TADAH AIR HUJAN-INI SAJAKAH IDEA CEMERLANG MENTERI PAS UNTUK RAKYAT KELANTAN?

 

Kesian dengan rakyat Kelantan yang nampaknya akan terus menghadapi masalah air bersih, walaupun Pas kini merupakan sebahagian daripada kerajaan di persekutuan.

Ingatkan bila Pas sudah berada dalam kerajaan, setidak-tidaknya masalah air yang dihadapi tidak lagi berlarutan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang.

Malangnya, di sebalik Pas sudah berada di dalam kerajaan, penyelesaian masalah air yang diberikan ialah rakyat negeri itu perlu menadah air hujan untuk kegunaan harian mereka.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air.

Kata beliau, tidak seperti negeri lain, Kelantan tidak terlampau terdedah dengan sektor industri justeru kualiti air hujannya adalah lebih baik.

“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Timbalan presiden PAS itu berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu, semalam.

Air bersih merupakan antara isu kemudahan asas yang membelenggu kerajaan Kelantan sejak sekian lama.

Selain tiada bekalan air yang memadai, air kotor – diperolok sebagai teh tarik dalam paip oleh pengkritik – juga menjadi isu yang banyak dibangkitkan oleh orang ramai.

Ia menjadi lebih ‘panas’ apabila ada pemimpin PAS mengkritik kerajaan Selangor semasa berlaku gangguan bekalan air, baru-baru ini.

Tuan Ibrahim seterusnya berkata, air hujan boleh dimanfaatkan kerana ia “bagus” kecuali di kawasan perindustrian.

“Sebenarnya kalau boleh kita hendak manfaatkan air hujan sebab airnya bagus, cuma di kawasan industri, air lebih terdedah udara tercemar,” katanya.

Soalnya, kalau nak tadah air hujan untuk kegunaan harian, berapa banyak tong air diperlukan bagi setiap rumah?

Dalam keadaan ramai rakyat Kelantan yang hidupnya susah, siapa mahu membekalkan tong-tong tersebut kepada mereka?

Bukankah suatu bebanan lagi bagi rakyat Kelantan jika terpaksa membeli berpuluh-puluh tong untuk setiap rumah?

Adakah Pas mahu menyumbangkan tong percuma?

Selain itu, bagaimana pula ketika musim kemarau?

Di mana air hujan mahu diperolehi ketika itu?

Menadah air hujan – ini sajakah idea cemerlang yang mampu disumbangkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air daripada Kelantan untuk rakyat Kelantan?

 (Shahbudindotcom 19/09/2020)



PRN SABAH 2020.


Ini adalah hasil dari Kaji selidik yg telah dilakukan/dijalankan oleh Prof Dr Mahmud Ajmain (Pensyarah Sains dan Geo Politik) di bantu oleh pelajar dari beberapa Universiti2 tempatan di Sabah dgn berdasarkan tinjauan pendapat 10,000 orang pengundi2 di sana dan ianya telah menunjukkan:


1. Lebih 50% pengundi bersetuju untuk memilih BN/PN dan PBS. Tetapi bila di tunjukkan logo @ lambang parti2 yg bertanding, mereka menunjukkan logo parti WARISAN untuk di undi. 

2. Kepercayaan penduduk Sabah terhadap BN telah menurun kepada 45%. 

3. Bung Mokhtar pula di lihat akan menjadi liabiliti utama kepada BN dan PN kerana personaliti serta gaya hidupnya yg kurang wajar di mata orang2 Sabah. 

4. Kebimbangan bahawa PN dan BN akan  membawa arus Parti PAS masuk ke dalam Sabah menyebabkan hampir 70% dari 10,000 mereka itu sukar lagi untuk memilih BN/PN. 

5. Kesan akibat RASUAH yg berlaku semasa era pemerintahan BN dan Mantan CM...masih lagi di rasai oleh rakyat Sabah. Sepertimana bukti2 yg di tunjukkan oleh DS Shafie Apdal semalam...lebih dari 30,000 ekar tanah telah di miliki/di rampas oleh Mantan CM dan adiknya. Rakyat Sabah terlalu bimbang ianya akan berulang sekali lagi. 100% dari mereka percaya bahawa BN masih aktif mengamalkan rasuah. 

