DIA BUKAN RETI NAK MINTA MAAF- SAMAN SAJA...KALAU NAK MINTA MAAF DI MEMALI SANA TU DAH LAMA MINTA MAAF....KAPIAQ JA AJAR DIA KENA BAYAR BERJUTA..KAH....

 

Kenyataan rosakkan keharmonian, tiup sentimen perkauman, Star desak Hadi mohon maaf



Ketua Pemuda Star Kong Soon Choi berkata kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini serta meniup sentimen perkauman.

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Star Kong Soon Choi menyifatkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa rakyat bukan Islam dan bukan Bumiputera menjadi perosak politik serta ekonomi negara sebagai tidak berasas dan merosakkan keharmonian negara.

Kong berkata, Hadi perlu meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat khususnya kepada masyarakat bukan Islam dan bukan Bumiputera bagi “menyejukkan” keadaan dan mengelak ia diperdebat secara lantang seterusnya mengundang persepsi liar dalam kalangan masyarakat.

“Kenyataan tidak berasas itu bukan sahaja merosakkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, malah meniupkan sentimen perkauman yang tidak memikirkan perasaan kelompok masyarakat lain khasnya mereka yang bukan beragama Islam dan bukan Bumiputera.

“Hentikan kenyataan tidak matang seumpama ini, kita berpolitik wajar mematuhi lunas-lunas kemanusiaan yang mengambil kira sensitiviti kelompok masyarakat, individu dan yang penting tidak meniupkan sentimen memecahbelahkan masyarakat di negara kita,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kong berkata, Hadi perlu keluar daripada kepompong budaya pemikiran yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengetepikan perasaan pihak lain semata-mata bagi meraih kepentingan politiknya.

“Saya yakin dan percaya, ramai saudara mara dan rakan beragama Islam dan kalangan Bumiputera juga membantah kenyataan itu, kenapa perlu mengeluarkan kenyataan lantang seumpama itu tanpa berfikir panjang. Kita negara bertamadun yang memiliki nilai budaya saling hormat-menghormati,” katanya.

Star yang dipimpin Jeffrey Kitingan adalah salah satu daripada dua parti dari Sabah yang berada dalam komponen Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi parti ialah Parti Maju Sabah (SAPP). FMT telah menghubungi pemimpin parti berkenaan namun belum mendapat maklum balas.

Pada 20 Ogos Hadi mendakwa, golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti yang menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Beliau juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah penyakit denggi.

Katanya, mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuk, tetapi juga bertindak terhadap takungan air membiakkan nyamuk dan manusia yang tidak menjaga kebersihan.

“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

ALAHAI- ANWAR YANG KAU ANIAYAI BOLEH JA DUDUK SG BULOH BERTAHUN TAHUN....KOMAN SPANA LAH...

 

Lebih 35,000 tandatangan petisyen mohon Agong jangan ampun Najib



Bekas perdana menteri Najib Razak memulakan hukuman 12 tahun penjara semalam.

PETALING JAYA: Lebh 35,000 individu menandatangani petisyen dalam talian memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, tidak memperkenan pengampunan diraja terhadap pemenjaraan Najib Razak berhubung kes SRC International.

Petisyen itu dimulakan kumpulan reformasi sistem pilihan raya, Bersih, di tengah-tengah gesaan daripada penyokong Najib mahu bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan diraja.

Terdahulu, kumpulan penyokong Umno menghantar memorandum kepada Istana Negara, hari ini, memohon pengampunan diberikan kepada bekas perdana menteri itu.

Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara turut menuntut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghantar surat kepada Agong memohon pengampunan kepada Najib.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, semalam, susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman. Beliau juga diperintah membayar denda RM210 juta.

Petisyen yang dilancarkan di Change.org merayu kepada Agong supaya menolak mengampun Najib kerana beliau disabit bersalah mencuri dana awam.

Katanya, bekas perdana menteri itu sudah diberikan perbicaraan adil dan proses wajar, sambil menambah rakyat terpaksa menanggung akibat kesan penyelewengan pemimpin yang dipilih.

“Rakyat sepenuh hati memohon limpah perkenan Tuanku untuk mempertimbangkan rayuan patik-patik sekalian agar sebarang permohonan ampun oleh Najib, yang telah memberi malu kepada negara ini. Sebagai negara, kita tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapa pun pelakunya.

“Biarlah Najib menjalani hukuman 12 tahun penjara dan membayar denda RM210 juta untuk dijadikan amaran kepada semua pemimpin yang sangka mereka boleh dengan korup menyalahgunakan kuasa”.


SESETIANYA SANG SUAMI MENUNGGU ISTERI



PENANG VIRAL


Di hospital tadi saya nampak suami ini.

"Isteri saya, buah pinggang kena jangkitan kuman".

Sejak isterinya ada di ICU saya perhatikan, dia berdiri menanti.

Waktu pagi isterinya dikawal oleh pita lilitan agar pelawat tidak mendekati.

Dia satu satunya pesakit yang dipasang pita lilitan seperti kawasan jenayah, "sesiapa tidak boleh dekati".

Barangkali itu maksudnya.

Ternyata petang bila saya ziarah sekali lagi, isterinya masih kritikal dan terpaksa dipindahkan kedalam bilik rawatan rapi ini.

Lelaki ini sejak pagi, dia tetap menunggu isterinya. Sesekali anaknya datang sebelahnya.

Saya singgah dan bertanya khabar keadaan isterinya.

Anaknya sebaya Aqilah anak saya, saya kira.

Diwajahnya ada kesedihan yang luar biasa. Dia bercerita keadaan isterinya dengan ada air mata bertakung dikelopak matanya.

Sedih yang luar biasa.

Jarang ada lelaki yang jatuh air mata melihat isterinya derita sakit.

Pasti ada banyak kenangan dan kebaikan isterinya yang menjadi ikatan cinta mereka.

Saya sentuh dia, salam dan pegang tangannya erat.

"Kita sama sama doakan moga dia kembali sembuh seperti sedia kala". Janji saya.

Petang tadi..

Keadaan isterinya semakin kritikal, sejak saya masuk petang ini. Saya perhatikan dia setia menunggu melihat isterinya disitu.

Dia kekal berdiri dan melihat disebalik dinding yang berkaca

Hati saya juga sebak melihatnya, sebab saya hanya menjaga seorang ibu.

Pastinya isterinya istimewa dihati suami ini.

Setiap keindahan perhiasan dunia. Hanya isteri solehah perhiasan terindah.

Moga isterinya dan bonda saya kembali sembuh dan hadapi ujian kesihatan ini dengan baik.

Saya terkenangkan isteri yang saya tinggalkan dirumah menjaga anak anak saya tercinta.

Kebaikkannya juga luar biasa.

Abah Qilah

Melihat Indahnya Hidup Berkasih Sayang.

Kredit: Jaf rizal

 

BUKAN BERGEMBIRA .TAPI RAKYAT RASA TERANIAYA

 

Sorry Bang Mad. Jangan menongkah arus. Biarkan rakyat nak bergembira dengan pemenjaraan Najib. Rakyat cukup menderita atas perbuatannya.

Dan mungkin Abg. Mad tak terasa bagaimana admin FB Najib menganjing kami penyokong PH sebab masa tu Abg Mad sedap di kerusi menteri.

Komen sebegini tak diperlukan. Lebih baik Abg Mad tegur pentadbiran carca marba Isnail daripada tegur yang rakyat bergembira Najib kena penjara. Guane boh?

Raja Gelap



 

JOM DENGAR HIMPUNAN LEBAI JANJI TAK MAHU JOIN UMNO


 

Sebaliknya Malaysia akan  Makmur, berdaya saing setanding singapura, indonesia, brunei, new zealand, australia, turkiye, amerika dan eropah jika PM nya DS.Anwar Ibrahim .. inshaAllah, you all  do watch out  my sttmnt as well ..

 

sdgkan baru 22 bln PH perintah Malaysia, bnyak kuman, virus degil puluhan tahun yg bersarang dlm tubuh badan malaysia negaraku tercinta dpt di keluarkan, utk pasti kn negara jdi brtnaga, urustadbir berada di landasan betul² sihat, prograsif, proaktive, caring, make rakyat bangga, proud .. tdk rasa rendah diri, malu jadi warganegara .. tapi ape nk di kato, pengkhianat umno pas, bersekutu dg pengkhianat ppbm atoksaka, mahiaddin, guna skimoftings ternak katak langkah sheython .. maka ini lah padah yg rkyat suka atau tidak .. terpaksa terima dn rasakan derita susah malu yg amat membangsatkan  .. apa pun semua ini, bnyak hikmah .. inshaAllah bila hujan badai ini reda, maka sinaran cahaya yg sihat dibawah urustadbir  pakatan harapan sbgi krajaan perintah negara dg ds.anwar ibrahim jdi perdana menteri, malaysia akn bangkit semula penuh iltizam mmperkasa ekonomi dan kebajikan rakyat serta kemakmuran negara .. Aamiin🤲🏼!!! ..LTL tolak umnobnpas di pru15💥

 

🤔pls.brain✍️Ok🚘

JANGAN JADI BAHLOL

 

utusan.com.my
Secara peribadi hati saya belum yakin Najib bersalah – AJK Pas
PETALING JAYA: Walaupun Mahkamah Persekutuan sudah menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, namun seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas belum yakin sepenuhnya yang bekas Perdana Menteri itu bersalah seperti didakwa. Pandangan peribadi itu disuarakan Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki terutama den...


Jangan main-main  dengan pandangan peribadi team UG. 9 hakim

 pun x boleh lawan pandangan peribadi dia. Secara peribadi hang tu

 bahlol.

RAKYAT BUKAN GEMBIRA DIATAS APA YANG BERLAKU. AKAN TETAPI DI ATAS SIKAP BELIAU KEPADA ORANG LAIN SEMASA BERKUASALAH MENYEBABKAN RAKYAT MARAH DAN TINDAKAN YANG MELAMPAUI BATAS KETIKA MENYALAHGUNAKAN WANG RAKYAT.RKYAT TERPAKSA TANGGUNG.

 

Jangan gembira, angkuh atas musibah menimpa orang lain, kata Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata rakyat Malaysia perlu berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, rakyat Malaysia tidak harus terlalu gembira dan angkuh atas musibah yang ditimpa seseorang.

Sebaliknya, katanya, orang ramai hendaklah menjadikan perkara itu sebagai suatu panduan dan pedoman supaya mereka yang masih berada di luar dan bebas itu tidak mengulangi kesilapan, sama ada jenayah dalam bentuk peribadi ataupun yang melibatkan negara.“Kita hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa yang akan datang.

“Jadikan segala bentuk musibah yang menimpa kepada orang lain sebagai suatu pengajaran kepada kita semua.” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berusaha dan mendoakan agar negara Malaysia dan rakyat berada di dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Najib Razak dalam kes SRC International.

Najib yang didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan membayar denda RM210 juta.

Hukuman itu disambut baik pembangkang dan pengkritiknya yang sudah bertahun-tahun membangkitkan isu itu.

INGAT MACAI- NAJIB ADA LAGI 4 KES YANG AKAN DIBICARAKAN




Faiz Saufi Faiz

4 lagi kes lain akan terus berjalan;

1) Rasuah 1MDB RM2.82b

2) Pecah amanah RM6.6b bersama Ts Irwan Serigar

3) Meminda laporan akhir audit 1MDB bersama Arul Kanda

4) Pengubahan wang haram RM27 Juta..

Mereput la dalam penjara

 

APAKAH BENDANYA ROYAL PARDON ITU?

 


SHAMSUDIN NAWAWI


APAKAH BENDANYA ROYAL PARDON ITU?

1. Mendapat Royal Pardon ini memang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Baca Article 42.

Royal Pardon itu maksudnya memberi pengampunan (pardon), reprieve (penangguhan) dan respite (tangguh atau put on hold lah lebih kurang, suspend) dan juga boleh remit, suspend atau commute. Nak terang dalam bahasa mudah, boleh ampunkan penuh, tangguh dulu hukuman itu, kurangkan hukuman itu atau tukarkan hukuman dari hukum gantung ke hukuman penjara seumur hidup, begitu lah lebih kurang.

2. Bila boleh minta atau mulakan proses royal pardon ini? Tidak dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan. Maknanya pada bila-bila masa lah agaknya.

Tetapi bagi orang yang menjadi YB samada Parlimen atau DUN, timbul lah soal kedudukannya sebagai YB. Adakah kerusinya lucut. Kalau lucut mulai bila?

Bagi seorang YB, kerusinya lucut selepas tempoh 14 hari dari tarikh dia jatuh hukum. Kenapa 14 hari? Kerana dalam tempoh itu dia boleh membuat rayuan ke Mahkamah lebih tinggi dan yang tertinggi Ialah Mahkamah Persekutuan. Ini boleh dibaca di Article 48 Perlembagaan Persekutuan.

Kalau sudah habis rayuannya di Mahkamah Persekutuan, adakah tempoh 14 hari itu terpakai juga.

Ya....masih terpakai sebab 48(4)(c) kata kalau "there is filed a petition for a pardon, such disqualification shall take effect immediately upon the petition being disposed of." (kalau ada difailkan suatu petisyen mendapat ampun, maka hilang kelayakan itu hendaklah berkuatkuasa sebaik sahaja petisyen itu dilupuskan)

Ini maknanya macam kes Najib ini, kalau dalam tempoh 14 hari dari hari ini dia masih lagi YB Pekan. Belum lucut lagi. Kalau dia telah failkan satu petisyen ampun, dia belum DQ sehinggalah petisyen ampun dia itu diberi keputusan yes or no.

Posting ada sambungan....(don't be khuatir...)

(((Nota : Keterangan gambar : Kerusi rotan itu ada yang dibuat oleh penghuni penjara untuk tujuan menambah kemahiran hidup.))))

 



JANGAN MALUKAN NAJIB, TAKKAN BARU SEHARI MASUK PENJARA SUDAH NAK MINTA PENGAMPUNAN DIRAJA?

 

Hanya semalaman selepas Najib Razak mendekam di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam, hari ini terlihat sudah ramai kalangan penyokongnya yang bercakap tentang usaha mendapatkan pengampunan diraja buat beliau.

Sekumpulan penyokong beliau juga turut menghantar memo kepada Istana Negara.

Kata mereka, atas kedudukan Najib sebagai bekas Perdana Menteri serta atas jasa-jasanya kepada negara, bekas Perdana Menteri itu amat berhak mendapat pengampunan diraja daripada Yang Dipertuan Agong.

Lagi pula, tambah mereka, selain Agong dan Najib mempunyai hubungan peribadi yang rapat, kedua-duanya juga berasal dari Pahang.

Dengan demikian, tiada masalah bagi Agong untuk memberi pengampunan kepada Najib, ujar mereka lagi.

Dalam hal berkaitan, jika ditanya kepada ramai peguam, hampir semuanya mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai bila pengampunan diraja itu boleh diberikan.

Ada yang mengatakan pengampunan diraja hanya boleh diberi setelah menjalani separuh hukuman penjara, ada yang mengatakan setelah sekurang-kurangnya tiga bulan duduk di penjara dan ada pula mengatakan tiada had masa yang tertentu sebagai syaratnya.

Kata kelompok itu, waima setelah sehari masuk penjara pun boleh diberi pengampunan diraja jika Agong mahu berbuat demikian.

Wowww….terbayangkah kita hanya sehari setelah masuk penjara, tiba-tiba Najib sudah dibebaskan?

Begitu pun, untuk pertimbangan kewarasan sesama kita, hendaklah disedari bahawa Najib dipenjara kerana kesalahan jenayah iaitu rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram berkaitan dana SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB.

Atas kesalahan tersebut, sudah tentu banyak pertimbangan harus menjadi perkiraan Agong, terutama mendapat nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu.

Selain itu, sesuai dengan konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara ini, segala tindakan Agong dalam memberi sesuatu pengampunan diraja bukanlah atas budi bicara baginda secara peribadi, tetapi setelah dinasihati oleh Lembaga Pengampunan.

Lembaga Pengampunan pula dianggotai antaranya oleh Perdana Menteri, Peguam Negara dan menteri yang menjaga sesuatu wilayah di mana pesalah itu menjalani hukuman, manakala Agong adalah pengerusinya.

Dalam keadaan tersebut, rasanya mudah untuk kita memahami bahawa prosesnya tidaklah sesenang memasak roti canai segera – panaskan kuali, tebar dan kemudian boleh terus dimakan.

Dalam konteks Najib dan hukuman penjara yang diterimanya, bukan tidak boleh mengusahakan pengampunan buat beliau, tetapi jika kita imbas kembali sepanjang perbicaraan yang lalu, bekas Perdana Menteri itu sendiri berulang kali menyatakan beliau tidak takut berdepan proses keadilan, malah beberapa kali melaungkan ungkapan “Lawan Tetap Lawan”.

Beliau juga mahu berjuang bersendirian mendapatkan keadilan tanpa mengheret UMNO sekali bersamanya.

Makna kata, Najib adalah seorang yang berani, sesuai dengan darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya.

Lebih daripada itu, UMNO sendiri adalah sebuah parti perjuangan yang rentetan keberaniannya sejak melawan Malayan Union, jika disenaraikan, adalah begitu panjang sekali.

Kesimpulannya, Najib dan UMNO adalah rangkuman keberanian yang tiada tolok bandingnya.

Maka, kenapa para penyokongnya terlalu awal, baru hanya sehari beliau duduk di penjara, sudah mula bercakap soal pengampunan diraja?

Tak bolehkah tunggu tiga bulan, tiga tahun atau enam tahun baru nak bercakap tentang pengampunan diraja?

Cisss…janganlah malukan serta lekehkan keberanian Najib!! – ShahbudinHusin 24/08/2022.


Tandatangani petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong jika anda setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan



Tandatangani petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong jika anda setuju Najib Tidak Wajar Diampunkan

=============

Sign this petition to the YDP Agong if you agree that Najib should not be pardoned.

 

https://www.change.org/p/petisyen-kepada-kdymm-yang-di-pertuan-agong-najib-tidak-wajar-diampunkan

 

Sila viralkan 🙏💪💪💪🇲🇾



KENYATAAN ALIRAN KESEDARAN NEGARA : Keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Najib mewajarkan usaha mereka yang memerangi rasuah selama ini

 


ANAK MUDA MALAYSIA BERARAK KE JALANRAYA MENENTANG RASUAH


Aliran lega bahawa keadilan akhirnya terlaksana. Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Najib Razak bagi mengetepikan sabitan bersalah melibatkan tujuh dakwaan jenayah dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Kami memuji barisan hakim yang penuh berani dalam menyampaikan keputusan walaupun berdepan tekanan dan hinaan ke atas mereka oleh beberapa pihak.

Komitmen profesional ditunjukkan para hakim mengembalikan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara serta mengutuhkan kemandirian kehakiman negara.

Sejak beberapa hari yang lalu, kita melihat percubaan bagi menunda proses bagi proses keadilan berlaku melalui tindakan pasukan perundangan Najib yang bolehlah ditanggapi sebagai tidak profesional dan cuba untuk memburukkan sistem kehakiman.

Selesainya kes mahkamah ini cukup melegakan ramai orang yang melihat ia berlanjutan terlalu lama, apatah lagi dengan permintaan untuk menunda sidang mahkamah beberapa kali.

Keputusan ini sekali gus mewajarkan semua pihak yang berdiri bagi melawan rasuah serta salah guna kuasa – aktivis masyarakat sivil, pemberi maklumat, pegawai awam dan wartawan, pendakwa raya dan peguam, di mana usaha mereka memungkinkan Najib untuk dibawa ke muka pengadilan.

Aliran menyeru agar pihak berkuasa yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mempunyai keazaman lebih tinggi bagi membendung dan membongkar rasuah di peringkat lebih tinggi, lebih-lebih lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or auto-donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Kami juga berharap agar kata putus yang efektif dan segera dapat dicapai dalam kes rasuah melibatkan elit politik lainnya dalam negara kita.

Kita semua hendaklah sentiasa berwaspada sehinggalah rasuah akhirnya dihapuskan dari tanah air kita.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Ogos 2022