SEKEJAP JA JUMPA . DAH SERAH LETAK JAWATAN KA BELUM ? MGNews: PM Beredar Meninggalkan Istana Negara

Panas! Ismail Sabri buat sidang media hari ini, dijangka dedah MP sokong Muhyiddin

 Panas! Ismail Sabri buat sidang media hari ini, dijangka dedah MP sokong Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting melalui sidang media khas pada jam 4 petang ini.

Sumber dalaman UMNO berkata, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO difahamkan akan mengumumkan pendirian ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui sidang media itu.

Bagaimanapun, Sinar Premium dimaklumkan lokasi sidang media akan dimaklumkan kemudian kepada para pengamal media.

Pengumuman itu juga dipercayai sebagai respons kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

“Semalam (malam Selasa), Timbalan Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sendiri sebelum bertemu sebilangan ahli-ahli Parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik yang berlaku.

“Pelbagai opsyen telah dikemukakan dalam dua pertemuan itu dengan Ismail Sabri sendiri akan mengumumkan pendirian terkini ahli-ahli Parlimen BN dalam satu sidang media pada petang ini (Rabu),” kata sumber berkenaan kepada Sinar Premium.

Terdahulu, Ismail Sabri mendakwa sejumlah 40 ahli Parlimen BN sudah bersetuju menyokong Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri dengan kerajaan PN diberi kepercayaan untuk terus mengemudi negara.

Kenyataan Ismail Sabri itu disokong Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mengesahkan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN sudah menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin kekal dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Ahad.

Bagaimanapun, sidang media Ahmad Zahid selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Selasa menzahirkan kejutan apabila sekurang-kurangnya 12 ahli Parlimen parti itu disahkan sudah menandatangani SD menarik sokongan daripada Muhyiddin.

Senarai 12 ahli Parlimen UMNO yang disahkan menarik sokongan daripada kerajaan PN adalah diketuai Ahmad Zahid sendiri selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Beliau diikuti Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Datuk Seri Azalina Said Othman (Pengerang); Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang); Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Keputusan itu, dakwa Zahid sudah menunjukkan kepimpinan Muhyiddin hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan ahli Parlimen BN adalah seramai 42 orang dengan 38 daripadanya terdiri ahli Parlimen UMNO.

Sementara itu, Zahidi yang juga ahli MKT UMNO sewaktu ditemui media selepas menghadiri pertemuan ahli-ahli Parlimen BN dengan Ismail Sabri di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada malam Selasa, menegaskan kerajaan masih ‘intact’.

Susulan dua pertemuan penting yang dihadiri Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan pada malam Selasa, terdapat desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bera itu diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Spekulasi itu difahamkan bertiup kencang dalam kalangan pemerhati politik dan dianggap sebagai langkah terakhir bagi menyelamatkan kerajaan PN daripada disahkan tumbang.

Selain itu, Sinar Premium turut dimaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi Rabu, difahamkan terpaksa ditangguhkan kepada waktu tengah hari.

Hal ini susulan Muhyiddin difahamkan dipanggil untuk hadir ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi.

MEETING APA....TAKAT TUMPANG ORANG JADI TUNGGUL KAYU SAJA..Kerajaan PN bakal tumbang, Pas buat mesyuarat tergempar

 


Kerajaan PN bakal tumbang, Pas buat mesyuarat tergempar


PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi politik negara ketika ini serta kedudukan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata langkah itu susulan keputusan Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diikuti peletakan jawatan menteri daripada Umno.

“Kita akan adakan mesyuarat segera,” katanya.

Terdahulu, Umno mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan dan Muhyiddin.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan itu Umno menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat selepas kegagalannya serta keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.

Sementara itu, Shamsul Anuar Nasarah daripada Umno turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Ia menyaksikan kedudukan kerajaan Muhyiddin semakin rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa jika tiada majoriti.

Terkini! Azalina bakal letak jawatan timbalan speaker hari ini

 Terkini! Azalina bakal letak jawatan timbalan speaker hari ini


Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dijangka meletakkan jawatannya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pangerang itu adalah salah seorang daripada 11 pemimpin UMNO yang dilihat hadir dalam sidang akhbar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

Pada Selasa, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Antara pemimpin UMNO yang menyertai sidang akhbar itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

Pada sidang akhbar itu juga, Ahmad Zahid mengesahkan surat akuan ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebelum itu mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, selaras dengan kehendak parti.

Selain itu, beberapa lagi menteri dijangka akan mengikut tindakan beliau dalam masa terdekat.

Selepas #KerajaanDerhaka, #KerajaanTumbang pula sohor di Twitter

 


Nasib Bersatu terikat pada masa depan Muhyiddin, kata penganalisis

 

Penganalisis berkata, sokongan akar umbi Bersatu tidak cukup kuat untuk parti itu bergantung harap.

PETALING JAYA: Bersatu akan kehilangan kuasa jika presiden parti itu Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selaku perdana menteri.

Sivamurugan Pandian.

Beberapa penganalisis bersetuju mengenai perkara itu dan berkata, sokongan akar umbi parti tidak cukup kuat untuk diharapkan oleh Bersatu.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, Bersatu terselamat selagi jawatan perdana menteri diisi oleh pemimpin daripada parti berkenaan dan tanpa kelebihan itu, mereka perlu melihat alternatif lain untuk kekal dalam politik arus perdana.

Beliau berkata, sesetengah bekas Ahli Parlimen Umno dan PKR yang kini bersama Bersatu mungkin mahu kembali kepada parti lama mereka sebelum ini, tetapi tidak semua daripada mereka akan diterima semula.

Penganalisis lain, Azmi Hassan berkata, Bersatu akan mengalami kerugian yang ketara jika Muhyiddin meletakkan jawatan meskipun kedudukan dalam Kabinet diberikan kepada parti lain dan Bersatu menjadi sebahagian daripada kerajaan baharu.

Katanya, beliau percaya langkah ke hadapan untuk negara adalah bagi Bersatu menerima perdana menteri baharu sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

Azmi Hassan.

“Kita pernah melalui tempoh sukar,” katanya merujuk kepada kekecohan di Dewan Rakyat selepas 21 Julai lalu yang menyaksikan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan mengumumkan kerajaan sudah membuat keputusan untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Istana Negara seterusnya berkata, kerajaan tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan tidak mematuhi titah Agong yang mahu ordinan itu dibentang dan dibahas.

Azmi berkata, PAS akan mengikut langkah Bersatu menerima perdana menteri baharu sama ada BN atau PH, menjadikan kerajaan baharu membentuk majoriti kukuh bagi mengurus negara dan menyelesaikan krisis ekonomi serta kesihatan.

“Ia satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka dan bergerak ke hadapan demi masa depan negara,” katanya kepada FMT.

Kenneth Cheng.

Seorang lagi penganalisis, Kenneth Cheng berkata, sehingga kini masih tidak diketahui sama ada Muhyiddin akan meletakkan jawatan atau tidak.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, bagaimanapun jika ramai menteri yang ikut sama meletakkan jawatan, ia satu petanda jelas kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Bersatu telah bertahan dalam kerjasama politik dan tidak akan mempunyai kedudukan kanan dalam Jemaah Menteri lagi,” katanya.

Tambahnya, sokongan akar umbi Bersatu kekal lemah dan parti itu akan diketepikan dengan kehilangan jawatan perdana menteri dan menteri kanan.

UMNO tarik sokongan: Situasi sekarang hampir sama 'Langkah Sheraton' - Penganalisis

 UMNO tarik sokongan: Situasi sekarang hampir sama 'Langkah Sheraton' - Penganalisis

