KENAPA NAJIB SEBAGAI MENTERI KEWANGAN SETUJU DENGAN KONTRAK LCS YANG BERAT SEBELAH?

 

Najib Razak digesa untuk menjelaskan mengapa dia, sebagai menteri kewangan sewaktu pentadbiran BN memberi layanan “berat sebelah” kepada kontraktor utama projek kapal tempur pesisir (LCS), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). 

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata caj penghantaran lewat bagi setiap LCS dihadkan kepada RM180 juta.

Teo berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan bahawa kerajaan persekutuan berhak menuntut ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) sebanyak RM116.54 juta menjelang 31 Dis 2019 kerana penghantaran LCS pertama sudah lewat 245 hari.

Berdasarkan anggaran kiraan jumlah tersebut sehingga 31 Julai tahun ini, Teo menyatakan LAD itu boleh mencecah RM582.12 juta.

“Penghantaran LCS2, LCS3 dan LCS4 juga lewat. Pengiraan mudah akan menunjukkan bahawa menjelang Julai 2022, jumlah LAD mengikut hari untuk LCS1 hingga LCS4 sepatutnya RM1.57 bilion, tetapi jumlah LAD yang boleh dituntut oleh kerajaan hanya RM671 juta, disebabkan oleh had RM180 juta LAD bagi setiap kapal.

“Apakah rasionalnya untuk masukkan had RM180 juta dalam kontrak, yang hanya menguntungkan BNS dan meletakkan kerajaan dalam kedudukan yang sangat merugikan?” soal ahli parlimen Kulai itu.

Teo juga menggesa Najib menjelaskan mengapa dia tidak mengendahkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (No. 5 Tahun 2007) (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007) yang menyatakan bahawa maksimum 25 peratus daripada jumlah kontrak atau RM10 juta, mengikut mana yang lebih rendah, boleh dibayar sebagai bayaran awal dalam mana-mana kontrak.

“Bagaimanapun, RM1.36 bilion telah dibayar oleh kerajaan kepada BNS sebagai bayaran awal, jauh melebihi had yang dibenarkan di bawah garis panduan kewangan MOF, menyebabkan Surat Setuju Terima dipinda dua kali.

“Lebih penting lagi, pembayaran sedemikian hanya boleh dibuat dengan kelulusan kementerian kewangan. Bolehkah Najib, sebagai menteri kewangan ketika itu, tolong jelaskan kepada kami, apa menyebabkan kelulusan itu dibenarkan?” soalnya lagi.

Pada 4 Ogos lalu, Pengerusi PAC Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan jawatankuasa itu, yang meneliti pengendalian projek LCS.

Laporan itu mendedahkan walaupun tiada satu pun kapal yang siap, Putrajaya sudah membayar RM6 bilion.

Projek itu telah diluluskan pada 2011. Ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi merupakan menteri pertahanan manakala Najib pula sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Selepas laporan itu dikeluarkan, Najib menyalahkan kerajaan PH sebelum ini kerana membekukan projek itu pada akhir 2019.



KEH....KEH.....BMF HILANG DAH




Sampai akhir zaman la nampaknya penunggang agama akan terus survive sebab penyokong bengap sentiasa ada untuk menyokong mereka. Islam hadir mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya kealiman. Pas pula heret pengikutnya daripada cahaya ke dalam kegelapan jahiliyah. Semoga ramai yang mendapat petunjuk. Aminnn.....

Biasala. BMF tu hanya alat politik untuk jatuhkan PH je hakikatnya duduk semeja dengan bangsa nonmuslim minum di kopitiam cina pun diorang ok sebenarnya

 

 

TIKTOK: TUNGGU MAKAN SAMAN.HADI TUDUH PH UBAH PERLEMBAGAAN.


 

TIKTOK SIASAT PENYELEWENGAN NAJIB


 

TIKTOK AISHAH BERPANTUN


 

CABAR KERAJAAN NYAHKLASIFIKASIKAN 3 DOKUMEN PROJEK LCS


MN APA DIA BANG KAI...UMNO DAH TOLAK HANG NAK TERHEGEH HEGEH APA LAGI...WOII TAK MALU KA SONDOI UMNO ?

 

Tak perlu keliru status MN, pilih saja Umno, PAS tolak parti lain, kata Khairuddin.






Muafakat Nasional tidak terkubur dan cuma perlukan semangat untuk hidup, kata Khairuddin Aman Razali. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rakyat termasuk penyokong Umno dan PAS tidak perlu keliru dengan status Muafakat Nasional (MN) walau pemimpin utama dua parti itu saling serang-menyerang sejak kebelakangan ini, sehingga memberi gambaran gabungan itu sudah “terkubur”, kata Khairuddin Aman Razali.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, rakyat khususnya pengundi Melayu Islam hanya perlu membulatkan tekad dengan memilih sama ada Umno atau PAS jika berlaku pertembungan dua parti itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dan secara tidak langsung mengelak berlakunya perpecahan undi.

“Biasalah bila ada serangan mesti ada pemimpin yang membalas serangan. Itu biasa, tetapi pemimpin lain mahu penyatuan maka mereka redakan keadaan.

“Maka tak perlu kita buat kata putus MN telah terkubur, setakat ini tak ada (pemimpin PAS-Umno yang berani isytihar)…selagi ada pimpinan yang sayangkan MN ia tidak akan terkubur,” katanya ketika wawancara bersama FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi jelas menunjukkan masing-masing masih sayangkan penyatuan.

“MN tak berkubur bagi saya, cuma ia perlu semangat untuk hidup. Mungkin selepas PRU ketika masing-masing (Umno-PAS) tak lagi panas, sudah dapat habuan masing-masing mereka boleh kembali bersama,” katanya.

Khairuddin berkata demikian mengulas serang-menyerang terbuka antara Hadi dan Zahid, termasuk apabila presiden Umno itu mengesyorkan presiden PAS menukar kerjaya kepada ahli zoologi susulan gelaran “itik patah kaki” kepada Umno.

Terbaru, Zahid menuduh presiden PAS takut kehilangan banyak kerusi jika pilihan raya dipercepatkan selepas Hadi menggelar pihak yang mahu mempercepatkan PRU15 sebagai kumpulan kemaruk kuasa.

Khairuddin berkata walaupun beliau tegas mahukan PAS dan Umno kekal bekerjasama dalam MN, ia tidak bermaksud Bersatu perlu disingkirkan dalam senarai kerjasama politik.

“Kita faham Umno tak mahu Bersatu, jadi PAS perlu menjadi orang tengah untuk menangani keadaan (menyatukan tiga parti PAS, Umno dan Bersatu bekerjasama),” katanya yang keluar PAS pada 14 Mac susulan dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat.

Katanya, jika PAS meninggalkan Umno untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) ia tidak membawa sebarang keuntungan, seperti terbukti ketika gabungan itu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Pandangan saya, merugikan (tinggalkan Umno) kerjasama dengan Bersatu, tetapi saya kena berkecuali juga…itu hak PAS, dan hak presiden PAS untuk berijtihad dengan cara dia,” katanya.

Katanya, walaupun silap strategi Hadi dan PAS ketika bekerjasama dengan Bersatu melalui PN apabila akhirnya tewas di Melaka dan Johor, pendekatan itu mungkin berhasil pada masa akan datang sesuai dengan situasi ketika itu.

PEMBOHONG TAK ADA PERMIT..SELALUNYA 3 BULAN AWAL..DAH HABIS DAN TERIMA KRITIKAN MULA NAK SIASAT. TAK CEKAP BUAT KERJA KOT....

 


Minggu Fesyen Kedah tiada permit, penganjur akan dipanggil





Gambar tular menunjukkan model wanita berpakaian menjolok mata
 pada Minggu Fesyen Kedah.

PETALING JAYA: Selepas tular gambar model berpakaian menjolok mata, kini penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) didapati tidak mempunyai permit atau kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Hayati Othman berkata, penganjur akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW22 yang menampilkan model dengan pakaian menjolok mata.

“Setakat semakan dibuat, penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan PBT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pihak saya akan memanggil penganjur meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya di Facebook.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita berpakaian menjolok mata pada KFW22 yang berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar.

Susulan itu, warganet mengkritik dan mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

JAWATANKUASA PERTAHANAN PARLIMEN JUGA KESAN ISU LCS


DESIGN KAPAL LCS TAK SELESAI SEJAK ERA BN


PH TERUSKAN PROJEK LCS DENGAN PANTAU RAPI


PENDEDAHAN ANWAR IBRAHIM : RAKYAT MALAYSIA WAJIB DENGAR SKANDAL PEMBELIAN SENJATA LAMA DAN TERKINI

BONGKAR SKANDAL LCS (SIRI 1)- KAPAL TIDAK SIAP, DUIT TELAH DIBAYAR 6 BI...

UMNO di ambang hancur, kebumikan mereka PRU15 ini - Dr Dzulkefly Ahmad

NAJIB TARIK BALIK TUDUHAN HAKIM NAZLAN TERLIBAT RASUAH...INGAT HAKIM MACAM DIA KOT.



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF





Setelah berbulan-bulan Raja Spin tuduh Hakim Nazlan terlibat dengan rasuah, bila dah hampir untuk perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, dia tarik balik akuan bersumpah bab dia tuduh Hakim Nazlan ada kaitan dengan rasuah.

Kenapa tarik balik bab tuduhan itu kalau betul-betul ada bukti? Tunjuklah bukti tersebut dalam Mahkamah, bukan dalam facebook. Yang paling teruk ialah penyokong mat sakau tanpa segan silu tuduh hakim yang ada integriti mengambil rasuah; padahal dia tak ambil rasuah. Allahurabbi.

Inilah dia bukti ada depan mata tuan-tuan, dalam Facebook serba tahu, tuduh hakim ambil rasuah tapi bila nak masuk mahkamah dia pula tiba-tiba tak tahu.

Moga Allah himpunan Mat Sakau dengan pengikutnya bersama-sama di akhirat nanti.

https://www.nst.com.my/.../najib-withdraws-allegations...