REF: Malaysiakini
Dato Hasan akan mengetuai demontrasi usung keranda 152 yang menandakan bahawa sudah ada kesedaran kini PPSMI adalah tidak releven untuk semua bangsa di Malaysia.Ada cara nya kerajaan mahu menganggkat penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan kaum Melayu , iaitu dengan menambah guru khas bahasa Inggeris atau mengambil guru dari negera Barat dan dibayar untuk mengajar bahasa penjajah tersebut.Rasanya tak sampai 20 billion sebagaimana yang di peruntukkan.......
Manakala pihak kerajaan pula mengguna pakai kajian untuk kepentingan kerajaan.Kenapa harus gopoh ialah kerana semasa melaksanaknnya juga dilakukan dengan gopoh tanpa di bahas,di bincang,didebat,diperhalusi,malah tidak diberi pilihan. Bila di soal dan diugut untuk demontrasi, baru kerajaan menjadi matang dengan tiba-tiba seoah-olah tersedr dari lamunan bahawa orang Melayu membantah di atas kertas undi kerana banyk yang diakukan UMNO tidak lagi menguntungkan orang-orang Malayu sendiri.
Menurut Bernama, Hishammuddin berkata kementeriannya setakat ini sudah meneliti 22 kertas kajian mengenai dasar tersebut - diperkenalkan sejak 2004 - yang kini sudah berada di peringkat akhir."Keputusan kajian ini akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya," katanya.Selain ugutan Gapena, sekumpulan aktivis bahasa Melayu turut mengancam menganjurkan demonstrasi besar-besaran - dijangka Mac depan - bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu.
KENAPA HARUS ADA PERARAKAN KERANDA JIKA IANYA BETU...