3 D = DENDAM ,DENGKI,DEGIL

Umno buat rombongan 31 Mei, elak keluar mengundi?

Menurut maklumat yang diterima ada khabar-khabar angin menyatakan bahawa Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai sedang mengaturkan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.Ini berikutan ada ahli Umno yang dilihat akan memberikan undi kepada calon PKR Dr Mansor.Tambahan pula Mansor dilihat sebagai seorang yang berwibawa.




Kegiatan membawa rombongan ke Bukit kayu Hitam tersebut adalah kerana Umno cuba menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Menurut sumber yang dipercayai,beberapa buah bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.Namun bukan semua ahli Umno akan pergi ke Bukit Kayu Hitam,kemungkinan ada yang pergi mengundi dahulu sebelum bertolak.

Menurut dongengan Umno jika Dr Mansor gagal memenangi kerusi DUN Penanti, sudah tentu keadaan akan menjadi tidak baik untuk PKR meletakkan calon Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.Jika Penanti kalah maka jumlah yang kalah akan menjadi 4-obermuala di Permatang Pauh.Kuala Terengganu,Bukit Gantang, dan kini Penanti.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN.