LANGKAH JANDA BAIK KANDAS?


Malam ini ( Ahad 12 Februari) akan berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang pada awalnya, ia antara lain bertujuan melakukan beberapa rombakan dalam struktur kepimpinan tertingginya.


Antara yang dikatakan dirancang untuk dilakukan ialah menukar Setiausaha Agung daripada Hamzah Zainuddin kepada Azmin Ali.


Sebelum ini, rombakan itu sepatutnya dilakukan pada mesyuarat MPT Bersatu pada 28 Januari lalu.


Namun, pada mesyuarat tersebut, rombakan yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya hanya pengumuman perlantikan Azmin sebagai Pengerusi baru Bersatu Selangor menggantikan Abdul Rashid Asari.


Selain itu, tiga Ahli MPT yang baru turut dilantik di mana dua daripadanya adalah orang kuat Azmin iaitu Adun Taman Medan, Dr Afif Bahardin dan Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasaruddin.


Seorang lagi yang dilantik sebagai Ahli MPT ialah Nolee Ashilin Radzi, adik ipar kepada Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja.


Maknanya, meski Azmin tidak dilantik sebagai Setiausaha Agung menggantikan Hamzah pada 28 Januari lalu, kedudukannya kini dalam parti terus diperkukuhkan.


Menjelang mesyuarat pada malam ini, sejak minggu lalu lagi sudah kedengaran banyak perkhabaran bahawa akan berlaku perubahan jawatan Setiausaha Agung setelah ia tertangguh sebelum ini.


Ia berikutan dikhabarkan telah berlaku pertemuan melibatkan beberapa pemimpin Bersatu pro Mahiaddin Md Yasin di Janda Baik dua minggu lalu untuk membincangkan perkara tersebut.


Difahamkan dalam perjumpaan yang dinamakan “Langkah Janda Baik” itu telah dimuktamadkan Azmin akan dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baru menggantikan Hamzah.


Jangkaannya, malam inilah pengumuman itu akan dilakukan.


Namun demikian, 24 jam sebelum berlangsung mesyuarat MPT Bersatu malam ini, besar kemungkinan rombakan itu tidak dapat dilakukan kerana Mahiaddin dikatakan bimbang ada kesan negatif kepada dirinya.


Adalah diberitakan Ahli-Ahli Parlimen Pas tidak senang dengan hasrat Mahiaddin menggugurkan Hamzah itu.


Ahli-Ahli Parlimen Pas lebih rapat dan akrab dengan Hamzah berbanding dengan Mahiaddin.


Bimbang tindakan menggugurkan Hamzah itu bakal mengundang tindak balas negatif daripada Pas, lebih-lebih lagi kerana Mahiaddin masih membara cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi, maka boleh dikata selamatlah kedudukan Hamzah malam ini.


Ertinya “Langkah Janda Baik” telah kandas di tengah jalan dan “Langkah White House” dipercayai akan terus meriah beroperasi. – ShahbudinHusin 12/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/12/langkah-janda-baik-kandas.html



KORAK MUNG- SOH BELAJAR GEOGRAFI GAGAL...

 

Sekali dengan Palestin pun dia tunggang.



Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) patut panggil Fadhli ni untuk dia jelaskan apa sebenarnya yang dia maksudkan dengan ungkapan *agar apa yang berlaku di Palestin tidak berulang di bumi Malaysia.'


Bukankah ucapan ini berbaur hasutan kebencian kaum dan berbahaya? Dituturkan pula oleh seseorang yang menyandang utama jawatan dalam parti. Kata-kata seperti ini boleh mengundang prejudis kaum.


Tapi hakikatnya, beginilah PAS. Mereka memang tak mampu nak bersaing dari sudut politik. Dari tatakelola sampailah ke soal pembangunan, mereka tak pernah mampu untuk berfikir atau mencipta idea baru.


Jadi modal yang mereka ada hanya dengan menyemai  benih kebencian, dengan harapan dapat menangguk di kekeruhan hubungan kaum itu. Sebab itu rakyat mesti jauhi parti penghasut ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Cubaan walaun nak perangkap aku. Tapi silap orang.


CUBAAN TUNJUK PANDAI- TETAPI TERBUKTI KEBODOHAN SENDIRI.





Mula dia kata aku tunjuk pandai bila aku buat posting tentang Dusuki yang mengarut kata undang-undang takzir Kelantan tu sebagai hukum Allah. Jadi aku tanya dia bahagian mana yang aku tulis tu salah.


Dia tak jawab tapi dia tanya aku setuju ke tak hudud dilaksanakan di Malaysia.


Dah tentu aku setuju. Aku sekolah rendah lagi dah belajar undang-undang Jenayat ni. Dari masa belajar lagi aku percaya inilah dia undang-undang yang boleh mengawal kejahatan manusia.


Malah dulu aku sokong PAS pun salah satunya sebab hudud. Aku teringin nak tengok perompak duit rakyat, yang sebahagiannya kini dah jadi kawan PAS, kena potong tangannya sebab mencuri.


Tapi PAS sendiri buang Hudud ke longkang. Diganti dengan RUU355. Dari mula cerita RUU355 ni lagi aku dah tulis yang itu bukan hudud. RUU355 merupakan bukti PAS mungkir janji untuk laksanakan hudud.


Jadi nak buat apa aku sokong PAS. Baik aku sokong yang nak hapuskan rasuah. DS Anwar tak pernah pun janji nak buat hudud. Beliau janji nak perangi rasuah dan beliau setia pada janjinya.


Aku tahu hala walaun ni nak tuju ke mana. Dia konon nak kutuk aku sebab tak desak kerajaan buat hudud. Tapi aku dah Tai chi awal-awal. Aku takkan tuntut dari pihak yang tak pernah janji hudud. 


Lepas tu, bila dia nampak aku dah salahkan PAS, dia cuba nak bela PAS konon hudud bertentangan dengan perlembagaan. Sebab tu PAS tak boleh bawa. Tapi aku sekali lagi jawab soalannya sebelum dia tanya.


Sebenarnya jenis jenayah syariah dah tertulis dalam Kanun Keseksaan. Mencuri, membunuh meliwat dan banyak lagi kesalahan yang disebut dalam al-Quran memang dah jadi kesalahan mengikut undang-undang negara ini.


Cuma yang belum terlaksana adalah jenis hukuman seperti yang termaktub dalam al-Quran. Contohnya macam hukuman sebat bagi penzina yang bujang dan direjam dengan batu sampai mati jika dah berkahwin dan potong tangan bagi yang mencuri.


Hukuman-hukuman ini memang bertentangan dengan perlembagaan. Tapi perlembagaan boleh dipinda. Jadi sepatutnya PAS masa ada kuasa, buatlah usul agar perlembagaan dipinda bagi membolehkan hukuman begini dijalankan. Tapi tak ada pun.


Sudahlah cadangan untuk hudud tak dibuat. RUU355 pun mati keras begitu saja. Padahal dulu dia yang berkobar-kobar sampai nak jiratkan orang lain.


Disebabkan RUU355 pun tak dipinda, jadi bila Kelantan buat EKJS III, paling tinggi pun boleh beri hukuman penjara 3 tahun dan denda tak lebih RM5,000. Dah tak memasal nampak macam Islam beri diskaun untuk hukuman peliwat. Reti tak?


Sebab tu aku kata lebai hipokrit. Tak berminat pun nak buat hudud. Mungkin macam pemimpin PAS cakap dulu, orang yang tak minat hudud ni sebab dia sendiri buat jenayah tu. Mungkin la.


Sekarang ni hudud tu macam keldai je bagi PAS. Nak dijadikan tunggangan untuk capai matlamat menipu walaun. Itu je. Tapi lebai pun tak nampak serius nak laksanakan hudud. Maka tinggallah walaun macam mangkuk ni meneka dalam kesamaran. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ISLAM AJAR TAKUT KEPADA ALLAH, PAS SERU TAKUT KEPADA DAP?






 Pas sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam diminta untuk bermuhasabah meneliti arah perjuangannya sejak kebelakangan ini yang menyeru orang Melayu-Islam takutkan DAP.

Bagi Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, seruan Pas saban minggu itu amat bertentangan dengan seruan khutbah Jumaat yang menekankan ‘Ittaqullah’, iaitu takut kepada Allah.

Apabila Pas memomokkan Melayu perlu takut kepada DAP, katanya, dikhuatiri hal itu tergelincir daripada perjuangan Islam.

“Kita orang Islam saban minggu diingatkan di mimbar, dipesan Ittaqullah. Namun hari ini pimpinan Pas bawa (politik) takut kepada DAP, bukan takut kepada Allah.

“Kita orang Melayu-Islam yang ada tuhan, yang beriman dengan rukun iman, tetapi sebaliknya kita dimomokkan supaya takut kepada DAP.

“Sedangkan DAP itu manusia yang dicipta oleh tuhan (tidak layak ditakuti). Ini merosakkan keimanan kita,” katanya.

Zulkifli yang juga reformis sejak 1998 berkata, orang Melayu seharusnya insaf dan jangan membiarkan puak tertentu merosakkan keyakinan mereka hanya kerana mahu merebut kuasa politik.

Katanya, tidak wajar berlaku ‘syirik kecil’ takutkan DAP sedangkan pada suatu ketika dahulu Pas pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dan dianggap parti sahabat.

Zulkifli juga berkata, tidak mungkin DAP boleh mencalonkan Perdana Menteri bukan Melayu kerana Yang di-Pertuan Agong tidak akan memberi perkenan terhadap perkara berkenaan.

Tegas beliau, situasi politik di Malaysia tidak akan sama seperti di Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK) yang telah melantik ketua kerajaan bukan lagi dari kalangan kulit putih.

“Situasi politik kita tak sama dengan AS, UK. Selepas 200 tahun (tamadun AS) naik orang kulit hitam jadi Presiden, di UK naik pemimpin berketurunan India jadi PM. Di Malaysia kita punya adab yang berbeza.

“Saya amat yakin bani Melayu akan terus memimpin negara. Peranan Raja raja Melayu kita tidak boleh nafikan,” katanya lagi.

Justeru, Zulkifli menyeru agar orang Melayu kembali berfikiran rasional dan mengutamakan fakta menghadapi tohmahan dan serangan laskar siber pembangkang.

Politik pembangkang yang mendahulukan emosi, katanya, perlu ditolak ke tepi atau dibuang jauh jauh.



SEBAIKNYA NGA KOR MING BATAL SEGERA HASRAT TONJOLKAN KAMPUNG BARU CINA SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

 

Sebagai langkah untuk meredakan kemarahan UMNO berikutan tindakannya mahu mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dengan segera cuba mengajak pemimpin parti itu untuk bertemu serta berbincang dengannya.

Katanya, langkah itu bagi mengelak salah faham dan memahami isu berkaitan.

Sebagau responnya, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudian berkata, mereka sedia bertemu tetapi tetap menolak cadangan Nga Kor Ming itu.

Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dengan keras membantah hasrat untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco.

Mereka menyifatkan cadangan Nga Kor Ming itu bersifat perkauman dan memecah-belahkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Secara jujurnya, hasrat Nga Kor Ming itu memang tidak kena dan tidak sesuai, bukan saja dalam konteks perpaduan dan kepelbagaian kaum yang ada, bahkan juga tidak tepat dari dari segi sejarahnya.

Lebih tidak kena kerana kerajaan yang mentadbir negara ketika ini ialah kerajaan perpaduan yang tidak patut sama sekali menonjolkan keutamaan kepada sesuatu kaum saja.

Sebagai menteri di mana DAP berada di dalam kerajaan bersama pelbagai parti lain termasuk UMNO, Nga Kor Ming sepatutnya lebih berjiwa Malaysia daripada mengutamakan kaumnya saja.

Lagi pula, dalam konteks kampung, yang betul-betul boleh dianggap sebagai warisan ialah penempatan orang asli.

Selepas itu, barulah kampung-kampung tradisi yang didiami oleh orang Melayu.

Kampung Baru Cina hanya diwujudkan sekitar tahun 40-an dan 50-an sebagai kaedah membendung pengaruh dan simpati kaum Cina kepada pemberontak komunis.

Dengan itu, di mana logiknya Kampung Baru Cina mahu dijadikan tapak warisan dunia Unesco?

Oleh kerana DAP sudah berada dalam kerajaan, pemimpin-pemimpin parti itu seharusnya tidak terbawa-bawa secara keterlaluan dengan sentimen perkauman parti yang dianggotai dalam tindakan yang mahu diambil.

Berbuat demikian hanya mengesahkan lagi tanggapan umum, khususnya di hati orang-orang Melayu selama ini bahawa DAP adalah sebuah parti yang pekat chauvinis Cinanya.

Apabila sudah berada di dalam kerajaan dan menerajui kementerian, sebarang tindakan mestilah untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum serta keturunan.

Dalam hal ini, adalah disarankan agar Nga Kor Ming menarik balik dan membatalkan saja secara serta-merta hasratnya ingin mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco itu.

Selain tidak sesuai dan tidak menepati konteks warisan dunia, isu ini juga jika dibiarkan berterusan hanya memberi peluru kepada pihak pembangkang untuk menyerang dan melemahkan lagi sokongan orang Melayu kepada kerajaan.

Carilah benda lain yang bersifat kepelbagaian kaum dan melambangkan wajah Malaysia yang sebenar jika Nga Kor Ming ingin juga mencipta nama berjaya meletakkan sesuatu sebagai tapak warisan dunia Unesco sepanjang berpeluang memegang jawatan sebagai menteri.

Dalam konteks yang lebih luas, sudah sampai masanya untuk Nga Kor Ming segera berubah dengan memiliki jiwa Malaysia yang sebenar dalam jawatan kerajaan yang disandang jika mahu DAP diterima lebih lama dalam berada kerajaan dan tidak ditakuti, khususnya oleh orang-orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti dan teras di negara ini. – ShahbudinHusin 12/02/2024.

 

CADANGAN KAMPUNG BARU CINA TAPAK UNESCO TIDAK WAJAR DIPOLITIKKAN






 Cadangan mewartakan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia tidak harus dipolitikkan sehingga memecah belah keharmonian kaum.

Malah, kata Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Kasim, pewartaan oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu masih diperingkat cadangan selain pihak pembangkang dan NGO pro mereka tidak seharusnya menakut-nakutkan orang Melayu, memperlihatkan ianya satu ancaman.

“Saya berpandangan terancam itu bila mana mana kampung Melayu secara tiba-tiba diwartakan UNESCO sebagai kampung Cina, itu baru boleh dianggap sebagai ancaman.

“Namun, jika hanya mewartakan kampung Cina yang sememang dihuni oleh masyarakat Cina ia bukan sesuatu yang mengancam,” katanya kepada Suara Keadilan.

Jelas Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Selangor itu, cadangan pewartaan bukanlah sesuatu luar biasa malah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mencalon mana-mana lokasi yang berpotensi diwartakan sebagai tapak khazanah dunia.

“Setakat ini UNESCO sudah iktiraf lima tempat bersejarah di Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia, Melaka (Bandaraya Kota Melaka) antara yang diangkat menjadi tempat yang diiktiraf, jadi tiada isu sebenarnya bagi pihak pembangkang mahu jadikan ia sebagai bahan politik.

“Bahkan menjadi tugas kerajaan untuk mencalonkan mana-mana tempat yang berpotensi sebagai tapak warisan supaya dapat memberi manfaat dan peluang ekonomi kepada penduduk kampung di situ,” ujarnya.

Terdahulu Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tampil mempersoalkan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dakwanya, Kampung Baru di Kuala Lumpur dilihat mempunyai nilai dan sejarah lebih tinggi tinggi selain lebih bertepatan dengan dasar dan identiti negara.

Justeru, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, pewartaan itu yang masih dalam peringkat cadangan dan diperhalusi selain menambah, pengiktirafan kawasan Geopark membabitkan kampung Melayu juga telah lama dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Selain Bandaraya Kota Melaka, UNESCO sudah mengiktiraf empat tempat bersejarah di Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia, iaitu Taman Negara Mulu di Sarawak (2000), Taman Negara Kinabalu di Sabah (2000), Georgetown, Pulau Pinang (2008) dan Lembah Lenggong, Perak (2012).


TAKSUB AGAMA, TAKSUB POLITIK

[gempak] GANTI RUGI RM5 JUTA TERHADAP CHEGUBAD! KAKI FITNAH SEMAKIN TER...


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengemukakan notis tuntutan terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, supaya memohon maaf tanpa syarat berhubung hantaran berunsur fitnah di Facebook yang mendakwa beliau (Shamsul Iskandar), melakukan penyelewengan dana awam. Tetuan SN Nair & Partners yang mewakili Shamsul Iskandar, menghantar notis tuntutan itu hari ini. Menurut peguam Datuk SN Nair, anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta dan memadamkan komen yang menyinggung perasaan dan bersifat memfitnah. Beliau berkata anak guamnya juga menuntut aku janji bertulis daripada Badrul Hisham, untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam hantaran Facebook tersebut. Sumber Berita/Video FB Bro ISwardy



𝟭𝟭 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 '𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛'



𝟭. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺.


Kesalahan2 itu ada dalam Undang2 Sivil dan bertindih. Sebahagiannya hukuman jauh lebih berat berganda-ganda. Tapi hukuman khas berkait orang Islam seperti Minum Arak dalam Undang2 Syariah masih berjalan.


𝟮. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵.


Kes ini bukan cabar Mahkamah Syariah tapi cabar Bidangkuasa DUN buat undang2 lebihi kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan senarai Negeri. 


𝟯. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿.


Kewujudan Mahkamah Syariah dijamin oleh Perlembagaan bahkan tidak boleh diganggu Mahkamah Sivil ikut artikel 121(1A) Perlembagaan.


𝟰. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝟮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵.


Kes Iki Putra dan Nik Elin dicabar waktu PN-PAS berkuasa 33bulan.


𝟱. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝗶𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶. 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗝𝗶𝗵𝗮𝗱 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻.


Enekmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1 (EKJSK1) ni TAKZIR bukannya Hudud dan Qisas (EKJSK2) yang nasnya Qat'iey. Hukuman Takzir ditentukan oleh pemerintah mengikut maslahah tidak seperti Hudud dan Qisas. Bahkan 20 kesalahan itu juga dikira jenayah dibawah undang2 Sivil.


𝟲. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂:  𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗶𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝟮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.


Kuasa Negeri kekal sebagaimana biasa. Malah selepas kes ini, kerajaan melalui Jawatankuasa yang dah dibentuk oleh PMX akan syorkan penambahbaikan pada Perlembagaan dan Undang2. Proses ini dah pernah dibuat termasuk dulu pindaan 121(1A) juga atas usaha PMX.


𝟳. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮.


JK yang dibentuk perlu perkenaan Majlis Raja2 yang baru bersidang Oktober 2023. Kes ini berlaku zaman PN-PAS (Iki Putra 2021) tapi PAS tak buat Jawatankuasa pun.


𝟴. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗳𝗮𝗶𝗹 𝗽𝗲𝘁𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿. 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮. 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗔𝗦 '𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝘂' 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗜𝗸𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟭.


Padahal, Kes ini dah mula lama. 25/05/22 - Nik Elin failkan notis usul. 30/09/22 - Mahkamah Persekutuan benarkan. 13/10/22 - Nik Elin failkan Petisyen. Kes Iki Putra 2021 berlaku lebih awal masa Takiyuddin Menteri Undang2 tapi tiada tindakan juga. Kenapa kes penting begitu dibiarkan?


𝟵. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻.


Dulu PAS pun tak bertindak halang Iki Putra dan halang Nik Elin sebab kerajaan tak boleh campurtangan hal Mahkamah doktrin Pengasingan Kuasa. Tapi kerajaan Madani melalui MAIWP terlibat sebagai Amicus Curiae turut berhujah membantu Mahkamah.


𝟭𝟬. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗣𝗔𝗦 𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗴𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵.


Masa Undang2 Syariah dan Mahkamah Syariah dibangunkan, PAS masih anggap 'Perlembagaan Penjajah, dan Peraturan Jahilliyyah dan Kafir'. Tapi PMX dah terlibat jauh lebih awal bantu perkasa Mahkamah Syariah sejak 1988 pinda 121(1A) Perlembagaan.


𝟭𝟭. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀.


Satu kesalahan yang sama oleh orang Islam, dua hukuman berlainan. Satu ringan (Syariah) dan satu berat (Sivil). Non Muslim hanya dihukum di Mahkamah Sivil dengan hukuman lebih berat. Sebab itu proses harmonikan Syariah dan Sivil perlu dibuat berterusan untuk penambahbaikan dan capai keadilan.


*Ahmad Mursi*



REGA LIMAU MURAH TAPI TAK LAKU



 Penjualan buah tuah atau oren Mandarin jatuh 40% berbanding tahun lepas walaupun kualiti lebih baik dan harga lebih murah berbanding tahun lepas dan biarpun ini adalah barangan wajib bagi perayaan Tahun Baharu Cina.


Peniaga dan pembeli dakwa ekonomi tak bagus dan harga barang-barang lain sudah naik.



Pelakon video lucah tempatan didakwa...

 Pelakon video lucah tempatan didakwa...



Cuma aku pelik kenapa tutup muka tu? Malu? Habis tu dalam video tu pakai topeng jugak ke apa? Masa buat video untuk tatapan umum ok je kan? Masa dibawa ke mahkamah malu pulak nak nampak muka.

Wana'uzubillah. Semoga kejadian keji begini dijauhkan dari keluarga kita semua. Dan semoga kegiatan jalang ini tidak berlaku lagi di negara kita. Aamin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENYATAAN PARTI HIPOKRIT SEDUNIA. JOM LIHAT DAN BACA



 Aku puji Dewan Pemuda PAS. Mereka rasional. Lihat kenyataan media mereka yang mahu rakyat hormati keputusan mahkamah. Eh tapi... Las... Ni masa kes Iki Putra dulu. Patut la rasional. Masa tu PAS perintah la.


Inilah yang dikatakan hipokrasi. Jelas sangat sifat hipokrit PAS. Masa tak untung buat isu, ada isu serupa tidak tidur berdengkur. Bila untung kalau buat isu, PAS paling depan. Mengaku pejuang Islam konon.


Tapi yang patut dipuji pemimpin dan penyokong PH. Kes Iki Putra ni, tak jadi isu sebab PH menghormati keputusan mahkamah dan tak jadikan agama sebagai tunggangan. Jauh berbeza dengan PN sekarang ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II



.


IANYA PERNAH DIGUBAL


 

PROGRAM A. I UNTUK RAKYAT MALAYSIA


 

KAH. KAH. KAH.. KELUAQ CAKAP JA MUHONG


 

MASA BERKUASA LENA.


 

CULPRIT- APA MAKNA TAK TAU...


                          Mukhlis Eddie



KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN TAPI PUJIAN.

 

MOKHTAR SENIK - HANG NAK KOMEN PUN HANG BUKAN BETUL SANGAT PUN. 


Seronok kamu bila nama kamu berjaya memanaskan suhu Negara. Seronok kamu bila berjaya dan menang di Mahkamah. Seronok kamu bila ramai rakan2 selibral dgn kamu puji kamu. Tanpa kamu sedar bala Allah dan kematian mengekori kamu kemana2. Hanya menunggu saat yg ditentukan Allah.


Jom Aminn kan.


UMS



KALAU WAHABI HANYA HANTU, GURU-GURU SALAFI INI AJAR & JUAL KITAB HANTU





Kami sebenarnya benar-benar kasihan dengan ramai pengikut aliran salafi yang beria-ia ulang soalan 


"Siapa wahabi? Mana ada wahabi di Malaysia ni?"


"Wahabi ni hantu saja, diguna untuk memomokkan aliran salafi".


Sedangkan guru-guru mereka sendiri giat ajarkan dan jual buku-buku Muhammad Bin Abdul Wahab.


Sebab itu jangan taqlid buta.  Kadang-kadang guru-guru anda sendiri malu nak mengaku perkara yang mereka sendiri ajarkan, maka anda jangan lebih sudu dari kuah.


Sekarang ini cuba tanya soalan ini dengan jujur kepada diri anda sendiri :


"Kalau mereka ajar dan jual buku-buku MAW, kenapa mereka tak nak mengaku Wahabi? apa yang mereka sembunyikan? Atau MAW sebenarnya memang buat salah besar atas nama Salaf? Kalau ada yang mereka tak setuju dengan MAW, apa yang mereka tak setuju?"


Pi tanya guru-guru kamu.


Kalau padi katakan padi, jangan jadi macam Baatiniah, tak berani mengaku secara terus terang.


LUKISAN 25 TAHUN LALU.


        
         Zunar cartoonist fan club

MASA JADI KERAJAAN SOKONG. MASA KINI JADIKAN ISU POLITIK. JAHAT KA TIDAK TUAN TUAN... JAHAT.


 

ANTARA JUMAAT YANG HITAM DAN HATI YANG HITAM

 

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memihak kepada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dalam cabarannya ternadap keabsahan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan, reaksi paling awal yang bertujuan mengaut untung politik ialah daripada bekas Menteri di JPM, Takiyuddin Hassan.

Beliau menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah sebagai sejarah hitam kepada umat Islam negara ini.

“Kita amat sedih, ini adalah “Black Friday”, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam,” katanya.

Beliau juga mendakwa keputusan mahkamah itu boleh memberi impak kepada undang-undang jenayah syariah di negara ini.

Susulan kenyataan Takiyuddin, melantun-lantun walaun memberi reaksi di media sosial yang menggambarkan kedudukan Islam sudah terancam, di samping menyalahkan kerajaan pusat atas keputusan tersebut.

Terdapat juga mereka yang tidak segan-segan menyatakan keputusan mahkamah tertinggi itu adalah tindakan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Melayu, tetapi sanggup mengkafankan enakman syariah Islam.

Hendaklah disedari, keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak menggambarkan pendirian kerajaan pusat kerana mahkamah adalah institusi bebas yang tidak dikawal oleh kerajaan dan mereka berhak membuat keputusan berdasarkan keterangan serta fakta di depan mata mereka.

Apakah fakta dan keterangan yang menyebabkan keputusan itu dibuat?

Jika diperhati, 16 kesalahan jenayah syariah yang dibatalkan itu adalah kerana ia bercanggah dengan hukuman dalam Kanun Keseksaan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.



Oleh kerana sesuatu undang-undang negeri tidak boleh mengatasi undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebab itulah Mahkamah Persekutuan memutuskan 16 kesalahan itu sebagai tidak sah dan batal.

Dalam hal ini, tidaklah bermakna dengan keputusan tersebut, kedudukan Islam telah terancam atau “Black Friday” telah menyelubungi seluruh undang-undang syariah di negara ini.

Tiada apa-apa titik hitam yang berlaku, kecuali Dun Kelantan telah terbukti cuai kerana melaksanakan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selepas ini, tiada pilihan yang harus dilakukan melainkan Dun Kelantan mesti segera melakukan penyesuaian atau pindaan terhadap 16 undang-undang itu.

Buat sementara ini, meskipun 16 kesalahan jenayah itu terbatal, ia tidaklah pula bermakna sesiapa di negeri Kelantan bebas melakukan kesalahan berkaitan 16 perkara itu dan tiada undang-undang boleh dikuatkuasakan terhadap mereka sebagaimana didakwa bekas Perdana Menteri yang gagal, Mahiaddin Md Yasin.

Yang terbatal hanyalah enakmen syariah, tetapi bagi 16 kesalahan tersebut, mereka yang melakukan sesuatu kesalahan – misalnya liwat atau melakukan persetubuhan dengan mayat – mereka masih boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Perlembagaan Persekutuan.

Dengan itu, celah mata boleh dikata Islam sudah terancam?

Hakikatnya Islam tidak terancam, bahkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah gambaran bagaimana Perlembagaan Persekutuan sentiasa dipertahankan.

Islam tidak terancam dan tidak ada “Jumaat yang hitam”, melainkan yang ada hanyalah hati-hati yang sentiasa hitam dengan tidak mahu mengakui kelemahan atau kesalahan diri sendiri. – ShahbudinHusin 11/02/2024.

 


KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH, AGAMA ISLAM KEKAL UTUH






 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Hal itu susulan, keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, pagi tadi

Justeru menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan itu dan sebagai tindakan segera, akan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berusaha mendapatkan alasan penghakiman bertulis kes berkenaan untuk tujuan kajian dan perancangan selanjutnya.

Jelasnya, selaras alasan penghakiman kes itu, perancangan-perancangan lanjut akan dibuat segera bagi memastikan agenda penambahbaikan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah akan terus berjalan di Malaysia.

“Beberapa penyesuaian terhadap pelan dan rancangan sedia ada juga akan dilaksanakan selaras dengan keputusan kes ini. Segala ruang dan peluang yang wujud untuk pemerkasaan Mahkamah Syariah akan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah, timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum keputusan mahkamah hari ini.

“Selain itu saya juga akan segera memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan DYMM Raja-Raja Melayu untuk menyembah maklum perkara yang berkaitan,” ujarnya.

Tambahnya, semua pemegang taruh dan pihak yang terlibat dengan Mahkamah Syariah akan sama-sama berbincang pemerkasaan Mahkamah Syariah dan jika terdapat keperluan melakukan apa-apa pindaan atau reformasi undang-undang, akan segera dilakukan.

“Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan mantan Ketua Hakim Negara Tun Datuk Seri Zaki bin Tun Azmi, mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Hasil kajian itu, kata Naim akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.

“Semua pihak adalah diseru untuk bertenang serta tidak melakukan apa-apa provokasi yang boleh mengundang kepada keresahan awam,” katanya.




ELAK POLEMIK: KEDUDUKAN ISLAM, MAHKAMAH SYARIAH TIDAK TERJEJAS

 



Pertubuhan dakwah Islam terbesar negara, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menolak sebarang usaha pihak tidak bertanggungawab untuk mengapi apikan isu kononnya kedudukan agama Islam tertekan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen membatalkan beberapa perkara dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 (‘Enakmen 2019’) kerana bertindan dengan undang undang sivil.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, isu berkaitan teknikaliti undang undang itu tidak ada kaitannya dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara, juga Mahkamah Syariah tidak sedikit pun terusik bidang kuasanya berdasarkan kes berkenaan.

“ABIM menyeru umat Islam di negara ini untuk bertenang dan elak dari berpolemik (membesarkan isu) sehingga ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.

“ABIM ingin mengingatkan pendirian Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim dalam kes ini yang menjelaskan bahawa kes ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah tetapi khusus membicarakan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN Kelantan) untuk menggubal perundangan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Pada masa sama, Ahmad Fahmi juga menyambut baik kenyataan Menteri Agama yang menjelaskan bahawa kerajaan telah pun membentuk Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan.

Jawatankuasa tersebut akan mengeluarkan syor bagaimana kaedahnya undang undang negeri perlu dibuat agar tidak melanggar Perlembagaan.

“ABIM turut menyambut baik kenyataan YB Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang telah menggariskan langkah-langkah segera yang akan diambil oleh kerajaan untuk menanggapi keputusan kes ini, dan seterusnya meningkatkan usaha memperkasa Mahkamah Syariah.

“ABIM turut menyatakan kesediaan untuk terlibat-sama menjayakan sebarang usaha reformasi hal ehwal pentadbiran agama Islam melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi,” katanya lagi.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan dalam petisyen yang difailkan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dalam menggubal atau membuat beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Nik Abdul Rashid dan anaknya.

Antara peruntukan yang dianggap tidak sah adalah berkenaan pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).

Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42).




YB MUJAHID BALUN PARTI PAS KELANTAN! GAMBAR ELIN DAN TAKI VIRAL NI PEMIM...



PAS harus akur keputusan mahkamah membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (I) Kelantan melambangkan kelemahan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan. Dalam kenyataan, Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata PAS bukan sahaja tidak mengakui kelemahan pentadbirannya menggubal undang-undang jenayah syariah di Kelantan, malah mengelirukan rakyat dengan dakwaan ‘mahkamah syariah dicabar’. ========================================================================================================== Seorang pemimpin PAS menyifatkan tindakan menularkan semula gambar setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan dengan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai tidak matang. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Awang Hashim berkata, tiada masalah untuk mana-mana pemimpin parti itu bergambar dan berkawan dengan sesiapa, walaupun berlainan ideologi. Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...


MAHKAMAH PUTUSKAN KELANTAN LAMPAUI KUASA, BUKAN MADANI LAWAN ISLAM’




 Pembangkang PN, khususnya Pas digesa menamatkan segera tohmahan kononnya Kerajaan Madani menekan undang undang syariah selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dengan membatalkan beberapa perkara dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) Kelantan 2019 hari ini kerana digubal di luar bidang kuasa negeri.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malangnya para pemimpin pembangkang memainkan isu tersebut sebagai keputusan yang menentang hukum syariah di Malaysia.

“Kenyataan Ketua Hakim Negara hari ini, keputusan cukup jelas, dia (petisyen) tak ada kena mengena dengan syariah, dia mengenai keputusan DUN (menggubal undang undang).

“Bulan depan, katakan DUN buat beberapa undang undang baru yang bercanggah dengan kuasa negeri dan Persekutuan maka dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. Sekiranya bercanggah (mahkamah) akan membatalkan, dia tidak kira tajuk apa. Tajuk apa pun ada kuasa Persekutuan dan negeri.

“Kuasa Persekutuan memang banyak. Tetapi kalau masalah tanah, agama ini kuasa negeri. Jadi ada bidang kuasa masing masing.

“Apakah tidak diketahui oleh pemimpin pembangang? Mereka tahu, tetapi gunakan sentimen supaya orang Islam merasakan kerajaan pimpinan Anwar ini menentang syariah. Padahal tiada kena mengena. Undang undang (yang dicabar enakmen) negeri Kelantan, yang cabar orang Kelantan, kebetulan ahli Muafakat Nasional,” katanya dalam majlis perjumpaan bersama penjawat awam di MITC, Melaka petang tadi.

Tegas Anwar, alasan PM atau kabinet menentang syariah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan amat tersasar kerana Nik Elin yang mengemukakan petisyen itu melawan Kerajaan Kelantan, bukannya PM atau Kerajaan Malaysia.

“Dia cabar di Mahkamah Persekutuan, bukan kabinet, bukan PM. Dia nak tanya sama ada undang undang itu sah dari segi proses atau tidak? Mahkamah putuskan dari segi proses dan bidang kuasa, tidak betul.

“Apa dilakukan terdahulu oleh PN? Mereka tidak bantah. Ini (petisyen) berlaku semasa 2020 dan 2021, sekarang dijadikan bahan politik. Dulu tidak ada tindakan,” bidasnya.

Bagaimanapun, ujar PM, Kerajaan Persekutuan sedar wujud ketelanjuran di pihak Kerajaan Negeri dalam menggubal enakmen sebelum ini dan dengan itu Kerajaan Madani telah pun menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah untuk menilai perkara berkenaan.

“Untuk mengkaji di peringkat kebangsaan kita tubuh jawatankuasa tentang hukum syariah. Kabinet putuskan setuju, rujuk kepada Majlis Kemajuan Islam (MKI) dan Raja raja Melayu dan sekarang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, saya sebagai timbalan pengerusi.

“Apa peranan dia? Untuk memutuskan peranan dan meningkatkan peranan Mahkamah Syariah dalam negara,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu amat kesal dengan sikap pembangkang menggunakan politik fitnah untuk mencari pengaruh, termasuk pada minggu lalu apabila Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman ke atas bekas PM Najib Razak.

Katanya, pembangkang mempropagandakan PM dan Kabinet membuat keputusan tersebut, biar pun mereka sangat maklum keputusan memberi pengampunan adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

“Kabinet tidak pernah membincangkan (pengampunan), saya hanya melaporkan (ke Kabinet) minggu lalu setelah keputusan dibuat.

“Keputusan Lembaga Pengampunan didengar oleh Agong tetapi keputusan Agong itu muktamad berdasarkan Perkara 41 (2) Perlembagaan.

“Apakah orang (pembangkang) tidak tahu? Dia tahu tetapi dipolitikkan. Lebih bahaya seperti yang berlaku hari ini, buat perhimpunan di depan Mahkamah Persekutuan seolah olah kerajaan hari ini yang menentang syariah Islam,” katanya.

Penyokong Pas-PN pagi tadi membuat himpunan di hadapan Mahkamah Persekutuan dengan agenda mendakwa undang undang syariah ditekan di bawah Kerajaan Madani biar pun mereka maklum Perlembagaan menetapkan pemisahan kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil.

Bermakna, undang undang yang telah sedia wujud di bawah Mahkamah Sivil tidak sewajarnya turut sama digubal hukuman di bawah Mahkamah Syariah.



Adakah kita di ambang Perang Dunia Ketiga?


 

Kita semua perlu memikirkan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan ketegangan global dan mewujudkan keamanan yang lebih berkekalan di dunia

By

 Johan Saravanamuttu


Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kebanyakan orang barangkali ada mendengar kenyataan oleh bekas Presiden AS Donald Trump pada 30 Januari bahawa kita kini berada di ambang Perang Dunia Ketiga.

Peristiwa yang mencetuskan kenyataan Trump ini ialah serangan dron ke atas pangkalan tentera Amerika, dikenali sebagai Tower 22, di sempadan Jordan-Syria. Peristiwa ini mengakibatkan tiga askar AS terbunuh dan mencederakan kira-kira 34 yang lain.

Sebagai tindakan balas, AS telah melakukan serangan ke atas 85 sasaran di Syria dan Iraq dan 36 sasaran Houthi di 13 lokasi di Yaman.

Apabila ditanya soalan beberapa minggu sebelum itu semasa kempennya di Iowa, Trump menjawab: “Kita kini paling hampir dengannya (Perang Dunia Ketiga).”

Beliau mengambil kesempatan untuk mengecam Presiden Joe Biden kerana ketidakcekapannya dan kegagalannya untuk menghalang peristiwa yang membawa AS kepada keadaan semasa.

Kenyataan Trump mengenai perkara ini cukup mementingkan diri sendiri dan terlalu semberono. Walau bagaimanapun, adalah benar yang hal ehwal global hari ini telah mencapai detik bersejarah yang cukup menyukarkan.

Dalam surat berita ini, saya ingin kembali kepada beberapa perkara yang saya bangkitkan dalam penulisan di Aliran pada Oktober lalu. Harap bersabar dengan saya, memandangkan betapa pentingnya topik ini.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Peperangan dan perlumbaan senjata tanpa henti

Dunia sememangnya berada pada saat yang berbahaya.

Hanya sedikit percikan untuk mencetuskan Perang Dunia Pertama: pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Empayar Austro-Hungary pada 28 Jun 1914 itulah yang mencetuskan perang.

Bagi Perang Dunia Kedua, ia boleh dikatakan mengambil masa yang lebih lama untuk peristiwa-peristiwa ini kemudiannya merebak ke seluruh dunia: peperangan yang dicetuskan oleh Adolf Hitler dari Jerman di Eropah dan kemasukan Jepun dalam perang di Asia Timur. AS memasuki perang agak lewat, selepas pengeboman Jepun di Pearl Habor pada 7 Disember 1941.

READ MORE:  'Blessed are the peacemakers'

 

Jadi, serangan dron di Tower 22 (yang didakwa ada kaitan dengan Iran) adalah kejadian yang tidak menyenangkan, tetapi ia tidak pula boleh disamakan dengan serangan Pearl Habor.

Bagaimanapun, apa yang terjadi adalah dek kerana peningkatan serangan hari ini di mana AS, Rusia, Israel dan sekutu mereka kini terlibat.

Oktober lalu, saya menyedari bahawa terdapat 110 konflik bersenjata yang sedang berlaku di seluruh dunia. Apa yang telah mengekalkan apa yang kita fahami sebagai keamanan hari ini, secara teori, adalah pencegahan nuklear berdasarkan doktrin “mutually assured destruction” (MAD).

Tiada kuasa nuklear mahu berperang dengan yang lain, yang akan saling membawa kemusnahan bersama mereka. Inilah yang telah menghalang kita daripada melakonkan semula ‘detik Oppenheimer’ yang menyaksikan penggunaan bom nuklear pertama di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Namun, adakah keadaan di Abad ke-21 kini telah berubah sehinggakan doktrin MAD telah menjadi hipotesis yang lemah? Perhatikan perkembangan berikutnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ya, lihatlah bagaimana perlumbaan senjata nuklear telah meningkat ke tahap yang berbahaya (rujuk peta di bawah):



Perhatikan bagaimana walaupun terdapat dua kuasa besar nuklear, banyak negara lain turut memiliki senjata pemusnah besar-besaran. Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT), yang ditanggapi sebagai kejayaan diplomasi kuasa besar, tidak menghalang negara yang bercita-cita tinggi.

Sekutu AS dan Rusia – Belgium, Jerman, Itali, Belanda, Turki dan Belarus – juga mempunyai senjata nuklear di wilayah mereka.

Oleh itu, seseorang boleh berhujah bahawa teori MAD telah dilemahkan oleh pertambahan senjata yang sedemikian rupa di luar liputan serta kawalan kuasa-kuasa besar.

Siapa yang boleh mengatakan bahawa negara penyangak yang mempunyai nuklear tidak akan melakukan perkara yang tidak dijangka satu hari nanti? Sekiranya berlaku serangan nuklear di mana-mana, sekutu kuasa besar berkemungkinan besar akan diseret sama ke dalam kancah peperangan.

READ MORE:  Why do we still have war in this world?

 

Pada 21 Februari 2023, Presiden Vladimir Putin menggantung penyertaan Rusia dalam Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik Baharu 2010 (New START – Strategic Arms Reduction Treaty). Ia sekali gus bermakna berakhirnya kawalan senjata oleh dua kuasa besar nuklear.

Sebuah lagi perkembangan membimbangkan ialah kuasa besar juga sedang membangunkan senjata hipersonik yang boleh membawa hulu peledak nuklear yang sukar dikesan oleh radar.

Perang Ukraine, yang bermula pada Februari 2022 (walaupun Crimea telah diambil alih pada 2014), berterusan tanpa henti. Penganalisis telah menawarkan beberapa kemungkinan, namun saya rasa ia akan berterusan menemui jalan buntu untuk beberapa tahun lagi sebelum kita melihat sebarang prospek rundingan bagi menyelesaikannya.

Ada yang meramalkan bahawa naiknya Trump menjadi presiden boleh membawa penyelesaian kepada perang ini. Senario terburuk ialah perang boleh merebak menjadi perang kesemua negara Eropah. Saya teragak-agak untuk meramalkan sesuatu yang spesifik kecuali perang ini akan terus menyemarakkan perlumbaan senjata antara Barat, Rusia dan sekutunya.

Akhirnya, peperangan di Gaza sekarang bukan sahaja berterusan tetapi mencipta bencana kemanusiaan yang tidak terkata dengan pembunuhan lebih 26,000 orang awam Palestin. Israel telah mengabaikan keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ini.

Hakikatnya, Israel langsung tidak boleh dihalang atau dikawal dalam cita-citanya untuk menjajah Gaza, dan ini adalah cukup membimbangkan. Semua orang boleh melihat kekurangan kapasiti atau kuasa PBB untuk mengurangkan masalah, apatah lagi memastikan gencatan senjata. Ia adalah sebuah kesimpulan yang cukup menyedihkan tentang keadaan kemanusiaan kita hari ini.

Jadi, jika insiden Tower 22 bakal mencetuskan peningkatan konflik dengan penglibatan AS yang lebih besar, ia akan menghasilkan lebih banyak ketidakstabilan di Timur Tengah, bersama-sama dengan aktiviti Houthi semasa di Laut Merah.

READ MORE:  Norman Finkelstein vs Alan Dershowitz on Israel-Palestine war with Piers Morgan

 

Kawasan permusuhan and keganasan lain boleh muncul di seluruh dunia termasuklah juga pertembungan di antara dua Korea, Taiwan dan Laut China Selatan.

Trump barangkali mempunyai agenda tersendiri dalam menyatakan kita kini berada di ambang Perang Dunia Ketiga, tetapi inti kebenarannya tidak pula boleh diabaikan.

Ia sepatutnya membuatkan kita semua duduk dan memikirkan tindakan yang boleh diambil oleh kita sebagai individu yang waras dalam mengurangkan ketegangan global dan mewujudkan keamanan yang berkekalan di dunia.

Johan Saravanamuttu
Editor bersama, surat berita Aliran
6 Februari 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman