BLACK 14 Perhimpunan Rakyat "countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat"
Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam Black 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah:
Perhimpunan Sempena Hari Memperingati Kezaliman Mahathir 14hb April
Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihan raya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan. (kiriman che'gu bard)
MEMORENDUM LAMA
MEMORANDUM RAKYATMEMORANDUM RAKYAT Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan HishamuddinAlam Shah Al - Haj, Yang DiPertuan Agong Malaysia.
Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu,MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT TINDAKAN SEGERA RAJA-RAJA MELAYU SEMPENAHARI MEMPERINGATI KEZALIMAN MAHATHIRAmpun Tuanku Beribu-ribu Ampun,Patik sekalian, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmurandan keadilan, merafak sembah Ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan menuntut tindakan segera Raja-raja Melayu demimenyelamatkan martabat bangsa Malaysia dan maruah agama Islam yangsuci.PERTAMA, Patik sekalian menuntut Raja-raja Melayu mengambil tindakankeras terhadap Mahathir Muhamad, seorang rakyat Malaysia berusia 75tahun yang menghina agama Islam dan baginda Rasulullah s.a.w. hingga menimbulkan perpecahan dikalangan rakyat negara ini.
Mahathir telah mempersendakan hukum Allah s.w.t. seperti yangterkandung dalam Al-Quran serta menidakkan sunnah yang ditetapkanoleh Rasulullah s.a.w. Mahathir juga mempergunakan kuasanya sebagaiPerdana Menteri untuk menindas alim ulamak dan memecat mereka semata-mata atas sebab mereka enggan menyokong dasarnya yang jelas menghinaIslam secara jelek.Sebagai Ketua Agama di negeri masing-masing, Duli-duli Tuanku wajibmengambil tindakan segera terhadap Mahathir, apatah lagi sebagaipenganut Agama Islam Duli-duli Tuanku harus segera bertindakmempertahankan martabat agama yang suci ini.KEDUA, Patik sekalian menuntut Duli-duli Tuanku mengambil tindakansegera terhadap seorang rakyat Malaysia berusia 55 tahun iaitu RahimNor. Rahim dengan sengaja dan mengikut arahan Mahathir memukulseorang rakyat Duli-duli Tuanku iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan niat membunuh.
Namun, hakim-hakim dan peguam pendakwaraya yang dilantik atas namaDuli-duli Tuanku bersekongkol lantas menjatuhkan hukuman yang teramatringan terhadap Rahim.Duli-duli Tuanku bertanggungjawab sebagai payung negara untukmenyegerakan hukuman setimpal terhadap Rahim dan semua yang berpakatdengannya untuk membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim.KETIGA, patik sekalian mendesak duli-duli Tuanku agar jangandipermain dan diperbudak-budakkan oleh Mahathir dan UMNO yang inginmemerangi rakyat dengan bersenjatakan Raja-raja Melayu.
Duli-duli Tuanku harus ingat bahawa Mahathirlah yang mengaibkan raja-raja Melayu sewaktu krisis pindaan perlembagaan tahun 1983 dan 1993hingga duli-duli Tuanku menjadi boneka tanpa kuasa. Atas dasar itu,Duli-duli Tuanku wajar membuka pekong Mahathir dan memastikan diaterkapai-kapai tanpa sokongan setelah rakyat menyatakan tentanganyang hebat terhadapnya dalam pilihanraya umum lepas, walaupun diugutdan disekat dengan taktik kotor pihak Barisan Nasional, SuruhanrayaPilihanraya, Polis DiRaja Malaysia dan segala cabang kerajaan.Patik sekalian menuntut tindakan raja-raja Melayu dengan segera,sewajar dengan semangat perjuangan rakyat dan raja yang bergandingbahu menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara!Digahayu Raja-raja Melayu!Patik-patik yang merafak sembah,RAKYAT MALAYSIA
s.k.1. DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, RajaPerlis Indera Kayangan.
2. DYMM Tuanku Al-Muhibbudin Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shahibni Almarhum Sultan Badlisyah, Sultan Kedah Darul Aman.
3. DYMM Paduka Seri Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.YTM Datuk Kelana Jaya Putera, Undang Luak Sungai UjongYAM Datuk Mandulika Menteri Akhirulzaman Sultan Jelebu, Undang LuakJelebu.YAM Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Undang Luak Johol.YAM Datuk Lela Maharaja, Undang Luak Rembau.YAM Kolonel Tuanku Syed Idrus, Tuanku Besar Tampin.
4. DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum SultanAbu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, Sultan Pahang Darul Makmur.
5. DYMM Al-Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra,Sultan Kelantan Darul Naim.
6. DYMM Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj ibniAlmarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta'azim.
7. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum SultanYusuf Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu, Sultan Perak Darul Ridzuan.
8. DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu Darul Iman.
9. DYMM Tengku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Pemangku Raja Selangor Darul Ehsan.
10. TYT Tun Syed Ahmad Shahabuddin bin Syed Mahmud Shahabuddin, Yangdi-Pertua Negeri Melaka.
11. TYT Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohd Nor, Yang di-Pertua NegeriSarawak.
12. TYT Tun Hamdan bin Sheikh Tahir, Yang di-Pertua Negeri PulauPinang.13. TYT Tun Sakaran bin Dandai, Yang di-Pertua Negeri Sabah.14. TM Engku Datuk Ibrahim bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.