PARTI PEBANGKANG SARAWAK ADAKAN MESYUARAT KALI PERTAMA


KUCHING-Empat parti pembangkang utama Sarawak PKR,DAP,PAS dan SNAP mengadakan satu mesyuarat buat pertama kali bagi persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan sebagai satu persediaan awal ke arah pemerintahan negeri tersebut.


Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh pengerusi perhubungan negeri PKR Sarawak Mustafa Kamil Ayub bersama 7 jawatankuasa parti yang lain.


DAP pula di wakili oleh pengerusi nya iaitu Wong Ho Leng, Chong Siew Chiang, Chong Chieng Jen dan tujuh yang lain manakala PAS di wakili oleh Saidin Massudin Sahini dan 6 jawatankuasa yang lain serta SNAP pula di wakili oleh Edwin Dundang dan setiausaha agognya iaitu Stanley Jugol


MUstaffa memberitahu wartawan selepas mesyuarat tersebut bahawa apa yang di bincangkan iaitu meletakkan calon disetiap kawasan DUN iaitu sebanyak 71 DUN mengundi dengan cara satu lawan satu dan dalam masa yang sama mengukuh jentera Pakatan Rakyat .


Mengenai pembahgian kawasan pula, Mustaffa menjelaskan bahawa setiap parti diberi masa yang sesuai bagi menentukan kawasan yang hendak di tandingi dan kita akan berbincang untuk membentuk jawatankuasa seterusnya.


Mustaffa juga menjelaskan setiap langkah dan juga kenyataan yang akan di buat akan di salurkan ke jawatankuasa yang di pengerusikan oleh 4 parti.

"Kita tidak mahu adanya salah tanggapan dimana semua yang berlaku hendaklah di salurkan ke dalam parti untuk di selesaikan dengan cara pemuafakatan" , demikian jelas Mustaffa lagi.


Menurut Edwin Dundang , beliau begitu gembira apabila di jemput bagi menyertai mesyuarat Penting ini bagi membentuk sebuah pakatan yang kuat dan kukuh bagi menghadapi Bn di Sawarak.

"Kita sedang memperkenalkan sistem dua parti kepada rakyat Sarawak, Jika mereka merasa bosan dengan Bn mereka boleh mengundi PR di sarawak" jelas Dundang lagi.


Sementara itu Pengerusi perhubungan negeri DAP , Wong juga merasa kan bahawa ini adalah satu sejarah yang akan membentuk satu kerjasama yang kukuh.
Sementara itu menurut PKR , mereka telah menyerahkan dan mengarahkan semua cabang parti tersebut agar mengenalpasti calon yang sesuai bagi mewakili mereka dalam pilihanraya yang umum nanti ', Keputusan megenai calon kemudiannya akan ditapis dan dibincangkan dalam jawatankuasa parti tersebut.
Beliau juga menyatakan bahawa persediaaan awal dilakukan kerana ianya penting sebab pilihanraya mungkin akan di adakan pada tahun ini atau pun tahun hadapan.

No comments: