KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH




MACC death tragedy – My untrained CSI techniques



TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 1



terjemahan oleh: Amiruddin Ahmad


19/07/2009 by drrafick

1. TBH dikatakan akan berkahwin pada 16 julai 2009 setelah mendaftar perkahwinan mereka.beliau sudah pun berkahwin (secara tradisionalnya) dan isteri beliau telah mengandung.Adakah berlakunya masalah di rumah , sehinggakan beliau mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri?Dari apa yang di dapati beliau tiada masalah dalam perkara ini.

2. TBH dikatakan berada di pejabat SPRM di antara 1700 (5.00pm) dan pada 16 Julai 2009(6.00pg).Pejabat SPRM terletak di Plaza Masalam.Dia jatuh dari banggunan tersebut.Bagaimana ianya berlaku tanpa di sedari dan kedengaran sebarang suara jeritan diantara 6 pagi dan 130petang yang bilamana tubuh beliau ditemui.Hotel Concorde di sebelahnya.banyak pejabat jabatan kerajaan di dalamnya dan yang anehnya tiada siapa yang mendengarnya?Ini menimbulkan sedikit persoalan.


3. Pertamanya , beliau mungkin tidak terjatuh antara 600 pagi dan 130 petang pada 16 julai 2009 tetapi mungkin lebih awal dari itu.Kemungkinan juga beliau mungkin meninggal semasa didalam pejabat SPRM.Tiada bukti,tanda beliau menjerit .kemungkinan beliau terjatuh dari tempat tinggi ,dan beliau dalam keadaaan khayal.?

4. Dato Mohd Shukri Abdul mendakwa didalam pejabat tiada CCTV.Mungkin inilah yang dikatan kehebatan SPRM.

5. Bagaimana pun saya pernah ke Plaza Masalam untuk urusan dalam beberapa hal di Jabatan Ukur dimana ianya terletak di tingkat 17.Berdasarkan kepada pengalaman saya,saya perlu mendaftar di pintu utama di jaga pintu lif di tingkat 5 (atau 4) dan jika saya tidak salah, banggunan tersebut mempunyai CCTV diseluruh banggunan itu.??Bagaimana pun tiada seorang pun yang hadir untuk mengesahkan waktu ketibaaan beliau dan waktu beliau keluar berdasarkan kepada bukti-bukti yang diberikan.




6. Berdasarkan pictures on the nut graph blog, ianya melihatkan 3 gadis menjenguk keluar dari tingkap yang kecil dari salah sebuah tingkat Plaza Masalam.Tiga gadis cantik itu jika dilihat dari jarak dekat, ianya nampak lebih kecil jika tingkap yang dibuka itu diperhatikan secara jelas.Berdasarkan dari gambar tinggi antara dinding ke tingkap itu antara 4 ke 5 kaki,.ianya tidak semudah itu untuk orang sekecil TBH untuk memanjat melainkan beliau berpijak diatas sesuatu.Cuma kemungkinannnya ialah jika ianya diluncurkan dari tingkap.Tubuh badannya yang kecil mungkin boleh dilakukan jika ditolak secara kasar.


7.DalamMalaysiakini, pula dilaporkan gambar-gambar TBH tertiarap diatas bumbung banggunan .Jika dilihat dari jarak dekat,ada beberapa fakta .Diantaranya darah kering dari kepala TBH seolah-olah mengalir dari arah berdekatan dengan seorang polis yang berdiri.



8. Mati 5 jam sebelum mayat ditemui jatuh tingkat 14(Akhbar hari ini)Pakar forensic boleh membuat anggaran bila kematian itu berlaku berdasarkan kepada mayat yang berlumuran darah yang ditemui dan juga dengan sejumlah kecil darah yang berada di sekeliling mayat, sama ada ianya mati sebelum jatuh atau semasa ianya jatuh.Jika ianya berlaku ditempat kejadian sudah tentulah percikan darah itu lebih melebar kesan dari jatuh dari tempat yang dinyatakan.(ianya juga tidak menunjukkan berkecainya salur usus dan otak yang berhamburan jika dilihat dari tempat terbuka.



9. Perkara keduanya ialah bilamana tubuh badannya dalam keadaan tertiarap di sebelah kanan.Kenapa tidak menyembam ke simen???Orang yang jatuh dari tempat tinggi biasanya akan tertiarap atau terlentang jika beliau terjatuh dari tingkap.Jika TBH melompat saya menjangkakan ia akan jatuh secara kakinya dahulu .Gambar TBH tidak menunjukkan ciri-ciri yang menyakinkan yang beliau mengalami keretakan tulang sedemikian rupa.Mungkin pos mortem akan membuktikannya.


10. Ketiganya ada kesan koyak pada seluarnya di bahagian punggungnya .Kenapa koyak di situ??Jika seluarnya tersangkut pada sesuatu pada masa ianya jatuh, kenapa koyakkan sedemikian rupa? Mungkin jatuhnya menyebabkan koyakkan pada seluar beliau sedemikian rupa??



11.Adakah ianya berpunca dari utas dawai atau cangkuk pada tingkap?berdasarkan kepada gambar kemungkinan apa yang berlaku ianya mungkin tersangkut pada tingkap sebelum terjatuh,ianya mungkin di tolak dalam masa yang sama ianya tersangkut pada cangkuk kunci tingkap tersebut.Itu punca kenapa seluarnya koyak di bahagian punggung.

12.Perkara ke empatnya ialah ada 3 batu bata yang berada berdekatan dengan mayat TBH.Ianya tidak diketahui sama ada ianya memang berada di situ sewaktu beliau terjatuh atau memang ianya ada kaitan dengan kejadian tersebut.Adakah batu-bata yang hampir sama dalam pejabat SPRM yang digunakan sebagai tempat meletak pasu bunga atau sebarang kegunaan lain? Ini hanya dapat dijawab oleh pihak polis yang menjalankan siasatan.


13. Tanpa pelan struktur banggunan pejabat SPRM, dan lokasi tempat kejadian, adalah sukar untuk menjelaskan kejadian tersebut. Para pemberita menjelaskan bahawa TBH terjatuh dari tingkat 14.Saya tidak begitu pasti dari manakah mereka membuat tafsiran sedemikian.


14. Jika beliau jatuh melalui tingkaphe fell through one of the windows, sudah tentulah adanya punca dan juga bukti kejadian pada tingkap dimana ianya di percayai terjatuh atau kawasan sekitar banggunan tersebut.Pilihan yang ada pada kes ini tersangat terhad namun ialah kemungkinannya ianya kejadian jenayah yang berlaku.


15.Kita perlu menunggu siasatan dari pihak polis .Malangnya masyarakat membuat berbagai tanggapan terhadap PDRM dan mengharapkan sesuatu yang tinggi dari mereka untuk menjelaskannya.Namun dalam masa yang sama ,masyarakat telah membuat berbagai telahan akan hasil laporan yang bakal diketahui mereka.Malah mereka juga mengganggap bukti yang pihak polis akan berikan berbeza dari tanggapan masyarakat, dan pada tanggapan saya penjelasan dari pihak polis akan menyebabkan masyarakat umum akan hilang keyakinan kepada mereka.



16. Kematian TBH masih menjadi misteri yang sukar untuk dirungkai.Berdasarkan kepada kurangnya bukti.Beliau kemungkinannya telah meninggal semasa soalsiasat dan mayatnya dijumpai seolah-olah terjatuh dari banggunan.Bukti-bukti akan muncul juga akhirnya.Saya berharap pihak yang terlibat akan dihukum dan sipenjarakan……..


akan bersambung............