MODEL WANG IHSAN AKAN DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN BN


JITRA-8Hb -Wang EHSAN itulah model yang telah diperkenalkan di Terengganu akan dilaksananakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Menurut Johari Baharum, menteri di jabatan perdana menteri bahawa ini adalah bertujuan bagi melancarkan lagi bantuan kepada rakyat akar umbi yang memerlukan.

Johari yang diamanahkan untuk meninjau rancangan ini berkata projek wang ehsan yang dilaksna kan di Sabah ,Terengganu dan Kelantan ini akan dilaksanakan di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan juga Selangor.


Menururt Johari lagi kaedah yang dijalankan di Terengganu adalah penting bagi dilaksanakan di keempat-ekmpat negeri ini , namun cara dan jentera perlaksanaan nya akan dikaji .


Apa pun kerajaan harus menyedari bahawa duit yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah duit rakyat yang didapati melalui cukai,dan juga wang hasil dalam negara sepeti PETRONAS.


Namun ini akan menyebabkan rakyat berpendapat bahawa duit dari kerajaan persekutuan yakni kerajaan yang memerintah ,akan dianggap sebagai duit kerajaan negeri .Kebanyakkan rakyat mengganggap ianya adalah dari kerajaan negeri kepada rakyat. Kerana sebab itulah BN kalah dalam pilihanraya.

Jadi pendapatan duit kerajaan negeri boleh dilakukan sepertimana yang dilaksanakan oleh YB Saifuddin melalui Yayasan Tok Kenali.Rakyat juga yang untung.

Jika ini diteruskan bermakna bahawa tsunami ke II akan berlaku lagi.selamat mencuba BN.