pelindung OA selama 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 2008 kami telah menggantikan nama pertubuhan kami kepada Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKAOP). Jaringan ini pula disokong kuat oleh Pusat Komunikasi Masyarakat KOMAS, Majlis Peguam Malaysia dan Pusat Bantuan Guaman dan Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC). Kami masyarakat Orang Asli terutamanya yang diperkampungan sangat memerlukan bantuan dari badan-badan ini kerana mereka sanggup membantu dan menyokong Orang Asli dengan ikhlas. Badan-badan ini telah mengembalikan keyakinan dan semangat kami sebagai seorang manusia seperti manusia lain.
Oleh itu sebagai seorang OA saya sangat terkilan dengan kenyataan yang telah diberikan oleh ketua pengarah dan juga penolong Pengarah JHEOA Malaysia yang telah dikeluarkan di akhbar NST beberapa minggu yang lepas. Dan seluruh Orang Asli dibawah Jaringan Kampung Orang Asli Perak, sangat kecewa dengan kenyataan tersebut.
JHEOA: Pillar of Orang Asli Community Unlocking the door for the Orang Asli Source: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Focus/2354054/Article/pppull_index_ht |