6. Janji2 dari Bung Mokhtar dan BN bahawa mereka akan berubah dan tidak akan melakukan kesilapan2 seperti dahulu, tidak boleh di terima oleh mereka lagi. Ini berdasarkan tinjauan pendapat itu dapati org2 Sabah menganggap bahawa semuanya itu karut malah mereka berkata "ITU SEMUA OMONG-OMONG KOSONG DAN ITU SEMUA ADALAH KISAH TAHYUL CIPTAAN PENJUDI". 95% tidak mempercayai BN akan berubah. 


Bijak tak orang2 Sabah ni?. Bijak..kan?. Orang Semenanjung jerk yg masih bengap dan bengong lagi. Takkanlah kerana BSH yang seciput tu..korang sanggup untuk serahkan hidup dan negara kepada lanun2 BN/PN semua tu?.issssshhhh...merepek betul lah korang nih.


Ikhlas tapi benar,


Mohd Asri Bakar.



Sita pejabat DUN: Rakyat Gombak tolak pengkhianat, jangan cari simpati

 untitled image

Tindakan sitaan ke atas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia disokong oleh pengundi di Parlimen dan DUN tersebut.

 

Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Gombak, Mohd Razali Yusof, sitaan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu merupakan tindakan wajar memandangkan dewan yang dijadikan pusat khidmat berkenaan milik rakyat manakala kedua-dua ahli politik, Azmin Ali dan Hilman Idham tidak lagi mewakili Kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

 

"Tular di media sosial tindakan Majlis Perbandaran Selayang menyita Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia. YB Hilman Idham melalui ciapan peribadi beliau cuba menarik simpati orang ramai dan penjawat awam kononnya beliau menjadi mangsa kerakusan politik Menteri Besar Selangor dan MPS.

 

"Ciapan itu strategi lapuk dan cubaan meraih semula sokongan rakyat yang telah ‘membuang’ beliau akibat pengkhianatan yang beliau lakukan ke atas mandat rakyat.

 

"Sukacita dimaklumkan bahawa tindakan sitaan dan arahan pengosongan dewan tersebut mendapat sokongan padu rakyat Gombak khususnya para pengundi yang telah memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

 

"Sokongan rakyat terhadap tindakan MPS itu kerana pengundi Gombak tidak boleh menerima sama sekali tindakan khianat yang telah dilakukan oleh Azmin Ali dan Hilman Idham ke atas pengundi di Gombak," katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut Razali lagi, rakyat Gombak tidak boleh diperbodohkan, mereka maklum siapakah yang bermain politik dan pihak mana pula yang selama ini menjalankan tugas membantu rakyat.

 "Kami ingin menasihatkan Azmin dan Hilman supaya jangan menipu dengan ciapan simpati yang cuba memperbodohkan rakyat Gombak.

 "Rakyat Gombak tidak pernah lupa dengan tindakan mengunci Dewan Gombak Setia sewaktu program penyampaian sumbangan bantuan akibat Covid 19 yang lalu oleh Datuk Menteri Besar Selangor. Dewan itu telah dikunci dan semua petugas tidak dibenarkan masuk

 Rakyat miskin dan ibu mengandung terpaksa berdiri dan berpanas terik kerana dewan dikunci. Tindakan MPS bukanlah tindakan balas dendam tetapi semata-mata atas desakan rakyat dan pengundi Gombak yang tidak boleh menerima sama sekali tindakan pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin dan Hilman ke atas mandat serta amanah rakyat," katanya.

 Razali, tindakan MPS tersebut dilakukan dengan prosedur sesuai dan tidak secara zalim. Sehubungan itu, ujarnya, ahli politik yang terlibat tidak wajar mempolitikkannya sebagai satu balas dendam dari Kerajaan Negeri dan sebagainya.

