TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 4





MACC death tragedy – My untrained CSI techniques Part


TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - Bahagian 4


24/07/2009 by drrafick
1. Hari ini(bukan tarikh terjemahan-tarikh 24)Saya menerima panggilan dari seorang teman lama yang sama kelas di era zaman persekolahan tahun 80an.Kami sudah lama tidak berbual sejak keluar dari Universiti 1988.Hari ini beliau adalah merupakan seorang doktor pakar di salah sebuah hospital terkemuka di Utara tanahair .Sebenarnya ada orang yang mengemailkan kepada beliau tulisan saya dan menyatakan adakah adanya logic dari apa yang telah saya terangkan dalam tulisan saya dan mengikutinya, dan kemudianya diikuti dengan satu panggilan telefon.






2. Perkara pertama yang keluar dari mulut beliau ialah salam, kemudiannya bertanyakan kepada saya adakah saya menerima kunjungan pihak polis.Saya ketawakan akan soalan beliau.Saya katakan kepada beliau bahawa , saya tinggal tidak jauh dari rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail dan polis melihat saya setiap hari, dan untuk tidak merepek terlalu jauh , dia berkata bahawa rasa respek dengan apa yang telah saya tuliskan mengenai seorang yang berbangsa cina yang saya tidak langsung mengenalinya.Beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan sanggup untuk melakukannya.








3.Untuk rekod , saya ingin juga menjerit menyatakan bahawa saya sebenarnya dibesarkan didalam sebuah masyarakat yang tidak ada penghadangnya.Saya dibesarkan dimana warna kulit dan bangsa bukan menjadi penghalang kepada seseorang untuk bercakap benar.Semua manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa akan juga berbuat kesalahan jika kesalahan ingin dilakukan.Saya di besarkan di sebuah kem di Batu 9 Kuantan.Bapa saya seorang anggota tentera.Dalam tahun 70an banyak di kalangan bukan Melayu yang menjadi tentera , dan kami ketika kanak-kanak membesar bersama dalam suasana berbagai agama dan bangsa.








4. Saya menulis kerana dalam pandangan saya merasakan bahawa apa yang terjadi itu adalah tidak betul . Hari ini ianya berlaku kepada TBH, esok lusa mungkin kepada sanak saudara atau anak-anak kita.Ianya adalah fardhu kifayah untuk saya bekongsi dan mendapatkan jawapan kepada perkara yang masih didalam keadaan gelap gelita untuk di jelaskan.

5. Berbalik kepada episod saya dalam bahagaian ke 5,salah seorang yang memberikan komen , berdasarkan kepada imej yang telah saya masukkan, dan besarkan terdapat sebuah jam tangan yang boleh menjelaskan keadaan dan waktu . Beliau memberikan 4 cadangan yang berkemungkinannya boleh digunapakai.Ia membuatkan saya berfikir bahawa jam tangan akan terhenti bila terkena kesan hentakan pada tingkap,(bukan masa kematian)Saya emailkan kepada beliau dan bertanyakan gambar yag dibesarkan , dan saya sendiri belum mendapatkannya.







6. Bagaimana pun saya tidak pasti beliau mempunyai gambar tersebut, walaubagaimana pun dengan adanya teknologi, sesebuah gambar dapat di besarkan dan dijelaskan lagi .Kita mempunyai 26 juta rakyat Malaysia.Jika ada 1 juta orang yang betul-betul peka dengan kematian TBH dan sanggup juga untuk bersama-sama mendapatkan kebenaran tentang kematiannya .Saya percaya dalam sejuta orang itu akan ada lagi kawan-kawan mereka yang berada di dunia ini.Mungkin dalam berjuta orang ini akan ada yang pakar dengan hal-hal gambar dan imej dan menjadi komuniti internet mengkaji dan membesarkan lagi imej TBH ini untuk kita mengkaji dan ini amat kita hargainya.





7. Jika ada seseorang yang betul-betul tahu akan bagaimana untuk membesarkan imej terutamanya yang melibatkan jam tangan TBH , kita mungkin akan dapat melihat dan mengkaji akan kes jam tangan beliau.Ini mungkin dapat menolong.Bagaimana pun maklumat jelasnya ialah beliau sebenarnya mati diketika dalam tahanan SPRM dan semasa disoalsiasat.Pegawai SPRM telah membebaskan beliau pada jam 345 pagi.Pada pandangan kita pula adakah beliau mati sekitar jam 6 pagi dan begitu teruja untuk berada di tingkap tingkat 14 banggunan SPRM selama 20 -30 minit selepas beliau mati.Biar kita jangan membuang masa meneka dengan kejadian teori membunuh diri tambahan pula ianya tidak disokong dengan bukti-bukti yang jelas lagi nyata.







8.TBH telah jatuh dari salah satu tingkap pejabat SPRM.SPRM merupakan sebuah jabatan kerajaan.Ini bermakna ada kakitangan SPRM di pejabat ketika itu.Pejabat kerajaan tidak pernah lenggang dari orang ramai. Jika pun adanya seseorang yang ditahan dalam lokap pun akan ada orang yang akan menjaganya. Ini membuktikan TBH tidak keseorang di ibu Pejabat SPRM Selangor . SPRM sepatutnya menjaga saksi utama kes kajadian ini. Jika ada sebarang kematian yang melibatkan saksi semasa dibawah tanggungjawab mereka (SPRM) khasnya menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab mereka untuk mendedahkan kajadian dengan lebih terbuka dan telus. Inilah yang dikatakan menghargai satu nyawa dan bukan nyawa satu-satu bangsa itu.




9. Saya mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pembaca yang mahu memberikan pendapat yang mana akan membawa kita untuk menyelesaikan masalah tersebut.Biar pihak polis melakukan kerja mereka dan kita pula mencari maklumat tambahan untuk mendapatkan jawapan kematian TBH.Kita Cuma mahu keadilan dilaksanakan dan ianya tidak akan berulang lagi dan juga tidak terjadi keatas kita ,anak kita saudara mara dan juga rakan-rakan kita.Marilah kita bekerjasama untuk menangkap berdebah dalam SPRM yang melakukan kerja-kerja bajingan ini dan menangkap mereka untuk diadili dan tidak merosakkan nama sebuah jabatan kerajaan dan nama baik individu yang jujur dan bermaruah di SPRM. Sesiapa diantara anda yang tahu dan tidak mahu tampil kehadapan akan menyesal seumur hidup kerana tidak mahu menjelaskan perkara sebenar malah akan menghantui seumur hidup anda dan akhirnya akan dihukum dengan seadil-adilnya di akhirat nanti.







akan bersambung...........part 5