KUTIPAN CUKAI BANYAK,HASIL MINYAK UNTUNG BERBILLION...TAPI RAKYAT SENGSARA

Kutipan cukai dijangka cecah RM80 bilion

KUALA LUMPUR 10 Jun - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka dapat mengutip cukai RM80 bilion pada tahun ini berbanding RM74.66 bilion pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah berkata, keyakinan itu berdasarkan langkah lembaga berkenaan menambah jumlah saluran perkhidmatan pembayaran cukai dengan institusi perbankan tempatan dan asing.