 "Untuk makluman semua juga, tindakan sitaan dan pengusiran MPS telah dilakukan dengan penuh tertib dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Dewan ini akan dikembalikan haknya untuk kegunaan orang ramai khususnya bagi warga Gombak Setia.

 "Kepada rakyat dan pengundi Gombak, Kerajaan Selangor sentiasa memastikan kebajikan, keperluan dan bantuan buat rakyat dipenuhi dengan sempurna," katanya lagi.

 Selain itu, Razali juga menjelaskan tanpa Azmin dan Hilman perkhidmatan dari Kerajaan Negeri tetap berjalan lancar. Di DUN Gombak Setia, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) Gombak Setia.

 Manakala bagi warga Parlimen Gombak, Saari Sungib selaku ADUN Hulu Kelang dan Datuk Seri Amirudin Shari sentiasa bersama rakyat bagi menyelesaikan isu penduduk dan memenuhi harapan rakyat.

 Tegas Razali, dengan berkat sokongan semua rakyat, Gombak diramal akan terus kekal sebagai kubu kuat KEADILAN dan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.

 

Undi PN dapat bantuan, Muhyiddin kembalikan amalan 'cash is king'?

 untitled image



Amalan cash is king yang dipopularkan Perdana Menteri (PM) ke 6 Najib Razak nampaknya mahu dihidupkan kembali oleh PM Muhyiddin Yassin.

 Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil, ucapan Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelmarin amat mengejutkan dengan pembayangan bantuan dari Kerajaan Persekutuan akan mencurah masuk sekiranya Perikatan Nasional menang pada 26 September ini.

 "Saya cukup terkejut membaca kenyataan PM lebih banyak bantuan akan disalurkan sekiranya pengundi Sabah memilih parti Kerajaan Persekutuan pada PRN Sabah nanti. Kenyataan tersebut mewujudkan persepsi pengundi Sabah hanya akan terima lebih banyak bantuan jika mereka memilih parti Kerajaan Persekutuan.

 "Dengan kata lain, kenyataan ini berniat mempengaruhi pengundi dengan tawaran: “Undi parti Kerajaan Persekutuan, bantuan lebih banyak. Undi yang lain, bantu cukup syarat sahaja.”

 "Ini adalah amalan “cash is king”, yang dahulunya ditegur dan dilawan PM sendiri. Malangnya, kenyataan beliau ini mirip apa yang beliau sendiri tegur dan lawan dahulu. Apa sudah jadi?" soal Fahmi dalam satu kenyataan.

 Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyelar Muhyiddin dan mengingatkan PM seharusnya tidak menggunakan isu bantuan untuk meraih undi.

 Muhyiddin harus menjadi PM untuk semua negeri dan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja PM untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti Kerajaan Persekutuan.

 "Jika beliau enggan bantu negeri-negeri pada kadar dan keperluan yang sepatutnya, saya rasa wajar beliau berundur dari menjadi PM.

 "Rakyat Sabah berhak memilih mana-mana parti yang mereka ingini, dan Kerajaan Persekutuan tiada hak untuk menafikan keputusan rakyat.

 "Saya percaya rakyat Sabah cukup matang dalam menilai yang mana kaca, yang mana permata," katanya lagi.

 Untuk rekod, Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 14 sering menyerang amalam cash is king Najib yang pernah memecatnya dari Umno beberapa tahun sebelum itu ketika isu 1Malaysia Development sedang memuncak.

 

 

 

Warisan Plus akan terus bela kebajikan rakyat Sabah

 



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya bahawa rakyat Sabah tahu siapa yang layak terajui kerajaan negeri dan yakin majoriti pengundi akan memilih gabungan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

 Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, ini berdasarkan pelbagai polisi dan inisiatif berteraskan kebajikan rakyat terlaksana sepanjang tempoh 22 bulan kerajaan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) mentadbir Sabah.

 Ini termasuk ketika Wan Azizah memegang jawatan selaku Menteri Wanita, Keluarga, Pembangunan dan Masyarakat.

 "Kerajaan PH dahulu sentiasa mengutamakan kebajikan yang saksama. Di bawah protfolio saya sendiri saya telah memberi geran RM10 juta untuk penubuhan 65 buah taska di seluruh Sabah.

 "Pada tahun 2019, Kerajaan Persekutuan PH telah membantu seramai 496,518 orang penerima bantuan di seluruh negara melalui peruntukan sebanyak RM1.765 billion di bawah Bantuan Sosio Ekonomi JKM.

 "Daripada jumlah tersebut, RM165 Juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA Sabah) yang memberi manfaat kepada 40,743 orang penerima bantuan.

 "Namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu masyarakat di Sabah ini. Justeru itu, Saya menyeru kepada seluruh rakyat Sabah untuk keluar mengundi pada 26 September ini dan buat pilihan yang tepat," katanya.

 Pada masa sama, Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN itu menempelak tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan isu bantuan untuk meraih undi di Sabah.

 "Perdana Menteri tidak seharusnya menggunakan isu bantuan untuk meraih undi. Beliau harus menjadi Perdana Menteri untuk semua negeri dan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja Perdana Menteri untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti Kerajaan Persekutuan.

 "Pengundi Sabah hanya akan pilih orang Sabah dan mereka tahu Warisan dan KEADILAN adalah kerajaan yang kuat dan kukuh untuk bangunkan Sabah.

 "Perkara ini dapat saya lihat sepanjang jelajah di Sabah, memang ada yang mahu mempertahankan kerajaan sebelum ini," katanya.

 Wan Azizah turut prihatin dengan masalah pembangunan di Sabah.

 "Saya ingin menasihati kerajaan hari ini supaya meneruskan usaha murni kerajaan PH dalam merencana pembangunan di Sabah dan Sarawak.

 "Jangan menghina rakyat Sabah yang kreatif mencari internet kerana kelemahan kerajaan persekutuan menyediakan infrastruktur yang selengkapnya," katanya.

 


70 PROJEK DIBOLOT SYARIKAT CHINA?


MAHATHIR PUSING SANA SINI AKHIRNYA PH KECUNDANG


RINA HAMZAH



Pasal elaun sara hidup nelayan tu, korang pusing kot mana pun, yang jelas PH dah kena main kaw-kaw dengan Tun M , Muhyidin dan BERSATU..

Masa deme dok dalam kerajaan PH deme buat sesuatu yang teruk supaya rakyat marah ke PH..

Kalau ikut Tun M, elaun tu nak dihentikannya.. (BUAT RAKYAT BENCI PH)

Masa elaun sara hidup nelayan dikurangkan..

𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡 & 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗨 Description: ❓

Siapa lagi kalau bukan ANWAR IBRAHIM !!

Nasib jugak dia bangun bantah dan minta dikaji semula..

Elaun sara hidup dari RM300 nak diturunkan jadi RM150 je.

𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡 & 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗨 

Siapa lagi kalau bukan ANWAR IBRAHIM !!

Bila Anwar bangun bantah dalam parlimen dan minta dikaji semula, barulah mereka tak jadi letak RM150, mereka tambah sikit bajet naikkan jadi RM200..

Pandai tak deme wujudkan satu titik lemah kerajaan PH yang menjadi sasaran kemarahan orang melayu..

Tun M letak LGE dari DAP jadi Menteri Kewangan, lepas tu Tun suruh dia kurangkan itu dan ini supaya orang melayu marah pada PH terutamanya pada DAP..

Nak salahkan LGE 100% pun tak boleh jugak sebab pengakuan terbaru Tun M tempoh hari menunjukkan hampir kesemua keputusan MOF adalah dari Tun M sendiri..

Bukan silap LGE 100%, tapi kesilapan dia adalah dia menurut 100% arahan Tun M yg memakan diri..

Akhirnya nama PH buruk, nama DAP buruk nama LGE sendiri pun buruk..

Tu belum lagi cerita bab caj Kolej di UiTM yg selama ni free..

Silap² nanti dekat PRU15, bayaran kolej tu dorang mansuhkan, Muhyidin jadi hero sekali lagi..

Cumanya....

Bilalah deme nak sedar yg deme tu kena main dengan Tun M?

*CP

( Blogers Liang Lahad )

 

Anthony cabar kerajaan PN deklasifikasi memorandum Kabinet KVDT2

 

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mencabar Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) untuk mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin mengubah (declassify) status rahsia rasmi semua memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkenaan projek Landasan Berkembar Elektrik di Lembah Klang Fasa Dua (KVDT2).

Beliau berkata, langkah itu supaya semua fakta dan latar belakang projek terbabit serta ulasan daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi serta Jabatan Peguam Negara boleh diketahui dan dinilai oleh orang awam.

“Untuk rekod dan berlaku adil kepada Lim Guan Eng, saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau secara konsisten menyarankan projek tersebut ditender semula dalam semua ulasan mereka kepada Jemaah Menteri.

“Mungkin pihak ARMADA tidak memahami cara keputusan dibuat dalam Jemaah Menteri. Untuk makluman, keputusan Kabinet perlu dibuat secara kolektif selepas perbincangan dan perbahasan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kes KVDT2, Anthony berkata, kertas pertimbangan tersebut dibentangkan oleh beliau selaku Menteri Pengangkutan pada ketika itu.

Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan katanya, mencadangkan supaya projek tersebut ditender semula.

“Namun, majoriti ahli Jemaah Menteri berpendapat bahawa projek tersebut patut dianugerahkan semula kepada Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA)-Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) JV.

“Ini kerana beberapa faktor seperti pengurangan kos yang dipersetujui sebanyak 15 peratus, risiko tindakan undang-undang oleh kontraktor terhadap kerajaan akibat pembatalan kontrak yang telah ditandatangani oleh kerajaan terdahulu, kepentingan LTAT dalam projek tersebut dan supaya projek tersebut boleh diteruskan tanpa kelewatan.

“Antara menteri yang paling lantang menyokong projek tersebut dianugerahkan semula kepada DMIA-LTAT JV ialah seorang menteri dari Bersatu yang masih duduk dalam Kabinet pada hari ini,” katanya.

Anthony berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan ARMADA, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir semalam yang menuntut penjelasan Guan Eng mengapa projek KVDT2 dianugerahkan semula kepada syarikat DMIA-LTAT JV walaupun terdapat bantahan daripada pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan kononnya RM1 bilion lesap akibat keputusan tersebut.

Ahli Parlimen Seremban itu menambah, amat jelas sekali bahawa mereka tidak membuat ‘kerja rumah’ sebelum memanggil sidang media kerana mereka langsung tidak memahami fakta-fakta yang asas dalam isu tersebut yang telah beliau perjelaskan berkali-kali beberapa minggu lalu selepas isu ‘101 projek diluluskan secara rundingan terus’ dibangkitkan di Parlimen.

HARI AIR HUJAN SEDUNIA


 W.FAUZDIN


Sebelum jadi kerajaan, tadah tin milo. Dah jadi kerajaan, tadah air hujan. Rakyat kelantan wajib terima kerana air hujan itu anugerah Allah. Kalau komplen, kamu akan dicop menentang pemberian Allah. Faham?





HADIR BERAMAI RAMAI MALAM INI DI SHAH ALAM


 

‘Kerajaan PN jelas sudah ditipu Goldman Sachs’ – Guan Eng

 

Oleh Lim Guan Eng

(Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP)

Goldman Sachs (GS) sudah tentu sedang bergembira berikutan laporan berita bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mendapatkan semula aset tambahan bernilai USD300 juta (RM1.2 bilion) yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB.

Aset ini dikesan ke akaun escrow di United Kingdom.

Tindakan terbaru ini menjadikan nilai keseluruhan aset yang diperoleh semula oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung skandal itu kepada USD2.1 bilion – dan mengesahkan bahawa GS hanya perlu membayar USD2.5 bilion, dan bukan USD3.9 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Setakat ini Amerika Syarikat telah mendapatkan semula atau membantu Malaysia mendapatkan semula aset bernilai hampir USD1.1 bilion.

GS dengan bijak telah mendapatkan tawaran yang menguntungkan atas kerugian kerajaan Malaysia, bagi menyelesaikan penglibatan jenayah GS untuk menyeleweng 1MDB bersama dengan pemimpin Malaysia dan kroni mereka.

