NI BUKAN KANGKONG TAPI KONGKANG

 May be an image of 1 person and text

PARTI RASUAH KEMBALI LAGI


Parti RASUAH KEMBALI daa...

Please share.

More @ www.zunar.my

#PM9



JENAMA PN LEBIH SESUAI DIKEKALKAN, BERTUKAR PEMANDU TIDAK MENUKAR TOYOTA MENJADI MERCEDESW7

 

Hanya beberapa jam setelah Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah dan belum pun beliau masuk ke pejabat Perdana Menteri, perbalahan antara UMNO dan Bersatu sudah pun lebih dulu mengambil tempatnya.

Ia bermula dengan kunjungan Ismail Sabri ke kediaman bekas bossnya, Mahiaddin Md Yasin petang semalam dan kemudian bekas Perdana Menteri itu memuatnaik di laman sosialnya berkenaan perkara tersebut beserta beberapa keping gambar mereka berdua.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri serta mendoakan kejayaannya mengemudi negara, Mahiaddin juga berjanji untuk memberi sokongan penuh dan akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional atau PN memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Pada asasnya tiada apa-apa yang salah daripada apa yang dimuatnaik Mahiaddin itu dan lafaz katanya kepada Ismail Sabri itu boleh dikata biasa-biasa saja.

Tidak ada apa-apa yang luar biasa langsung daripadanya.

Rupa-rupanya sebutan Mahiaddin mengenai nama kerajaan Perikatan Nasional dalam kenyataannya itu telah membuatkan rasa tidak senang pelbagai pihak dalam UMNO.

Setakat ini, dua pemimpin UMNO – Setiausaha Agung, Ahmad Maslan dan ahli MT, Abdul Rahman Dahlan benar-benar tidak senang dengan nama Perikatan Nasional yang disebut Mahiaddin itu dan mereka seolah-olah mahu nama PN dipadamkan terus sebaik saja Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya merampas kerusi Perdana Menteri belum cukup memberi klimaks kepada nafsu rakus UMNO di mana mereka kini mahu nama PN pula dihapuskan terus.

Kata Ahmad Maslan, kerajaan baru ini adalah kerajaam campuran antara BN, PN, GPS dan PBS.

“PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS,” katanya.

Secara tersiratnya, maksud Ahmad Maslan itu, selain kerana kerajaan kini diketuai BN, jumlah kerusi bukan PN juga lebih banyak daripada yang dimiliki oleh gabungan PN, maka tidak sesuai lagi ia dinamakan sebagai kerajaan PN.

Sementara Abdul Rahman berkata, jenama PN sebagai kerajaan persekutuan telah pun berakhir sebaik saja Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Malah katanya, BN bukan pun anggota komponen PN.

Di media sosial pula, mereka yang pro UMNO turut membidas kenyataan Mahiaddin itu dengan pelbagai hujah serta alasan.

Yang nyata, selain tidak setuju dan terus menolak Mahiaddin, UMNO serta BN seperti tidak mahu lagi dikaitkan dengan PN.

Apa pendirian Ismail Sabri dalam hal ini belum lagi diketahui, tetapi oleh kerana PN merupakan blok terbesar dalam kerajaan sekarang iaitu 50 kerusi Parlimen, malah Naib Presiden UMNO itu sendiri sebelum diketahui pro PN dan tidak setia dengan ketetapan MT, logiknya nama PN itu lebih munasabah untuk terus dikekalkan.

Kalau ditukar kepada nama lain, bagaimana jika 50 kerusi PN itu tidak setuju dan menarik sokongan mereka?

Lagi pun, yang bertukar hanyalah kepala keretapi saja, segala gerabak buruk di belakangnya masih sama dengan gerabak kerajaan lama sebelum ini.

Selagi gerabak lama itu kekal, apa lagi jika lantikan menteri-menteri nanti adalah majoritinya “jenis surat khabar lama” yang pernah berada dalam kabinet Mahiaddin sebelum ini, memang kerajaan selepas ini lebih sesuai dikekalkan dengan nama kerajaan PN.

Tambahan lagi, dengan Ismail Sabri mengunjungi kediaman Mahiaddin lebih dulu, bukan rumah Zahid Hamidi atau Najib Razak mesejnya adalah jelas beliau lebih terhutang budi kepada Pengerusi PN dan Presiden Bersatu itu berbanding yang lain-lainnya.

Di hati Ismail Sabri sendiri rasa-rasanya mengekalkan nama PN lebih mendamaikan hatinya berbanding menukar kepada nama lain, kecuali jika beliau ingin mewujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan parti-parti pembangkang dalam susunan kabinetnya.

Selagi kerajaannya nanti kekal dengan sokongan 114 Ahli Parlimen, sama dengan SD yang dimiliki Mahiaddin sebelum mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 dulu, terimalah hakikat bahawa sekadar menukar pemandu kereta tidak sesekali menjadikan Toyota sekelip mana menjadi Mercedes. 

(ShahbudinHusin 22/08/2021)


Agenda AWANI: PM9 | Kepimpinan efektif, menjulang nilai integriti

Dilema Ismail – di mana mahu letak bekas PM?

Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Ahmad Maslan (kiri) dan Abdul Rahman Dahlan berkata, Barisan Nasional bukannya parti komponen Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Dua pemimpin Umno berkata, kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bukannya kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang disifatkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS,” katanya di Facebook.

Ahmad mengulas kenyataan Muhyiddin selepas menemui Ismail hari ini yang menyatakan beliau akan terus membantu kerajaan PN.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” demikian menurut catatan Muhyiddin di Facebook.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan berkata, jenama PN sebagai kerajaan persekutuan berakhir hari ini.

Malah katanya, BN bukannya parti komponen PN.

“Kerajaan dulu ialah gabungan BN, PN, PBS dan GPS, bukannya kerajaan PN.

“Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan PN,” katanya dalam catatan di Facebook.

JANGAN BERSEDIH WARISAN



Menurut beliau, Kerajaan PERIKATAN NASIONAL tidak fokus dalam menangani pandemik COVID-19. Mereka bekerja ‘in-silos’ atau bersendirian. Beliau mengulangi beberapa kenyataannya sebelum ini bahawa regim PERIKATAN NASIONAL tidak perlu diberikan peluang lagi kerana terbukti gagal menyelesaikan masalah kesihatan rakyat, sosial dan ekonomi negara ketika ini.


((GEMPAR-TERKINI)) DATO ZAHARIN: ANWAR IBRAHIM MENTERI KEWANGAN? (INI HANYA PANDANGAN BELIAU-TIDAK MUNGKIN ANWAR DAN MAHATHIR BEKERJA DI BAWA ISMAIL SABRI )

SIAPA LAGI MAHU BERKAWAN DENGAN DAP?

 


May be an image of 1 person and text that says "KENAPA NAK MUSUHI DAP Apa pasal nạk bermusuh dengan DAP? Kalau DAP curi duit (macam UMNO), kita lawan Kalau DAP rasuah (macam UMNO), kita lawan Tapi kalau sama sama berpakat membantu rakyat maka kita sokong! GU S Anwar Ibrahim Taman Utama Pekan Nanas, Tanjung Piai UMNO & PAS HANYA MAHUKAN DAP TINGGALKAN PH SUPAYA PH HILANG SOKONGAN DARI BUKAN MELAYU"




NORMAN RADZUAN

Tony Pua jangan celupar... guna saluran parti

SIAPA LAGI MAHU BERKAWAN DGN DAP?

Buat saudara Tony Pua,

Kita seusia dan kita sama2 remaja era 80an dahulu. Jika saudara masih ingat ketika itu atau belajar sejarah, kami org2 Melayu memandang DAP seperti komunis atau persepsi rakyat seluruh dunia kpd Taliban. Malah bila ada org Melayu menyertai parti roket ini, mereka dianggap 'murtad' oleh org Melayu.

Pagi ini saya ingin menegur saudara Tony Pua yg beranggapan kejayaan BN atau UMNO menjadi kerajaan semula dgn menyalahkan pembangkang. Teguran itu tak salah tapi cara dia menegur secara terbuka hanya memudaratkan kebencian org Melayu kpd DAP. Jadi izin saya menegur saudara Tony secara terbuka.

Hingga ada pimpinan parti2 komponen PH menyuarakan utk mencari pengganti Anwar memimpin PH dgn alasan mencari pimpinan muda. Tapi yg peliknya masih menyokong Mahathir dan masih mahu bekerjasama dgnnya utk PRU akn dtg.

Saudara Tony Pua,

Benar mungkin ada pentaksub Anwar dlm kalangan penyokong PH tetapi lebih separuh daripadanya menyokong Anwar kerana kredibiliti yg ada pada dirinya. Perbandingan Anwar dgn Najib, Pak Lah, Muhyiddin apatah lagi Ismail Sabri bagai langit dgn bumi dari segi kualiti.

Bijak, berpengaruh di dlm & luar negara, amanah, aura kepimpinan, berprinsip antara ciri kepimpinan yg membezakan Anwar dgn pimpinan yg ada di pihak kerajaan dan pembangkang ketika ini. Anwar masih hidup, masih sihat, masih waras dan masih tajam pemikirannya.... kita gunakan dirinya selagi boleh. Bila Anwar sudah tiada barulah difikirkan siapa penggantinya.

Biden menjadi Presiden Amerika di usia 78, PM India Modi 70, Presiden China Xi Jinping 68, Russian Putin 68, Mandela diangkat menjadi Presiden ketika usia 80 , Muhyiddin 72 dan Mahathir 93. Jadi apa alasan menolak Anwar kerana ingin mencari pimpinan muda???

PH tewas bukan sebab Anwar. PH tewas sb dikhianati Mahathir, Muhyiddin, Azmin dan Zuraida. PH gagal menguruskan negara 22 bulan bukan sb Anwar kerana yg menjadi PM ketika itu Mahathir. Tapi mengapa Tony dan beberapa pemimpin Amanah tidak pernah menolak Mahathir malah masih ingin bekerjasama dgnnya.

Pada PRU lalu hanya 27% Melayu menyokong PH. Tahukah saudara Tony, dari 27% itu, 22% Melayu menyokong PH kerana Anwar dan selebihnya (5%) kerana bencikan BN atau bekas ahli PAS yg menyertai Amanah. Melayu tidak pernah secara gerombolan menyokong PH kerana tertarik dgn DAP mahupun Amanah.

Tahukah saudara Tony, Anwar sukar diterima oleh org Melayu hingga ke peringkat atasan adalah kerana DAP. Tapi tidak pernah Anwar bersungut dan menyalahkan DAP sebagai liabiti utk dirinya bergelar PM. Ini kerana Anwar berprinsip dlm agenda perjuangan beliau. Saya yakin Anwar pasti akn meninggalkan DAP jika parti itu kelihatan racist, korup dan salah guna kuasa.

Ada pimpinan DAP dan Amanah sendiri menyindir Anwar apabila mereka tidak mahu bekerjasama dgn kleptokrasi yg ditujukan kpd UMNO atau kluster mahkamah. Hari ini jelas Anwar tidak berkompromi dgn kluster mahkamah utk menyokongnya. Yg peliknya DAP dan Amanah menyokong UMNO di Perak hingga jatuhnya MB Peja tidak menjadi masalah?

KM Sarawak sendiri mengakui hanya Anwar tidak menghubungi utk sokongan. Jelas Anwar tidak mengharap sokongan dgn menjanjikan apa2 keuntungan politik kpd mana2 pihak. Anwar jika dia tidak teguh dgn prinsipnya sudah lama dia menjadi PM. Dia tak peduli sindiran dia adalah PM tepi. Apa Anwar mahu malukan asalkan dia teguh dgn prinsip.

Jadi buat Tony Pua dan rakan dari komponen PH sudah2 menyalahkan Anwar. Sepatutnya pimpinan DAP perlu sedar sukar PH menguasai kerajaan kerana bencinya org Melayu kpd DAP bukan kpd Anwar. Ukuran apa utk mencari pengganti Anwar. Gagal...? Anwar belum diuji menjadi PM lagi. Persoalannya adakah tanpa Anwar gerombolan org Melayu akn menyokong PH?????

DAP mula diterima oleh org Melayu apabila Anwar menyatukan DAP bersama PKR serta PAS utk bersama sama melawan BN. Pun begitu hanya mampu menarik segelintir sahaja org Melayu kerana ketakutan org Melayu kpd DAP dgn persepsi sukar disucikan.

Memburukkan lagi keadaan sikap segelintir pimpinan DAP yg tidak bijak menjaga sensitiviti org Melayu merupakan satu kebodohan dlm berpolitik. Ingatlah saudara Tony Pua, jika PKR meninggalkan DAP, parti ini akn kembali ke era 70 dan 80an. Parti ini kembali dianggap sebagai parti perkauman, parti milik komunis dan agen PAP oleh org Melayu.

Persoalannya siapa lagi parti Melayu yg mahu berkawan dgn DAP? Amanah tanpa Anwar ia ibarat parti Gerakan di dlm BN atau PN. Hari ini sudah ada org Melayu memanggil anda sebagai 'Tony Puaka' ia tidak bagus utk permuafakatan dlm PH.

Pesan saya buat saudara Tony, jika tidak berpuashati gunakan saluran dalaman parti. Saya juga agak skeptikal utk kita menjatuhkan Muhyiddin apabila mengenangkan kembalinya UMNO menjadi kerajaan. Tapi jgn bicara ketidakpuasan hati sebagai salah seorang pimpinan PH dibuat secara terbuka.

Akhir kata buat saudara Tony dan juga pimpinan DAP yg lain....belajarlah dari MCA. Kenapa MCA yg jelas parti kaum Cina tidak ditakuti? Sdgkan parti itulah yg menolak Hudud bukan DAP. Sebab parti ini bijak bermain politik dan tahu sensitiviti org Melayu. Kasihani penyokong PH berbangsa Melayu yg sudah penat membela DAP kerana keceluparan segelintir pimpinannya.

Next issue kenapa pilih Syafie dan bagaimana persiapan PH utk PRU15. Perlukah PH bersama Warisan dan Mahathir lagi?

 

KEAJAIPAN DUNIA BELAKU DI KEDAH

 


MOHD ASRI

MasyaAllah..

Pertama kali seumur hidup aku yang dah nak mampus ini aku melihat keajaiban dan kehebatan air memotong balak sebijik macam chainsaw potong..

Universiti universiti tempatan kena buat kajian macamana nak hasilkan "water chainsaw" macam yang berlaku di Yan dan Merbok semalam..

Incredible hulk betul....

 May be an image of outdoors and tree

KALAU BETUL SEKALI PUN BERITA INI...KEMANA DIA NAK BAWA 10 KETUL TAIK NI ?PKR TIDAK AKN MENERIMA MEREKA KEMBALI

 May be an image of 10 people and text that says "DTA DONT TRUST AZMIN JANGAN PERCAYA AZMIN "Azmin Ali akan bawa keluar 10 orang MP bersamanya jika dia tidak dilantik sebagai TPM. Ini taktik yang sama dia gunakan selepas beliau marah dengan Anwar Ibrahim." " BAUB Baru Bian, MP Selangau"

KESIAN MUHYIDDIN...HANG NAK P MANA ?

 

DIA KATA KALAU ORANG NAK PANGGE DIA BODO PUN DIA TAK KISAH


May be an image of text that says "Roman Akramovich @SyedAkramin Mahiaddin dibuang UMNO seperti sampah. Dikutip PH, diberi sokongan ketika PRU14 sehingga menang melawan UMNO. Diberikan jawatan Menteri. Dia runtuhkan PH, bekerjasama dengan UMNO untuk jad PM. Kini dia dibuang oleh UMNO untuk kali ke-2. 2. Masih juga sokong UMNO. Tak sedar diri. Translate Tweet 6:11 PM 20/08/2021 Twitter for Android"

DAPAT BURIT NANTI JANGAN MELEPAK GULONG ROKOK DAUN KEDAI KOPI LAK....

 May be an image of text

Pandemik Covid-19 sepatutnya menginsafkan para pemimpin – Sultan Perak

 Pandemik Covid-19 sepatutnya menginsafkan para pemimpin – Sultan Perak


Pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi harus menginsafkan pemimpin diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakukan penetapan semula perkara perlu diutamakan dalam urus tadbir negara berteraskan prinsip keadilan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah prinsip keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menyerahkan amanah kepada mereka yang pakar dalam bidangnya.

Baginda bertitah, bahawa ahli falsafah Islam Ibnu Khaldun dalam mukadimah yang dihasilkannya 800 tahun lalu mengaitkan bencana dengan perubahan sosial yang membentuk lima fasa.

“Fasa pertama, suatu kaum bersandarkan semangat asabiyah bergerak membentuk identiti politik; fasa kedua bermulanya perluasan kuasa, pengaruh dan wilayah; fasa ketiga kerajaan melalui zaman kemewahan dan kesenangan hasil pemerintah sebelumnya.

“Seterusnya, fasa keempat fasa kelalaian dan berpuas hati dengan pencapaian dan terakhir fasa kejatuhan dan kehancuran sesebuah identiti politik dan kerajaan,” titah baginda.

Sehubungan itu, titah baginda Ibnu Khaldun memberikan peringatan bahawa lima fasa itu akan berulang pada setiap tamadun dan setiap identiti politik akan menghadapinya dalam kitaran sejarah.

“Manusia, pada saat menghadapi bencana berat yang sedang melanda ini, wajib mendalami lubuk hati, menyelami daya fikir, agar dapat menginsafi tentang kemungkinan jatuhnya sesebuah identiti politik, kerajaan, negara dan tamadun, jika sesebuah negara tidak memiliki cukup persediaan dan kekuatan.

“Ibnu Khaldun turut memberikan peringatan bahawa sesebuah tamadun akan runtuh apabila pemerintahan gagal melaksanakan keadilan,” titah baginda.

Di samping itu, baginda bertitah, berdasarkan ‘trend’ yang sedang berlaku, rakyat terpaksa menerima realiti Covid-19 ialah sebahagian kewujudan alam dan akan sentiasa berada dalam kehidupan manusia.

“Sehingga manusia berjaya menemui penawar mujarab, manusia hendaklah menggunakan akal fikiran melakukan perubahan, penyesuaian dan penghijrahan daripada norma hidup sebelum ini dengan memiliki pandangan alam yang bijaksana.

“Pada zaman silam ulama mentafsirkan apabila sesuatu bencana diturunkan, menandakan kemurkaan Ilahi terhadap perbuatan dosa dan kezaliman manusia.

“Oleh itu, di samping usaha begitu gigih yang diterokai untuk mencari formula mengatasi wabak, manusia wajib meneguhkan iman, menerima sesuatu bencana sebagai qadar yang telah ditentukan Ilahi dan berusaha mencari rahsia yang terkandung di sebalik bencana yang diturunkan,” titah baginda.

Baginda yang juga Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen universiti itu kali ke-13 yang berlangsung secara maya, hari ini.

Titah baginda dibacakan oleh Pro-Canselor USAS, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Pada majlis Istiadat Konvokesyen berkenaan, seramai 1,292 graduan dianugerahkan ijazah dan diploma, dengan dua penerima ijazah Doktor Falsafah, 59 orang penerima ijazah Sarjana, 288 orang ijazah Sarjana Muda dan 923 orang diploma..

KEH..KEH,...BELA MELAYU.,.....




 

Baju tshirt anak sahaja dah lebih seribu. Lepas tu sembang bela nasib org melayu miskin 😄

ANUGERAH GELARAN BAPA ADALAH ANUGERAH YANG DIGELAR RAKYAT...BUKAN SYOK SENDIRI

 


Lazimnya, gelaran 'bapa" ni datangnya dari rakyat.  Contohnya bapa kemerdekaan, bapa pemodenan dan bagai-bagai lagi. Itu rakyat yang anugerahkan.  Tapi lebai ni puak dia yang gelar.  Bapa perpaduan ummah jadah apa, umat islam kapir mengkapir, bunuh membunuh di memali tu sebab mulut siapa?





LETAK LA NAMA KERAJAAN KHIANAT RAKYAT...ATAU MUDAH SEKALI KERAJAAN BANGSAT

 



Berebut pulak dah nama kerajaan.  Pak Mail kata kerajaan Umno, sebab Umno tiada kaitan dengan PN.  Abah cow pulak perasan kerajaan tebuk atap 2.0 sekarang ini adalah kerajaan PN yang gagal tu.  Kalau tanya lebai Hadi, dia mesti kata ini kerajaan yang Allah pilih berdasarkan dalil bla...bla...bla....


Hahaha ..hakikatnya, letak la nama apa pun, yang pasti ini bukan kerajaan mandat rakyat pun.  Bermula dari ayam yang dicuri dan dirompak, tak kira la siapa tukang sembelihnya, haram tetap haram.  Benda haram tak boleh jadi halal hanya kerana pak lebai turut bantu menyembelih ayam curi.


W.faudzin

KINI PENYANGAK DISOKONG PENGKHIANAT

PAS PILIH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Luaskan pengaruh ke luar bandar, jangan hanya jerit di Parlimen




Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Pakatan Harapan (PH) melipatgandakan usahanya untuk meraih sokongan pengundi luar bandar kerana penyelesaian gabungan itu memperluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar “sebenarnya agak mudah”.






APA DAH JADI SAMPAI SEKARANG RASUAH LAGI

“PERJUANGAN MESTI BANGKIT SEMULA SETIAP KALI MENEMPUH KEKALAHAN DAN KEGAGALAN”

 

Persaingan DSAI dengan Ismai Sabri dalam pemilihan PM ke-9 berada di tahap paling personal kepada saya.

DSAI adalah seorang pemimpin perjuangan rakyat yang saya sokong.DSAI adalah juga Presiden parti saya dan sahabat saya.

Manakala Ismail Sabri adalah calon PM dari parti UMNO yang saya tentang sepanjang usia politik saya dari muda hingga ke tua ini.

Tetapi Ismail Sabri kepada saya di peringkat personal, dikesampingkan ideologi dan parti Umno yang didukungnya, beliau adalah sahabat karib saya juga.

Ismail Sabri yang saya panggil Sabri sahaja adalah bekas anak murid saya ketika beliau di Tingkatan Enam.Bukan itu sahaja, malah beliau adalah kawan duduk serumah ketika beliau seorang mahasiswa dan saya seorang guru Kolej swasta di Kuala Lumpur.Saya rapat dengan keluarga Ismail Sabri.

Jadi pada hari Selasa 17 Ogos 2021 saya terpaksa memilih antara DSAI pemimpin saya dengan Ismail Sabri Yacob, calon PM parti lawan saya.

Saya tidak teragak-agak telah memilih DSAI sebagai calon PM ke-9 Malaysia.

Saya percaya DSAI boleh memberi kepimpinan untuk selamatkan Malaysia dan rakyatnya dalam melawan Pandemik Covid-19, membawa negara ini keluar dari kemunduran ekonomi, membina sebuah negara Malaysia yang demokratik dan adil untuk seluruh rakyat dari pelbagai kaum dan agama.

Ada kemungkinan saya diantara ahli parlimen yang terawal menghantar perutusan akuan berkanun ke Istana Negara untuk memperakukan sokongan dan kepercayaan kepada DSAI sebagai PM ke-9.

Seperti ribuan rakyat dan penyokong yang berasa hiba dan sedih kerana DSAI masih belum terpilih untuk diangkat sebagai PM, saya dan keluarga, isteri dan anak-anak juga turut sugul dan bersedih.

Tetapi masa merawat kesedihan dan hiba.Kehidupan perlu diteruskan, perjuangan mesti bangkit semula setiap kali menempuh kekalahan dan kegagalan.

Saya mendapat kekuatan semula.

Sebagai seorang sahabat, sebagai bekas guru dan rakan serumah, maka selepas solat Subuh pada pagi ini, saya telah mengirim ucapan tahniah kepada Ismail Sabri Yacob atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri.

HASSAN KARIM

Ahli Parlimen Pasir Gudang.


Varian Delta boleh membiak dalam hidung - Dr Noor Hisham


Varian Delta boleh membiak dalam hidung - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bukan sahaja boleh menular dalam tempoh lima hingga 15 saat serta tersebar melalui udara, kajian terkini mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.
“Virus yang membiak itu sama kadar jangkitannya terhadap orang yang tidak divaksinasi, yang bermaksud orang yang sudah divaksin dapat menyebarkan virus itu dan menjangkiti orang lain.
“Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak,” ujar Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebook hari ini.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 22,262 kes positif baharu, dengan Selangor 7,011 kes
Sumber Facebook DGHisham
Jelasnya lagi, meskipun terdapat kemungkinan varian Delta itu boleh menjangkiti orang lain, individu yang divaksin masih dapat dilindungi daripada gejala yang lebih teruk serta kematian, yang sekali gus mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan ICU.
Oleh itu, Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu.

Luaskan pengaruh ke luar bandar, jangan hanya jerit di Parlimen, Rafizi beritahu PH




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Rafizi Ramli berkata, PH tidak mempunyai orang mencukupi untuk memperluaskan pengaruhnya ke luar bandar.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Pakatan Harapan (PH) melipatgandakan usahanya untuk meraih sokongan pengundi luar bandar kerana penyelesaian gabungan itu memperluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar “sebenarnya agak mudah”.

“Ia bukan soalan strategi, ia adalah soal usaha,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia 2021.

“Jika anda mahu menembusi kawasan luar bandar, anda perlu mendapatkan ahli politik yang tahu bagaimana hendak bergerak di lapangan, ikhlas dan ingin tahu masalah luar bandar…berbanding menjerit di Parlimen.”

Rafizi diminta mengulas bagaimana PH boleh menembusi kawasan luar bandar dengan lebih baik, khasnya kawasan dikuasai orang Melayu, yang Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP mungkin tidak mempunyai begitu banyak pengaruh.

Beliau mendapati PH tidak mempunyai orang mencukupi untuk menjangkau pengundi luar bandar, sebahagian besarnya kerana ia “sukar dan memenatkan” dari segi masa serta usaha yang diperlukan untuk berbuat demikian.

Rafizi turut menggesa DAP tidak hanya “menumpang” PKR dan Amanah untuk mendapatkan undi orang Melayu di kawasan luar bandar, sambil menambah parti itu tidak boleh sekadar kata: “Saya akan dapatkan undi orang Cina, anda dapatkan Melayu.”

Katanya, mencapai penduduk di kawasan luar bandar memerlukan banyak pelaburan dan usaha.

“Secara semula jadi, ahli politik berfikiran jangka pendek. Apa-apa yang memakan masa terlalu lama, mereka mungkin tidak mahu lakukan kerana ia tidak mendapat hasil dalam satu atau dua tahun.

“Tetapi, jika PH mahu kembali menjadi kerajaan, ia memerlukan banyak usaha.”

WOIIIIII.......DAH BEREBUT LAK DAH JAWATAN...INGAT NAK JAGA RAKYAT

 


Jawatan TPM patut diberi kepada Bersatu, kata pemimpin parti




Timbalan Perdana Menteri wajar dilantik dari Bersatu, namun keputusannya terpulang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kata bekas pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu diberi kepada Bersatu sebagai parti kedua mempunyai bilangan Ahli Parlimen paling ramai dalam gabungan kerajaan hari ini.

Bekas pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang dipetik Utusan Malaysia berkata tindakan itu wajar memandangkan Muhyiddin Yassin dengan berjiwa besar telah berkorban meletak jawatan bagi memberi laluan kepada wakil Umno menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tebrau bagaimanapun berharap semua pihak akan menyokong wakil daripada parti mana pun yang dipilih demi kestabilan politik.

“Ini (jawatan Timbalan Perdana Menteri) hak parti masing-masing. Siapa-siapa boleh membuat tuntutan kerana ketika ini tidak ada parti yang betul-betul cukup majoriti dan harap parti lain beri sokongan.

“Bila keadaan ini berlaku (tidak cukup majoriti) sudah tentu ada tawar-menawar, saya difahamkan bukan Bersatu sahaja tetapi Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Khamis lalu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Jemut Masing menegaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri wajar diberi kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak sebagai mengiktiraf sumbangan dua negeri tersebut dalam pembentukan kerajaan dan politik yang stabil.

Mengulas lanjut, Mazlan turut memberitahu, tuntutan GPS untuk jawatan tersebut dibuat atas alasan pemimpin dari Malaysia Timur tidak pernah diberikan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Namun katanya, terpulang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan, dan siapa calon yang mahu dipilihnya.

“Siapa juga yang menjadi Perdana Menteri sudah tentu akan tertekan berdepan situasi seperti itu kerana pasti ada ugutan sekiranya permintaan tidak dilayan.

“Perdana Menteri akan sentiasa dalam tekanan, mereka kena hadapilah kerana mereka sanggup (terima jawatan). Kalau Perdana Menteri pilih siapa timbalannya, adakah nanti dipersetujui rakan-rakan dalam gabungan lain,” katanya.

SELAMAT JALAN AHMAD ZAHID HAMIDI…


Bob Kelanang.



Dengan naiknya Ismail Sabri sebagai PM 9... maka riwayat politik Ahmad Zahid Hamidi pun akan terkubur la... jangan mimpi la dia nak terus kekal berjawatan Presiden UMNO... malah... nak jadi Timbalan Presiden UMNO pun Ahmad Zahid Hamidi boleh mula melupakannya...


KOH KOH KOH… 


Jawatan Naib Presiden?


KOH KOH KOH... itu pun jangan nak mimpi la...


KOH KOH KOH... takkan la Perdana Menteri nak kekal sebagai Naib Presiden UMNO?


KOH KOH KOH... mesti Perdana Menteri akan naik jadi Presiden UMNO... 


UMNO sepatutnya dah boleh buat pemilihan jawatan dalam parti la ikut saranan dan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...


KOH KOH KOH.... pakat kojol la karier politik Ahmad Zahid Hamidi...


KOH KOH KOH... bodo sangat, adan uker!!



Keh..keh...Ni gila ka apa?

 


W.Faudzidin


'Kita sudah lalui beberapa kali bertukar kerajaan, cukuplah kena malu kepada rakyat, malu kepada diri sendiri. Jangan guna mandat rakyat untuk tujuan salah, rakyat sedang memerhati,” katanya. - Annuar Musa. 


Hang gila ke apa?  Jangan guna mandat rakyat?  Semenjak bila rakyat beri mandat kpd kerajaan gagal PN bawah Mahiadin dan kerajaan baru bawah Ismail Sabri ni?  Kesemua korang tu jadi kerajaan melalui pengkhianatan dan rampas mandat rakyat, faham?


Bacaan positif politik masa depan PH



Kenaikan DS Ismail Sabri tidak menjadi apa-apa kerugian atau kekalahan bagi PH kerana bagi pemerhati yang mendalam, PH memperolehi kemenangan prinsip berdasarkan senario berikut:


1. Perlagaan atau pertembungan sebenar adalah di antara UMNO dan BERSATU. PH tidak terlibat, hanya pemerhati dari tepi yang kadang-kadang mengambil peluang menyerang. Ini biasa dalam politik.


2. Bersatu menjatuhkan PH dan UMNO pula menjatuhkan Bersatu. PH adalah okay kerana mereka memang tidak fokus untuk menjadi kerajaan semula dengan cara ‘tebuk atap’. Mereka fokus kepada Pilihanraya Umum ke 15. Ini adalah prinsip yang baik. Kerana jika dengan lantangnya PH mengkritik tindakan ‘tebuk atap’, tapi akhirnya mereka juga masuk semula dengan cara yang sama walau dengan apa jua justifikasi sekali pun, ia akan mencipta imej yang ‘hodoh’.


3. Terbukti DSAI juga khususnya, tidak merancang untuk membentuk kerajaan dan menjadi PM selepas Muhydin secara 'tebuk atap'. Buktinya, dia tidak pun memujuk rayu GPS untuk bersamanya. GPS sendiri memaklumkan yang PH tidak menghubungi mereka untuk tawar menawar. Ini juga menunjukkan DSAI dan PH tidak pelahap kuasa untuk menjadi PM dan kerajaan secara ‘tebuk atap’.


4. Tindakan itu juga sebenarnya lebih tepat kerana tiada banyak faedah untuk menjadi PM untuk tempoh terlalu singkat (hanya maksimum 2 tahun) atau kurang daripada itu. Ini kerana, sejurus Covid19 terkawal, parti-parti akan mula merubah pendirian semula dan bakal menuntut pilihanraya atau menarik sokongan. Apabila itu berlaku, kerajaan akan runtuh kembali dan hanya kekal beberapa bulan sahaja. Tentunya DSAI dan PH tidak ingin menanggung kesalahan pentadbiran kerajaan PN, sebagaimana letihnya dahulu PH cuba membersihkan beban ‘najis pentadbiran’ yang ditinggalkan kerajaan BN serta membuat reformasi. 


5. Pengambilan kerajaan sewaktu pandemik COVID19 yang sedang terlalu teruk, kesilapan keputusan kerajaan PN dalam tangani pandemik itu, ekonomi dan pelbagai masalah lain, semua itu tidak cukup untuk ditangani dalam tempoh sangat pendek. Ditambah sifat ‘lalang’ ahli parlimen yang tidak mengambil kira hasrat pengundi mereka dahulu.


6. Jika diambil juga, kelak nanti sewaktu pilihanraya, banyak isu yang belum dapat diselesaikan oleh PH. Maka ini akan membuka ruang banyak isu ‘bola tanggung’ untuk dipersalahkan PH sahaja, sedangkan kekotoran sebenar ditinggalkan oleh BN dan PN. Akibatnya PH bakal menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya umum akan datang.


7. Sekali lagi, kemelut politik yang wujud semuanya hasil pakatan khianat oleh team bekas PKR, Bersatu dengan UMNO dan PAS. Bersatu dan ex-PKR khianati PH, akhirnya PH dan rakyat yang undi calon atas dasar mereka mewakili PH yang menjadi mangsa penipuan pengkhianat ini. 


8. Kerajaan PN begitu gilakan kuasa dan bimbang kehilangannya sehingga membuat pelbagai tindakan tidak demokratik seperti darurat yang tiada hasil positif dalam melawan COVID19, malah derhaka kepada Agong dalam kes tamatkan darurat tanpa perkenan Agong, langgar titah agar buka parlimen segera sehingga ditegur dengan tegas oleh Istana. 


9. Kemudian UMNO khianati Bersatu untuk rampas kuasa daripada PN Muhyidin. Pemimpin UMNO melancarkan serangan terancang dan seolah-olah menggambarkan ada dua tiga kem dalam UMNO. Mereka bijak mencipta pertelingkahan sesama mereka untuk mengabui mata PM Muhydin yang berasa dia disokong oleh sebahagian UMNO dan ditolak oleh sebahagian yang lain, padahal semua UMNO ada perancangan di belakang. Dengarkan rakaman audio bocor ucapan DS Ismail Sabri dalam meeting UMNO selepas beliau hendak dilantik sebagai TPM, beliau sebut jelas sentiasa rujuk presiden dalam buat keputusan hatta nak buat sidang media. Jelas sekali, ia hanya sandiwara sesama mereka agar mereka mendapat kerusi PM.


10. DS Najib dan Zahid kerap menghentam kerajaan PN, seolah PN gagal dalam pelbagai perkara. Mereka bertindak seolah pembangkang, untuk memberi tekanan kepada PM Muhyidin. Padahal semua itu palsu dan drama sahaja, itu semuanya bukan untuk rakyat tetapi dicipta khas sebagai tekanan kepada bekas PM dan rampas kerusi PM. UMNO tidak sanggup menjadi follower, mereka hanya ingin menjadi leader. Buktinya, Najib yang hentam teruk kerajaan PN padahal Ismail Sabri dan ramai Menteri UMNO adalah ‘main player’ dalam kerajaan ’yang dihentam’ itu. Selepas berjaya menjatuhkan Muhyidin, mereka tanpa segan silu menyokong Ismail dan rakan Menteri UMNO yang gagal itu sebagai PM dan kerajaan baru. 


11. Ini termasuklah pemimpin UMNO yang lain yang hentam kerajaan pimpinan Muhydin sebelum ini.  Hasilnya kini BERSATU menjadi serba salah, dengarnya Muhydin arahkan semua mereka agar jangan mengambil apa-apa jawatan dalam Kabinet Ismail. Adakah arahannya akan ditaati? Kita lihat nanti bagaimana secara perlahan UMNO akan ‘membunuh’ parti BERSATU. Lebih hampir ke pilihanraya nanti, lebih jelas nyata kelak.


12. Jelas, semua kemelut politik dalam negara adalah tiada kaitan dengan PH, sebuah pakatan pembangkang yang juga ‘agak lemah’ ketika ini. PH sepatutnya jangan terbawa-bawa dalam kancah itu, kerana ‘silent voters’ yang bijak, dapat melihat jijiknya permainan UMNO, PAS, BERSATU dan PN. PH perlu FOKUS untuk mendapatkan sokongan bumiputera yang jatuh teruk akibat isu-isu Islam dan Melayu yang dipermainkan sebelum ini. Semua isu dikaitkan dengan Islam dan Melayu terancam sewaktu mereka jadi pembangkang kerajaan PH dulu seperti isu arwah Adib, DongZong, judi, pemandu mabuk, pengiktirafan sijil UEC dan banyak lagi. Bila berkuasa, langsung tak diselesaikan pun oleh PN yang didalamnya ada UMNO, PAS dan BERSATU. Beban yang dipaksa-tanggungkan ke atas PH dalam isu-isu tadi sudah boleh diletakkan dari bahu PH.


13. Lebih lucu, sewaktu ada ura-ura kluster mahkamah seolah-olah akan sokong DSAI dan PH, timbul kompang-kompang mengutuk PH kononnya cuba ambil geng kotor atau dapat sokongan kluster dengan tawaran dibebas kes etc. Tiba-tiba, geng kluster inilah yang menyokong pelantikan Ismail Sabri. Jadi mana kritikan yang dahulunya dihalakan kepada PH kononnya cuba mendapatkan sokongan kluster mahkamah?. Sekarang geng kluster sudah bersama mereka, mereka pun senyap dan senyum. Lihat, betapa hodohnya perangai wakil rakyat apabila tiada prinsip, jauh sama sekali dari prinsip Islam.


Akhir kalam, PH tidak kalah apa-apa dalam kelam-kabut politik negara kini. PH hanya perlu siapkan barisan, mantapkan persefahaman, bina sokongan dengan siri-siri pencerahan. Jangan bimbang, peluru-peluru lama yang dihalakan kepada mereka dulu sudah sejuk, bahkan boleh dijadikan peluru gajah untuk buat serangan balas dalam PRU akan datang.


- Abu Mishkat


WAH...MAKIN RAMAI NDAK...

 

Ahmad Shahril Shahril





Dia pun nk jugak...hahaha,habis tuan penasihat yg juga merupakan timbalan presiden nak campak mana,makin menarik ni.PM tutup pintu depan,TPM buka pintu blkg 🤣🤣🤣.

TUAN PUNAHSIHAT DAH UGUT..PAKAT PAKAT KEBULOR JAWATAN TPM



Hambek... tuan penasihat nk jadi TPM,GPS pun mintak,PAS dah siap g jumpa pak mail...kena standbye super ring ni.

KESAN BERANTAI

 



Mohd mukhlis


Ini realiti peniaga kecil. Dari awal PN ambil alih kerajaan, saya sebut ada 3 ujian yang melanda negara, kesihatan, kepimpinan dan ekonomi. Bila ekonomi tak cantik, syarikat dan kilang akan buang pekerja. Lepas tu yang tak ada kerja tadi akan cuba buat gig ekonomi atau pun berniaga kecil kecilan.


Ingat, masalah ekonomi ini berantai. Contoh kalau tukaran wang asing kita teruk, harga barang yang di import akan jadi mahal. Jadi susu contohnya di import dari luar negara. Kalau anda nak tahu kos shipping kontena pun meningkat (itu subjek lain untuk hari yang berbeza), jadi nak tak nak harga susu misalnya terpaksa naik even dari pengedar sendiri.


Yang buka gerai pula terpaksa ambil barang dengan harga yang inflated, lepas itu dia pula terpaksa naikkan harga end product untuk elak kerugian. Inilah secara ringkasnya inflasi. Kalau last week nasi ayam RM5, this week rm5.5 dan gaji anda masih sama, anda sudah alami inflasi. That's simple economic 101. 


Ada cara untuk tak naik harga tapi dia kena banyakkan volume barang yang di jual. Benda akan jadi masalah kalau product yang dia jual itu kategori exotic, bukan minuman ruji harian. Contoh mudah air soya vs jus mangga susu. Air soya mungkin boleh RM2 satu cawan, tapi kalau mangga susu, maybe double the price sebab bahan-bahan yang di perlukan


Cumanya yang jadi masalah bila magga susu tadi naik harga, pelanggan mungkin akan rasa terkesan dan kurangkan kekerapan membeli. Saya tak salahkan peniaga naikkan harga sebab dia sendiri pun kena fikir macam mana hendak survive. Yang salah sekarang ini adalah mereka yang ada kuasa tapi tak tahu macam mana hendak balance antara lockdown demi nyawa dan kegiatan ekonomi yang juga demi nyawa. Dia ibarat di telan mati anak, di luah mati bapa. 


Tambahan pula banyak gerai tepi jalan naik, menambahkan lagi persaingan. Sudahlah susah, kena bersaing pula. Lepas itu kita fikir, untuk minuman yang eksotik ini, memerlukan pelanggan yang dalam golongan T20 atau M40 untuk terus hidup. Tapi laporan terkini sebut ramai yang dah turun kelas, dari M40 sudah jadi B60. Kalau macam ini siapa dan golongan mana ada kuasa hendak membeli?


Paling saya takut ada hyper inflasi, macam mana kena dekat Venuzuela. Di sama hyper inflasi membuatkan harga barang dan servis naik sebanyak 50% sebulan. Tapi apa kerajaan dia buat adalah dengan terus cetak lagi banyak duit. Jadinya nilai duit mereka jatuh, walaupun angka pada notes itu bertambah. Thank God Wan jargon at Tabbayun jatuh, kalau tak kita mesti dah start suruh bank negara print duit extra.

Kemelut yang Tak sudah.


Hamzah Rie Na


*Apa yang bakal Pak Mail hadapi selepas ini...?*


1. Desakan TPM dari Borneo

2. Desakan TPM dari PPBM

3. Pembahagian kerusi Menteri dan Timb Menteri utk parti2 yang menyokong.

4. Undi percaya di Parlimen

5. Kedudukan bekas PM, Mahiaddin

6. Kes Covid-19 yg tinggi

7. Adakah AG dan Speaker Dr ditukarkan..?

Siapa bakal AG dan Speaker yg baru..?

8. Kes mahkamah Najib dan Zahid..?

9. Adakah AA dan HZ akan duduk diam untuk masa depan politik mereka..?

10. Bagaimana kerusi2 UMNO yang dicuri oleh PPBM? UMNO bertegas nak ambil balik..?

11. Bagaimana masa depan politik PPBM akan datang..?

12. Bagaimana 7 tawaran kpd pembangkang oleh PM sebelum ini..? Adakah bakal ditawar semula..?

13. Siapa Menteri Kesihatan yg baru..?

14. Siapakah Menteri  Penyelaras Covid yg baru..? Adakah KJ kekal..?

15. Mahiaddin tidak mahu bekerjasama dgn Kleptokrat..! Sekarang ini bagaimana..? Nak jilat balik ludah..?