JOM KITA BANJIRI SUHAKAM PADA 19 DISEMBER !

Kebelakangan ini, pihak Kerajaan dan kroni-kroni NGO mereka telah membuat satu kempen untuk menyekat hak rakyat berhimpun secara aman.

Hak Berhimpun adalah satu hak asasi manusia yang fundamental (asas) dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Negara –Perkara 10, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (Perkara 20) dan Kovenan Hak Sivil dan Politik 1966 (Perkara 21).

Melihat kepada intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistret dan iklan-iklan di media massa, pihak pemerintah memang berniat untuk menyekat dan mencabul hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman. Jika kita membiarkan hak ini dicabul, maka ini akan membawa perjuangan menuntut hak dan demokrasi kebelakang.

Untuk mempertahankan Hak Rakyat berhimpun ini, Gabungan Mempertahanakan Hak Berhimpun yang diwakili oleh kumpulan-kumpulan masyarakat, NGO dan Parti Politik kini bersatu menganjurkan satu lagi perhimpunan aman di SUHAKAM untuk untuk mengutarakan dan mempertahankan :

1. Hak Berhimpun Rakyat dibawa Perkara 10 – Perlembagaan Negara

2. Menyokong Pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis

3. Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman

Sila hadir dengan membawa baner dan sepanduk menyokong hak berhimpun dan berkumpul di bawah Pejabat SUHAKAM pada :

Tarikh : 19 Disember 2007 (Rabu)

Masa : 11 pagi

Tempat : SUHAKAM,

Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Dikeluarkan Oleh:

Jurucakap Gabungan :

S.Arutchelvan

019-2537791 (arul.psm@gmail.com)

03-22747791 (Pejabat)

GABUNGAN MEMPERTAHANKAN HAK BERHIMPUN

D/A SUARAM –

433A, 1st. Floor, Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.

03-77843525, 03-77835724 Fax - 77843526

(Satu Koalisi bersama Kumpulan NGO dan parti Politik)

Marilah kita bersma-sama menujukkan KEKUATAN RAKYAT. Kita buktikan bahawa rakyat tak mudah untuk diugut dan ditakut-takutkan. Kita buktikan bahawa RAKYAT MALAYSIA MAHU DEMOKRASI SEJATI di negara ini.