TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 5

MACC death tragedy – My untrained CSI techniques


TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 5






24/07/2009 by drrafick

1. Tulisan saya pada hari ini agak terlewet lerana saya menghadiri satu jamuan makan malam disebuah restoran teman saya di Solaris yang terletak di Mount Kiara.Restoran yang diberi nama Coff & Tea terletak di Solaris Dutamas.Pembukaan sebenarnya akan buat beberapa hari lagi .Makanannya sedap.Sila hadir bila anda senang(Iklan)


2. Semasa dalam restoran tersebut, banyak komen datang ke HP saya. Sesetengahnya meletakkan pandangan yang baik.sesetengahnya meletakkan pandangan yang berbeza tetapi bersifat profesional(bukan pandangan macam sampah dan membuatkan orang menyampah).Ini sesuatu yang bagus.Saya akan cuba untuk menjawab balik sesetengah komen untuk satu perbincangan ilmiah.Saya membuat servey secara rawak pada sesetengah tetamu yang hadir di Coff &Tea dengan sebaik mungkin sebab musabab kematian TBH .Tiada sesiapa pun yang percaya kepada berlakunya kejadian bunuh diri.


3. Ada seseorang yang meberikan komen dalam blog saya bahawa mayat tersebut terletak 20 kaki dari dinding banggunan dan kerana itu adalah mustahil seseorang dapat keluar (terjun,lompat, dsb) dari tingkap .Berdasarkan dari perbincangan di atas kedudukan letak badan terbaring diatas lantai,sesetengahnya percaya bahawa kedudukan badan itu telah diangkat dan diletakkan disitu.Saya merayu bahawa ianya adalah berbeza dari apa yang terjadi.


4. Pertamanya , saya tidak tahu bagaimana pembaca membuat tafsiran dengan membuat andaian bahawa ianya mungkin 20 kaki tinggi.Berdsaarkan dari apa yang tertera dalam internet. Dinding banggunan itu tidak boleh dilihat.Apa yang dapat kita lihat hanyalah lantai,dinding pelindung yang rendah yang terdapat di sepanjang tepi beranda, yang terletak berdekatan dengan tubuh TBH.Mayat itu terbaring dilantai konkrit(simen) yang hanya mempunyai keluasan 3 kaki x 3 kaki .

5.Dalam sesetengah gambar dalam internet.terdapat beberapa batu bata yang dibawa masuk oleh pihak polis dan terletak berdekatan dengan tubuh TBH.Kita tahu bahawa batu-bata kegunaan pembinaaan ini mempunyai saiz yang sama 4inci x 8 inci .berdasarkan kepada saiz batu bata yang ada, saya membuat andaian pengiraan bahawa jarak batu bata dan dinding adalah sekitar 9 kaki. Saya mengangarkan saiz ruang dengan dinding banggunan antara 9-12 kaki berdasarkan kepada gambar yang ditunjukkan di bawah .






jarak bata-9 kaki tinggi ??


mayat dan dinding yang tidak kelihatan 9-12 kaki





6. Saya tidak fikir bahawa tubuh TBH telah didiubah kesitu sebab adanya bukti bahawa kejadian kancing gerbang atau pintu tingkap yang pecah , dan bagaimana kejadian koyakkan pada seluar di bahagian buntutnya.Biar saya jelaskan berdasarkan gambaran photo dibawah.





7 . Dalam artikel saya yang lepas saya telah membuat andaian bahawa mungkin satu atau 2 orang yang terlibat telah mengangkat mayat TBH ke tepi tingkap yang pada masa itu telah 30 minit mati. Dia telah mengangkat mayat TBH pada sebelah kanan nya dan meletakkan mayat tersebut pada tingkap(ada kunci,selak,benda yang tajam sebagai pengikat tingkap) .Semasa beliau menolak mayat TBH melalui tingkap, kunci,atau benda yang menjadi pengikat pintu yang agak tajam tadi telah tersangkut pada seluar TBH iaitu ditengah-tengah nya (bahagian pinggul).Dengan keberatan dan bebanan TBH serta aksi cara menolak beliau jatuh tadi ,seluar beliau tersangkut sehingga rabak ke poket sebelah kirinya.


