KITA KAJI AKHBAR UTUSAN 7.9.2009 YANG AKAN MENJATUHKAN uMNO/bN DENGAN CEPAT
.Pembangkang gagal laksana tugas
• Pembangkang tiada kredibiliti memerintah
• Gagal urus perpaduan antara kaum
Oleh kerana pembangkang tak pandai urus maka elok kita serahkan negara ini biar Umno/Bn urus semuanya.
Maka kerana itu PKFZ,Tabung Haji ,PETRONAS, PERWAJA, SPRM,SCORPENE,SUKHOI,KEHAKIMAN ,skandal seks,pembunuhan dan semuanya diuruskan oleh Umno/Bn......DALAM KEADAAN BAIK
Ini berikutan kempen pilihanraya Bagan Pinang.Jika isu ini dibawa oleh Hj Hadi,Kit Siang,Anwar dan semua pimpinan Pakatan Pembangkang dalam kempen pilihanraya Bagan Pinang,nampaknya Bn/Umno akan menghadapi kekalahan ke 9..dalam tahun 2009.
Bukan apa, kedudukan Umno dalam Bagan Pinang bukan kuat sangat jika seramai 5000 undi pos dibenarkan mengundi secara bebas.Maka kerana itu, akhbar Utusan menjadi pemangkin no 1 dalam usaha menjatuhkan Umno selama ini selain propaganda TV3 dan juga RTM.Seperti kata Husam Musa, jika Umno kalah dalam pilihanraya ini , bermakna nyawa Umno adalah lebih cepat dari jangka hayat kejatuhannnya.
Umno/bn tidak melihat ini sebagai sebuah stesen yang lebih bijak untuk menaikkan pimpinan dan pentadbiran negara , tetapi menjadi satu meden kempen pilihanraya dan akhirnya memerangkap Umno/bn ke lembah dihina dan kekalahan.
Isu seperti ini bukan menunjukkan kelemahan Pakatan Rakyat akan tetapi rakyat menolak agenda yang dibawa Bn/umno dalam masyarakat.Isu kuil di Shah Alam itu isu peringkat daerah dan parlimen sahaja.ianya boleh di selesaikan , namun diperbesarkan oleh media, dan mungkin akan ada penyelesaiannya juga.Jika mengikut kata Khir Toyo, maka kerana itulah Khir Toyo di tolak di Selangor dan Shah Alam .Ini yang cuba di selesaikan oleh Pakatan Rakyat Selangor...bukan kebijakkan Khir Toyo meletak tapak kuil.
Buat masa ini biarkan utusan dengan kerja mereka, kerana yang berada didalam utusan itu pemikir-pemikir yang sudah biasa membuat berita sejak 30 tahun dahulu dimana semua berita dan usaha diterima bulat-bulat kerana pemikiran rakyat ketika itu terjajah mindanya.Akan tetapi ruang tanpa sempadan dan minatnya pembacaan dan juga cara tradisional yang dibolehkan oleh pembangkang berceramah, dan juga video berita berbagai sumber, pemikiran rakyat melampaui pemikiran pemerintah parti Bn/Umno dan juga pemikir-pemikr dalam Utusan dan juga Tv kerajaan.
Benar kata Husam Musa, usaha ini adalah menuju kepada cepatnya jatuh pemerintah dari jangka hayatnya.