Sebagai pertukaran, tuduhan jenayah terhadap 17 pengarah dan bekas pengarah GS digugurkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

GS akhirnya akan membayar USD2.5 bilion kepada kerajaan Malaysia dan bukan USD3.9 bilion, kerana jaminan USD1.4 bilion adalah daripada aset berkaitan 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan seluruh dunia.

Fakta menunjukkan negara AS sahaja telah berusaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB sebanyak USD2.1 bilion dan telah mendapatkan semula atau membantu Malaysia mendapatkan semula hampir USD1.1 bilion,yang  jelas melebihi jaminan USD1.4 bilion yang diberikan oleh GS.

Bahkan GS secara terbuka menegaskan bahawa jaminan USD1.4 bilion yang akan diterima oleh Malaysia daripada aset berkaitan 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan seluruh dunia, tidak akan menyebabkan GS melakukan pembayaran yang besar.

Besar kemungkinan perbelanjaan GS hanya terhad kepada pembayaran tunai USD2.5 bilion yang dijanji oleh GS.

Kerajaan Persekutuan sekarang dengan jelas sudah ditipu oleh GS ketika ia sepatutnya berpegang pada tuntutan kerajaan PH untuk pengembalian penuh sekurang-kurangnya USD7.5 bilion.

Dengan bersetuju untuk hanya USD2.5 bilion atau sepertiga daripada tuntutan asal USD7.5 bilion, Kementerian Kewangan telah menggadai kepentingan rakyat.

Jabatan Kehakiman AS mengatakan pihaknya juga sedang mendapatkan daripada Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood dan anak tiri Najib Razak, dana lebih dari USD4 juta yang dapat dikesan ada kaitan aset yang diseleweng daripada 1MDB.

Pihak berkuasa Malaysia secara kontroversinya telah menggugurkan pertuduhan terhadap Riza setelah dia bersetuju untuk membantu mendapatkan semula hanya sebahagian wang yang dicuri.

Ini mengukuhkan dakwaan bahawa Kerajaan PN tidak ada akauntabiliti awam dan ketelusan dalam perkara melibatkan kepentingan awam. 

MENANG PRN SABAH BUBAR PARLIMEN – MUHYIDDIN


KAH..... WOIIII...NAK BALIK ZAMAN BILA TADAH AIR HUJAN...


PENANG DI TAHUN 40AN


SAIFUDDIN NASUTION

Kualiti pimpinan PAS. Ingin bawa Negara balik ke zaman batu.
"Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air tidak mencukupi."

 


BN DAN PN - DARI BEREBUT KETUA MENTERI KEPADA BEREBUT PERDANA MENTERI


Muhyiddin Yassin kini sedang gigih berkempen bagi memastikan GRS berjaya memenangi PRN Sabah mengalahkan Warisan.

Tetapi, lebih penting daripada itu ialah Muhyiddin mahu memastikan PN menang sejumlah kerusi yang selesa agar hasratnya untuk meletakkan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri yang baru menggantikan Shafie Apdal menjadi kenyataan.

Kalau GRS ditakdirkan menang, namun BN yang akhirnya memenangi lebih banyak kerusi dan Bung Mokhtar yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, ia adalah suatu kegagalan bagi Muhyiddin.

Berbanding jika Warisan menang lagi dan Shafie terus kekal sebagai Ketua Menteri, ia tidaklah begitu memedihkan hati Muhyiddin berbanding melihat Bung Mokhtar mengangkat sumpah sebagai peneraju baru kerajaan negeri Sabah.

Apabila UMNO menang lebih banyak kerusi dan kerusi Ketua Menteri juga dimiliki parti itu, ia adalah petanda buruk buat Bersatu untuk menuntut pembahagian kerusi yang memihak kepada mereka dalam PRU15 akan datang.

Dengan menang di Sabah, UMNO sudah pasti akan lebih berkeras untuk meminta kerusi yang melebihi Bersatu agar seterusnya dapat pula merampas kerusi Perdana Menteri daripada Muhyiddin.

Perebutan kerusi Ketua Menteri antara UMNO dengan Bersatu dalam PRN Sabah 26 September ini bukanlah suatu rahsia lagi.

Walaupun sebelum ini, baik UMNO atau Bersatu, tidak menamakan sesiapa sebagai calon Ketua Menteri mereka, tetapi ia mula menjadi masalah apabila Muhyiddin sendiri secara terbuka mahu Hajiji bagi mengisi jawatan itu.

Ia kemudian mengundang kecaman daripada bebarapa pemimpin UMNO, bahkan Zahid Hamidi sendiri mengatakan, antara BN, PN dan PBS yang bergabung dalam GRS, siapa yang mampu memenangi jumlah kerusi terbanyak seharusnya berhak menentukan calon Ketua Menteri.

Sekaligus ini merupakan cabaran buat PN yang hanya bertanding 29 kerusi berbanding BN yang bertanding 41 kerusi.

Begitu pun, disebabkan Muhyiddin sudah membuat pengumuman bahawa Hajiji calon Ketua Menteri bagi PN, beliau kini tidak ada pilihan lain selain kena berusaha semampu mungkin memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

Gagal memastikan kemenangan GRS, gagal memastikan PN memenangi lebih banyak kerusi dan gagal menjadikan Hajiji sebagai Ketua Menteri, ia adalah suatu kegagalan bagi Muhyiddin untuk mempertahankan kerusi Perdana Menterinya.

Walaupun Muhyiddin mengumumkan pilihanraya awal akan diadakan secepat mungkin sebaik saja GRS berjaya memenangi PRN Sabah, perkara itu tidak mungkin berlaku jika tiga sasarannya itu gagal dicapai.

Bagi UMNO pula, kemenangan BN di Sabah dan berjaya meletakkan Bung Mokhtar yang masih ada kes mahkamah sebagai Ketua Menteri, ia adalah suatu isyarat yang sangat baik bagi masa depan Zahid Hamidi.

Ia dengan sendirinya akan membuka ruang juga bagi Zahid Hamidi yang turut sedang berdepan kes mahkamah untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri untuk BN.

Sebab itu, dalam PRN Sabah ini, selain BN dan PN sedang berebut jawatan Ketua Menteri, kedua-duanya juga bakal berebut kerusi Perdana Menteri selepas ini.

 (Shahbudindotcom 18/09/2020)



BERITA VIDEO PAGI INI: SALAHUDDIN AYUB BERI AMARAN KEPADA PM 8

 MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 082

1. MENTERI PN HILANG INGATAN ATAU HIPOKRIT? 2. DEMOKRASI ALA PAS MENAKUTKAN 3. AKHIRNYA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN KENA SAMAN 4. APA MASALAH PAS DENGAN AMANAH?


BERITA VIDEO: PAS RELA NAJIB DAN UMNO MENJARAH 1MDB?


Surat Terbuka itu merungkaikan 'Mengapa PAS mengekalkan sikap menyokong Pimpinan Tertinggi UMNO', sekaligus UMNO itu sendiri. (sehingga tertubuhnya kini gabungan Muafakat Nasional).

"Amat wajar ahli dan Ulama PAS akar-umbi mengingatkan Pimpinan PAS supaya tidak terjerumus dalam implikasi hadith RasulAlLah (SAW) yang masyhur ini. Ketika ditanya akan 'Apakah 'Asobiyah itu? RasulAlLah langsung menjawab bahawa 'Asobiyah itu adalah 'Kamu membantu kaum mu dalam berbuat Kezaliman', tulis Dr Dzulkefly.



VIDEO BERITA: PAS SALAH TAFSIR HADIS TAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA





"Hadis ini tidak terpakai bagi mereka yang keluar dari parti politik tertentu apatah lagi NGO tertentu. Hadis ini juga tidak terpakai bagi parti politik yang masuk pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan."
Dr Rozaimi juga berharap dengan penjelasan tersebut, netizen tidak bertindak membunuh mereka yang berpecah dan keluar dari parti politik mereka.