NAMA UMNO TERUS BUSUK SELAGI BERADA DALAM TONG NAJIS KERAJAAN TEBUK ATAP


Apa yangg boleh umno pelajari dari isu pemecatan Tajudin adalah lagi lama Umno tongkat kerajaan haprak yang gagal ini, lagi ramai meluat dgn Umno. Sekarang ramai dah meluat dgn Tajudin, MP dari Umno bahkan Pengarah Praya Umno. Rakyat pun dah meluat dengan KJ terutamanya dalam isu Vaksin. KJ gagal urus dengan baik. Semua tahu KJ itu Umno. Sekali lagi nama Umno busuk. Bila menteri pertahanan yang juga Pengerusi MKN, Ismail Sabri kata dia tak tahu kasino judi masih beroperasi, semua tahu Ismail Sabri tu naib presiden umno dan nama Umno terus busuk.

Jalan paling selamat, Umno tarik diri dari menjadi tongkat kerajaan PN. Bodoh, bebal dan gagalnya kerajaan PN sekarang ini turut ditanggung oleh Umno. Tak guna dua tiga kerat pemimpin Umno dan cybertrooper Umno hari2 hentam Muhyiddin tapi parti tersebut terus berada dalam tong taik kerajaan tebuk atap.

Umno tidak wajar menjadi pelacur politik murahan seperti parti lebai.

WFAUZDIN NS

 

ADA CRITA KAT PRASARANA..ANAK BERANAK SAPU PROJEK.

 May be an image of text that says "Tajuddin Rahman's bungalow in Damansara Heights occupying 4 lots, 23, 25, 27 and 29 along Jalan Setiaraya D Heights Google 2021 Google 23 Jalan Setiaraya"



HAMZAH RIE NA

Macamana pemimpin dikatakan berjiwa rakyat, membela nasib rakyat boleh sekaya ini? Kalau makan hasil gaji mampu ker seorang MP hidup kayaraya mcm Din Salak? #sprm adakah anda masih rakyat boleh harapkan utk menegakkan kebenaran. Bolehkah SPRM lakukan siasatan keatas MP Pasir Salak ini.




JIKA TIDAK KELUAR SEKARANG, LEBIH BANYAK KEGAGALAN KERAJAAN PN AKAN DITANGGUNG UMNO

 

Berikutan pemecatan Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana Bhd semalam, banyak pihak merasakan inilah masa yang paling sesuai untuk UMNO secara en bloc segera menarik diri daripada terus berada dalam kerajaan PN.

Pemecatan yang dianggap menghina dan memalukan UMNO itu memberi makna tiada guna lagi UMNO dan BN terus memberi sokongan kepada PN dan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana kerajaan PN jelas tidak lagi menghormati kedudukan UMNO sebagai pemegang saham terbesar dengan jumlah Ahli Parlimen paling ramai dalam pembentukan kerajaan yang memberi peluang kepada Mahiaddin dilantik sebagai ketua kerajaan pintu belakang.

Bukankah lebih manis jika Tajuddin tidak dipecat, sebaliknya dipanggil sama ada oleh Mahiaddin atau Tengku Zafrul dan kemudian dinasihatkan agar meletakkan jawatan secara baik?

Tidakkah meminta Tajuddin meletak jawatan ternampak lebih sopan dan beradab berbanding memecatnya?

Lagi pun, kalau mahu dikata Tajuddin gagal dalam tugasnya sebagai Pengerusi Prasarana, apakah Mahiaddin tidak gagal?

Lebih jauh lagi, bukan saja Mahiaddin lebih gagal kalau mahu dibandingkan dengan Tajuddin, malah dalam #KerajaanGagal ini semua yang ada jawatan dalam kerajaan adalah juga dianggap gagal secara kolektifnya.

Maka, kenapa hanya Tajuddin saja yang diambil tindakan pecat?

Daripada sudut yang lain, dengan logiknya pemecatan Tajuddin oleh Tengku Zafrul itu mesti setelah mendapat restu dan kebenaran daripada Perdana Menteri terlebih dahulu, tindakan terhadap Pengarah Pilihanraya UMNO itu juga seperti suatu cabaran dan ajakan bergaduh secara terang-terangan oleh PN.

Soalnya, apakah Tajuddin dan UMNO hanya mampu berdiam diri saja?

Tidak cukup dengan surat pemecatan dikeluarkan ketika cuti umum Hari Wesak dan setelah Najib Razak menyampaikan permohonan maaf bagi pihak Tajuddin, sebaliknya yang lebih menghina lagi ialah kerana Tengku Zafrul yang memecat itu tiada apa-apa jawatan dalam mana-mana parti dan tidak mustahil merupakan seorang yang tidak berparti sama sekali.

Dengan diperlakukan sebegitu rupa, adalah jelas UMNO sebagai parti terbesar dan mempunyai sejarah harum dalam di negara ini telah diaibkan seolah-olah tiada harga langsung.

Dengan semua keadaan itu, ditambah kerajaan PN ini sudah terlalu banyak kegagalannya, langkah terbaik ketika ini ialah UMNO harus segera menarik diri dan mengumumkan keluar daripada kerajaan PN.

Sama ada PRU atau pertukaran kerajaan akan berlaku, perkara itu biarlah menjadi kebijaksanaan Agong mempertimbangkannya.

Tetapi yang penting, terus menyokong dan bersama kerajaan PN ini adalah suatu yang tidak munasabah lagi dilakukan oleh UMNO.

Tiada guna dan tiada makna lagi jika UMNO ingin lebih lama berada dalam #KerajaanGagal ini dan terus memberi sokonga kepada Mahiaddin.

Bahkan dengan trend yang semakin beralih untuk menyalahkan UMNO dan menteri UMNO dalam isu SOP dan vaksin (Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin), ditakuti lebih lama UMNO berada bersama kerajaan, lagi banyak palitan kegagalan yang terpaksa UMNO tanggung berbanding Bersatu.

Jika terlalu banyak beban kegagalan kerajaan PN terpaksa ditanggung, sementara keputusan putus hubungan dengan Bersatu sudah sedia dimuktamadkan yang disertai dengan keinginan untuk membawa UMNO kembali dominan, soalnya bagaimanakah kejayaan yang diimpikan itu mampu dicapai dalam keadaan sebegitu?


 (ShahbudinHusin 27/05/2021)


KJ gaya macam gah, tapi lemah!

 KJ gaya macam gah, tapi lemah!

Kemarahan rakyat terhadap pengendalian sistem pendaftaran pengambilan vaksin yang dibuat pada hari ini membuktikan bagaimana pengurusan menteri bertanggungjawab, Khairy Jamaluddin begitu lemah dan bercelaru.

Dengan pendedahan peruntukan sebanyak RM 70 juta duit pembayar cukai bagi mengendalikan integrasi data dan sistem janji temu, masalah yang berlaku pada hari ini tidak sepatutnya berlaku.

Saudara Khairy seharusnya memberi jawapan segera kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat berhubung pengendalian pendaftaran dan pemberian vaksin ini dan siapa yang bertanggungjawab dalam pengurusan sistem data yang bercelaru dan perkhidmatan yang tidak sepadan dengan nilai yang dibayar.

Sebagai seorang menteri yang dilihat ke hadapan dalam memberi jawapan dan maklum balas berkaitan vaksin, saudara Khairy perlu secara telus dan tanpa berselindung memaklumkan kepada rakyat syarikat manakah yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut dan apakah tindakan yang diambil sebagai pengajaran kepada apa yang berlaku pada hari ini.

Harus diperingatkan bahawa tohmahan yang mengatakan rakyat Malaysia tidak ambil peduli dengan gesaan mendapatkan vaksin ternyata tidak benar tetapi masalah utama yang dihadapi hari ini adalah pengurusan dan kelemahan ketara pihak kerajaan dalam menyampaikannya kepada rakyat.

Rakyat sudah letih dan tidak lagi berdaya untuk terus dijadikan mangsa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa kerajaan dalam menguruskan pandemik Covid-19 ini. Jadi janganlah sampai perkara semudah hal pendaftaran ini pun kerajaan tidak mampu untuk kendalikan.

Dengan nilai sebanyak RM 5 bilion wang pembayar cukai yang telah diperuntukkan,
rakyat Malaysia berhak mendapat perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Bukan dipermain-mainkan seperti apa yang berlaku pada hari ini.

MOHD SANY HAMZAN
Pengarah
Biro Mobilisasi AMANAH Nasional

26 Mei 2021

Kalau sudah setahun masih belum lulus ‘SRP’, ini beban kepada rakyat, kata Anwar

 

Kalau sudah setahun masih belum lulus ‘SRP’, ini beban kepada rakyat, kata Anwar

May 27, 2021

Kerajaan dilihat masih lemah dalam menguruskan pandemik COVID-19 walaupun telah lebih setahun Malaysia dilanda wabak tersebut.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang dilihat pada hari ini sangat bercelaru.

Ujarnya, tahap kesabaran rakyat Malaysia sudah di tahap maksimum dan kecewa melihat kepada kebijakan pemerintah terkait pandemik yang seperti tidak ada arah tujuan dan tidak membawa impak yang meyakinkan.

“Ini berkaitan laporan yang dihantarkan ke Jawatankuasa Darurat iaitu berkaitan unjuran. Kita seolah-oleh terkejut apabila sekarang 7,000 kes.

“Kita patut tahu 7,000 kes ini tiga minggu yang lalu kerana apabila ada mobiliti iaitu pergerakan di kalangan penduduk, kita tahu jumlah itu akan melonjak.

“Kita patut jangka tiga minggu lalu. Kalau bulan Mac tahun 2020, saya boleh faham kerana kita baru nak belajar. Tapi kalau sudah setahun masih belum lulus ‘SRP’, ini beban kepada rakyat,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Beliau berkata demikian seiring pelancaran Program Strategi Pasca COVID-19 (PSPC19) dan Pelancaran Dashboard PascaCOVID-19 (DPC19) pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan keterbukaan dan saling bekerjasama perlu menjadi asas kepada pembangunan negara tatkala dilanda krisis ini.

“Amat penting untuk kita mendapat maklumat terperinci di peringkat paling bawah supaya kita tidak hanya buat satu andaian secara umum.

“Ini penting untuk kita tentukan dan ambil langkah-langkah (wajar), ‘lockdown’, mengetatkan SOP (sama ada secara) rambang, satu negeri, daerah.

“Ia tidak melihat data secara terperinci kerana keputusan-keputusan kita itu bercanggah, orang tidak yakin dan tanya kenapa masjid tidak boleh, kenapa kasino boleh?

“Jadi hal-hal ini tidak seharusnya berlaku kalau ada perancangan, penelitian dan tidak ada percanggahan kenyataan – menteri ini kata nak selamatkan ekonomi, menteri ini kata nak selamatkan kesihatan,” tegasnya.

Justeru katanya penting untuk kerajaan membuat sebarang keputusan atau dasar berdasarkan data dan sains supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Antara objektif PSPC19 termasuklah:

• Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai situasi COVID-19 melalui pelbagai program libat-urus, penyaluran maklumat dan advokasi

• Melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, pihak berkuasa, dan pakar dari Malaysia serta antarabangsa, untuk membincangkan dan merumuskan cara untuk memerangi COVID-19

• Menubuhkan platform untuk mengumpul, menyaring, mencerakin dan berkongsi data yang telah dikurasi dengan pihak yang berminat dan komited dalam penyelidikan, analisis dan dalam membuat sesuatu keputusan. 

APA PUNYA SUWEY LA TAJUDDIN NIH....TAPI MEMANG PAUT DIAJAR PUN

 


Panas! Selepas dipecat, Tajuddin disiasat polis

Panas! Selepas dipecat, Tajuddin disiasat polis

Pihak polis telah menjalankan siasatan berkenaan rakaman video menunjukkan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan satu sidang media baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam terdekat.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru katanya pihak PDRM menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuatkuasa,” katanya.

Tajuddin baru-baru ini dilihat tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkenaan kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT).

‘Pelindung muka bukan biasa-biasa, ditempah khas’

Dalam sidang media itu Tajuddin dilihat hanya mengenakan pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kegagalan memakai pelitup muka merupakan satu kesalahan.

Sementara itu, Tajuddin berkata dia memakai pelindung muka untuk memudahkannya bercakap kepada pihak media.

“Saya minta maaf jika pelindung muka tidak cukup.

“Pelindung muka ini bukan biasa-biasa, ditempah khas daripada sumber yang diyakini.”

“Tapi bagaimana nak bercakap pada sidang media dengan memakai pelitup muka? Jadi saya ingat pelindung muka (lutsinar) lebih baik,” katanya .

Setelah Najib sampaikan permohonan maaf, namun Tajuddin tetap dipecat, ini adalah penghinaan buat UMNO

 


Setelah Najib sampaikan permohonan maaf, namun Tajuddin tetap dipecat, ini adalah penghinaan buat UMNO


Hanya sehari selepas mencetuskan kontroversi dan kecaman ramai berikutan penampilan dan kata-katanya dalam sidang media semalam yang dianggap tidak wajar dengan malapetaka yang sedang menimpa negara iaitu insiden perlanggaran tren LRT, Tajuddin Abdul Rahman secara serta-merta dipecat daripada jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana Bhd.

Pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz lewat petang tadi.

Menteri Kewangan Diperbadankan adalah pemegang saham tunggal Prasarana Bhd yang memiliki sebahagian besar rangkaian pengangkutan awam di negara ini.

Tiada sebarang sebab diberikan oleh Tengku Zafrul sebagai alasan pemecatan itu, tetapi ia dipercayai kerana sikap dan penampilan Tajuddin yang tidak wajar serta memalukan dalam sidang medianya berikutan insiden pelanggaran tren LRT itu, selain mungkin juga disebabkan kelewatannya turun turun padang melawat tempat kemalangan.

Sebagaimana beberapa petikan video sidang media Tajuddin telah tular di media sosial dan menimbulkan kecaman ramai, susulannya turut muncul satu petisyen yang mendesak bellau meletakkan jawatannya.

Meskipun pemecatan Tajuddin adalah sesuatu yang boleh diterima secara amnya, tetapi tindakan memecat beliau secara serta-merta di hari cuti umum Hari Wesak adalah suatu penghinaan buat UMNO dan BN yang merupakan pemegang jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan PN sekarang.

Dengan hakikat bahawa Tengku Zafrul bertindak memecat Tajuddin tentunya atas restu dan pengetahuan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin, UMNO kini secara terang-terangan telah dimalukan di sebalik parti itu telah pun memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu.

Kenapa kerajaan PN yang diterajui Presiden Bersatu begitu ghairah ingin memecat Tajuddin seolah-olah “tiada lagi hari esok”?

Apakah Tajuddin telah melakukan kesalahan jenayah serius melalui jawatannya sehingga pemecatannya perlu dibuat secara serta-merta, tidak boleh ditangguhkan, dilakukan pada hari cuti umum dan langsung tidak boleh dimaafkan?

Tidak bolehkah ditunggu sehingga esok pagi atau tidak bolehkah Tajuddin dipanggil dan dinasihati, sama ada oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan agar lebih beradab dalam mengadakan sidang media selepas ini?

Tambahan lagi, pada petang tadi, Najib Razak sendiri tampil menyatakan beliau telah menghubungi Tajuddin dan Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengaku kesilapannya kerana berseloroh secara berlebihan dalam sidang media semalam serta memohon maaf atas keterlanjurannya.

Najib turut menyebut bahawa Tajuddin juga meminta maaf kepada wartawan yang mungkin tersinggung dengan cara dan kata yang dilafazkannya.

Dalam hal ini, apakah ia bermakna permohonan maaf Tajuddin yang disampaikan melalui Najib langsung tidak dipedulikan dan tidak diterima oleh kerajaan?

Kepada UMNO, haruslah disedari bahawa Tajuddin adalah pemimpin penting parti berikutan jawatannya selaku Pengarah Pilihanraya dan sekarang, apakah mereka rela dimalu dan dihina begitu saja?

Tidakkah jika UMNO tidak mampu berbuat apa-apa, ini bermakna parti itu tidak ubah seperti “tawanan perang” kepada Bersatu dan PN dalam #KerajaanGagal yang diterajui Mahiaddin? (ShahbudinHusin 26/05/2021)

Azalina cadang SOP buka Parlimen, harap sokongan semua Ahli Parlimen

 

Afiezy Azaman
Azalina cadang SOP buka Parlimen, harap sokongan semua Ahli Parlimen
Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa kecewa susulan tiada tindakan daripada pihak kerajaan berkaitan persoalan mengenai Parlimen. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Pergantungan Parlimen bukan sahaja melumpuhkan sistem demokrasi tetapi juga melumpuhkan kapasiti pegawai kerajaan untuk bertindak balas terhadap kebimbangan disuarakan Ahli Parlimen di luar Parlimen.
Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa kecewa susulan tiada tindakan daripada pihak kerajaan berkaitan persoalan mengenai Parlimen.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu turut menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi parlimen yang beliau harapkan mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.
"Minimakan risiko COVID-19: Memastikan semua petugas Parlimen divaksinasi termasuk kesemua ahli parlimen dan senator. Kategorikan petugas parlimen sebagai petugas barisan hadapan kerana mereka menjaga sistem demokrasi negara.
"Minimakan 'drama' tidak munasabah di Parlimen: Isytiharkan Ordinan untuk Parlimen bersidang semula tanpa usul percaya dibawa sehingga sekurang-kurangnya pandemik dikawal dan imuniti kelompok mencapai 50 peratus. Tiada Pilihan Raya boleh diadakan tetapi kerajaan interim kecemasan dengan kabinet kecemasan ditubuhkan dengan wakil dari semua parti.
"Memudahkan kecekapan proses parlimen: Labur di dalam menyediakan Parlimen Maya dan sistem ucapan teks. Ini tidak mahal, Malah aplikasi Zoom memberikan sistem undian untuk memudahkan proses pengundian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, SOP lain termasuk menguatkuasakan syarat korum untuk prosiding parlimen.
Katanya Dewan Rakyat dan Dewan Negara cukup besar untuk memastikan penjarakan fizikal dan tidak perlu bimbang dengan ketertiban dan prosedur perlembangaan Parlimen kerana negara kini berada dalam keadaan darurat.
"Mempromosikan Semak dan Imbang: Gunakan Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai alat alternatif untuk menubuhkan proses siasatan telus dan promosikan akauntabiliti eksekutif. Jadikan proses dapat diakses oleh orang awam secara pantas supaya orang awam boleh menyertainya.
"Pastikan peruntukan dana kawasan yang adil: Memperuntukkan 'Dana COVID Kawasan Pilihan Raya' sebagai bipartisan dan alat untuk 'reset, restart dan realign' perbezaan politik parti-parti terhadap sasaran yang sama iaitu Pandemik COVID-19. Tolong pertimbangankan juga membenarkan semua ahli parlimen keistimewaan perjalana khas untuk melawat kawasan (untuk tujuan kerja sahaja).
"Untuk merapatkan jurang ideologi politik yang terus berkembang: Membenarkan Ahli Parlimen untuk 'cross the floor', bekerjasama dan membenarkan mereka menyuarakan kebimbangan, lengkapkan mereka dengan maklumat diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dan dan mempertahankan strategi kerajaan," ujarnya.
Terakhir, Azalina berkata, merapatkan defisit kepercayaan antara rakyat dan pentadbir dengan menggunakan khidmat Ahli Parlimen sebagai ejen komunikasi antara maklumat kesihatan awam.
Justeru itu, beliau menegaskan kerajaan tidak boleh meletakkan 'lockdown' kepada proses demokrasi.
"Menafikan hak ahli parlimen untuk melibatkan diri dengan kerajaan bermakna anda menafikan hak masyarakat," ujarnya.

VIDEO DRAMA DALAM KABINET MUHYIDDIN. AMUKAN MUHYIDDIN KEPADA MENTERINYA


 

LIHAT VIDEO INI------KHAIRI JAMALUDDIN KENA HENTAM DENGAN RAKYAT....ANDA GAGAL..KALIAN KENA JUJUR.




NORMAN RADZUAN

 


Dulu ramai yang puji bro 'tall dark and handsome' but now ramai yang kata bro 'tall dark and hamsap'.

Sekarang kena depan-depan baru kau tahu langit tinggi rendah... selama hari ini buat sidang video di laman sosial boleh la bro. Selama hari ini rakyat dipersalahkan konon anti vaksin sedangkan sudah 9-10 juta sudah mendaftar tetapi baru 1 juta baru divaksin...terimalah kenyataan kalian gagal. Video ini lambang impresi kemarahan rakyat.

Bro kena jujur beritahu... vaksin tak cukup atau kakitangan tak cukup? Jika vaksin tak cukup beritahu kenapa sebab negara-negara lain semua sudah membeli berpuluh puluh juta dos vaksin. Malah berbillion duit rakyat telah dipakai untuk urusan tersebut.

Jika kakitangan tak cukup kita sudah maklumkan benarkan klinik-klinik menjalankan operasi vaksinasi. Berikan dos vasin kepada mereka dan rakyat tak kisah jika dikenakan RM 20 untuk satu suntikan. Hal nyawa manusia ini bro kena jujur... mereka sudah tiada payung lagi dah untuk berlindung. Kalian yang kena jujur.


KENA KUTUK DENGAN NEGARA JIRAN....KEH...KEH...KJ..HANG BUAT APA?

 

May be a Twitter screenshot of one or more people and text that says "Thread 17 Nailah Huda Retweeted Resty Woro Yuniar @restyworo know that vaccine rollout in indonesia IS not flawless but im genuinely thankful i can just walk in to a vaccination center, show my ID and get the jab on the spot, no need to book online like in neighboring Vaksin COVID-19 @JKJAVMY 1h The AstraZeneca vaccine booking page is still being updated. You can begin to book your slot from 12.15pm. Apologies for the inconvenience. Show this thread"

HEBATNYA MALAYSIA ATASI INDIA..

 May be an image of text that says "SATU DUNIA TAHU!! CNBC CORONAVIRUS Malaysia Now Has More Covid Cases Per Million People Than India Covid-19 outbreak in Malaysia and India Daily new cases per million people, seven-day moving average 250 200 150 SR suara rakyat Malaysia: 205.1 100 50 India: 150.4 15-Jan-21 15-Feb-21 Hopkins Inivorsity Our Wordir Data 15-Mar-21 15-Apr-21 15-May-21 CNBC #KerajaanGagal"


HAMZAH RIE NA

Tak habis-habis kerajaan tebuk atap PN mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dalam membendung pandemik Covid-19 di negara kita ini..

Walaun & walauntit PAS bila nak buat sujud syukur !!

 

MALUNYA UMNO PENGARAH PILIHANRAYA DI PECAT SANATOR?

