OLEH:WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Majlis dialog antara wakil rakyat Sungai Puyu YB Phee Boon Poh dan masyarakat setempat telah diadakan di padang Majlis Perbandaran Seberang Perai semalam. Dalam majlis yang dihadiri wakil-wakil dari masyarakat setempat itu , beberapa penjelasan tentang dasar-dasar pentadbiran kerajaan negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat telah di perjelaskan kepada orang ramai.
Salah satu penjelasan yang menarik perhatian orang ramai ialah berhubung dengan kes beberapa penjualan tanah oleh wakil rakyat UMNO dan peyelewengan tanah yang dijual untuk beberapa projek tertentu.
Misalnya kes bagaiamana tanah wakaf di Jalan Mc Calister Road yang didirikan Banggunan UMNO setinggi 20 tingkat,sebenarnya tanah tersebut adalah milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dipajak selama 99 tahun,malahan sewa dan penyelenggaraan sebanyak RM9143 sebulan digunakan sebagai penyelenggaraan kepada kos-kos pentadbiran banggunan tersebut juga dibayar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.Persoalannya ialah UMNo sebenarnya memperkudakan majlis Agama Islam Pulau Pinang dan wang zakat juga mungkin di songlap????Maka kerana itu pejabat dato Shahbudin terbakar sebelum ada ura-ura supaya beliau melepaskan jawatan sebagai YDP MAIPP yang mempunyai aset jutaan ringgit di Pulau Pinang.