RUPANYA ARAK ITU MAKANAN





Brewery bermaksud tempat bir dibuat secara komersial. Naib Ketua Pemuda Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni menyenaraikan 15 jenis kerja/sektor kritikal sahaja yang diberi pengecualian oleh Kerajaan untuk terus beroperasi. Ia termasuk Makanan, Air, Tenaga. Komunikasi dan Internet, Pembersihan, Perubatan dan Perbankan. Tidak disebut sektor pembuatan bir atau arak. Beliau juga memetik kenyataan yang telah diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (Bil. 2) bertarikh 20 Mac 2020, bahawa maksud kerja-kerja kritikal ialah, KERJA-KERJA YANG MANA JIKA SEKIRANYA TIDAK DITERUSKAN BOLEH MENDATANGKAN MARA BAHAYA ATAU KEMUDARATAN KEPADA PEKERJA, ORANG AWAM ATAU PERSEKITARAN.


No comments: