UMNO tolak darurat, Parlimen wajar bersidang - Zahid

 

Firdaus Azil
UMNO tolak darurat, Parlimen wajar bersidang - Zahid
Ahmad Zahid berkata tanpa Proklamasi Darurat pun Kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk menguruskan soal berkaitan COVID-19 serta isu-isu lain yang berkaitan. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuat kuasa sekarang ditamatkan selepas 1 Ogos dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah disampaikan beliau sendiri sewaktu diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara, pagi ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata tanpa Proklamasi Darurat pun Kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk menguruskan soal berkaitan COVID-19 serta isu-isu lain yang berkaitan.
“Tentang pendirian UMNO, kami telah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos kerana kemudaratannya lebih besar pada negara, dan ternyata tanpa darurat pun dahulu Kerajaan masih boleh uruskan isu bekaitan pandemik COVID-19.
“UMNO juga membawa suara rakyat yang rata-rata resah gelisah dalam menghadapi pandemik COVID-19, sehingga menjejaskan mata pencarian dan pendapatan ekonomi mereka,” katanya kepada media di luar pekarangan Istana Negara.
Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba di Pintu Dua, Istana Negara kira-kira 9.55 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan meninggalkan pekarangan Istana Negara kira-kira 11 pagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata UMNO berpendapat Parlimen wajar bersidang bagi memastikan sistem demokrasi negara dapat dipertahankan, dan wujud elemen akauntabiliti dan serta semak dan imbang dalam segala aspek berkaitan dengan pentadbiran negara.
“UMNO berpendapat Parlimen amat penting sebagai platform rasmi menyuarakan suara hati rakyat berkenaan dengan kepentingan mereka seperti tuntutan moratorium, kenaikan harga barang yang mendadak, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai bantuan untuk semua yang tidak terhad kepada B40 sahaja tetapi membangkitkan, dan libatkan kumpulan M40, malah di kalangan T20 juga turut terjejas.
“Maka kita rasakan bahawa aspek ekonomi sama ada foreign direct investment (FDI) yang telah dilokasikan di negara-negara jiran tetapi yang lebih penting lagi domestic direct investment (DDI) yang harus digalakkan dengan pelbagai insentif dari pihak kerajaan,” katanya lagi.
Ditanya sama ada beliau turut membangkitkan mengenai cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak dibincangkan dengan Agong.
Tegasnya lagi, penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya Darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu.
“Saya rasakan bahawa perkara itu adalah salah satu daripada keadaan norma yg di luar daripada apa yang sedia ada kerana darurat patutnya mencakupi soal-soal itu.
"Tapi ia telah (cuba) digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya lagi.

DENGAR CERITA DUA EKOQ NI DOK KALUT KUMPUL SD

 


Panas! Hishammuddin bakal PM, Azmin TPM antara cadangan pelan pengunduran Muhyiddin?

Panas! Hishammuddin bakal PM, Azmin TPM antara cadangan pelan pengunduran Muhyiddin?

Pergolakan politik semasa nampaknya memberi ruang sebebasnya untuk semua pihak mencatur kepemimpinan negara.

Berikutan pertemuan pemimpin parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong untuk membincangkan isu pembukaan semula Parlimen dan kegagalan negara membendung wabak Covid-19, mungkin ada yang menganggap hari-hari Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baka tiba dipenghujung.

Khabar angin juga menjadi berlebihan setelah cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk MAGERAN , yang diyakini sebagai usaha untuk melihat tempoh darurat yang sepatutnya berakhir pada bulan Ogos ini berlanjutan buat selama-lamanya.

Bagaimanapun perbincangan semasa di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn kini merangkumi senario yang mengejutkan.

Sumber memberitahu The Vibes bahawa ahli parlimen parti itu didekati untuk menjamin Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai calon jawatan timbalan perdana menteri.

Apa yang telah disebutkan oleh wakil itu kepada anggota Umno bahawa Muhyiddin akan turun sebagai perdana menteri pada bulan-bulan mendatang, yang memungkinkan Hishammuddin mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri kesembilan negara itu.

Walaupun ramai yang dapat menerima Hishammuddin sebagai perdana menteri ketiga negara selepas pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan Barisan Nasional dikalahkan buat pertama kalinya, senario lain mungkin lebih sukar untuk diterima oleh anggota Umno: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan perdana menteri.

“Ahli Parlimen Umno mungkin tidak bersedia menerima Azmin,” kata sumber.

Cara menangani ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri perdagangan dan industri antarabangsa semasa pandemik Covid-19 telah dikritik, tetapi dia membawa sekurang-kurangnya 11 anggota Parlimen.

Azmin, yang dilihat sebagai salah satu arkitek utama kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu, dilihat sebagai faktor pemecah belah.

Cadangan pelantikan Hishammuddin yang memang mengejutkan. Hal ini berikutan menteri luar itu tidak memegang sebarang jawatan tertinggi dalam Umno.

Dia bahkan tidak berada dalam Majlis Tertinggi, walaupun datuknya, Dato Onn Jaafar, adalah pengasas parti itu, dan ayahnya, Tun Hussein Onn, adalah perdana menteri ketiga Malaysia.

Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sepupu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan bertemu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi esok.

Hishammuddin masih belum menjawab pertanyaan.

Lelaki ini kata Mageran perlu ditolak, kini waktunya realisasikan idea Kerajaan Perpaduan

 


Lelaki ini kata Mageran perlu ditolak, kini waktunya realisasikan idea Kerajaan Perpaduan

Ada yang kata idea Mageran ini datang dari Kerajaan hari ini bagi mempertahankan kuasa, Bagi aku tidak, Jika itu kehendak mereka.. Dah pasti semalam tidaklah kelam kabut Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin, Marzuki Mohamad tiba tiba bersiaran tegas menolak idea MAGERAN kononnya datang dari UMNO..

Awal kepada idea ini aku dengar dari Najib dan Lokman Nor Adam sejak tahun lepas bertujuan membubarkan Parlimen, Dan hari ini Tun Mahathir melontarkan idea yang sama.. Tun sendiri kata ianya mustahil diterima dan akan ditolak Kerajaan… Bagi aku itu pasti.. Mana mungkin Muhaidin mahu melepaskan jawatannya..

Jika Mageran dilaksanakan, Hampir dari 80% Menteri dan Timbalan Menteri ini akan kehilangan jawatan mereka..Tidak lebih 10 orang akan menganggotai jawatankuasa Mageran..Belum lagi termasuk jawatan dalam GLC, Itu sebabnya PAS kini kelam kabut beristiqamah Mempertahankan PM Muhaidin..

Apapun aku bersetuju jika idea yang dilontarkan Tun Mahathir dalam perutusan Khas Febuari tahun lepas sebelum Kerajaan PH tumbang, Satu Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang diwujudkan bagi mendepani krisis Pandemik Covid-19 dan Ekonomi, Bagi aku idea ini paling Realistik dalam keadaan Politik hari ini untuk memastikan kestabilan Politik dan Ekonomi.

Bagi aku, Kerajaan hari ini betul betul gagal.. Satu kepimpinan baru Negara perlu dibentuk, Tak kisahlah siapa pun mengetuai Kerajaan.. PM Interim perlu dilantik mengetuai Kerajaan.. kalau Istana ada keberanian memilih Ds Anwar, Bagi aku itu pilihan tepat..Aku ucap Alhamdulillah..

Kalau Tun dipilih pun aku tidak ada masalah asalkan idea asal Tun menjadikan PH yang mendapatkan mandat rakyat dalam PRU 14 sebagai teras sambil pintu dibuka kepada semua parti menganggotai Kerajaan.. Ini masanya memberhentikan Politiking..

Bila wujudnya Kerajaan tanpa Pembangkang bukan bermaksud kita perlu menutup pintu Parlimen.. ia amat Berbeza dengan Dharurat ala PN atau Mageran tahun 1969 dipimpin Tun Razak.. Apapun yang paling penting adalah Kestabilan Politik dan Ekonomi.. Realiti Politik hari ini tidak ada mana mana blok parti dapat menubuhkan Kerajaan yang kukuh dan Stabil.

Tapi sebagaimana aku sebut dari tahun lepas, Kita kena berpijak atas realiti Politik.. Terutama Politik yang diikat atas teras Ashabiyah Melayu Islam.. akhirnya ia terpulang kepada Istana.. Malah Istana boleh memilih selain Ds Anwar dan Tun Mahathir pun..

Ini bukan masanya kita nak bincang siapa yang layak jadi PM.. Parti dan Blok mana yang sepatutnya menguasai Kerajaan.. Pembangkang PH dan Blok Selain mereka kena bersatu atas prinsip yag sama..

Waktu ini adalah waktu kita berfikir untuk Negara.. Negara kita perlu diselamatkan dari Kerajaan Khianat dan Gagal ini… Perdana Menteri dan Kerajaan perlu segera diganti dengan Kerajaan yang baru.. 🙂

Ipohmal

MAKLUMAT INI TIDAK TEPAT.SAKA BUAT CERITA.


Maklumat ini tidak tepat, yang sebenarnya pejabat Tun Mahathir yang lebih dulu menghubungi Anwar dan kemudian baru Anwar menelefon Tun Mahathir, lalu mereka berbual sekitar 20 minit…




 

POLITIKUS TERDESAK CUBA BENTUK KERAJAAN BARU GUNA NAMA AGONG?

 

PAS HANYA TAHU MENUMPANG KASIH- TUMPANG TUIII


“Begitulah juga kita lihat di Malaysia. Apabila Islamis diberi peluang berkuasa, kita lihat dalam suasana kemiskinan dan rakyat susah menghadapi pandemik Covid-19, yang diutamakan di Kelantan ialah membeli kereta-kereta baharu Mercedes. “Kita mahu umat Islam yang selalu menyanjungi golongan Islamis ini mestilah mereka bergerak di samping terus mempertahankan soal fiqah iaitu haram, halal, makruh atau boleh dan tidak boleh,” tegasnya.



KITA PATUT CEMBURUI NEGARA LAIN.

 




NORMAN RADZUAN


Saya cemburu dgn negara lain

KITA MASIH MENYIMPAN RAKYAT

Setiap malam saya menonton acara sukan luar negara. Ada Formula 1, Moto GP, Badminton, Cycling, Tenis, Bola Sepak (Euro Cup bermula minggu ini), Olahraga di Europe, Maraton di China ( gambar ) dan skg sdg berlangsung kejohonan Volleyball Nation Leauge melibatkan negara terbaik seluruh dunia.

Manakala bandaraya2 besar di Eropah sudah dibuka dan ramai kini tidak perlu memakai mask lagi. Di Australia hanya bandaraya yg ada kes yg agak tinggi dilakukan lockdown tetapi di bandaraya2 lain dibuka dan tidak perlu atau tidak diwajibkan memakai mask lagi. Negara kita habis satu negara kena lockdown.

Israel berbangga 65% rakyatnya telah divaksin, UK berbangga sudah lebih 60 juta rakyatnya di vaksin. Malah Britain yg menempah 300 juta vaksin... lebihan vaksin itu akn diberikan kpd negara2 miskin.

Di negara kita selepas lebih setahun...dua bulan lalu dari 10 juta mendaftar mahu divaksin hanya 1 juta lebih baru divaksinasi. Kemudian mahu menutup malu dialihkan isu rakyat anti vaksin.

Di Malaysia heboh tentang pekerja Mall terpaksa membayar utk mendapatkan vaksinasi. Memalukan sdgkan negara2 luar sanggup memberikan secara percuma kpd negara2 yg memerlukan. Kemana hilang wang rakyat berbillion tersebut?

Lagi satu saya ingin menegur KKM dan MKN. Selain sudah ada perubahan mahu menggunakan khidmat tentera, kenderaan bergerak dan klinik2 walaupun dianggap lambat bertindak... saya baru2 ini ada membawa mertua yg berumur 80 an utk vaksinasi.

Ramai golongan seumur dgnnya hadir dan perlu berbaris dan bergerak utk mendapatkan suntikan. Cubalah kalian proaktif sepertimana dilakukan oleh Jepun, jururawat yg bertugas itu dtg ke kerusi golongan tua utk diberikan suntikan. Kan bagus begitu tidak membebankan golongan yg berumur 70an dan 80an yg pastinya mereka dlm keuzuran. Benda mudah pun tak boleh fikir?

Moral ingin saya sampaikan... saya cemburu melihat negara2 luar sgt agresif dan proaktif. Mereka kini bebas menganjurkan acara2 sukan, bebas keluar bersosial dan beberapa negara telah membuka kehadiran pelancong. Kita selepas setahun masih bercerita tidak cukup katil, masih tidak cukup ventilator, tak cukup kakitangan... memalukan.

Yg dihebohkan jumlah kes, rakyat tak patuh SOP, anti vaksin... mahu PKP, PKPB, PKPP, PKPD. Yg tak mahu diheboh kenapa vaksin lambat diterima, kenapa proses vaksinasi lembab, kenapa selepas setahun masih tidak mencukupi ventilator, tidak cukup katil. Kerajaan ini gagal! Nak buat lockdown pun SOP masih tunggang langgang... walaupun sudah kali ketiga.

 

KENA FAHAM LANGKAH TUN...USAHA MENGHALANG ANWAR DARI GERAKAN YANG SAMA

May be an image of 1 person, sitting and text that says "F T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINION W Dr M cadang MAGERAN ambil alih pentadbiran kerajaan, tawar diri jadi ketua Nora Mahpar June 10, 2021 5:19 PM 7k Shares 5.9k © alaysatoday.com"


AHMAD HAFIZI 

Kena faham satu perkara untuk buat mageran perlukan persetujuan daripada PM. Siapa PM? TSMY.TSMY tu siapa? Presiden PPBM. PPBM siapa tubuh? Tun M. Apabila PN tergugat jalan yang ada hanya mageran. Servis bertukar tangan kembali kepada Tun. Sandiwara atok memang win dan stylo. Siapa yang masih fikir Atok   bole kena khianat dengan TSMY tu boleh terjun lombong. Belajar kenali Tun dulu. TSMY disingkirkan oleh DSNR. DSNR dikalah dan hukum oleh Tun.

DSAI rasa bole menang game ni. Tapi  atok lajen potong lagi tang konar. Dia nak mageran. Rakyat dapat magrain. Suka hati ko lah abah dan atok. Last-last  takkan lari dari Azmin Ali,TSMY,Hisyamudin dan Tun M. Tukar nama jerlah PH jadi PN,PN jadi mageran. Semua nya PPBM.

Nampak takkkkkk. Sekian

 Ada Apa Tun ke istana?

 Sehingga kini kita masih tertanya-tanya Tun ketua parti Apa? Adakah Pejuang parti berdaftar,persatuan atau kelab penyokong tun?. Apa pun agak pelik bila bekas PM4,kemudian PM7 yang meletakkan jawatan,seterusnya PM7 dan kini ingin menjadi pula ketua Mageran. Sendiri cadang,sendiri lantik,sendiri letak jawatan.

Gerakan untuk menghalang DSAI sebagai PM9 giat dijalankan oleh orang yang sama. Sendiri mahu ingat lah Tun.Description: 🤔.Semoga berbahagia.

 


MAGERAN LANGKAH KE BELAKANG, NEGARA KETIKA INI LEBIH MEMERLUKAN KERAJAAN BAHARU YANG BERANI BUKA PARLIMEN

 

Apa masalah kita di negara ini sekarang?

Jika boleh dihurai-pendekkan, antara masalah pokok negara kita sekarang ialah kegagalan PN sebagai kerajaan dan ketidakmampuan Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri dalam mengurus negara, memerangi penularan Covid19, membina ekonomi, mengawal dan memberi keyakinan serta kesejahteraan kepada rakyat.

Asasnya, selain Mahiaddin itu sendiri tiada kemampuan dan tidak berkeupayaan mentadbir negara, kerajaan PN yang dibinanya pula bukanlah kerajaan yang diundi atau dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan.

Dengan yang demikian, rakyat sama sekali tidak mengiktiraf serta sukar menerima kepimpinannya.

Lebih buruk lagi, Mahiaddin turut memiliki ego yang tinggi, tidak ramah, tidak mesra serta mempunyai gaya komunukasi yang lemah dengan rakyat sehingga merasakan, oleh kerana beliau adalah Perdana Menteri, muncul melalui perutusan khas semata-mata sudah memadai.

Bellau nampaknya gagal menyedari, sebagai Perdana Menteri, apalagi ketika krisis Covid19 melanda ketika ini, beliau adalah umpama jenderal perang yang perlu selalu tampil secara terbuk dengan penuh keyakinan dan kewibawaan bagi memberi harapan, keyakinan dan semangat kepada rakyat.

Tetapi, dengan asyik muncul dalam perutusan khas dan tiada soal jawab dengan wartawan, bagaimana wibawa seorang jenderal perang boleh dinilai?


Kerajaan PN dan kedudukan Mahiaddin menjadi bertambah buruk lagi berikutan terdesaknya beliau mahu melindungi jawatannya lalu mencadangkan darurat yang bersekali dengannya Parlimen turut digantung sama.

Oleh kerana titah Agong yang membenarkan Parlimen dibuka pun tidak dipedulikan, maka tanggapan umum beliau adalah seorang yang penakut dan tambah mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa darurat itu memang semata-mata untuk melindungi jawatannya saja.

Secara umumnya, rakyat hanya mahu sebuah kerajaan yang berjaya dan Perdana Menteri yang berwibawa serta berani untuk mentadbir negara ini, bukan kerajaan gagal serta ketua yang penakut.

Malangnya, semua ciri-ciri berjaya itu tiada pada PN dan Mahiaddin.

Jika Mahiaddin seorang yang berjiwa besar dan mengutamakan negara, tambah lagi kegagalannya sudah merebak dan diperkatakan di seluruh dunia, langkah awalnya sebelum ini ialah berundur dan meletakkan jawatan.

Cuba terus mempertahankan jawatan di ketika rakyat kian menolak dan mempertikaikannya, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Tidak guna kerajaan atau Perdana Menteri bermusuh dengan rakyat, tidak pernah pun, kalau tidak sekarang, lambat laun pemimpin yang bermusuh dengan rakyat, pasti akan kecuncang juga akhirnya.

Dalam hal ini, jika kerajaan dan Perdana Menteri yang gagal tidak diterima rakyat dan pelaksanaan darurat juga tidak diterima, malah memburukkan lagi nasib PN, sudah tentulah mencadangkan pemerintahan ala Mageran jauh lebih tidak diterima lagi.

Mencadangkan kerajaan ala Mageran adalah langkah ke belakang dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi negara ketika ini.

Kalau darurat boleh menyebabkan Parlimen digantung, kerajaan ala Mageran lebih memungkinkan Parlimen digantung bagi tempoh yang lebih lama lagi.

Maknanya, kalau kerajaan darurat dilihat sebagai kerajaan penakut kerana menggantung Parlimen, orang yang mencadangkan kerajaan ala Mageran yang memungkinkan Parlimen digantung lebih lama serta mencadangkan pula dirinya sebagai ketua, tentulah jauh lebih penakut lagi sifatnya.

Dalam menangani kemelut atau krisis sekarang ini sehingga Agong sendiri terpaksa mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti bagi meminta pandangan, ini adalah gambaran yang tidak boleh disangkal lagi bahawa PN dan Mahiaddin telah gagal secara total.

Penyelesaian yang terbaik tidak lain ialah Agong mesti melantik kerajaan dan Perdana Menteri baharu yang memiliki ciri-ciri antaranya – berani membuka Parlimen, ada wibawa sebagai jenderal perang yang berani sepenuh masa, tidak takut bersemuka dengan media dan sesiapa saja demi memberi keyakinan kepada rakyat serta sentiasa ada stamina dan idea ke arah pembaharuan.

Untuk itu, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa PH dengan disokong oleh BN adalah gandingan terbaik untuk mengendali dan memulihkan negara, sekurang-kurangnya buat sementara sehingga PRU15 perlu diadakan sebagai jalan penyelesaian mutlak untuk memilih kerajaan apabila Covid19 sudah reda nanti.

Lagi pun oleh kerana memang PH yang diundi rakyat pada PRU14 lalu untuk menjadi kerajaan, cuma oleh kerana berlaku sedikit perpecahan akibat kerakusan, ketamakan dan pengkhianatan, mengembalikan semula hak tersebut sambil bergabung dengan BN bagi tujuan mengukuhkan kestabilan, ia adalah suatu langkah ke arah kebaikan untuk negara.

Yang penting, gabungan PH dan BN yang disokong dengan majoriti keyakinan tersebut, itulah cerminan kestabilan yang merupakan resipi utama ke arah kejayaan bagi memulihkan kegagalan yang ditinggalkan PN.


 (ShahbudinHusin 11/06/2021)


KALAU MAHATHIR PENGARAH MAGERAN…..

 

Pelik Tun M ni. Dia bantah darurat, dia bantah gantung parlimen tapi dia cadang MAGERAN.

Kemudian dia tawar diri untuk kembali berkhidmat. Sudah tentu sebagai Pengarah MAGERAN.

Kalau Tun M jadi pengarah, pasti MAGERAN sukar ditamatkan. Mujur dia bukan PM. Tidak ada sebab YDP Agong ikut nasihat dia.

Kalau Tun M jadi boss MAGERAN, kita tahu ia akan disalahgunakan. Pendakwaan selektif dan dendam akan kembali.

Institusi kerajaan seperti SPRM dan LHDN akan diguna untuk menekan lawan politik.

Cukuplah Tun. Peluang kedua sudah diberi. Banyak sangat kerosakan. Takut lebih banyak aset negara akan dijual.

Silap silap Latheefa Koya dan Tommy Thomas muncul kembali. Cerah masa depan Mukriz.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.

Zahid bawa suara akar umbi Umno menghadap Agong hari ini, kata Puad.Umno tidak lagi sokong PN

 

Mohd Puad Zarkashi berkata, esok Ahmad Zahid Hamidi akan membawa suara akar umbi Umno dan rakyat dalam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akan membawa suara akar umbi ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga Ketua Umno Batu Pahat berkata, semua akan tertumpu kepada Zahid esok kerana beliau adalah individu yang akan menghadap Sultan Abdullah secara empat mata dan bersemuka.

“Ramai positif, yakin dan percaya hasilnya ialah darurat tidak disambung dan parlimen akan bersidang semula,” katanya di Facebook hari ini.

Namun, beliau berkata apa jua cadangan yang diusulkan selebihnya bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan.

“Hatta memanggil semua ketua parti adalah luar biasa. Tuanku tidak lagi mendengar sebelah pihak. Mendengar nasihat kerajaan sahaja tidak memadai,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini sudah tidak ada majoriti kerana Perhimpunan Agung Umno sebelum ini sudah memutuskan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

“Tiada siapa hatta PM8 (Muhyiddin) boleh dakwa Umno masih kekal sokong kerajaan PN.

“Tarikh “pull the plug” boleh berlaku pada bila bila masa sebelum tarikh akhir 1 Ogos 2021. PAU 2020 telah beri mandat kepada Presiden dan MKT untuk tentukannya,” katanya.

Terdahulu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim antara yang sudah dipanggil menghadap Sultan Abdullah di Istana Negara. Setakat hari ini seramai tujuh pemimpin politik seluruh negara dilaporkan sudah menghadap.

Sudahlah Khianat, Mentadbir Pun Bodoh!

RENTASAN 904 | PANAS!!! AGENDA PERJUMPAAN KETUA-KETUA PARTI POLITIK BERS...






MENARIK DALAM RENTASAN 904

1. MENGHADAP AGONG, ANWAR TIDAK MENANGGUK DI AIR KERUH 2. MENTERI PASOLA ‘CAP AYAM’ MENGECEWAKAN RAKYAT 3. PAS HANYA TAHU MENUMPANG KASIH




Isu Semasa: Mageran idea Mahathir, apa kata rakyat?

MAHATHIR DAN MUSLIHAT DI SEBALIK CADANGAN KERAJAAN ALA MAGERAN

 

Saya ingin mulakan tulisan kali ini dengan ketawa berdekah-dekah terlebih dahulu – kahkahkahkahkahkah…

Saya ketawa kerana Tun Mahathir Mohamad akhirnya mengakui beliau telah mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran dalam pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, petang tadi.

Alasannya ialah oleh kerana Mageran telah berjaya mengatasi krisis politik dan ekonomi pada 1969 dahulu, beliau yakin kerajaan ala Mageran juga mampu mengatasi masalah yang dihadapi negara ketika ini.

Dengan penubuhan kerajaan ala Mageran, bermakna ia lebih ketat daripada darurat yang ada sekarang dan memungkinkan Parlimen terus digantung untuk tempoh yang lebih lama, tidak mustahil selama dua tahun atau sehingga tahun 2023.

Ertinya, cadangan Tun Mahathir ini betul-betul mengarut kerana jelas berlawanan dengan keinginan rakyat yang mahu darurat segera ditamatkan dan Parlimen dibenar bersidang semula seperti biasa.

Penubuhan kerajaan ala Mageran ini dengan sendirinya juga bermakna Tun Mahathir menolak pembentukan kerajaan baharu menggantikan PN yang mungkin diketuai oleh Anwar Ibrahim yang melibatkan PH, BN dan lain-lainnya.

Lebih mudah untuk difahami ialah idea kerajaan ala Mageran itu, tujuan besarnya, tidak lain hanyalah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya dengan perlembangan terbaru ini Tun Mahathir akan terus hidup bersama dendam kesumatnya terhadap Anwar sehingga ke hujung nyawanya.

Saya seterusnya ketawa lebih kuat lagi kerana Tun Mahathir juga mengakui beliau telah menawarkan dirinya untuk mengetuai kerajaan ala Mageran yang dicadangkannya itu

Kahlahkahkahkahkahkah…ini sudah betul-betul masuk bakul angkat sendiri namanya.

Oleh kerana Tun Mahathir menyatakan Mageran telah berjaya mengatasi krisis politik dan ekonomi pada 1969 dahulu, bermakna kali ini beliau percaya hanya dirinya saja yang boleh menyelesaikan semua masalah dalam negara ini melalui kerajaan ala Mageran.

Ehhh…ini nak menyelesaikan masalah negara atau untuk menghalang kemaraan Anwar?

Semakin ternampak jelas, umpama bersuluh di siang hari tujuan Tun Mahathir mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran dan seterusnya mahu dirinya mengetuai kerajaan tersebut.

Jadi Perdana Menteri 22 bulan selama ini pun kacau bilau dan huru-hara PH serta negara dibuatnya, bayangkan jika orang yang ada niat jahat terselindung ini diberi kuasa sekali lagi mengetuai negara ini melalui kerajaan baharu ala Mageran dan tanpa Parlimen bersidang?

Masalah negara belum tentu selesai, agenda dendam peribadinya saja yang sudahnya berjaya dipenuhinya.

Yang ternampak jelas juga di sini, walaupun tiada parti dan bilangan Ahli Parlimen yang bersamanya kurang daripada jumlah jari jangan, kemaruk Tun Mahathir untuk berkuasa semula dan menghalang Anwar tidak pernah padam.

Kali ini, melalui cadangan kerajaan ala Mageran dan dalam keadaan dirinya tiada parti dan tiada jawatan dalam kerajaan, ia sebenarnya jauh lebih buruk dan lebih teruk daripada menubuh kerajaan dengan cara menebuk atap atau melalui pintu belakang.

Bagaimanapun, dalam pertemuan dengan Agong itu, baginda bertitah bahawa pembentukan kerajaan ala Mageran harus datang daripada kerajaan sendiri.

Dalam erti kata lain, kerajaan ala Mageran hanya mungkin menjadi kenyataan jika Mahiaddin sendiri yang mencadangkannya.

Tak tahulah jika niat lain Tun Mahathir mencadangkan kerajaan baharu ala Mageran itu ialah supaya Mahiaddin menjadikannya kenyataan di mana Perdana Menteri sendiri yang akan mengetuainya.

Maknanya, secara terselindung Tun Mahathir mahu Mahiaddin terus kekal mengetuai negara ini, kali ini melalui kerajaan ala Mageran yang akan disokongnya dan dalam masa yang sama niat menghalang lagi kemaraan Anwar turut terlaksana sama.

Menoleh ke belakang sejenak, bayangkan apa jadi jika Anwar setuju dengan perjanjian menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri hanya selama enam bulan saja selepas beliau meletakkan jawatannya pada tahun lalu? 

(ShahbudinHusin 10/06/2021)


Pemimpin Pas kata peneroka Felda dan pekebun kecil menipu. Kamu jadi pemimpin kamu salahkan rakyat. Sawit mahal..rega minyak mahal...kamu salahkan peneroka????

 

Pemimpin Pas kata peneroka Felda dan pekebun kecil menipu


Dakwaan pekebun kecil atau peneroka FELDA bahawa mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan dengan kenaikan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang berlaku ketika ini adalah tidak benar.

Menurut Panel Pemikir Strategik Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Bakri Jamaluddin, kos pengeluaran tandan sawit (ex estate cost) untuk sesebuah syarikat perladangan besar adalah sekitar RM250 hingga RM300 bagi setiap satu tan Tandan Buah Segar (TBS).

Manakala kos pengeluaran tandan sawit bagi pekebun kecil sawit sedikit tinggi, iaitu antara RM300 ke RM380 bagi setiap tan TBS dan jumlah itu sudah mengambil kira kos pemeliharaan, penuaian dan pengangkutan.

“Harga TBS hari ini adalah antara RM800 ke RM1,000 bergantung kepada kawasan (region) dan kadar perahan minyak sawit (OER).

“Jumlah pengeluaran bagi seseorang pekebun kecil juga bergantung kepada keluasan kebun yang mereka milik, umur pokok sawit dan jenis tanah.

“Sekiranya seorang pekebun kecil dapat mengeluarkan sekitar lapan tan buah sawit bererti hasil jualannya adalah RM6,400 (8 tan x RM800), kos pengeluarannya pula adalah RM3,040 (RM380 x 8 tan), jadi pendapatan kasarnya ialah RM3,360 (RM6,400 hingga RM3,040).

“Hasil jualan ini adalah lebih baik berbanding jika harga TBS di paras RM350 ke RM450 satu tan pada tahun 2018 di mana pekebun kecil hanya akan mendapat sekitar RM300 ke RM800 sahaja secara kasar dengan purata pengeluaran lapan tan buah sawit sebulan bagi setiap hektar.

“Sebab itu ketika harga CPO (Minyak Sawit Mentah) di paras RM2,000 ke RM2,200 satu tan, ramai pekebun kecil mengeluh kerana harga TBS waktu itu adalah sekitar RM350 hingga RM450 sahaja. Dan tidak berbaloi,” ujarnya.

Penjelasan itu kata Bakri membuktikan bahawa dakwaaan pekebun kecil sawit dan peneroka FELDA bahawa mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan dengan kenaikan harga MSM haru ini adalah tidak benar.

Tambah Bakri lagi, berdasarkan 34 tahun pengalaman dalam industri sawit, beliau telah melalui turun naik harga sawit yang telah sebati dalam kehidupan seorang ‘planter’ (pengurus ladang).

“Strategi dan perancangan operasi sesebuah ladang sawit dan getah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh turun naik harga komoditi dan kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

“Saya akui dari tahun 1985 saya menceburi sektor perladangan, kali iniĺah harga komoditi minyak sawit berada pada paras paling tinggi,” ujar beliau.

Kerana itu beliau melahirkan keyakinan bahawa pekebun kecil yang berjumlah 650,000 orang dan peneroka FELDA seramai 112,000 orang dapat menikmati Sawit Anugerah Tuhan dengan harga MSM di paras melebihi RM3,000 bagi satu tan.

“Dan kalau diambil kira ahli keluarga dan mereka yang terlibat di dalam industri sawit ini sudah pasti sekitar tiga juta orang sedang menikmati anugerah Allah kepada mereka iaitu kelapa sawit,” ujar beliau lagi.

Bakri yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Melaka menyatakan perkara ini di dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, semalam.

Mat Sabu kini “tak walak” Mahathir, bantah Mageran

 

Terkini! Mat Sabu kini “tak walak” Mahathir, bantah Mageran


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan partinya menolak penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Pertahanan itu berpendapat Mageran seperti satu lagi siri darurat yang jelas tidak berkesan dalam memerangi pandemik.

“Perjuangan kita adalah untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani Covid-19 dan merosakkan sistem demokrasi.

“Kenapa perlu kepada darurat 2.0 (Mageran)? AMANAH kekal menolak darurat,” tegasnya menerusi Twitter sebentar tadi.

Reaksi Mohamad itu susulan penegasan Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini yang berpendapat Mageran mampu menyelesaikan masalah pandemik, politik, ekonomi dan sosial kesan penularan Covid-19.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mengakui tidak pasti bagaimana pendirian parti lain berhubung cadangan Mageran 2.0 yang telah disampaikannya kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Itu (Penubuhan Mageran) pendapat kamilah, sama ada boleh atau tidak, tidak tahulah.

“Tapi kami biasalah kendalikan krisis-krisis yang serius dan mendapat kejayaan. Tapi saya tidak tahu parti lain, bagaimana pendapat mereka,” ujarnya lagi.

PUTAR BELIT MAHATHIR

 



Dari Majlis Pimpinan Negeri


Jangan nak belit madey, 29.5.2021 kamu call DSAI  pagi Dan petangnya MPP (majlis pimpinan Pusat) meeting. Kamu call DSAI sebab kamu dapat tahu bahawa DSAI ada berhubung dengan pihak istana(ada direct access).


DSAI bagi tahu bahawa beliau mahu meyerah surat kepada YDPA berkenaan isu-isu semasa dalam negara,Dan madey pun berkata 

"ohhhh kalau macam tu saya akan bagi Surat sokongan keatas surat yang diberi oleh DSAI tersebut."

 DSAI memberi surat hari isnin berikutnya dan madey berkata dia nak bagi Hari selasa.


Dalam salah satu tarikh  dari 31.5.2021 hingga 4.6.2021 DSAI ada bertemu pihak istana tanpa so call bantuan madey pun! Macamana nak kata DSAI berjaya jumpa YDPA adalah usaha madey? Dan madey yang dahulu memberi surat kepada YDPA? Seolah olah DSAI tak kemana tanpa the legend caitok?


DSAI sudah terlebih dahulu bertemu pihak istana, DSAI dahulu menulis Surat kepada  YDPA dan DSAI dahulu mempunyai direct access dan berhubung dengan pihak istana! Madey masuk daun setelah dia tahu langkah-langkah DSAI untuk meyelamatkan negara!


Madey yang call DSAI. Dan saya juga didalam satu meeting bulanan membawa usul menolak sebarang kerjasama dengan madey biarlah 10 kajang surat sokongan pun dia beri kpd DSAI! Saya tahu kerana saya berada didalam sistem bukan kutip cerita dari penjilat madey!!!!!



PN-PH usahakan ‘formula Perak’ tamat darurat, kemelut politik?


Selepas Ahmad Faizal Azumu disingkirkan sebagai Menteri Besar Perak dan digantikan oleh Saarani Mohamad, semua ADUN diberi peruntukan yang sama dan diminta bekerjasama bagi memastikan kelancaran kerajaan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sedang meneliti “formula Perak” ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu pemimpin parti politik di negara ini, kata sumber dalaman parti.

Sumber dalaman PN berkata, mereka mengharapkan “satu persefahaman” bersama Umno dan pembangkang bagi menangani kekacauan politik ketika ini tanpa perlu menukar kerajaan.

“Bezanya adalah ‘formula Perak’ menyaksikan menteri besar diganti, tetapi ia juga adalah formula yang menyaksikan pembangkang dan Ahli Parlimen kerajaan mencapai persefahaman,” katanya kepada FMT.

Selepas bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu disingkir dan Saarani Mohamad mengambil alih, kesepakatan dicapai dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilayan sama rata dengan peruntukan yang sama dan bekerjasama dalam memastikan kerajaan kekal stabil dalam menyelesaikan pandemik Covid-19 dan masalah ekonomi.

Sumber dalaman parti itu berkata, mereka sedang melihat dua isu utama dalam mencari persefahaman.

Pertamanya adalah untuk memberikan peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan menjemput pembangkang sama-sama menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pembangkang kini marah kerana tidak menerima peruntukan. Kami tidak boleh menuruti apa yang Umno lakukan sebelum ini dan menghentikan peruntukan tahunan pembangkang,” katanya selain menambah bahawa Ahli Parlimen pembangkang juga memerlukan dana untuk membantu rakyat ketika waktu sukar begini.

Satu lagi isu utama adalah kerahsiaan mesyuarat MKN ketika jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

“Kami mencadangkan supaya mereka turut sama duduk dalam mesyuarat supaya tahu apa yang sedang kerajaan lakukan dan begitu juga dengan program vaksinasi.

“Tetapi jika maklumat itu bocor, tindakan akan diambil,” katanya.

Sumber dalaman itu berkata, perkara itu adalah antara isu yang diteliti bagi mendapatkan kedua-dua gabungan bekerjasama dalam memerangi wabak Covid-19.

Sumber dalaman PN berkata, yang pastinya pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan tahun ini dengan kerajaan merancang untuk mencapai 80% vaksinasi dan imuniti kelompok menjelang akhir Ogos.

Tetapi katanya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang juga yang dijadualkan 16 hingga 20 Ogos ini juga masih belum pasti akan berlangsung.

“Terpulang kepada Agong untuk melanjutkan atau menamatkan perintah darurat,” katanya.

Sumber dalaman itu berkata, kerajaan juga sedang melihat cadangan Parlimen hibrid untuk diadakan bagi tempoh masa yang lebih singkat berbanding tempoh penuh selama enam minggu.

Seorang lagi pemimpin PN berkata, sebahagian menteri mendesak supaya darurat dilanjutkan sehingga akhir tahun untuk mengekang pergerakan dan mengurangkan angka jangkitan Covid-19.

“Mungkin kita boleh membuka Parlimen selama seminggu atau dua minggu bagi membincangkan Belanjawan 2021,” katanya.

Sementara itu sumber dalaman PH berkata, mereka tidak mahu darurat disambung.

Katanya, Ahli Parlimen pembangkang lebih rela duduk di Parlimen dan membahaskan isu semasa daripada duduk dalam mesyuarat MKN dengan sebahagian besar keputusannya dibuat oleh kerajaan.

“Jika mereka membuat keputusan yang salah, kami semua akan turut dipersalahkan. Kami mahu memberikan pandangan kami di Parlimen,” katanya

Bagaimanapun katanya, dbeliau tidak tahu sama ada Ahli Parlimen akan tetap mendesak supaya usul tidak percaya terhadap perdana menteri dikemukakan jika Parlimen bersidang.

“Pastinya masih ada sebilangan ‘orang lama’ yang akan mendesak usul tidak percaya itu dibawa,” tambahnya.

Katanya, ada parti politik yang mungkin setuju dengan “formula Perak” kerana negara perlu terus bergerak ke hadapan.

“Bagaimanapun kami akan menunggu pengumuman dari istana dengan harapan Parlimen dibuka semula, darurat ditamatkan dan program vaksinasi dilaksanakan mengikut perancangan.”

Katanya, apa yang jelas ialah kerajaan gagal menangani krisis kesihatan dan langkah diperlukan untuk meningkatkan vaksinasi.

“Bayangkan Agong sudah campur tangan kerana kerajaan gagal mengurus negara dengan baik,” katanya.