 

W.FAUDZIN


Patutnya Umno malu. Bayangkan menteri kewangan si Zafrul tu hanyalah Senator, bukan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Tapi dia boleh campak si Tajuddin, seorang MP dari Pasir Salak yang dipilih oleh rakyat, bahkan berjawatan Pengarah Pilihan Raya Umno. Tapi nak buat macam mana, pemimpin Umno masih mengharapkan simpati dari kerajaan untuk setel beberapa kes mereka. Umno yakin ke ?

Bertindaklah sebelum terlambat. Parti yang kononnya parti keramat orang Melayu mesti berani menentang kerajaan gagal, bukannya berterusan jadi tongkat kepada kerajaan gagal ini.

 

T4juddin Dipecat! Setelah Cengkeraman Menangani Kemalangan LRT Baru Baru Ini. - Larjuna TV


KALAU MELAYU... BUAT APA PUN SALAH!


May be an image of 1 person, tree and outdoors




KHAIDIR AHMAD


Apabila aku majukan tanah Melayu bergeran sekangkang kera yang terbiar, dengan projek dusun Musang King secara halal... mereka tuduh aku musnahkan alam... TETAPI kalau bukan Melayu teroka Hutan Simpan Tanah Kerajaan Negeri tu secara haram buat ladang Musang King beribu hektar... mereka tak berani kata apa pun!

Begitu juga dengan pokok balak ni... Melayu tebang sebatang dua kayu jaras buat tiang pagar... terus kena tangkap... TETAPI kalau bukan Melayu tebang "pokok gergasi" yang dah hampir pupus dalam Hutan Simpan, mereka izinkan pulak!

#macaidedak

#politikrakus

 

PERANG AKAN BERMULA KEMBALI


BOB KELANANG


KOH KOH KOH… Tajuddin Abdul Rahman dah kena pecat daripada jawatan Pengerusi Prasarana Berhad... mana taknya... perangai macam bangang dibuatnya ketika menjawab soalan masa Press Conference berkenaan kes kemalangan LRT tempohari...

Boleh pulak dia ketawa dan bagi komen sinis... macam xder empati dengan mangsa kemalangan.

Huhuhuu…

Lepas ni... boleh la Tajuddin Abdul Rahman ni buat perang balik... abis la Muhyiddin Yasin... Abis la...

Langkah dan bunga silat dah bukak balik... jangan main-main...

https://m.malaysiakini.com/news/576265

 


May be an image of 1 person and text that says "WANITA PASIR SALAK ERTAHANKAN MARUAH BANGSA TYU PASIR SALA ANG UNDUR BERTEMPUR"


INI PUN ANTARA ZAUK DAN FANA KERAJAAN NEGERI....HALOBA BETUL....CUBA BACA GANG PENGUSAHA PULA...KEH..KEH...

 

Orang politik, syarikat dan sesetengah orang dalam Jabatan Pembalakan (oppsss Jabatan Perhutanan) melihat pokok besar sebagai sumber duit /komoditi / ekonomi.

Orang macam saya ni, melihat pokok yang besar sebagai simbol kepada kekayaan biodiversiti dan ekosistem kita yang tiada galang gantinya & tak ternilai harganya.

By the way, ini pokok Tualang. Terkenal dengan bersarangnya lebah. Dalam peraturan pembalakan & perhutanan, Pokok Tualang haram untuk ditebang kerana ia dikategorikan sebagai Pokok Perlindungan (Fauna). Lokasi, rahsia hehe

Boleh rujuk senarai Pokok Perlindungan Fauna di sini:

http://trgforestry.terengganu.gov.my/index.php...


May be an image of 1 person, nature and tree


Sebenarnya banyak je balak gergasi di Terengganu ni,sebab negeri Terengganu salah sebuah negeri yang betul-betul jaga sistem SMS (SELECTION MANAGEMENT SISTEM) iaitu sistem kawalan penebangan.

Geng pencinta alam tahu. Cuma tak boleh lawan sebab sistem SMS ni diiktiraf di seluruh dunia.Worldwide pakai ada sijil dan setiap pokok ada surat beranak dia.

Sistem SMS ni salah satunya, bila kita dah tebang pokok di satu-satu kawasan...kita boleh tebang balik selepas 30 tahun.

Satu hektar biasanya akan ada lebih kurang 12 batang pokok boleh tebang,tapi sistem ni hanya benarkan sebatang sahaja.

Kawasan widlife area tak dibenarkan membalak begitu juga kawasan tadahan air.

Terengganu ni ikut Europe standard,

sebab tu di Terengganu kita masih boleh lihat masih banyak lagi hutan simpan terjaga dan

kawasan rekreasi dalam hutan pun masih ada,walhal balak ada je keluar.

Kembali kepada gambar yang dilampirkan,

Proses penebangan lulus 2017, lesen pula dikeluarkan dan berkuatkuasa 2019.Selepas mendapat kelulusan pemohonan lesen membalak,pengeluaran hasil dibuat.

Apa yang penting kat sini,tiada isu atas pengeluaran ini sebab ia memenuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perhutanan Negara, juga syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Sistem Pengurusan Hutan dalam perkara Sistem Pengurusan Memilih (Had Batasan Tebangan).Ia juga mematuhi system-sistem lain yang diamalkan dan digunapakai dlm ITTO (International Tropical Timber Organisation), SMS (Selective Management System) & SFM (Sustainable Forest Management).

Hasil juga dikeluarkan daripada Hutan Simpan Kekal Produktif yang diluluskan.Bukan daripada Hutan Simpan Kekal Pelindungan yang dilindungi sebagai contoh Kawasan Chengal Besar di Hulu Dungun.

Balak ni bernilai tinggi dan ada tempoh mati dia.Jika tidak diurus dan dikeluarkan dengan sistematik, ia sudah pasti merugikan negeri dan negara.Mana-mana yang telah dimasukkan dalam kategori perlindungan sudah pasti tidak dibenarkan untuk dikeluarkan.

Maknanya balak ni halal ditebang dan dalam kawalan,yang tak terkawalnya jari dan nafsu anda menudingDescription: ☺️

Info : Ahli Industri Pembalakan

#sebarkankasihsayang

#perkongsiantunsyary

#madrasahtahfizalfaaiz

Tun Syary Hazwarni Mardiah

Like & share post asal:

https://www.facebook.com/bubLe.cEwy/posts/10216789570525059

 

TERLALU ZAUK DAN FANA LA 8 KALI NAIK 22 KALI. TAK BERSUARA GENTING TAK DITUTUP DAN HUDUD RUU355 KE LAUT.SEMBANG....

 

May be an image of 2 people, including Muhamad Abdullah and people sitting


W.FAUDZIN


" Beliau adalah Wali yang tenggelam dalam Zauq dan fana' kerana hubungannya dengan Allah" - Mokhtar Senik.

Terlalu zauq dan fana' la maka judi ditambah dari 8 kali kpd 22 kali. Terlalu zauq dan fana' lah maka dapat gaji buta dalam keadaan rakyat ikat perut.

Wali yg mulia adalah yg menjauhi pemerintah dan mendekati rakyat, apatah lagi pemerintah yang tidak diredhai oleh rakyat.

Mungkin Mokhtar senik pernah tengok Hadi jadi wali menikahkan anak dia kot....hahaha...

 

NAK BUAT KENANGAN DENGAN TUNGGUL BALAK. SAMA MACAM MENTERI DAN KERAJAAN NEGERI...JADI TUNGGUL...

 

Untuk tatapan generasi masa depan..

Bukan tebang semua..

Ada juga buat kenangan untuk anak cucu cicit cicot...

Demi kemaslahatan rakyat...

Kredit : Sahrizan Rokit



May be an image of tree and outdoors




WALI TAR SCUD PUJI KERAJAAN MELAMBUNG..KAH....SURUH AMBIK TINDAKAN PADA PENGAMAL MEDIA...KOYAK KE ???HARAKAH OK SANGAT KE?

 

Sekarang bukan masa sesuai berpolitik perkecil PM, menteri ketika darurat, kata Hadi

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menggesa tindakan diambil terhadap segelintir pengamal media dan pengguna media sosial yang menyalahgunakan kebebasan diberi.

PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak bersetuju gerakan pihak melakukan kempen politik dengan memperkecilkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan menteri lain dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tempoh darurat.

“Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kempen politik bagi memperkecilkan perdana menteri mahupun para menteri yang menjalankan tugas ketika tempoh darurat,”kata Hadi menerusi Twitternya hari ini.

Hadi turut menyarankan mana-mana pihak yang tidak menghormati kepentingan masyarakat umum dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang darurat.

Katanya, tindakan sama juga perlu dikenakan terhadap segelintir pengamal media dan pengguna media sosial yang menyalahgunakan kebebasan diberi.

“Pada masa berlakunya wabak inilah, undang-undang darurat yang tegas demi menjaga nyawa manusia mesti dikenakan terhadap mereka yang tidak menghormati kepentingan masyarakat umum, khususnya pengamal media yang menyalahgunakan kebebasan media dalam suasana hari ini,”katanya.

Kenyataan Hadi itu dipercayai merujuk kepada segelintir pihak yang mempertikai keputusan diambil kerajaan selepas berlaku peningkatan jangkitan harian Covid-19 melebihi 7,000 kes.




NAJIB TROLL TOK PA

 


Panas! Najib tempelak Tok Pa, jangan hanya beretorik kosong


Najib tempelak Tok Pa, jangan hanya beretorik kosong

Tok Pa kata kerajaan menghargai dan faham dengan kritikan Rakyat terhadap cara pengendalian kerajaan bagi keadaan Covid yang semakin kritikal

Kerajaan juga kata bahawa kuasa untuk menghentikan penularaan Covid ada pada tangan setiap Rakyat Malaysia.

Dia suruh kita jangan kecam kerajaan atau berpolitik sahaja dan sebaliknya, berilah idea yang bernas.

1. Meskipun ada Rakyat yang masih tidak ikut SOP tapi ianya bukan hanya kesalahan atau tanggung jawab Rakyat sahaja.Sorry, Tok Pa. Kenyataan kamu ini cuma jawapan retorik kosong kerajaan

Ianya bukan salah Rakyat yang tidak dibenarkan melancong apabila 3 varian berbahaya berjaya menular ke dalam Malaysia.

Ianya sukar untuk salahkan 60,000 murid-murid bawah umur 12 yang positif Covid setelah kerajaan buka semula sekolah bersemuka pada ketika kes baharu masih tinggi.

Bagaimana Rakyat mahu lockdown kendiri jika 60% rakyat dalam sektor swasta dan 20% dalam sektor awam tetap diwajibkan ke tempat kerja?

Bagaimana peniaga kecil dan pekerja harian nak lockdown kendiri jika kerajaan tak beri bantuan kewangan? Mereka nak makan apa?

Ianya juga bukan salah Rakyat apabila pekerja-pekerja asing kilang yang memakai gelang pink merayau ke sini ke sana seperti berlaku baru-baru ini.

Hari ini kes baharu pecah rekod lagi. 7,478.

Perlu tahu bahawa keadaan Covid kini adalah top 10 dalam dunia dan kita juara Covid ASEAN walaupun telah diberi kuasa penuh darurat.

Pelabur asing siapa yang berani datang ke negara yang sistem kesihatan dan kerajaannya sedang lumpuh serta keadaan Covid tidak terkawal seperti dilapor media antarabangsa?

Bukan hanya masalah Covid berpanjangan malah masalah ekonomi turut akan berpanjangan dengan keadaan sekarang.

Kerajaan bukan langsung tak ada wang untuk beri bantuan dan lockdown penuh untuk tempoh 21 hari sahaja untuk meredakan keadaan untuk mengurangkan pengorbanan nyawa, menghalang sistem kesihatan terus lumpuh dan front-liners kita rebah.

Dana tambahan sebanyak RM115 bilion telah diperolehi kerajaan setakat tahun ini. Ke mana perginya dana ini jika ianya bukan digunakan untuk membantu Rakyat dalam lockdown?

Kuasa penuh darurat mahu tapi akhirnya semua salah Rakyat juga?

Kuasa penuh darurat dan kuasa meminjam/berbelanja sesuka hati sudah dapat tapi tak mahu Rakyat kritik kerajaan pula?

Mahu Rakyat beri idea?

Kita bukan tak pernah beri idea tapi adakah kerajaan mahu dengar nasihat tak?

Sebagai contoh, say dah lama suruh naikkan semula tempoh kuarantin bagi pengembara asing ke 14 hari tapi kenapa pula kerajaan perlu tunggu 5 bulan untuk melaksanakan hanya selepas varian baru dah masuk?

Dari dulu lagi, saya dah nasihat untuk tidak buat darurat sebab ianya tidak membantu melawan Covid dan hanya akan membawa kesan negatif kepada reputasi serta keyakinan pelbaur dan contoh terbaik pengawalan Covid yang berjaya ialah PKP 1.0 tanpa darurat.

Adakah kerajaan mahu dengar?

Sejak permulaan PKP 2.0, saya dah nasihatkan untuk jangan membazirkan wang dan masa Rakyat dengan PKP separuh masak supaya PKP tidak berulang-ulang. Tapi kerajaan tak hirau.

Dah lama kita tuntut kerajaan untuk menunaikan janji dan menaikkan jumlah peranti diberi kepada keluarga golongan B40 supaya pdpr boleh dilaksanakan dan tekanan untuk membuka semula sekolah secara bersemuka boleh dikurangkan.

Tapi kenapa pula janji 150,000 peranti diberi pada bulan Februari dicapatikan dan ditangguh ke akhir bulan September dan kenapa hanya 150,000 sahaja?

Dan saya ulang sekali lagi bahawa membuat PKP 3.0 yang sama atau lebih longgar berbanding PKP 2.0 tidak akan membawa hasil yang berlainan.

Tetapi kenapa tegas untuk diulang sekiranya dah terbukti cara PKP 2.0 tidak berjaya?

Tok Pa, sila tegur sikit boss baru kamu.

Najib Razak