Cartoon by Haili
Posted by Admin
Trend Lebai, Fitnah ~ Maaf…
SEMOGA MEREKA 3 EKOR INI MENDAPAT NASIHAT MADANI- BUKAN MEMAFKAN BEGITU SAJA. MANA BOLEH DILEPASKAN PEMFITNAH. SEDANGKAN NABI TELAH MENJELASKAN BAHAWA MEMFITNAH ITU UMPAMA MENGGUNAKAN PISAU YANG TAJAM MENGHIRIS SAUDARA MARA KAMU SENDIRI. MAKA KAMU AKAN MASUK NERAKA JAHANAM
KENYATAAN MEDIA:
Kemunculan video fitnah terbaharu ke atas Kerajaan Perpaduan melibatkan tiga siswi propembangkang menunjukkan bahawa pihak berkenaan tidak pernah insaf dan langkah mengatasinya hanya boleh diambil melalui tindakan tegas.
Memberi amaran dan meminta mereka memadamkan hantaran video itu semata-mata bukanlah langkah yang praktikal kerana mereka hanya diam seketika dan akan muncul dengan video yang lebih ekstrim.
Pembangkang tidak akan serik memfitnah malahan menjadikan golongan terpelajar sebagai penyampai kandungan fitnah tersebut tanpa memikirkan kesan ke atas siswi berkenaan sekiranya diheret ke muka pengadilan.
Dalam hal ini, sekurang-kurangnya ada dua sebab besar yang memerlukan pihak berkuasa bertegas - pertama, membendung kegiatan fitnah daripada terus berleluasa agar negara ini terselamat daripada suasana tidak harmoni; kedua, menyelamatkan modal insan terutama golongan terpelajar daripada terjerumus dalam kancah kebencian sebaliknya memupuk mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Kerajaan dan pihak berkuasa dalam kes penyebaran video fitnah begini perlu bertindak keras dan segera ke atas pemfitnah serta dalang kes itu tanpa ragu-ragu bermula sekarang.
Tidak perlu lagi terlalu lunak dan "besar jiwa" kerana pembangkang tidak pernah menghargainya, malahan lebih "ganas" meracuni fikiran masyarakat tanpa ada sedikit pun perasaan bertanggungjawab.
Bertindaklah dengan tegas dan segera sebelum nasi menjadi bubur. Tidak guna kita hanya baru tengadah setelah teruk terhantuk di tembok fitnah.
ALIAS ISMAIL,
Ketua Penerangan MPN PKR Terengganu,
10 Februari 2023.
SUKA CAKAP FITNAH MACAM ORANG KENA KETUM JE LAGAKNYE..TAPI PADAN JE
MUKE TEMAN ..SEBAB SEKALI DIA BUAT MUKE SEDIH TEMAN KENA MAAFKAN . DOA
WALAUN DEME TU KENE JAGE JAGE....MUJARAB...INGATAN JUGE BUAT SI NUSI DAN
MAHIADDIN..NANTI SOH LE LOYA LOYA DEME TU MINTA MAAF
YE...HAAAA...GITEWWW...JANGAN DEME JADI TENGIN HANGIT.....BIOR JE LOYA LOYA
DEME RUNDING TERUS- TAK PAYAH NAIK MAHKAMAH...BUAT APE..NANTI MANE NAK
NYEQOKEH DUIT JOTA JOTA NAK MEMBAYOR NYE.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah dikatakan berbentuk komisen.
Menurut sumber SPRM, enam individu terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan melibatkan enam syarikat ditahan dalam operasi khas di empat Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah semalam.
Semua lelaki berumur 34 hingga 55 tahun itu kemudiannya dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini, petang semalam.
Menurut sumber itu, sebuah syarikat terbabit dilantik oleh sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai ejen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.
“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket untuk jemaah umrah.
“Bayaran ini bagi memastikan agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan dijadualkan.”
Sumber berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan terbabit sejak 2018 dan 216,000 tiket dikatakan diagih dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta.
Menurutnya, agensi pelancongan umrah dikatakan terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapat tempat duduk penerbangan dan ini dipercayai antara faktor harga tiket penerbangan umrah tinggi.
Katanya, semua yang ditahan kini direman empat hari hingga Isnin depan selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata, lebih ramai dijangka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

PETALING JAYA: Dua bekas menteri belia dan sukan menyambut baik penggantungan ke atas pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada mewakili negara selepas membuat komen rasis baru-baru ini.
Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman itu merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
“Rasa hormat antara satu sama lain adalah asas paling penting kepada masyarakat kita dan sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis harus bertanggungjawab atas komen tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata, hukuman itu perlu dijadikan contoh kepada persatuan dan atlet lain supaya sentiasa menghormati kepelbagaian budaya agama dan bangsa di Malaysia.
“Ia juga untuk pastikan tindakan sebegini tidak berulang lagi,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Hanis hari ini dilaporkan menerima penggantungan itu dengan hati terbuka dan bertekad tidak mengulangi kesilapan sama, selain mengingatkan atlet lain sentiasa berhati-hati membuat sebarang hantaran di media sosial.
Semalam, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan Hanis digantung serta tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan ke perlawanan antarabangsa, susulan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi AR Rahman bulan lepas.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menganggap hukuman itu sangat keras berbanding kesalahan Hanis.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq mempersoalkan sama ada Fadhli tahu selok-belok sukan berbanding keputusan KHM yang sudah lama dalam industri itu.
Beliau mencadangkan Fadhli meneliti keputusan KHM dan permohonan maaf oleh Hanis yang mengakui kesilapannya.
“Pada masa sama, isu ini bukan isu kecil kerana sukan adalah ejen penyatuan terbaik untuk memberikan contoh terbaik, khususnya apabila dia mewakili nama baik negara di persada antarabangsa,” katanya.
Blog ini akan diaktifkan semula Ahad ini dimana seorang pengurus baru akan mengendalikannya.Walau pun blog ini hanya mengenegahkan berita dari tiktokers dan fbookers tetapi ianya menjadi lidah pennyambung kepada golongan bawahan untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan demi menegakkan berita dan bukan fitnah.
Oleh kerana komitment pengurus lama agak terhad maka pengurus baru dilantik sebagai pengendali blog ini.
Selain mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia Digital ini melepaskan jawatan kerana gagal dalam tugas beliau sebagai menteri, sebaliknya elok beliau menjadi tukang sorak sahaja.
Bukan sahaja kawasan beliau kurang hadir majlis kenduri kendara ..maklumat yang kami dapat, akhbar parti tidak dapat berfungsi dengan baik..sedangkan parti PKR adalah induk kepada pembentukan kerajaan perpaduan ini. Masakan akhbar tidak dapat dihidupkan dengan melantik wartawan dan juga dihidupkan semula akhbar sekurang kurangnya edaran untuk kawasan pedalaman.Selain Suara Keadilan Online sepatutnya setaraf akhbar online yang lain.
Amatlah malang , akhbar Suara Keadilan gagal kerana Menteri lepas dan kini gagal berfungsi dan mengharapkan akhbar lain yang membuat liputan, sedangkan akhbar sendiri sepatutnya di hidupkan di beri nafas baru sesuai Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM. Tak rasa malukah anda ?
KILANG FITNAH
BLOG INI MEGAMBIL SIKAP MEMBERHENTIKAN SEMENTARA PENYIARAN SEBARANG BERITA SELAMA BEBERAPA HARI KERANA MEMBANTAH TINDAKAN MENTERI DAN PERDANA MENTERI YANG LAMBAT MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMFITNAH YANG BOLEH MEROSAKKAN MINDA MSYARAKAT SELAIN MEMPERKECILKAN PARA PEJUANG REFORMIS SELAMA INI , DAN JUGA TIDAK CAKNA KEPADA PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN YANG HAKIKI.
MASYARAKAT DIBIARKAN MENERIMA FITNAH DAN TIADA TINDAKAN DIAMBIL SELAMA INI KERANA MENGANGGAP PARA PEJUANG CYBER ADALAH TIDAK DIHARGAI PERJUANGAN MEREKA SELAMA INI, DAN PIHAK MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB GAGAL MENANGANI BERITA FITNAH TERHADAP KERAJAAN SENDIRI DAN IANYA DIANGGAP LEMAH DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN KEHARMONIAN DALAM NEGARA.
SEKIAN
PENGURUS BLOG
Dari semasa ke semasa ada saja fitnah baru dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya sekarang ini.
Dalam waktu sejak beberapa hari yang lalu, sekurang-kurangnya ada tiga fitnah besar yang memudaratkan telah berlegar di media sosial.
Fitnah Satu – Anwar bersama beberapa Ahli Parlimen PKR menikmati hidangan sebagai tetamu di Qatar pada 2019, tetapi dikaitkan dengan makanan mewah yang digambarkan bertentangan dengan Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan sendiri.
Fitnah Kedua – selepas Anwar bersolat Jumaat di Port Dickson minggu lalu dengan menaiki helikopter, ada fitnah berlegar menuduh pembelian helikopter itu dilakukan oleh beliau, walhal ia telah dibeli lama sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri lagi.
Fitnah Ketiga, gambar lama Nurul Izzah dengan jet peribadi di belakangnya yang dikaitkan dengan keadaan semasa seolah-olah walaupun jawatannya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri bersifat pro bono, tetapi beliau bebas menggunakan jet itu untuk ke mana-mana.
Daripada tiga fitnah tersebut, fitnah satu di atas telah pun diadukan kepada SKMM oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sendiri agar diambil tindakan yang sewajarnya.
Lebih buruk lagi dalam fitnah itu, salah seorang yang dikaitkan, Abdul Rahman Yusof yang ada dalam gambar tersebut sudah pun meninggal dunia.
Ini bermakna, terkutuknya fitnah itu kerana mereka yang telah meninggal dunia pun dikaitkan dengan Menu Rahmah yang baru dilancarkan.
Begitu pun, sehingga ini belum terdengar sebarang berita ada di antara mereka yang memfitnah atau menyebarkan gambar tersebut telah diambil tindakan oleh SKMM.
Tak taulah kenapa begitu slow sekali SKMM bertindak, sedangkan menteri sendiri yang membuat aduan berkenaan dengan perkara itu?
Sampai bila keadaan ini harus berlaku dan lebih malang kerana sehingga sekarang, masih ramai lagi yang menyebarkan gambar fitnah satu tersebut di media sosial tanpa ada kebimbangan sedikit pun.
Berkenaan dua lagi fitnah itu, selain tiada permintaan daripada menteri agar tindakan diambil segera, SKMM juga tidak terlihat proaktif untuk menanganinya.
Bermakna, tidak menjadi ketakutan kepada sesiapa untuk menyebarkannya.
Jika fitnah yang disebut atau ditujukan secara langsung oleh pemimpin tertentu kepada Anwar boleh ditanganinya dengan beliau sendiri mengemukakan saman fitnah kepada mereka sebagaimana tindakan telah diambilnya kepada Presiden Bersatu Mahiaddin Md Yassin, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan beberapa yang lain, tiga fitnah ini sebaliknya lebih sesuai untuk ditangani oleh SKMM melalui undang-undang yang mereka ada.
Ia kurang sesuai jika Anwar atau mereka yang terkait itu mengambil tindakan saman sivil kerana pencetusnya hanyalah netizen biasa yang tiada kedudukan dalam masyarakat.
Lagi pun bukankah SKMM itu antara peranannya ialah memantau dan mengambil tindakan terhadap penyebaran fitnah di alam maya?
Selain tiga fitnah tersebut, banyak lagi sebenarnya bentuk fitnah berkaitan Anwar dan kerajaan bertebaran di media sosial sekarang ini.
Pembenci Anwar dan kerajaan perpaduan ini, barangkali kerana ketiadaan modal baru untuk menanamkan bibir-bibit kebencian, hobinya sekarang ialah menyelongkor video, gambar dan peristiwa lama lalu mengaitkannya seolah-olah ia keadaan semasa yang sedang berlaku dalam negara.
Ini amatlah bahaya kepada masa depan negara kerana kebanyakan orang malas berfikir atau menyelidik, lalu dengan mudah menerimanya bulat-bulat begitu saja.
Dalam hal ini, sekali lagi ditekankan bahawa SKMM seharusnya lebih proaktif dan agresif bertindak terhadap fitnah-fitnah di media sosial itu.
Penyebar fitnah hendaklah diambil tindakan keras, sesuai dengan kerosakan kepada keharmonian dalam masyarakat melalui fitnah yang disebarkan itu.
Jika tindakan pantas dan keras dapat diambil, lambat laun ia pasti menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk mengulanginya lagi kerana mereka terbabit terpaksa berhadapan dengan masalah telefon dirampas, penyiasatan, perbicaraan di mahkamah, kos peguam dan seterusnya denda atau penjara jika didapati bersalah.
Tetapi, jika tiada tindakan diambil, pemfitnah akan terus galak menyebarkan fitnah mereka tanpa ada rasa takut walau sedikit pun.
Pemfitnah ini mungkin tidak takut dengan dosa kerana ia sesuatu yang tidak nampak, namun kalau kena keluar duit poket RM10 ribu atau RM20 ribu setiap kali fitnah dilakukan, ia pasti lebih menakutkan mereka.
Untuk itu, kepada Perdana Menteri, jangan berlengah dan berterusan membiarkan keadaan ini berpanjangan.
Langkah pertama, Anwar harus segera melantik Pengerusi SKMM daripada kalangan mana-mana pemimpin dalam parti kerajaan yang ada keberanian, bersifat tegas serta berjiwa politik untuk melindungi dan memastikan kerajaan perpaduan ini kekal bertahan lebih lama lagi.
Jangan dibiarkan SKMM tanpa peneraju terlalu lama seperti sekarang ini.
Tindakan Fahmi Fadzil sendiri selaku menteri memberi arahan kepada SKMM untuk bertindak adalah tidak kena sebenarnya kerana arahan beliau itu sepatutnya dibuat secara dalaman kepada kepimpinan SKMM.
Tetapi, oleh kerana SKMM pun agaknya tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk diberi arahan dalaman itu, maka terpaksalah beliau mengeluarkan arahan secara terbuka.
Sudahlah begitu, macam tak dipedulikan pula arahannya itu.
Jika SKMM ada pengerusi, tak perlulah lagi menteri berbuat demikian kerana pengerusi sendiri harus lebih pantas bertindak dan dengan demikian, menteri boleh menumpu perhatian kepada perkara-perkara lain.
Anwar tiada pilihan lain sekarang melainkan kembali dari Thailand ini mesti mencari tokoh yang benar-benar berwibawa, berani dan tegas sebagai Pengerusi SKMM – SEGERA!!! – ShahbudinHusin 09/02/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/02/09/fitnah-makin-berleluasa-anwar-mesti-segera-lantik-pemimpin-tegas-jadi-pengerusi-skmm.html
Ketua PAS Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Anwar Ibrahim hari ini kerana mendakwa Anwar membenarkan amalan LGBT, dalam ceramah pada kempen pilihan raya tahun lepas.
Permohonan maafnya dibuat di Mahkamah Tinggi di sini sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.
Peguam Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian itu sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai “demi kepentingan semua pihak”.
“Apabila seorang individu menyesal (atas perbuatannya) dan memohon maaf dengan suci hati, seorang pemimpin yang baik budinya akan menerima permohonan maaf itu dan menarik balik saman,” kata Nair sambil menambah ,penyelesaian itu telah menyangkal tuduhan terhadap Anwar.
Saman itu difailkan pada 5 Dis berhubung dakwaan Razman bahawa Anwar berkata dalam ucapan kempennya beliau akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis, jika menjadi perdana menteri.
Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR, bertanding sebagai Ahli Parlimen Tambun pada PRU15 November tahun lepas.
Beliau menang dengan majoriti 3,736 undi, mengalahkan Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu dan dua calon lain. Anwar dilantik menjadi perdana menteri pada 24 Nov.
Razman ialah ADUN Gunong Semanggol dan ketua pembangkang di Perak.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping itu, Anwar menuntut ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalang Razman daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah terhadapnya.
Menurut pernyataan tuntutan, dakwaan Razman membayangkan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, juga seorang penipu, pengkhianat, munafik dan bukan orang Islam yang baik.

TAIPING: Kes saman fitnah Anwar Ibrahim terhadap Ketua PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaannya bahawa presiden PKR itu membenarkan amalan LGBT telah selesai di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.
Razman mengemukakan permohonan maaf kepada Anwar di mahkamah sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan.
Peguam mewakili Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian tersebut sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai “demi kepentingan semua pihak”.
Pada 5 Dis, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Razman yang dikatakan membuat dakwaan Anwar akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis, dan menyokong agenda komunis, jika menjadi perdana menteri.
Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping, di mana Anwar telah menuntut ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalang Razman daripada membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Ayok KJ... Tak tayok... Hahaha...
Kerajaan mendapati pembelian vaksin tak mengikut prosedur.
Dikatakan perolehan dilakukan menteri ketika itu tanpa persetujuan Peguam
Negara.
Baca berita lanjut di https://bit.ly/3YkoG8n.
Satu persatu perkara pelik yang berlaku sewaktu pentadbiran
terdahulu ditemui. Aku yakin mereka akan kata ini semua adalah balas dendam.
Bila ada kecurangan ditemui, wajarkah kerajaan ini diamkannya?
Sedangkan kecurangan itu melibatkan dana rakyat. Tidakkah rakyat berhak
diberitahu?
Bukankah kalau didiamkan bererti kerajaan ini juga turut
bersubahat? Dan sememangnya rakyat ingin tahu segala bentuk kecurangan yang
berlaku.
Terutama dalam isu vaksin ini yang mencirikan dari awal lagi.
Jumlah pembelian yang terlalu banyak, dana yang terlalu besar dan lain-lain.
Lagipun, kalau pun kerajaan sekarang berniat untuk membalas
dendam, sekiranya tidak ada apa yang salah, nak balas dendam pun tak boleh
jadi.
Masih terlintas di hadapan mata aku tajuk berita suatu waktu dahulu
di mana KU berkata kerajaan akan susahkan mereka yang enggan divaksin.
Aku pro-vaksin tapi aku benci perbuatan mengugut seperti itu.
Jangan aniaya orang sebab doa orang teraniaya itu makbul. Sekarang, nampaknya
yang susah sebab vaksin adalah KJ sendiri. Guane boh?
.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor akan dibangunkan semula sebagai hub penerbangan perniagaan dan aeroangkasa.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kedudukan LTSAAS amat strategi memandangkan amat hampir dengan Kuala Lumpur dan di tengah tengah kawasan perniagaan di Selangor yang memudahkan urusan untuk penerbangan perniagaan.
“Dengan penuh rasa sukacita saya mengumumkan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (Subang Airport Regeneration Plan, SARP) yang disediakan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad berasaskan hala tuju dasar Kerajaan Malaysia akan dilaksanakan.
“Pada 2 Februari lalu saya telah membentangkan SARP kepada Jemaah Menteri dan cadangan pembangunan tersebut telah mendapat kelulusan selepas mengambil kira pertimbangan yang teliti.
“Pembangunan LTSAAS akan memberi fokus kepada pembangunan Aerospace Ecosystem, General Aviation, Business Aviation dan city airport atau secondary airport,” katanya dalam sidang media hala tuju dasar LTSAAS pagi ini.
Sehubungan dengan itu, kata Loke, ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS akan melibatkan tujuh komponen. Iaitu pusat industri aeroangkasa; pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih; pusat penyelidikan dan pembangunan; operasi penerbangan am; operasi penerbangan bisnes; urban air mobility (UAM) dan operasi penerbangan komersial serantau.
Cadangan tersebut katanya termasuk memperkenalkan semula penerbangan berjadual serantau menggunakan pesawat jet (narrow body) sehingga pesawat penumbang besar dan belly kargo menggunakan pesawat jet di LTSAAS.
“Cadangan melibatkan usaha memperkenalkan semula penerbangan berjadual serantau pesawat jet sehingga A320/B737 atau yang seumpamanya.
“Sasaran pasaran adalah kumpulan penumpang bisnes ataupun kelas premium dengan memanfaatkan penuh kedudukan LTSAAS yang cukup strategik di tengah-tengah ibu kota negara kita.
“Penerbangan berjadual menggunakan pesawat propeller dan turboprop akan dikekalkan berikutan permintaan pasaran terhadap perkhidmatan tersebut di LTSAAS dijangka berterusan dan positif,” katanya.
Menurut Loke lagi, penambahbaikan tersebut akan memberi rangsangan kepada rantaian industri pengangkutan udara dan industri aeroangkasa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju aeroangkasa di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2030.
“Melalui SARP, LTSAAS ini bakal berubah menjadi sebuah hab penerbangan serantau dengan kapasiti maksimum seramai 8 juta penumpang setahun.
“Pertumbuhan dan perubahan wajah LTSAAS akan menjana ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
“Untuk langkah seterusnya, Malaysia Airports akan merangka seluruh pelan pembangunan semula LTSAAS secara terperinci setelah mengambil kira pandangan semua pihak dalan sesi-sesi libat urus dengan sikap yang terbuka dan membina.
“Anggaran kos pembangunan semula LTSAAS dapat diumumkan selepas pelan terperinci tersebut siap dibentangkan pada masa hadapan,” katanya lagi.
Tegas Loke, pembangunan semula LTSAAS merupakan usaha murni peringkat nasional yang berlandaskan gagasan Malaysia Madani.
Dari segi ekonomi, ia akan mempercepatkan pemulihan ekonomi pasca pandemik dengan menarik pelaburan dari dalam mahupun luar negara. Manakala dari aspek kemasyarakatan pula, projek tersebut cukup bermakna dengan memberi nafas baru kepada sebuah lapangan terbang di mana ramai warga Malaysia berkongsi ingatan dan nostalgia lampau yang indah.
Ahli Parlimen Seremban itu juga menegaskan pembangunan semula LTSAAS itu akan menerapkan reka bentuk mesra alam dan infrastruktur hijau ke dalam projek pembangunan semula demi kelestarian pada masa hadapan.

Pemimpin Islam termasuk para pengikutnya perlu menunjukkan akhlak yang baik dalam gerakan ‘Siyasah Syar’iyyah’ atau politik.
Penasihat Umum Amanah, Datuk Seri Ahmad Awang berkata jangan gunakan amalan agama seharian untuk menunjuk nunjuk sehingga individu tersebut tidak menjadi insan saleh serta akhlaknya bertentangan dengan Islam.
“Dalam amal hari hari (kita) tidak jadi saleh walau kita buat (amalan). Kalau dirikan solat tetapi tidak niat (sesungguhnya) kerana Allah, tetapi nak tunjuk kat orang. Ada dekat nak pilihanraya, dia tak pernah ke masjid pun tetapi bila dah naik jadi calon datang solat jemaah tiap hari.
“Itu termasuk perbuatan yang riak. Allah kata masuk neraka.
“Kalau tujuan duniawi, banyak kita tengok orang pergi solat, umrah. Kemudian ceramah agama, ayat Quran, hadis semua ada tetapi kenapa tak kelihatan sebagai amal saleh?
“Sehingga tidak dapat nak membentuk diri dia sendiri ikut ajaran Islam. Contoh Islam kata cakap baik baik, tetapi dia cakap tak elok. Keluar cakap yang hodoh, mengata, memfitnah tetapi solat tak tinggal, baca Quran. Sebab ciri cirinya mencari kedudukan pangkat, pengaruh. Ini jadi amal salah,” katanya dalam ceramah di Seminar Tarbiyah Rahmah anuran Amanah di Shah Alam, pagi tadi.
Ahmad dalam pada itu menasihatkan kepada umat Islam Malaysia, terutamanya dalam gerakan siyasah agar tidak mudah memanggil seseorang dengan gelar Tok Guru.
Katanya, beliau takut apabila digelar Tok Guru kerana tanggungjawab besar di belakangnya terutama dari segi akhlak dan kepimpinan.
“Saya takut orang panggil Tok Guru. Dalam konteks Malaysia ini kalau sebut Tok Guru dekat dekat nak jadi Nabi. Cakap dia mesti semua betul. Walaupun salah, jangan kata salah.
“Saya teringat almarhum ust Fadzil (bekas Presiden Pas) bila orang nak panggil Tok Guru (ditengah) ‘aku ustaz sahaja’.
“Ustaz tak apa kerana ustaz ramai. Tok Guru pilihan. Nanti datang ujub. Mesti disambut. Kalau nak pergi mana mana perlu diiring 2 – 3 kereta. Itu belum jadi Perdana Menteri lagi. Yang ini kita takut.
“Tetapi ada Tok Guru yang betul betul tok guru. Kereta dia ada seorang sahaja polis jaga, tak ada yang lain. Itu dia Tok Guru Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan, mantan Mursyidul Am Pas). Itu tok guru betul,” katanya lagi.
Ahmad sebelum ini sering mengkritik sikap para pemimpin Pas, parti yang ditinggalkannya pada 2016 sebagai tidak lagi berjuang mengutamakan agama Islam.
Pas katanya, tidak lagi sama sebagaimana era kepimpinan ulama Datuk Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.