UMNO NAK MENANG ,NAMUN KURANG CALON WIBAWA

UMNO JANGAN KECEWA KEPUTUSAN MAHKAMAH.25 NOV TARIKH AKHIR RAYUAN .SEKSYEN 12(3) WRIT PERLU KELUAR 10 HARI.SEJARAH DLM PILIHANRAYA KERUSI KOSONG KERANA ADUN GAGAL HADIR SIDANG BERTURUT-TURUT.

UMNO Kedah di ketuai oleh Naib Presiden Sfaie Apdal ,tetapi semua panglima-panglima UMNO Kedah percaya bahawa seseorang calon anak tempatan yang berwibawa perlku di letak kan sebagai calon.

Menurut Dato Mahfuz Omar,"Jika UMno mahu meletakkan Mahathir Mohammad pun PAS Kedah sentiasa bersiap sedia untuk menentang calon Umno", demikian jelas Mahfuz lagi.

“Masalah nya ialah kami tidak mempunyai calon menteri besar .Bagaimana pula kami hendak meyakinkan rakyat??Jika berlaku kes pilihanraya , siapa pula gambar yang perlu kami letakkan disebelah wajah Datuk Seri Najib ", jelas salah seorang Ketua Umno Kedah.

Beliau menjelaskan bahawa tidak ada seorang pun calon dari 15 calon ketua bahagian yang layak untuk mewakili Umno Kedah akibat dari kekecohan dalaman.

“Jika ada pun yang mahu mengekalkan Syafie Afdal , dan sekurang-kurangnya menjadi timbalannya ,beliau mestilah seseorang yang kuat seperti Dato Mukhriz Mahathir atau Jamil Khir kerana senarai yang ada tidak dapat di samakan dengan mereka", jelas beliau lagi.

Shafie dipilihh Najib sebagai ketua Umno Kedah, namun sehingga kini beliau masih belum lagi dapat menyatupadukan semua ketua bahagian Umno di Kedah.

“JIka mereka mahukan Mukriz menjadi Menteri besar merka perlu mencalonkan beliau sekarang ini dan bukan masa akan datang menjelang pilihanraya nanti", demikian jelas beliau lagi.

Maknanya Umno tak punya pemimpin di Kedah.Dan jika Pakatan tidak berupaya menguasai semua keadaan ini maka amat malang sekali.Buat kedua-dua parti BN dan PR ada kelemahan buat masa kini.Yang jelasnya Umno tak punya calon wibawa dan dalam keadaan kepayahan yang amat sangat dimana tiadanya kerjasama di antara ketua bahagian sendiri.

No comments: