KENAPA HARUS ADA PERARAKAN KERANDA JIKA IANYA BETUL???REF MALAYSIAKINI


PEMASANGAN YANG TIDAK LENGKAP.GAMBAR DI CURI DI SALAH SEBUAH SEKOLAH.
GAMBAR KIRI KOTAK PETI SUARA. GAMBAR TENGAH SKRIN .TETAPI TIDAK ADA LCD



KIRI KABEL KE KOMPUTER,TENGAH GAMBARAN KOTAK LCD TANPA SKRIN DI HADAPAN.KANAN KOTAK PETI SUARA YANG MENJADI SARANG BURUNG.
INI ADALAH SEBAHAGIAN KECIL SAHAJA KEGAGALAN PPSMI.MASAALAH LAIN BERKAITAN PROGRAM GURU SENDIRI GAGAL MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI DALAM KELAS,PERALATAN USANG,KECURIAN YANG MENJADI-JADI,SOKONGAN IBUBAPA TERUTAMANYA KAUM MELAYU DI KAMPUNG-KAMPUNG UNTUK MENGAJAR ANAK-ANAK DI RUMAH KERANA IBUBAPA TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS. GURU-GURU MELAKUKAN YANG TERMAMPU TETAPI SISTEM SOKONGAN KEMENTERIAN LEMAH.
FASA 1 ,2 ,3,4,5 DIBERI KEPADA TIME SYSTEM



FASA 6 DIBERI KEPADA KUB




Datuk Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu - yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) - bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).




“Kalau tidak ada orang (tokoh lain), bolehlah,” kata tokoh pejuang bahasa itu, yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).



Bagaimanapun, tambah Dr Hassan, butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.
Beliau menambah, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya - yang dikepalai pengarahnya Hasni Abas - Rabu depan.



Penghujung bulan lalu, sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang sepakat menganjurkan demonstrasi besar - digelar “Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu” - bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Hasni Jumaat lalu berkata, memorandum tersebut antaranya, memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.



Umno harus sokong



Sementara itu, Dr Hassan ketika diminta mengulas pelaksanaan dasar kontroversi yang diperkenalkan tujuh tahun lalu itu berkata:
“Saya ini sudah menyampah. (Kerajaan) timbulkan masalah… kerajaan pandai buat masalah tetapi tidak pandai selesai masalah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
“Dulu semasa keputusan (memperkenalkan PPSMI) dibuat, tidak minta pandangan orang lain.”
Mengulas lanjut, beliau yang juga pengerusi Yayasan Karyawan berkata, desakan bagi memansuhkan PPSMI “harus datang dari dalam Umno” sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.




Tambahnya, sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkang pemilihan agung parti itu (Mac depan) hanya tinggal dua bulan lagi.
Dr Hassan turut menyuarakan rasa kecewanya kerana dalam Umno sekarang ini, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya, lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.




Pertemuan berlanssung



Parti-parti pembangkang juga digesa lebih aktif menyuarakan bantahan itu.
“Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau PKR bersuara, kuat,” kata Dr Hassan.
Hasni ketika dihubungi, mengesahkan pertemuan beliau dengan Dr Hassan bagi membincangkan bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI.



Menurutnya lagi, pertemuan itu yang asalnya dijadualkan esok, terpaksa ditunda ke hari Khamis depan memandangkan ada ahli jawatankuasa yang tidak dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.



Mengulas perkembangan terkini penyertaan terhadap kempen itu, Husni berkata, 13 NGO dan sayap Pemuda pembangkang - PAS dan PKR - telah pun menyatakan kesediaan mereka terlibat dalam bantahan itu.



NGO terbabit, antaranya, Kesatuan pekerja DBP,Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia dan Angkatan Sains Islam Malaysia (Asasi)



BEBERAPA KOMEN DARI YANG "BIJAK PANDAI" MENYOKONG PPSMI PADA HAL ANAK SENDIRI TAK MAMPU NAK AJAR.BAGAIMANA ANAK ORANG KAMPUNG DI KAMPUNG.??BANYAK YANG PERLU DI BINCANGKAN DAN DI BICARAKAN.



SAYA MENGEMUKAKAN KENAPA IANYA GAGAL LIHAT GAMBAR DIATAS,






SAYA SUKA MEGENEGAHKAN ISU PPSMI INI BAGI SEKOLAH SJK(c) DIMANA MELALUI DONG JIO ZHONG MEREKA TELAH BERJAYA MENDESAK KERAJAAN AGAR MENGURANGKAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DARI 6 WAKTU KEPADA HANYA 2 WAKTU SAHAJA.



DESAKAN INI MUNCUL DI KETIKA PILIHANRAYA KECIL LUNAS YANG DIMENANGI SAIFUDDIN NASUTION.KERAJAAN AKHIRNYA BERSETUJU MENGGUNAKAN KAEDAH 2-4 IAITU 2 WAKTU MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DAN 4 WAKTU UNTUK BAHASA IBUNDA.











Setiausaha Dua Gapena, Prof Madya Dr Hashim Ismail dilaporkan berkata, kerajaan diberikan peluang terakhir untuk tampil berunding dengan Gapena dan membuat keputusannya.Menjelaskan lanjut bentuk perhimpunan itu, Dr Hashim berkata, ahli gabungan Gapena, NGO dan penggiat bahasa dijadual berhimpun di ibu pejabat gabungan itu dekat Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum berarak ke Istana Negara, bangunan Parlimen atau balai polis.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hasni bagaimanapun berkata, sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang dipimpinnya akan memberikan sokongan penuh kepada Gapena jika gabungan itu benar-benar mengadakan perarakan keranda itu.