Awang Azman berkata, dalam politik tidak ada satu lawan atau kawan yang kekal, yang kekal hanyalah kepentingan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa, bukan satu perkara luar biasa.
Penganalisis Politik, Prof Awang Azman Awang Pawi berpendapat, apa yang terjadi adalah keadaan dinamik biasa dalam politik, malah situasi hampir sama pernah dilihat semasa 'Langkah Sheraton' tahun lalu.
"Dalam politik tidak ada satu lawan atau kawan yang kekal, yang kekal hanyalah kepentingan.
"Untuk seorang ahli politik, 24 jam itu tempoh yang lama kerana banyak perkara boleh berlaku dan berubah dalam sekelip mata.
"Tidak sama sepenuhnya tetapi kita pernah lihat perkara hampir serupa berlaku dalam 'Langkah Sheraton' ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bawa beberapa orang Ahli Parlimen keluar daripada PKR untuk menumbangkan Pakatan Harapan," katanya dalam program Wacana Sinar bertajuk Apa 'Cer' Politik Malaysia, pada Selasa.
UMNO sebulat suara tarik balik sokongan terhadap kerajaan PN
BACA: [LAPOR LANGSUNG] MKT UMNO tarik sokongan, Muhyiddin perlu berundur - Ahmad Zahid
Jelasnya, langkah seterusnya yang boleh dijangka adalah campur tangan institusi raja, di mana Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil peranannya.
"Yang di-Pertuan Agong perlu panggil menghadap ketua-ketua parti dan meminta mereka menjelaskan pendirian.
"Ini juga sama seperti selepas berlakunya 'Langkah Sheraton', yang membawa kepada pembentukan PN," ujarnya.
Penyelesaian terbaik ketika ini, kata Awang Azman, adalah pembentukan kerajaan interim untuk tempoh enam bulan atau setahun.
Pendapat yang hampir sama juga dikongsi seorang lagi penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakob yang percaya rakyat kini sedang memerhatikan setiap langkah yang diambil para pemimpin.
"Kerajaan masih ada. Pertukaran kerajaan tak boleh buat macam tukar tempat tinggal.
"Ia perlu dilakukan mengikut prosedur Perlembagaan. Kalau setakat nombor, sesiapa pun boleh cakap dia ada nombor (jumlah) tertentu," katanya.
Tegasnya, politik matang tidak memerlukan istilah propaganda seperti derhaka atau pintu belakang, sebaliknya berasaskan prinsip Perlembagaan, nilai adab dan rasa hormat terhadap rakyat.
"Bercakaran dalam politik perkara biasa. Tetapi percakaran yang bermaruah adalah menerusi pilihan raya umum nanti.
"Ahli politik 'dinosaur' kena berundur. Kita sekarang berada di era politik baharu.
"Kalau betul sayangkan negara dan berjiwa besar, berilah peluang kepada nafas baharu dalam politik," katanya lagi.


Kalau degil masih sokong Muhyiddin, mereka ‘cari nahas’, kata Puad

 

Puad Zarkashi berkata, tindakan 11 Ahli Parlimen Umno menghantar surat kepada Agong dan Speaker untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri jelas mematikan langkah “licik” Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi memberi amaran mana-mana pemimpin Umno yang masih memihak kepada Muhyiddin Yassin selepas parti itu memutuskan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang “mencari nahas”.

Bagaimanapun Puad, yang selama ini lantang mengkritik menteri Umno dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menegaskan jumlah mereka yang dikatakan menjadi “duri dalam daging” kini semakin mengecil.

“Kalau masih ada yang berdegil untuk sokong Perdana Menteri, itu bermakna mereka ‘cari nahas’. Tetapi itu hak mereka. Jumlah mereka semakin mengecil.

“Kita tidak tahu apa tujuan Shahidan Kassim (Ahli Parlimen Arau), Nazri Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) dan Zahidi Zainul Abidin (Ahli Parlimen Padang Besar) berjumpa di Hotel Seri Pacific KL. Pokoknya jumlah mereka makin mengecil jika merancang ‘Seri Pacific Move’?,” soalnya tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata, tindakan 11 Ahli Parlimen Umno menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Speaker untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri jelas mematikan langkah “licik” Muhyiddin.

“Sebab itu mesyuarat MKT berlangsung dalam suasana yang tenang, tidak tegang dan berakhir dengan konsensus. Zahidi sendiri tidak membantah. Apabila Shamsul Nasarah meletak jawatan sebagai menteri ia adalah ‘signal bahawa jawatan tidak boleh membeli ahli Umno yang mengutamakan perjuangan parti.

“Kenapa itu berlaku? Kerana mereka hanya ada dua pilihan. Memihak kepada Agong atau memihak kepada Perdana Menteri yang dilihat menderhaka kepada Raja,” tegasnya.

Semalam, FMT melaporkan sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Maslan (Pontian) yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Najib Razak (Pekan), Azalina Othman Said (Pengerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen lain adalah Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Zahid berkata, surat akuan Ahli Parlimen Umno itu sekali gus bermakna kepimpinan Muhyiddin sudah hilang keabsahan sebagai ketua kerajaan kerana tidak lagi menikmati sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Umno adalah blok penyokong terbesar yang membawa kepada pembentukan kerajaan PN tahun lalu. Meskipun mempunyai sokongan padu Umno sebelum ini, kerajaan Muhyiddin dipercayai mempunyai majoriti amat rapuh di Dewan Rakyat.

Terkini! Peja kata Agong boleh tubuh kerajaan minoriti

 


Terkini! Peja kata Agong boleh tubuh kerajaan minoriti


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh mempertimbangkan kaedah penubuhan kerajaan minoriti sekiranya tiada ahli Parlimen memperoleh sokongan majoriti.

Jelas Ahli Parlimen Tambun itu, hal ini susulan pengesahan tandatangan surat akuan bersumpah (SD) 11 ahli Parlimen UMNO sudah dipersembahkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Seri Paduka Baginda, secara teorinya membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh.

Jelas beliau, penubuhan sebuah kerajaan minoriti bukan suatu perkara janggal dengan seseorang ahli Parlimen yang mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen terbanyak meskipun tidak capai sokongan majoriti, boleh dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baharu.

“Bila Ahmad Zahid kata sudah persembahkan SD ahli Parlimen mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menjatuhkan kerajaan PN, berdasarkan kehadiran 10 ahli Parlimen lain yang berdiri bersama beliau, kita sudah nampak yang kerajaan PN boleh jatuh dengan angka itu.

“Cuma sekarang ke mana arahnya ahli-ahli Parlimen UMNO yang tidak lagi menyokong PN ini? Kalau sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri baharu berpecah-pecah, jadi kemungkinan tiada pihak mempunyai jumlah majoriti sokongan ahli Parlimen yang jelas.

“Dalam soal sekarang, kemungkinan akan berlaku parlimen tergantung kerana ketiadaan parti yang memiliki sokongan majoriti. Ada kaedah-kaedah lain yang boleh dibuat bagi menubuhkan kerajaan baharu, salah satunya menerusi kaedah kerajaan minoriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas status Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memuktamadkan pendirian menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Presiden UMNO pada sidang media selepas mesyuarat MKT mengumumkan bahawa SD ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Senarai 11 ahli Parlimen UMNO yang disahkan menarik sokongan daripada kerajaan PN adalah diketuai Ahmad Zahid sendiri selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Beliau diikuti Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Datuk Seri Azalina Said Othman (Pengerang); Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang); Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Keputusan itu, dakwa Ahmad Zahid sudah menunjukkan kepimpinan Muhyiddin hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Faizal menegaskan kaedah penubuhan kerajaan minoriti tidak boleh disamakan dengan kerajaan interim yang lebih bersifat sementara dan ditubuhkan atas tujuan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) baharu.

“Bahkan sekiranya Muhyiddin mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen terbanyak meskipun tidak capai majoriti, maka kerajaan minoriti itu tidak semestinya masih kekal dipanggil kerajaan PN.

“Segala terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam mempertimbangkan kaedah terbaik untuk menubuhkan kerajaan baharu sekiranya tiada pihak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen kelak,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Perak itu mengakui terkejut dan kecewa dengan keputusan terkini UMNO itu.

Tambah beliau, sepatutnya pucuk kepimpinan UMNO meletakkan kepentingan negara mendahului politik kepartian pada saat krisis pandemik Covid-19 masih lagi memuncak.

“Bila keadaan sebegini berlaku, keputusan UMNO itu meletakkan negara dalam situasi kacau bilau politik, lebih-lebih lagi pada saat masih ramai rakyat menderita akibat pandemik.

“Saya berpandangan UMNO sepatutnya bersikap lebih bertanggungjawab dengan cenderung tidakmencetuskan ketidakstabilan politik pada saat genting ketika ini.

“Implikasi paling teruk akan dirasai rakyat memandangkan mereka akan menjadi lebih susah, terutama pada saat pandemik Covid-19,” katanya.

Perdana Menteri tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

  Raja Hisyam Raja Zaid Ogos 4, 2021 10:56 MYT


Perdana Menteri tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong


Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki pintu Istana Negara pada jam 10.53 pagi. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki pintu Istana Negara pada jam 10.53 pagi.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sembah menghadap bersama Yang di-Pertuan Agong kali ini akan turut membincangkan perkembangan terkini politik semasa negara termasuk pengumuman penarikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibuat oleh UMNO semalam.
Ini kerana telah menjadi kelaziman Perdana Menteri selaku ketua kerajaan untuk Menghadap Yang di-Pertuan Agong pada setiap Rabu bagi sesi Mesyuarat pra-Kabinet.
Ia merupakan rutin mingguan utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Dalam waktu tertentu sebelum ini sesi tersebut juga sering kali berlangsung secara atas talian membabitkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.
Dinamika politik negara kembali menjadi tumpuan sejak semalam apabila UMNO mengumumkan secara rasminya UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Dalam masa yang sama Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

LETAK JAWATAN SEBAIK-BAIK PILIHAN BUAT MAHIADDIN, USAH CUBA LAGI MENDATANGKAN MASALAH KEPADA AGONG

 

Dari segi perlembagaan dan prinsip moral, kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sudah pun tumbang sekarang ini.

Dengan pengumuman Zahid Hamidi bahawa sebahagian Ahli Parlimen UMNO, dipercayai seramai 14 orang jumlahnya, pada peringkat awal ini sudah menandatangani surat akuan menarik sokongan terhadap kerajaan dan senarainya telah pun disembah maklum kepada Yang Dipertuan Agong, hakikatnya tiada apa lagi yang dapat mempertahankan jatuhnya Mahiaddin.

Dipercayai juga, beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyusul dengan perakuan yang sama dan nama-nama tersebut akan turut dipersembahkan kepada Istana Negara kemudiannya.

Bersama perletakan jawatan Shamsul Anuar Nasarah sebagai menteri kabinet petang semalam, bermakna ketiadaan sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin sekarang ini semakin terang lagi nyata.

Sekaligus, kejatuhannya semakin sukar untuk dielakkan, waima jika ada tongkat sakti atau bomoh hebat sekali pun datang ingin membantunya.

Hanya yang tersangkut sekarang ialah soal teknikal undang-undang saja.

Tetapi, apa guna berselindung di sebalik tafsiran undang-undang kalau moral sudah tiada?

Dengan demikian, Mahiaddin seharusnya tidak melengah-lengahkan lagi keperluannya untuk berundur secara terhormat.

Tidak perlu lagi beliau cuba bertahan dengan terus melanggar SOP memanggil menteri-menteri dan Peguam Negara datang ke rumahnya untuk berbincang bagi mempertahankan kerusinya yang sudah rapuh itu.

Sedar dan insaflah, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang pernah menonjolkan imej pandai membaca doa dan berjubah, disertai dengan kedudukannya sebagai anak ulama terkenal di Muar, Mahiaddin sebenarnya tidak perlu mencipta lebih banyak alasan untuk tidak melepaskan jawatannya.

Kebetulan hari ini, Rabu di mana ada mesyuarat kabinet dan beliau sepatutnya menghadap Agong sebelum mesyuarat berkenaan diadakan, adalah terpuji kiranya turut dibawa bersama surat perletakan jawatannya ketika menghadap nanti.

Tentulah lebih buruk dan terkutuk jika sampai dinasihatkan oleh Agong agar beliau perlu meletakkan jawatan berikutan ketidaan lagi majoriti yang dimilikinya, beliau nantinya masih lagi cuba berhujah mempertahankan kedudukannya.

Cukup-cukuplah dengan derhaka yang sedia ada dan janganlah ditambah lagi siri penderhakaan kepada Agong yang ia pasti membuatkan rakyat tambah meluat dan benci kepadanya.

Lagi pun, begitulah hukum kehidupan di mana jika kita pernah menjatuhkan orang, biasanya balasan Tuhan dalam bentuk yang sama juga akhirnya akan menimpa kita.

Sebagaimana Mahiaddin pernah menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton kira-kira 17 bulan sebelum ini, hakikatnya penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan PN ini adalah balasan yang harus diterimanya dengan penuh redha.

Sebaik-baiknya peristiwa ini menjadikan Mahiddin dan sesiapa juga insaf bahawa jangan sesekali bersikap khianat dalam mengejar kerakusan nafsu dunia dalam kehidupan ini.

Juga jangan sesekali derhaka kepada Raja dalam memenuhi kebuasan nafsu ingin kekal berkuasa.

Sampai masa harus berhenti, berlapang dadalah menerimanya.

Berikutan Zahid Hamidi telah pun mempersembahkan nama-nama Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap PN kepada Agong, jika disertai dengan kesediaan Mahiadin berundur, ia pasti akan lebih memudahkan baginda menentukan pilihan yang sewajarnya bagi menamatkan kemelut ini.

Mahiaddin, dengan pelbagai kekalutan dan caca marba yang dicetuskannya selama ini, kini bertanggungjawab penuh untuk tidak memandangkan lagi kemelut yang ada dalam negara ini.

Demi negara dan demi rakyat yang sedang sengsara, berundur dan meletak jawatan adalah sebaik-baik pilihan baginya.

Jika Mahiaddin terus degil enggan berundur dengan berdalih melalui pelbagai tafsiran undang-undang oleh Peguam Negara yang sebenarnya lebih dihantui ketakutan hilang jawatan kiranya Perdana Menteri bertukar tangan, beliau pasti akhirnya akan menerima kutukan dan penghinaan yang berpanjangan dalam hidupnya selepas ini.

Itukah yang mahu dicarinya dalam hidup ini? 


(ShahbudinHusin 04/08/2021)




TEKNIKALNYA PN DAH TUMBANG, TAPI UMNO MAHUKAN KERAJAAN INI.

 







No photo description available.



MOHDMUKHLIS

Teknikalitinya PM sudah jatuh, tapi kita perlu berhati-hati sebab end game UMNO adalah untuk jadikan Perdana Menteri dari UMNO.

Sudah tentu saya berharap untuk PH naik jadi Perdana Menteri dan kalau ikut westminster, itu yang sepatutnya berlaku di mana ketua pembangkang perlu di beri peluang untuk mendapatkan sokongan.

Tapi andai yang jadi adalah sebaliknya, UMNO naik jadi PM, e.g. ia tak jauh beza dengan Mahiadin juga, sebab yang tak competent dalam kabinet PN ini ada juga menteri UMNO.

Macam orang putih kata putting an old wine in new bottles.

Hasbunallah wanikmal wakil

Sumber

https://twitter.com/.../status/1422506835165081607/photo/1

 

GIGIH BETUL MENTERI BUAT KERJA...LEBAI MALANG KALAU SOKONG TAK PERNAH MENANG

 

MOHD MUKHLIS


Gigih betul menteri kerajaan Melayu Isle kerja overtime nak lawan Covid-19. Macam darurat bantu perangi covid kut. Mana taknya, elaun timbalan perdana menteri pun tak rasa lagi, dah nak kena cari kotak bungkus merchandise kat opis.

Yang bawah tu biawak, depa standard sokong siapa jadi kerajaan, tapi kalau jatuh, mereka yang lari dulu.

Sebab itu orang dulu-dulu panggil lebai malang, siapa yang mereka sokong tak pernah menang. 


May be a Twitter screenshot of text that says "8 BA Malaysia Gazette @MalaysiaGazette 26m TPM DS Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah tiba di Hotel Seri Pacific kira-kira jam 12.23am tadi. Beliau dipercayai menghadiri pertemuan dengan MP UMNO yang telah berada di situ sejak jam 8 malam tadi. 9,851 views 56 393 160 C BYRAR Malaysia Gazette @MalaysiaGazette 23m Pas kekal menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat tergempar parti itu malam tadi. #MalaysiaGazette GIF 15 80 40 +"


KEH..KEH..KEH NIAT SOLAT HILANG DEDAK MACAMANA ?

 May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎Friends of PAS 2h Mari kita bermunajat kepada Allah supaya negara kita terus terpelihara darpada DAP dan sekutunya. Dewan Ulamak Pas Perak 3h Hanya kepada Allah 'Azza wa Jalla kita mengadu. Allahu musta'a #IslamMemperkukuhPerpaduan فَرابسالاساسَْاراي Seruan Solat Hajat &MEMBACA SELAWAT TAFRIJIYYAH KEPADA SEMUA AHLI- AHUI PAS UNTUK KESTABILA POLITIK NEGARA SETIAP MALAM DILOKASI MASING- MASING Daripada ewan Ulamak PAS Perak Badan hubungan PAS Negeri erak "Islam Memperkukuh Perpaduan"‎"‎‎

RENTASAN 939 | GEMPAR!!! AKHIRNYA ANWAR BERJAYA RAIH SOKONGAN MP PN BENT...


MENARIK DALAM RENTASAN 939


1. KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL HILANG MAJORITI 2. ANAK MUDA BANGKIT 3. AGONG DUKACITA SALAH PAKATAN HARAPAN? 4. TANJUNG AGAS MENANGIS




PENJELASAN PADU : Jangan Sembang Kari, Mana Senarai MP Yang Sokong Muhid...

UMNO TARIK SOKONGAN "KERAJAAN PN TUMBANG !"

[[LIVE]] 3.8.2021 PN jatuh atau tidak? Apa kemungkinan?

SESIAPA YANG MASIH KEKAL BERSAMA PN ..ADALAH DERHAKA KEPADA YDPA

 

HAMZAH RIE NA


Mana-mana MP yang mahu kekal bersama PN adalah derhaka pada YDPA..

Nama-nama Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan pada kerajaan telah dipersembah pada Tuanku Agong.

Kerajaan PN kini dilaporkan tumbang?

#tercirit

SR

 May be an image of 1 person, sitting, standing and text that says "RVANGMDIA MQIA BERITA UTAMA Akuan tarik sokongan pada PM telah diserah pada Agong -Umno Zahid berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua kerajaan. 15 minit lepas SR"


DAH KELUAR DAH DALIL NAK PERBODOHKAN ORANG


Dapat kuasa melalui persekongkolan dengan parti yang dimakinya kapir dan bagai lagi.demi kuasa walau tak buat kerja dan hanya makan gaji buta pun masih lagi mengaku sebagai pentadbir.  

Walau hari hari rakyat maki sebab tak bijak menanggani masaalah covid 19 dan menteri tumpang ini pula yang dilantik atas alasan menyokong tebuk atap nampaknya gagal juga kerana menggunakan alasan kerajaan melayu islam.

Bukan sahaja gagal mentadbir, mengurus kerajaan pun lintang pukang. Pelabur cabut lari dan penganngguran bettambah. Burit juga yang dicari dan sanggup keluarkan dalil walau berkahwin dalam talian.Entah mana lah yang melihat perkara ini sebaai begitu baik dan menguntungkan rakyat.

bagi jawatanmente4ri undang undang, ingatkan nak laksanakan ruu 355 atau tidak jauh sekali hudud, inipun tak jalan juga. Suatu ketika dulu bila arwah adib tak terbela ..walaun walaun macam atas inilah yang tampil bagai hero mainkan isu...akhinya bagi ke depa....hampas...apa pun tak buat...menangis bapa arwah adib ..sampai sekrang walaun tak menjenguk dah pun...kah..kah..kah...munafik betul

Kini  bila nampak kerajaan yang mereka sekongkol derhaka kepada raja, isu sama nak mula dimainkan...wah DAP akan kembali berkuasa...weiiii...kuasa ditangan kamu semua tak jalan pun..mana dia hukum hakan ayat dalil yang di katakan...sebaliknya dalil nikah kahwin yang dilaksanakan...masing masing kononnya ada kes..menikah..projek bawa janda..projek itu ini bagai...kamu betul betul menunjukkan bahawa kamu rakus dan gila kuasa..tapi tak laksanakan pun amanah yang kamu war warkan sebai islam.. Tidak mampu menunjukkan prestasi yang boleh membanggakan umat melayu islam tetapi memalukan. 

Rakyat perhati kamu.Bukan itu sahaja rakyat dah membuat andaian bahawa parti kamu , yang dahulunya dizaman fadzil noor dan nik aziz mampu berdiri sendiri mahukan sebuah kerajaan islam dan menjadikan parti kamu dihormati, kini rakyat melihat bahawa parti kamu ini hanya menjadi pak sanggup bagi menyokong kerajaan yang kamu caci dan maki dan bersekongkol demi jawatan dan wang ringgit. Kesiahn walaun walaun yang cuba untuk menaikkan semula imej parti, walau pemimpin asyik menambah bini dan makan gaji buta denan menjual dalil.



 May be an image of text that says "Friends of PAS Tepuk tangan DAP hari ini gembira bersorak. Ada kawan "baik" tolong buat kerja."

Menteri, timbalan menteri UMNO tarik sokongan kepada Muhyiddin?

 MGF10032020_JEMAAH-MENTERI-ANGKAT-SUMPAH_28

IMBAS. Jemaah Menteri kerajaan PN yang angkat sumpah jawatan pada Mac 2020.

KUALA LUMPUR – Majoriti menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) dikatakan sebulat suara menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang tadi.

Tanpa menyatakan jumlah menteri dan timbalan menteri UMNO yang bersetuju dengan keputusan itu, seorang ahli MT, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, persetujuan dicapai untuk menolak kerajaan PN dan Muhyiddin.

Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

Bercakap ringkas kepada media selepas mesyuarat yang diadakan secara maya itu, beliau menjelaskan, mesyuarat berlangsung dalam suasana tenang dan harmoni.

“Malah, masing-masing memutuskan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri. UMNO memutuskan untuk memberi fokus mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan selari dalam Perlembagaan parti,” katanya.

Beliau menjelaskan, MT mempertahankan Yang di-Pertuan Agong yang sejak akhir-akhir ini didakwa dipersendakan oleh kerajaan PN dan sebagai parti orang Melayu sudah tentu akan mempertahankan kedaulatan Agong.

Menurut Mohd Razlan, UMNO memerhati dari dekat apa yang berlaku dalam kerajaan PN dan tidak mahu terpalit apabila institusi raja diheret dalam permainan politik untuk kepentingan diri.

“UMNO tak nak terpalit dengan ketegangan hubungan kerajaan PN dengan Istana Negara. Cukup-cukuplah memberi kenyataan yang mengelirukan rakyat.

“Muhyiddin wajar berundur secara terhormat,” katanya.

UMNO mempunyai sembilan menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri dan lima timbalan menteri dalam Kabinet PN yang dibentuk Mac 2020 menerusi Langkah Sheraton.

Berikut senarai pemimpin UMNO dalam Kabinet PN:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Parlimen Bera); Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong); Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong); Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (Rembau); Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi); dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (Tenggara).

MGF071122021_SAVE-2
Dr Shamsul Anuar Nasarah

Jawatan Timbalan Menteri pula, Datuk Mastura Yazid – Kuala Kangsar (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas); Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said – Kuala Krau (Timbalan Menteri Dalam Negeri I); Datuk Zahidi Zainul Abidin – Padang Besar (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia); Datuk Seri Ahmad Hamzah – Jasin (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I); dan Datuk Abdul Rahman Mohamad – Lipis (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I).

Bagaimanapun, sehingga jam 8.30 malam ini, hanya Shamsul Anuar yang mengumumkan meletakkan jawatan sebagai menteri.