KAKI BODEK MEMBELA MAHATHIR


Selepas Sukumaran, seorang ahli MIC Paya Besar mengeluarkan satu kenyataan agar Mahathir di hadiahkan dengan kalongan kasut,kini pembodek Umno membuat laporan polis.Umno Bukit Gelugor kini mengambl langkah seterusnya dengan menyatakan satu penghinaan kepada pimpinan negera yang di kenali sebagai Mahzalim dan juga Maha-Maha dalam sebuah novel Dato Shahnon Ahmad sewaktu awal reformasi dahulu.

Mereka berpendapat bahawa dengan menghina Tun Mahathir itu seolah-olah menghina semua ahli Umno.Seolah-olah Tun Mahathir tidak boleh dikritik walau kebanyakkan sistem yang ada sekarang ini adalah hasil peninggalan beliau sebelum ini.

Selepas Tun Abdullah gagal untuk menyelesaikan beberapa masalah yang ditinggalkan Tun Mahathir, kini giliran DS Najib pula untuk memperbetulkan tanggapan orang Melayu yang tidak menyokong tindakan Tun Mahatir baik dalam sistem kehakiman,menghapuskan rasuah,berbelanja ikut suka hati membalun duit PETRONAS, dan kini ada lagi yang sedihnya apabila Umno yang suatu ketika dahulu pernah menjadi lambang menipu kaum Melayu sudah menyedari bahawa kesilapan yang lalu perlu diperbetulkan.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa sejak Anwar disingkirkan dari kerajaan, orang Melayu mula membuka mata di ketika itu dan gelombang untuk menolak Umno belum pudar sehingga kini.Sepatutnya tindakan Sukumaran ini akan dilihat sebagai hero diketika Tun Mahathir berkuasa.Tindakan Sammy Vellu mengkritik Mahathir pula harus dibuat diketika Tun Mahathir berkuasa, dan diketika itu baru dianggap sebagai pejuang bagi rakyat.

Kini selepas kuasa beliau tidak lagi berada di puncak, semua sudah mula menghentam beliau termasuk seorang ahli MIC yang fanatik dengan Sammy Vellu.Maka kerana itu Umno Bukit Gelugor pula membela Mahathir untuk memaksa Sukumaran di kenakan tindakan.Mungkin Umno Bukit Gelugor mahu Sukumaran di tahan dibawah ISA kerana mengkritik pemimpin kesayangan mereka Tun Mahathir Mohammad.Pada pandangan Jurit, setiap laporan yang dibuat beliau sebagai ahli Umno,mestilah diambil tindakan drastik sebagaimana yang biasa di lakukan sebelum ini dimana akan diambil tindakan jika ada ahli Umno yang melaporkan sesuatu.

Itu bukan satu pembelaan yang dimanfaatkan oleh Umno Bukit Gelugor,Tidak seramai mana pun Melayu di kawasan tersebut.Malah Mohammad Jurit patut membela Melayu Tanjong Tokong yang akan di pinggirkan dari tanah Pulau Pinang.Isu Sukumaran menghina Mahathir ini adalah kecil sahaja dari apa yang boleh dikaitkan dengan Mahathir semasa beliau mengendalikan kerajan Malaysia. Apalah sangat jika di bandingkan dengan penghinaan terhadap raja-raja melayu dizaman beliau. Kini beliau perlu juga menerima habuan kerana mungkin pernah menghina orang lain.Untung juga belum di baling dengan kasut....sebagaimana yang dihadapi Bush.Mungkin Sukumaran merasa marah dengan Umno dan bukannnya Tun Mahathir.Tun Mahathir adalah lambang kepada beberapa siri pentadbiran kerajaan Bn selama 22 tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Banyak kesan peninggalan Mahathir hingga ke hari ini yang akhir di tolak oleh pimpnan Umno sekarang.Mahathir juga mengutuk pentadbiran Pak Lah dan juga DS Dato Najib.Maka kerana itu , rasanya isu kalungan kasut ini tercetus lama dalam fikiran rakyat , cuma masa sahaja untuk mencetuskannya tidak kena.Adalah lebih elok Tun Mahathir memerhati dan jangan rosakkan pentadbiran DS Najib yang sedang berjalan sekarang..dan lebih baik sahaja mendiamkan diri kerana diam itu lebih baik dari tidak.Biarlah generasi sekarang menjalankan tugas dengan tenang kerana jika di zaman Mahathir sekalipun sudahpasti akan terpenjara sebagaimana Anwar...