Friday, June 26, 2015

Tak mahu kongsi kuasa masuk saja tarekat, silat – Prof Redzuan Othman


Tak mahu kongsi kuasa masuk saja tarekat, silat – Prof Redzuan Othman

Tak mahu kongsi kuasa masuk saja tarekat, silat – Prof Redzuan Othman

Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mengingatkan perkongsian kuasa menjadi elemen terpenting dalam memastikan kejayaan sesebuah pakatan politik di Malaysia.

Redzuan berkata perkongsian kuasa merupakan elemen penting yang ditekankan Rashid al-Ghannushi yang merupakan pengasas parti pembaharuan Tunisia, Hizb al-Nahdah.

“Beliau menyebut, dalam politik mesti ada kesediaan berkongsi kuasa. Kalau terlibat dalam politik, fikirkan seorang sahaja yang mahu berkuasa, jangan masuk politik, masuk tarekat atau silat. Bukan politik.

“Dalam politik mesti ada toleransi serta kumpulan yang berlainan aliran, pandangan dan pendekatan. Itu politik. Jika eksklusif, itu bukan politik maka baliklah ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk Peranan AKP dan Kepimpinan Erdogan dalam Memartabatkan Islam melalui Proses Politik di Universiti Malaya hari ini.

Redzuan yang juga bekas dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berkata, pendekatan yang diguna pakai Ghannushi itu bukan sahaja sesuai dipraktikkan di Tunisia malah kepada kumpulan dan parti Islam.

Katanya, parti Islam harus ada kesediaan untuk berkongsi kuasa kerana pendekatan hitam atau putih yang digunakan sebelum ini sudah tidak bersesuaian.
“Jika dilihat sebelum ini, kumpulan Islam senang saja sama ada jelas atau tidak jelas. Bagi beliau (Ghannushi) pendekatan itu tidak boleh pakai lagi. Bagi beliau politik perlu ada elemen toleransi. Itu jawapannya.

“Beliau yang hebat kata begitu, maknanya terpakai untuk semua. Di peringkat, kampung, kawasan, negeri dan negara. Ini yang sepatutnya diamalkan,” katanya.

Mengulas mengenai keyakinan PAS yang mampu meneruskan survival politik tanpa DAP dan PKR, Redzuan berkata ahli politik sememangnya mempunyai keyakinan yang tinggi.

“Dalam politik mesti yakin. Orang politik mana tidak yakin. Letak bertanding mana pun, mereka mesti yakin. Tidak yakin jangan masuk politik,” katanya.

Ditanya sama ada perjuangan PAS secara solo tanpa DAP akan membantu meningkatkan sokongan terhadap parti Islam itu, beliau berkata satu kajian akan dijalankan minggu depan.

“Tidak ada data, saya tidak berani sebut. Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) berdasarkan data. Data itu menjadi panduan dan agak tepat,” katanya.

Redzuan menerusi kuliahnya selama dua jam hari ini menjelaskan faktor kejayaan Erdogan dan partinya, AKP memenangi pilihan raya Turki.

Beliau berkata perjuangan golongan progresif PAS tidak boleh disamakan dengan perjuangan Erdogan dan AKP kerana landskap politik yang berlainan.

“Untuk menyatakan kedua-dua boleh mengambil secara keseluruhannya, saya fikir suasana, isu dan pemainnya berbeza. Secara keseluruhan banyak perbezaan daripada persamaan. Saya melihat begitu.

“Perkembangan yang berlaku di Turki dan Malaysia, banyak perbezaannya walaupun ada elemen yang perlu disamakan tetapi perbezaannya cukup besar.

“Antara yang besar, sistem membolehkan AKP menang. AKP menang bukan kerana kuat. 34% bukan kerana kuat tetapi sistem membolehkannya menang,” katanya.

Bekas pengarah Umcedel ini berkata sistem pilihan raya di Turki memudahkan AKP untuk menang dan ia berbeza suasana di Malaysia.

Katanya, apa yang diperjuangkan AKP juga tidak sama dengan apa yang diperjuangkan parti politik Malaysia terutamanya yang melibatkan isu sekularisme.

“Di Malaysia sistemnya lain. Kita menggunakan sistem first past the post. Itu sudah menyebabkan sukar untuk melihat perkembangan bersama di antara di sana dengan di sini.

“Sekular Malaysia tidak sama sekular Turki. Parti kita tak perlu perjuangkan untuk pakai tudung, iftar di pejabat, kerana di sini dibenarkan.

“Di sana ada isu. Isu pakai tudung boleh jadi isu pilihan raya. Di sini isu pakai tudung siapa nak dengar,” katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers