Karpal buat laporan polis terhadap Ketua Hakim


oleh Syukree Hussain


KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER (SK) - AHLI Parlimen Bukit Gelugor membuat laporan terhadap Ketua Hakim Negara Zaki Azmi berdasar kenyataan terbuka Zaki berkenaan pernah merasuah kakitangan mahkamah.


Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Tun HS Lee hari ni sekitar jam 3 petang.
Karpal yang juga merupakan pengerusi DAP selesai membuat laporan selepas sejam.
Laporan tersebut dibuat selepas usul supaya dewan Rakyat membahaskan kenyataan Zaki itu ditolak buat kali kedua.


Maka, Karpal membuat keputusan untuk menyerahkan kes tersebut kepada polis.
“Nampaknya tiada lagi cara lain supaya isu ini dibahaskan atau dibincangkan kerana Dewan Rakyat telah menolak usul yang saya failkan sebanyak dua kali,” katanya di lobi Parlimen semalam.


Menurut beliau, perkara tersebut mempunyai kepentingan awam kerana ia melibatkan kredibiliti seorang Ketua Hakim Negara.


Dalam kenyataan pendeknya selepas keluar daripada balai, beliau berharap pihak polis dapat mempercepatkan proses siasatan tersebut demi melindungi kredibiliti sistem kehakiman negara.

No comments: