DUN CHEKA LIPIS AKTIF ANJUR BENGKEL KHIDMAT MASYARAKAT

 



SESSI BERGAMBAR PESERTA PKR DUN  CHEKA CABANG LIPIS







Keadilan Dun Cheka baru baru ini telah berjaya menganjurkan kursus Khidmat  Masyarakat  yang diadakan di salah sebuah hotel di Kuantan. Kursus selama 2 hari itu  yang di anjurkan oleh KUASA  adalah untuk memantapkan aktivis parti mengadakan khidmat masyarakat setempat dan daerah terutama menghadapi musim tengkujuh yang bakal menjelang.

"Untuk masa akan datang, kita bersedia untuk melakukan khidmat bantuan terhadap masyarakat setempat bila musim banjir tiba. Ianya sudah tidak lama lagi kerana bulan November dan Disember adalah bulan yang mencabar dan kesabaran adalah penting bagi penduduk Pantai Timur menghadapi banjir" , demikian jelas En Mohd Hasim b Mansor, Penyelaras Dun Cheka ketika ditemui. .

Peserta yang mengikuti kursus ini diberikan sijil sebagai insan yang terlatih untuk melakukan keja kerja kebajikan dan khidmat sosial kepada msyarakat setempat.



Selain itu juga.. peserta diberikan kursus berkaitan penggunaan media terkini ..sebagai satu medium untuk menyalurkan maklumat sesama masyarakat ,menyampai khidmat ,menyebarkan berita kepada msyarakat dan membantu masyarakat secara tepat dan cepat melalui berbagai media.

Seramai 100 peserta mengikuti kursus ini dan diharapkan ianya dapat  membantu Dun Cheka dan daerah Lipis di Pahang dalam  mengurus dan berbakti kepada masyarakat khususnya.




Aliran wang haram: 'Kerajaan akan siasat, walau dah berlaku sejak 2012'


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan mengarahkan semua agensi terlibat bagi menyiasat aktiviti aliran kewangan haram yang keluar dari negara ini. Terdahulu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah kerajaan akan mengambil tindakan ke atas aktiviti aliran wang haram dari negara ini, seperti yang telah dilaporkan sejak 2012.


TONTON VIDEO : KEBANGKITAN RAKYAT MELAKA. KEADILAN TAWAN MELAKA

KAH..KAH....TERTIPU 22 BULAN ? 60 TAHUN KENA TIPU KAU TAK SEDAR KE ? KERRR WAKTU TU KAU TENGAH KOMA .

 May be an image of 5 people, people standing and text that says "KAMI TAK NAK PH/PKR/PPBM PPBM 22 BLN KAMI TERTIPU TIPU detikcom"

Kerjasama UMNO-Bersatu pakatan yang salah, ia takkan lama – Tun M

 MGF25102021__PC-PEJUANG-TUN-M21

By

 Muhammad Azizul Osman

 -

 26 October 2021

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kerjasama yang dibina antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah antara dua parti yang salah.

Menurut beliau, kerjasama itu terbukti tidak bertahan lama seperti yang berlaku kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah pakatan antara orang-orang yang salah, dia takkan tahan lama.

“UMNO sudah jatuhkan Bersatu, Muhyiddin juga dijatuhkan, jadi sekarang kita nak tengok apa lagi yang UMNO nak jatuhkan. Jangan UMNO pula yang jatuh merudum,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al Bukhary, hari ini.

Bekas Perdana Menteri  itu mengulas pertanyaan mengenai kerjasama antara UMNO dan Bersatu yang akhirnya terlerai ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ia semakin jelas diperlihatkan apabila UMNO – Barisan Nasional (BN) kemingkinan besar memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

PRN julung kali diadakan di Melaka itu dijangka sengit di kebanyakan kerusi DUN akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon daripada UMNO-BN, PN dan PH.

Jangkaan itu adalah berikutan pendirian yang diambil ketiga-tiga parti berkenaan yang berhasrat untuk bertanding di kesemua 28 kerusi DUN selain kegagalan mencapai kata sepakat antara BN dan PN. –  MG

Umno boleh tutup pintu rundingan, Bersatu mungkin peralat Pas dekati pengundi

 



Oleh SHAHBUDIN HUSIN / October 26, 2021

Pelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah, majlis sosial, pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam PRN Melaka.

Tambahan lagi larangan itu yang konon bertujuan mengelak penularan semula wabak Covid-19 dikeluarkan ketika Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno sudah mula turun menjelajah beberapa kawasan di Melaka untuk memastikan kemenangan BN pada 20 November depan.

Bagi pihak dalam Umno, mereka melihat larangan itu tidak lain bertujuan menghalang pemimpin-pemimpin Umno menjalankan kerja-kerja kempen secara agresif bertemu pengundi.

Kata mereka lagi, sebagai parti yang berasaskan akar umbi, kempen turun ke bawah bertemu rakyat dan pengundi adalah perkara yang tidak boleh dielakkan bagi Umno bila berlaku pilihan raya.

Lainlah seperti Bersatu, tambah mereka, yang merupakan parti yang tiada akar umbi dan tidak banyak cawangan, maka tiada keperluan bagi pemimpinnya turun ke bawah untuk berkempen.

Kempen boleh saja dilakukan melalui cara lain menggunakan program kerajaan, NGO atau media sosial.

Selain itu, ada pihak dalam Umno juga melihat larangan kempen itu sebagai strategi halus untuk mendesak agar Umno akhirnya sedia bekerjasama dengan PN bagi memastikan PH tidak berpeluang mencapai kemenangan.

Pada waktu yang sama, PH juga turut tidak senang dengan larangan kempen yang diumumkan Khairy Jamaluddin itu.

Sementara Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap larangan itu memperolok sistem demokrasi, Lim Guan Eng pula sedang mengkaji untuk mencabarnya daripada sudut undang-undang.

Daripada satu sudut, oleh kerana banyak sektor ekonomi dan aktiviti sosial telah dibenarkan seperti melancong, bermesyuarat, kenduri dan sebagainya, tambahan lagi lebih 90 peratus rakyat sudah menerima vaksin, melarang aktiviti kempen untuk pilihan raya ternampak seperti tidak masuk akal.
Jika begitu, apa gunanya vaksinasi?

Sepatutnya, biarlah semua aktiviti kempen dibenarkan, yang penting SOP asas seperti menjaga kebersihan, memastikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka hendaklah sentiasa dipatuhi.
Begitu pun, apa sebenarnya tujuan larangan kempen ini dikuatkuasakan?

Sepertimana kita sedia maklum, kerjasama antara Umno dengan PN, walaupun terus menerus diminta oleh Pas dan Bersatu, adalah sesuatu yang memang sukar untuk menjadi kenyataan.

Terutama disebabkan jurang perbezaan Umno dengan Bersatu itu terlalu dalam, malah berliku-liku, mempertemukan titik tolak ansur antara kedua-duanya bukanlah suatu perkara mudah.

Untuk itu, kemungkinan paling besar di PRN Melaka ini ialah Umno dan Bersatu akan berlaga sesama sendiri atas tiket BN serta PN dalam persaingan tiga penjuru yang turut disertai PH.

Apabila berlaku pertembungan itu, mereka yang paling susah hati ialah kelompok menteri Umno yang diketahui sejak dulu berjiwa pro kepada Bersatu.

Kalau mereka turun berkempen untuk Umno, bimbang nanti Bersatu akan berkecil hati dan jika turun berkempen menolong Bersatu pula, ia sudah tentu melanggar disiplin parti.

Lalu, dengan adanya larangan turun berkempen secara terbuka yang diumumkan KJ itu, selamatlah mereka dan mereka kini tidak perlu langsung turun berkempen baik untuk Umno, mahu pun Bersatu.

Pada waktu yang sama, disebabkan cawangan dan akar umbi Umno lebih kukuh berbanding Bersatu, apa yang perlu dilakukan oleh parti itu dengan adanya larangan kempen terbuka ini ialah memanfaatkan kekuatan itu sepenuhnya untuk mendekati lagi semua kelompok pengundi.

Ia boleh dilakukan melalui jentera media sosial tempatan yang mungkin sudah sedia wujud di peringkat cawangan dan jika belum ada, masih ada masa untuk mewujudkannya dengan menyenaraikan nama pengundi dalam daftar mereka.

Kemudian, segala hal berkaitan kempen, termasuk serangan kepada pihak lawan dan menjawab isu-isu yang berbangkit hendaklah menggunakan saluran tersebut sebaik-baiknya.

Bersatu yang tidak banyak cawangan dan tiada akar umbi sudah tentu berdepan kesukaran berkempen hingga ke bawah menggunakan media sosial, kecuali yang boleh dilakukan ialah mewujudkan pusat-pusat serangan yang beroperasi di Kuala Lumpur atau di bandar Melaka.

Namun, sudah tentu keberkesanannya tidak menyeluruh atau mampu meresap ke bawah berbanding apa yang digerakkan Umno melalui akar umbinya yang sudah sedia wujud itu.

Pokoknya, dengan adanya larangan kempen terbuka dan mengadakan majlis-majlis bertemu pengundi ini lebih memberi kelebihan kepada Umno dan ia lagi meletakkan mereka tidak perlu sama sekali bekerjasama dengan Bersatu, Pas atau PN.

Senang-senang Bersatu akan ditinggalkan dalam gerak kerja kempen dan mendekati pengundi.
Paling-paling pun Pas yang ada sedikit akar umbi akan diperalat sepenuhnya oleh Bersatu untuk berhadapan dengan Umno.

Secara langsung dan tidak langsung, Umno kini sudah boleh tutup terus pintu rundingan dengan PN.

 


BERALAH ATAU MEMANG KALAU MASUK BERTANDING TAK MENANG...ITU SAJA...UMNO MANA ADA APA APA HUBUNGAN DENGAN PAS....TAK GITU ?

 

Terkini! Pas beralah, beri laluan kepada Umno bertanding



Terkini! Pas beralah, beri laluan kepada Umno bertanding



PAS seboleh-bolehnya mahu mengelak meletakkan calon bertanding di kerusi milik Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, ia kerana PAS akan memberi laluan untuk bertanding di mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi dominan kepada Umno.

“Kita sebolehnya mahu mengelak bertembung sesama sendiri dengan Bersatu dan Umno, sebaliknya PAS akan tumpu kepada DUN yang belum dimenangi mana-mana parti.

“Tidak kiralah walaupun PAS hanya dapat lima kerusi, asalkan kita bersama dalam Perikatan Nasional (PN) dan memberi keutamaan kepada parti dominan bertanding,” katanya semalam.

Tuan Ibrahim berkata, beliau ada berbincang dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasa berkenaan dengan kedudukan kerusi pada PRN Melaka.

Katanya, dalam perbincangan itu, mana-mana kerusi DUN yang Umno tidak menang pada pilihan raya lalu, PAS akan letakkan calonnya bertanding.

“Dengan syarat, Umno tidak bertanding di situ dan semua parti berkompromi. Tetapi, jika tidak dapat dielak (Umno tolak kerjasama dengan PN), kita terpaksa (berlawan),” katanya, seperti dilaporkan Malaysiapost.

Sementara itu, beliau memberitahu Muktamar PAS ke-67 yang akan berlangsung selama dua hari di Terengganu pada 6 dan 7 November ini akan diadakan secara fizikal dan hibrid.

Menurutnya, kehadiran perwakilan dan jurucakap dihadkan sekitar 100 hingga 200 orang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, manakala selebihnya akan mengikuti secara dalam talian di negeri serta kawasan masing-masing.

Mengulas mengenai bagaimana PAS akan menghadapi dua program besar serentak iaitu muktamar dan PRN Melaka, Tuan Ibrahim berkata, parti itu tidak ada masalah kerana pernah berdepan situasi sama sebelum ini.

Jelas beliau, kempen PRN Melaka boleh dilakukan menerusi media sosial berikutan larangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kepada semua parti agar tidak mengadakan sebarang aktiviti Perhimpunan berkuatkuasa hari ini, 25 Oktober.

Menurutnya, walaupun semua pemimpin Pas berada di Terengganu, kempen boleh diadakan secara rakaman di negeri itu dan dipancarkan kepada jentera dan pengundi di Melaka.

“Kita pernah alami situasi yang sama iaitu muktamar dan kebetulan juga ada pilihan raya. Ketika itu petugas terpaksa berkempen secara fizikal, sekarang kempen online sahaja, lagi mudah,” katanya.

PERRGHHHH...SEMBANG GAJAH BOLEH TERBANG...SERUPA ANJING MENYALAK BUKIT...SATU KERUSI PUN TAK ADA HANYA MENUMPANG DITEPI KAIN ORANG

 

Bagi tugas.....bawa bini makan angin...balik dok ngaku bawa balik 80 billion dari Turki...bawa pula mak jan...tu cerita dia la...sembang kencang...poooodahhh



Terkini! Khairuddin dakwa gabungan PN dan MN boleh ghuyubkan PH di Melaka

Terkini! Khairuddin dakwa gabungan PN dan MN boleh ghuyubkan PH di Melaka

Sekiranya Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka nanti, 21 daripada 28 kerusi yang ditandingi “sudah selamat” berada dalam genggaman, kata ulama PAS, Khairuddin Aman Razali.

Mengulas formula rundingan yang disebut Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Khairuddin berkata kemenangan adalah “sangat dijangka” jika Umno dan Bersatu bertanding di kerusi yang disandang mereka.

Dengan formula itu, katanya, Umno-BN akan kekal bertanding 14 kerusi, Bersatu kekal bertanding dua kerusi, manakala baki 12 lagi kerusi haruslah dibahagikan antara tiga parti.

Katanya, berbekalkan undi daripada penyokong ketiga-tiga parti – Umno, Bersatu dan PAS – kerusi-kerusi yang sedia disandang boleh dimenangi semula, manakala daripada 12 kerusi milik lawan, dia menjangkakan lima kerusi “sangat selamat untuk dimenangi atas nama muafakat.”

“Dengan itu PN dan MN gagah untuk memenangi PRN Melaka dengan 21 kerusi daripada 28 kerusi DUN Melaka.

“PH boleh tutup buku,” kata ahli parlimen Kuala Nerus itu di Facebooknya.



LEBIH KURANG JA DUA DUA PUN...DARI PARTI YANG SAMA...DIA YANG LANTIK NAJIB ...KURANG APA KAH DIZAMAN MAHAZALIM MEMERINTAH....?

 


Panas! Najib penjenayah VIP nombor satu di Malaysia, kata Tun M


Panas! Najib penjenayah VIP nombor satu di Malaysia, kata Tun M


Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad menggambarkan tindakan mahkamah memulangkan passport ahli parlimen Pekan Najib Razak sebagai satu ‘kes yang luar biasa’.

Dia turut menyifatkan Najib seperti penjenayah VIP pertama di Malaysia kerana mendapat layanan berbeza, hanya dengan memberi alasan tidak sihat untuk mendapatkan penangguhan kes perbicaraanya di mahkamah tetapi boleh hadir ke tempat lain.

“Kes ni adalah satu kes luar biasa. Datuk Seri Najib ni nampak sihat, boleh pergi ke parlimen, boleh pergi ke sana sini berkempen tapi tidak sihat untuk dibicara dalam mahkamah.

“Sekarang ini dia boleh dapat passport pergi ke negara lain, dan bukan itu saja. Dah dapat passport pula, boleh postpone (tangguh) pula pasal dia nak berkempen (di PRN Melaka).

“Jadi saya tak tahu apa dia jenis pemerintahan ini. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak boleh.

“Orang ini boleh, orang itu tak boleh. Mana ada keadilan,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 22 Okt lalu, Najib memohon kepada mahkamah untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan penyerahan pasportnya dari 20 Oktober hingga 22 November ke tarikh 25 Oktober sampai 6 Disember.

Kata Najib, ini kerana dia telah ditugaskan untuk membantu jentera Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Bagaimanapun semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebarang kegiatan, perhimpunan atau majlis sosial sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka – termasuk ketika kempen tidak dibenarkan bagi mengekang peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Ia bagi membolehkan bekas perdana menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata layanan yang diberikan terhadap Najib berbeza dengan layanan terhadap orang kebanyakan yang telah didakwa dan dihukum sehingga masuk penjara.

“Tapi orang ni dah kena hukum salah tapi tak masuk penjara dan dapat escort (pengiring) macam VIP – ‘the first VIP criminal in Malaysia’,” katanya lagi.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menyita pasport Najib ketika mendengar rayuannya yang disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.

Mahkamah tinggi bagaimanapun membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan hukuman, sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

TAKE A BEER. Vs. RASUAH


 

BEER vs RASUAH!

Please Share.

More cartoons @ www.zunar.my



30,000 ADUAN, TINGKATKAN CAPAIAN INTERNET SELURUH NEGARA


SEJAK 2012 PARLIMEN DIAM ISU PENGALIRAN WANG HARAM


TANGGUH PINDA PERLEMBAGAAN, PN MULA ENGKAR MOU?


PKR CABANG AMPANG KEMBALI UTUH, 5 RANTING BARU DITUBUHKAN


KENYATAAN MEDIA PH : PINDAAN PERLEMBAGAAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 TIDAK SEHARUSNYA DITANGGUH

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan kecewa dan kesal dengan sikap Kerajaan yang telah menangguhkan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kami difahamkan berdasarkan laporan media bahawa Rang Undang-Undang tersebut akan dibentang di Parlimen pada 26 Oktober, namun ia tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Oktober seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Penangguhan ini berlaku walaupun proses perbincangan dan rundingan telah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan semestinya menyokong penuh usaha ini, yang merupakan kesinambungan usaha pimpinan Pakatan Harapan sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh DS Anwar Ibrahim pada 2008, serta pendirian sdr Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’.

Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) perlu memberi komitmen untuk segera melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



DAP terkejut kerajaan Muhyiddin hidupkan semula projek terpalit skandal era Najib

 

Oleh Aziera NH 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan rasa terkejut dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi perdana menteri yang menghidupkan kembali dua projek saluran paip yang terpalit dengan skandal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ia berkaitan dengan projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dikendalikan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF).

“Kedua-dua projek ini adalah salah satu skandal kewangan paling tidak masuk akal dari pentadbiran Najib kerana SSER telah membayar RM8.3 bilion, atau 88 peratus daripada RM9.4 bilion nilai pembinaan projek tersebut, walaupun penyiapan kerja berperingkat (yang belum diaudit) hanya pada tahap 13 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga merupakan mantan menteri kewangan juga mempersoalkan mengapa Muhyiddin menghidupkan semula projek tersebut tanpa mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

“Persoalannya mengapa Muhyiddin tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku kesalahan kewangan yang luar biasa dan besar ini, yang membayar berbilion ringgit untuk kerja yang tidak disiapkan, dengan 88 peratus pembayaran untuk 13 peratus kerja.

“Walaupun kerajaan sebelumnya telah memutuskan untuk menghidupkan kembali dan meneruskan kedua-dua projek tersebut, mereka yang terlibat dalam mengkhianati kepentingan kewangan negara tidak boleh dibiarkan terlepas tanpa hukuman,” katanya lagi.

Penerusan semula projek itu diketahui setelah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkannya dalam satu jawapan parlimen kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan berkenaan perkara itu.

“Perdana menteri harus menjelaskan peranannya dalam pentadbiran sebelumnya dan menetapkan haluan baru untuk memastikan bukan sahaja kepentingan kewangan negara dilindungi tetapi mereka yang terlibat dalam menipu negara mereka sendiri dikenakan hukum yang berat.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menunjukkan Ismail tiada beza dengan bekas perdana menteri sebelum ini yang menutup mata dan bahkan berusaha untuk menutup jenayah kewangan seumpama itu,” dakwanya lagi. 

Selepas Pecahkan UMNO Sekarang Giliran Pas pula...


Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedang ‘dikuasai’ dua tokoh tertinggi dalam parti itu iaitu Naib Presiden, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan. Dalam satu klip audio berdurasi lebih tiga minit yang tular di media sosial baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali meluahkan kerisauannya terhadap kepimpinan tertinggi parti berkenaan. Menerusi rakaman itu Khairuddin berkata, Abdul Hadi dipandu Samsuri dan Takiyuddin untuk membuat beberapa keputusan penting parti hingga dilihat membelakangi Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama. Khairuddin adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Join this channel to get access to perks:

Warganet ‘sekolahkan’ Hadi selepas veteran Pas diseru berjuang

 


Oleh FAZLI RADZI / October 25, 2021

Rata-rata warganet mengkritik kepimpinan Pas pada masa ini susulan seruan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar veteran Pas, Assabiqun berperanan dalam perjuangan.

Bagi pengguna Facebook, Manaf Selasih, Muslim yang baik dan sihat akal jiwanya akan tahu cara sebenar perjuangan Islam ditegakkan.

“Semua Muslim yang tahu dan faham akan menolak mentah-mentah apa yang diseru oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang ini,” katanya dalam ruang komentar Facebook rasmi, Harakahdaily hari ini.

Tambah Manaf, sejak berzaman Islam menolak cara menduakan kesatuan Islam yang disekutukan dengan kumpulan politik yang sifatnya sempit.

“Muslim yang masuk politik boleh sahaja perjuangkan Islam sebagai orang Islam tanpa bising-bising mendakwa diri pejuang Islam,” hujahnya lagi.

Terdahulu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilapor berkata, berjihad menentang serangan pemikiran yang di bawah musuh kini menjadi fardhu ain bagi setiap individu.

Katanya, hal ini kerana beliau melihat kini, musuh sudah mula masuk ke negeri, rumah bahkan pemikiran orang Islam sendiri.

Ekoran itu, deretan komentar turut menyindir termasuk mengaitkan dengan pembelian nombor plat VIP.

“Pesan jangan buat plat kereta sampai RM100,000,” perli Shamsul Rahman.

Dalam masa sama, pemimpin Pas juga ditempelak ekoran penggunaan istilah Arab seperti ‘Assabiqun’ itu.

“Dok main istilah Arab. Kira habis lunaklah segala hati rakyat Malaysia ye? Zaman 80-an bolehlah. Pakat menitik air liur dengar ceramah.

“Campur-campur pula ayat-ayat al-Quran dan term Arabic. Balik ceramah rasa nak beli unta panjat, berkobar-kobar semangat,” sinis Zack Mortein.

Selain itu, ada juga netizen mengingatkan tentang sikap ‘cakap tidak serupa bikin’ orang Pas menjelang pilihan raya.

“Nak mengundi hari-hari keluar dalil. Yang pelik dia tidak menjadi contoh apa yang diucapkan,” kata Kasim Sabtu.

Bahkan, ada yang menegaskan mereka sudah tampil mempertahankan dan menegakkan Islam tetapi bukan bermakna akan memilih Pas di kertas undi nanti.

“Dah ambil peranan pun tapi tak undi Pas,” kata seorang warganet lagi.