NASARUDDIN-JIKA JIMAT DUIT RAKYAT,MANIK URAI JANGAN MASUK BERTANDING







ISU PENANTI

Beliau yang juga merupakan YB Bachok klantan menjelaskan bahawa kerajaan Bn membazirkan wang apabila menggunakan khidmat poolis secara maksimum dalam setiap pilihanraya.Paa hal menurut beliau tiada sebarang kejadian yang tidak diingini jika Umno Bn tidak bertandin dalam pilihanraya. Malah menurut beliau lagi dala pilihanraya di Terengganu hampir 6 juta digunakan hanya untuk menyewa khemah bagi kediaman pihak polis.Di terengganu sahaja hampir 16 juta di guankan bagi perbelanjaan pilihanraya.


Penanti juga merupakan sejarah yang tidak boleh dilupakan apabila sampai kini Umno tidakberani meletakkan calon dan tidak bertanding.kita dengar berbagai alasan yang diberikan malaha mahathir sendiri pernah berkata bahawa "people are sick by election .But i say people are not sick by election but people are sick with u and Bn" jelas Nasaruddin lagi



ISU KREDEBILITI PM-PAS CABAR KERAJAAN AMBIL TINDAKAN

Sehingga kini PM DS Najib masih diam membisu kerana berbagai tanggapan burok diberikan.Malah menurud Nasaruddin lagi, kes yang dikaitkan dengan beliau sehingga kini masih belum selesai dan PAS menuntut agar agar ianya di jelaskan kepada rakyat demi menjaga nama dan kreadibiliti kerajaan dan nama beliau sendiri.Beliau juga menjelaskan bahawa sehingga kini 13 buah akhbar diselurh dunia dan eropah melaporkan kejadian tersebut misalnya di Perancis,London,Indonesia dan beberapa lagi negara Eropah,namun kerajaan diam membisu.

"Bagi kita PAS apabila akhbar The mirror menuduh bahawa Tn Guru Hj Hadi adalah salah seorang penganas Al Qaeda dan kini di tahan di penjara, kita terus ke london danmengambil seorang peguam di sana dan menyaman akhbar berkenaan.Dalam hanya 10 hari akhbar tersebut memohon maaf dan membayar pampasan.Itu cara kita nak bersihkan nama presiden PAS" disambut dengan tepukan para hadirin yang dianggarkan 3000 orang semalam.



"Ianya adalah isu wibawa,kreadibiliti ,dan juga maruah kerajaan, dan kini rakyat sedar, ada pilihanraya kita kekalkan kemenagan dan merampas kawasan yang dikuasai mereka .Misalnya di Permatang Pauh. Kuala Teranggnu ,Bukit Gantang dan Bukit Selambau.dan DUN Penanti calon kita akan ditabalkan sebagai calon Timbalan Ketua Menteri"

"Saya mewakili PAS kita turun ke peringkat bawahan harapan kita hanya satu iaitu 31 Mei keluar dan undi undi calon PKR." demikian jelas Ustaz nasaruddin mat isa lagi.


J"angan takut ugutan,media dan apa yang ditulis.Kuasa di tangan tuan-tuan yang menentukan masa depan negara.Baik Umno PAS atau siapa sahaja 31 Mei keluar dan undi Dr Mansor Othman" rayu Nasaruddin di akhiri dengan salam.

No comments: