AZMIN KATA TAK LAMA-INI BETUL BETUL....BUKAN COBAANNNNNN


Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.


"Ia (sambutan) di luar jangkaan kita. "Kita hanya memerlukan 30 lagi ahli parlimen, tetapi sambutannya memberangsangkan sekarang, 30 kerusi itu jumlah minimum yang kita boleh dapat,"


kata naib presiden PKR Azmin Ali."Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara."Ahli parlimen Gombak itu berkata, wakil-wakil BN yang bakal menyertai PKR itu bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasan mereka.


"Umno tidak lagi relevan kepada orang Melayu dan tindakan wakil rakyat tersebut untuk menjamin survival dan ketuanan Melayu," katanya lagi.Tambahnya, ahli parlimen terbabit tidak meletakkan jawatan dan bertanding semula untuk menyertai PKR kerana mempunyai banyak pilihan berbuat demikian.


Menurutnya, PKR tidak mengejar masa untuk membawa masuk ahli-ahli parlimen itu kepada parti pembangkang. "Apa maknanya mereka terus berada dalam Umno kerana parti itu telah kalah dan tidak lagi diterima rakyat," tambahnya. PKR juga, kata Azmin, akan menfailkan petisyen untuk membuktikan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya umum 8 Mac.(MALAYSIAKINI)


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.


"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran."Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.


Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.BN menguasai 51 kerusi di Sabah dan Sarawak, sementara DAP hanya menang dua. PKR gagal di semua kerusi.Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 daripada 222 kerusi parlimen, kurang 40 kerusi lagi untuk memerintah dengan majoriti mudah.

No comments: