9, 2009 : 05.27 pM
Selepas tiga minggu diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) cakap-cakap mengenai Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang didakwa sesetengah pihak sebagai pemimpin yang tidak mudah mesra rakyat dan berketerampilan elit, terus jadi bualan dan isu menarik kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Walaupun Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan bekas timbalan Menteri Dalam Negeri itu sudah menjawab segala tohmahan itu, tetapi hal itu belum nampak noktah bahkan Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Said masih digasak wartawan soalan sama.
Barangkali sudah bosan dengan soalan sebegitu, Ahmad berkata, "Kalau anda hendak kita berpuas hati semua sekali, anda buat robot (sebagai calon) pun tidak menjadi. Mana ada seseorang yang sempurna?
"Kenapa anda bertanya (prestasi) calon kita (BN). Anda tidak bertanya tentang calon PAS. Kita kena buat perbandingan (dengan wajar)."
Mungkin orang Terangganu sendiri tak kenal Wan Ahmad Farid berbanding calon PAS