Permatang Pauh- 8 Januari .Kursus usahawan rakyat yang di kendalikan oleh Action Coach melalui usahawanrakyat.com hari ini meneruskan kesinambungan kursus bagi yang ingin mengikuti dengan lebih mendalam bimbingan dari segi pengurusan kewangan dan juga bagaimana melakukan peningkatan keuntungan dalam perniagaan.
Bimbingan ini disampaikan oleh Sdr Fadzil Hashim dan juga Sdr Afendy Hamzah secara individu dan ini meyakinkan peserta yang hadir.Disember lalu bertempat di USM satu kursus bimbingan usahawan telah di lakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peniaga kecil. Berikutan itu, ramai peniaga kecil memohon agar diteruskan kursus bimbingan untuk mereka , dan diatas permintaan dari para peniaga yang ingin mendapatkan bimbingan , menyebabkan kursus ini diteruskan.
Action Coach kini telah membuka pejabat di Seberang Jaya bagi mencapai misi untuk membantu para peniaga kecil mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat tentang selok belok perniagaan dan juga khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan.Kursus yang diadakan di Yayasan Aman hari ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
Malah kini ia akan bergerak ke Kedah dan juga ke Perak.