8. Pada sebelah kirinya ada sedikit koyakan lurus terus ke bahagian sebelah kanan seluarnya.Berdasarkan kepada gambar, saya percaya “kematian TBH” yang jatuh disebelah kaki kirinya sepatutnya patah sebelah bahagian betis dan bukulali dan berkemungkinan berlaku patah di bahagian pinggang..Ini berdasarkan kepada bukti “hematoma” yang besar pada gambar dibahagian punggung dan juga pergelangan kaki yang terkalih.(lihat pada gambar sebelah kaki kanan)

9. Dalam bahagia ke 4 saya telah menjelaskan bahawa cerita yang di siarkan dalam Malaysiakini, yang mana di laporkan oleh wartawan yang bernama Norma Ghazali, saya cuba untuk bercakap dengan beliau dan mengajukan sedikit pembetulan dalam laporannya yang beliau laporakan bahawa pejabat SPRM telah tutup.


10. Berdasarkan kepada laporan beliau , beliau telah ke pejabat SPRM untuk membuat liputan tentang kenyataan akhbar yang sepatutnya dibuat oleh EXCO kerajaan negeri pada 16 Julai 2009.Beliau telah sampai awal di Plaza tersebut dan terus ke pejabat SPRM pada jam 115 petang,pintu pejabat terbuka dan ada penyambut tetamu(bahagian pertanyaaan) di muka pintu.Menyedari bahawa beliau terawal, lalu beliau pun turun ke lobi.


11. Pada lebih kurang sekitar jam 130 petang, beliau berpatah balik ke pejabat SPRM dan dapati pintu kayu tersebut telah di tutup rapat.beliau merasa pelik kenapa pintu ditutup pada hal ianya tidak sedemikian. Beliau dan beberapa lagi wartawan turun semula ke bawah dan setelah mebeli beberapa barang dan naik semula pada jam 150 petang dan dikatakan bahawa pintu dibuka.




12. Beliau(wartawan Malaysiakini) tidak dapat mengingati seseorang yang berda dalam pejabat SPRM dan pada jam 2 petang YB YLC datang dan membuat kenyataan akhbar .dalam pukull 220 petang seseorang keluar dari pejabat SPRM dan memberitahu bahawa terdapat mayat pada bumbung podium dan kemudiannya wartawan bergegas untuk membuat sisatan.


13. Kunci utama kepada siasatan dan pandangan Norma ialah bahawasanya pintu pejabat itu sebenarnya terbuka pada kebiasaaannya. Kenapa ianya di tutup pada hari itu, pada masa yang sama mayat TBH dijumpai seseorang (orang yang kononnya mengambil berat, penyibuk WRLR ) dalam lebih kurang dalam 20 minit kemudian pintu pejabat SPRM ditutup.Masa tutup pintu dan masa mayat dijumpai adalah hampir sama mayat TBH ditemui oleh si penyibuk. Apa yang sebenarnya terjadi di dala Pejabat SPRM???


14. ianya lebih menarik jika ada seseorang yang mempunyai rakan di Telco’s dan berdasarkan kepada nama pegawai yang bertgas di pejabat SPRM Shah Alam, kita boleh mendapatkan nombor panggilan sebelum beberapa jam mayat TBH dijumpai .Ini tentu lebih berharga.


You can download images for greater clarity

akan bersambung............part 6

WartawanRasmiLR: CSI Ku Yang Tidak Terlatih (Terjemahan) 4

WartawanRasmiLR: CSI Ku Yang Tidak Terlatih (Terjemahan) 3

WartawanRasmiLR: CSI Ku Yang Tidak Terlatih (Terjemahan) 2

WartawanRasmiLR: CSI Ku Yang Tidak Terlatih (Terjemahan) 1

No comments: