ANAK MUDA BEKERJA UNTUK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT




Sungai Petani-Bukit Selambau.Diketika pimpinan Pakatan Rakyat hamper habis berceramah di 36 tempat semalam,jntera dan anak-anak muda ini turut membanting tulang dengan cara tersendiri,iaitu dengan memasang poster yang menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan yang di tulis semacam menghina.

Namun apabila di Tanya, jawapan yang diberi ialah”memang patut kerana media mereka hari-hari memfitnah kita,dan ini bukannya fitnah tetapi satu simbolik bahawa apa yang tertera ini adalah benar.”maka kerana itu kami anggap ianya patut di buat sebegini rupa.Kami anak muda .ada yang lepasan universiti dalam dan luar negara.maka kami melakukan ini kerana kami seolah-olah di perbodohkan”

Turut singgah di taman Peruda , dan sempat singgah di rumah Permatang Pauh.Ramai juga anak-anak muda di sini.Sengaja tidak diambil gambar di rumah Umno, jika diambil sudah tentu nampak golongan saluran 1 yang banyak,itu pun boleh dikira sekitar 5 orang ke 6 orang..Manakala jentera memasang bendear pula semacam anak-anak sekolah.entah lah tapi hakikatnya memang begitu.Anak –anak muda lebih banyak bergerak dengan parti oposisi berbanding pemerintah.

Kenapa ini terjadi???sebabnya kerana Umno gagal sebagaimana yang di laungkan pimpinannnya bahawa gagal mendekati anak-anak muda dan mungkin Tv memainkan peranan mengapa anak-anak muda ini membenci pimpinan pemerintah.Tambahan pula jika apa yang didakwa itu “TIDAK” oleh pemerintah , ianya seakan-akan menjadi “YA” kepada golongan anak muda ini.Misalnya jika di katakan tiadanya rasuah,sedangkan makin banyak rasuah di kalangan pemimpin yang jelas nampak jika dilihat dari harta benda yang dimiliki.Kemewahan yang terlampau barangkali????maka itu menjadi persoalan bag anak muda....

Masih banyak yang perlu di lakukan Umno untuk menawan hati anak muda bagi menyokong mereka……