KRISIS MCA BERLARUTAN UNTUK JATUHKAN ONG

updates 9.00pg 7.9.09



Penyokong Datuk Chua Soi Lek hari ini mendakwa bahawa mereka sudah mengutip hampir 1200 tandatangan deligasi MCA dari seramai 2402 orang yang terpilih.Mengikut pelembagaan dalam MCA undi tidak percaya boleh dilakukan jika ianya mencapai 800 dari tandatangan deligasi atau perwakilan dalam MCA untuk menyatakan sesuatu bantahan.


Menurut sumber yang di percayai perwakilan sedang mengutip lebih lagi tandatangan bagi menyingkirkan Ong sebagai preseden dalam undi tidak percaya terhadap beliau sebagai presiden. Dalam masa yang sama Ong menggunakan beberapa jentera Umno sebagai pecacai bagi membantunya.


Sementara itu , belum jelas sebanyak mana lagi jumlah tandatangan yang telah di perolehi oleh kem Chua bagi mendapatkan tandatangan.Chua di pecat dengan cara yang juga tidak demokratik oleh Ong dengan membangkitkan isu skandal seks beliau sebelum ini .


Dalam blog Ong,beliau mendakwa bahawa Chua menggunakan Umno dan beberapa pimpinan Bn bagi menyokong tindakan beliau. Malah dalam blog beliau juga mendakwa bahawa hanya beliau sahaja yang dapat menyelamatkan masyarakat cina dari menjadi budak suruhan Umno.