Menurut tuan guru Haji Hadi Umno adalah parti yang tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat kerana tudak mahu bertanding di kawasan yang mereka fikirkan tidak selamat dari menang. Malah menurut Hj Hadi parti yang tidak sanggup bertanding di DUN Penanti adalah satu parti yang kecil jiwanya,yang kecil semangatnya,parti yang menunjukkan tanda-tanda keruntuhan meski pun menonjolkan slogan satu Malaysia.
"Dulunya slogan bersih cekap dan amanah.bersih dah jadi tak bersih,cekap jadi cekup, dan amanah jadi punah ranah." Demikian jelas Tuan guru Hj Hadi Awang.Beliau berceramah di hadapan lebih 5000 di padang awam taman Guar Perahu semalam.
Kemudian timbul pula Islam Hadhari.Selepas kejatuhan Pak Lah kini islam hadari sudah hilang , Kini slogan satu Malaysia untuk perpaduan rakyat, dan bagaimana Umno dan rakan-rakannya nak mendokong satu Malaysia? Umno tidak bersatu PPP juga tidak bersatu ,MIC lempar kerusi satu sama lain , Gerakan tidak dapat mengawal ahli parti ,di Perak 2 menteri besar ,di Perli s 2 menteri besar dan di Teregganu juga 2 menteri Besar.
Menurut haji Hadi untuk menyatukan rakyat bukan mudah seperti mengumpul batu bata , bukan seperti menyatukan kayu-kayu , menyatukan manusia tidak sama dengan menyatukan makluk yang tidak bergerak.Manusia pula punya hati dan perasaan .banyak teori yang nak menyatukan manuisa berdasarkan sempadan negeri,keturunan ,bangsa dan ada yang menyatukan melalui ekonomi dan poliik.tetapi manusia tidak perlu dengan aspek itu sahaja.
Apa yang boleh menyatukan manusia ialah pemerintahan yang adil,baik , saksama dan menunaikan hak rakyat dengan sewajarnya.Bn bukan sahaja gagal mewujudkan rakyat yang bersatu padu dan Bn tidak boleh wujudkan perpaduan di dalam parti mereka sendiri sahaja..
Pakatan Rakyat mencoba untuk menunjukkan cara kita menyatukan rakyat.Pemerintah yang adil , tetapi malangnya Bn tidak berakhlak dengan akhlak kerajaan yang mengamalkan demokrasi yang tidak senang melihat kita memerintah dengan penggal yang septutnya.Di Terangganu,Kelantan ,Perak, Pulau Pinang.Bn tidak menghormati prinsip perlembagaan dan sistem konsep leberalisme .
Mereka Bn tidak peduli rakyat memilih kerajaan negeri..kerajaan persekutuan yang dipilih rakyat ,mereka memilih Bn . ada negeri yang memilih parti yang lain mereka mesti menghormati kerajaan negeri yang dipilih rakyat.Di Kleantan dan Terengganu ,mereka mewujudkan kerajaan dalam kerajaan .misalnya JKKK mereka diwujudkan kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.Kempen agar pelabur memulau Kelantan.Di Terenggunu perjanjian minyak misalnya .Di Perak Lihat bagaimana mereka lakukan.belum sampai setahun .kita cuba ketengahkan calon kita .PAS menghargai Pakatan Rakyat dengan mencalonkan orang PAS.Kita cuba laksanakan pemerintahan yang adil di Kelantan dan Terengganu dan bawa ke Perak.
Di Perak. apabila kita melaksanakan program tanah kepada rakyat di kampung baru misalnya dizaman penjajahan,darurat,zaman pemberontak komunis, mereka tinggal sudah beberapa generasi, meninggal dunia ,kini cucu mereka dan generasi baru .padahal semua zaman ini sudah berlalu. maka kerana itu kita mengambil pendekatan bagi membantu kaum dan golongan masyarakat di kampung baru.
maka kerana itulah dasar-dasar yang di kemukakan oleh kita telah di khianati oleh Bn.maka penanti, kita mesti menunjukkan satu penentangan yang sama walau Bn tidak ada, namun Bn wujud dalam bentuk yang lain.
Hadi berkata kemenangan politik yang dicari oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk membawa negara keluar daripada kancah salah laku Umno-BN.
“Bagi Pakatan Rakyat, tidak timbul soal enggan bertanding pada sesuatu pilihanraya atas kepentingan politik,” kata Hadi semasa ceramah beliau di depan kira-kira 5,000 orang di Guar Perahu, Penanti semalam.
“Kepada kita, lawan tetap lawan. Menang pun kita lawan, kalah pun kita lawan. Kita sanggup rebah bangun dalam membela rakyat. Kita tidak mahu menjadi satu parti yang hanya bertanding jika ia menang sahaja, jika kalah, melarikan diri – parti oportunis yang hanya mencari kesempatan,” tegas beliau.
BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak mengambil keputusan bersejarah tidak bertanding pada pilihanraya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada keempat-empat pilihanraya kecil di Semenanjung semenjak pilihanraya umum Mac tahun lalu.
Hadi berkata walaupun Umno tidak bertanding, namun kesan angkara BN keatas masyarakat, ekonomi dan sistem kerajaan amat kuat dirasakan.
“Walaupun tidak ada calon BN dalam pilihanraya kecil ini, namun roh BN masih ada. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para pengundi dan Pakatan Rakyat untuk menghidupkan demokrasi,” kata Hadi lagi.
“Manusia ada hati dan nurani, manusia tidak dapat disatukan dengan aspek ekonomi dan identiti kaum atau negara sahaja. Manusia hanya dapat disatukan jika pemimpin mereka adil dan mentadbir dengan cara yang sewajarnya,” tambah Hadi.
“Parti yang lemah ini, tidak mampu menangani masalah yang sedia ada. Pentadbiran yang penuh dengan penyakit rasuah, pilih kasih, dan yang paling malang tidak mampu menangani krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini.