PERANGAI LEBAI, MINTA PINGAT TAPI MALU, AKHIRNYA HARAKAHDELETE ...

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily hari ini dikesan memadam cadangan
Pas Wilayah Persekutuan supaya kerajaan negeri yang dipimpin parti itu
menganugerahkan pangkat atau gelaran Datuk kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri,
Yang Di-Pertua Kawasan.
Perwakilan Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud kelmarin berkata,
penganugerahan itu juga termasuk kepada Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi
Tetap bagi menarik sokongan rakyat.
Pemerhatian hari ini mendapati sebahagian besar laporan asal
bertajuk “PAS Wilayah Persekutuan seru jadi Sukarelawan YADIM” sudah ‘hilang’
hanya tinggal lima perenggan terawal sahaja.
W. FAUDZIN
SELAGI RAKYAT MASIH SOKONG KONGKANG AKAN BEBAS SAPU KEKAYAAN

HAMDAN TAHA
Pagi ni baca pendedahan shafie ada pimpinan ambil kesempatan
ambil beri ribu hektar tanah dan di bagi pada diri sendiri dan keluarga amat
lah tidak wajar...
Agaknya jika pendedahan macam ni di lakukan di semua negeri
rakyat pasti terkejut beruk bukan saja pemimpin termasuk keluarga di
raja...boleh menangis rakyat tengok pembahagian harta negeri ni...
Baca lah setiap hari kes IMDB dengan kenyataan bekas bekas CEO
mereka lagi kita terkejut tapi rakyat malaysia ni ramai jenis ambil tak tahu
jadi apa pun rompakan tidak akan memberi kesan...
Saya sebenarnya kenal rapat rakan niaga Shafie Afdal masa dia
menteri luar bandar....dia pun kokang projek projek boleh tahan juga...selagi
rakyat tidak menghukum pada parti dan ahli politik yang terlibat rasuah....tak
ada apa lah kita ni
Musa Aman dan Anifah aman perlu saman shafie tu....jika fitnah
ambil tindakan....keluarga Khan di sabah ni asal pakistan memang luar biasa
kekayaannya
𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 ??!
RINA HAMZAH
Perwakilan PAS cadang supaya pemimpin² PAS di negeri seperti
Kelantan, Terengganu dan Kedah diberi darjah kebesaran 'Dato' ATAS ALASAN
menarik sokongan kepada PAS ??!
Lupakah PAS bahawa negeri² ada Raja-Raja Melayu, yang berkuasa
menurut budi bicara memberikan darjah kebesaran dan gelaran itu kepada sesiapa
yang layak?.. 𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗥𝗔𝗝𝗔-𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗞𝗔 !!
KENAPA PAS NI BAHALOL SANGAT..
PAS ni kerja Tuhan dia nak buat..
Sekarang sibuk nak buat kerja Raja pulak..

MENIPU JUGA YA
Tak ada bezanya muhyiddin Yasin dgn najib razak, tunggulah rakyat sekalian akan ada lebih banyak lagi siri-siri penipuan.
Syaitan Tak mungkin bertukar jadi malaikat fikir-fikirkan lah
itu.

[Video] Pas cadang YDP Pas kawasan-kawasan diberi gelaran Dato’
![[Video] Pas cadang YDP Pas kawasan-kawasan diberi gelaran Dato’ [Video] Pas cadang YDP Pas kawasan-kawasan diberi gelaran Dato’](https://perakinsights.com/wp-content/uploads/2020/09/Daud-Pas.jpg)
00:03
01:1
[Video] Pas cadang YDP Pas kawasan-kawasan diberi gelaran Dato
Pas Wilayah Persekutuan mecadangkan supaya kerajaan negeri yang dipimpin Pas menganugerahkan pangkat atau gelaran Dato’ kepada Yang Dipertua Pas Kawasan-kawasan.
Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Wilayah, Abdul Rani Mohamad Daud, berkata, gelaran Dato’ itu turut dicadangkan diberi kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bertujuan untuk menarik sokongan rakyat kepada Pas.
Katanya, cadangan tersebut diyakini dapat memberi rasa hormat dan keterujaan kepada masyarakat setempat terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki pangkat.
CYBERTROOPER ROSMAH BUAT PEMIMPIN PAS TERKEDU
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution menciap di Twitter bahawa perbelanjaan ini lebih daripada pendapatan tahunan banyak isi rumah.
"Soal saya, dari mana datangnya duit itu? Gaji Najib sebagai Perdana Menteri masa itu hanya RM 22 ribu sebulan."PRN SABAH CERMINAN PRU15"
TAJUK : "PRN SABAH CERMINAN PRU15"
TARIKH : 14.09.2020 (ISNIN)
MASA : 9.30 MALAM
MODERATOR :
NOOR ZAWAZI YUSOF
PANEL :
YB DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN AYUB
KEPADA SESIAPA (INDIVIDU/SYARIKAT) YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN ATAU TAJAAN ATAU INGIN MENGIKLANKAN PRODUK DAN/ATAU PERKHIDMATAN ANDA, SILA HUBUNGI HOTLINE JOM CHANNEL 019-4567998
MENARIK DALAM RENTASAN 741
1. APA YANG KARAM DI PERAK, YEOP? 2. PRN SABAH: SIAPA PIKUL BIAWAK HIDUP? 3. SETELAH DIKETEPIKAN, PEMIMPIN PAS PUJI DIRI SENDIRI 4. AMANAH PENERUS LEGASI TUAN GURU
RAFIZI SEMPAT BERKEMPEN UNTUK RAYMOND DI DUN SOOK - ADAKAH ITU LANGKAH PERTAMANYA?
Beliau hadir ke Sabah atas urusan mahkamah. Namun sebagai tanda sokongannya kepada anak muda hebat dari Sabah, Sdr Raymond Ahuar yang akan bertanding di Dun Sook, maka kesempatan ini diambil oleh Sdr Rafizi untuk menyatakan sokongannya.
Ramai sebenarnya yang mahu pengasas Invoke ini untuk kembali ke persada politik secara aktif. Tidak pelik jika disebut-sebut bahawa Sdr Rafizi wajar dilantik memangku jawatan Timbalan Presiden Keadilan. Bukan di kalangan ahli parti sahaja, bahkan ianya turut dinyatakan oleh Gerak98 melalui pengerusinya Sdr Ezam Mohd Noor. Ini adalah kerana ketokohannya dan prinsipnya menentang rasuah dan komitmen beliau terhadap agenda reformasi. Kajian Invoke bukan sahaja mampu meramalkan kejatuhan kerajaan kleptokrasi sebelum PRU14 yang lalu, namun Sdr Rafizi mampu membaca gerak langkah dan strategi Azmin Ali yang ketika itu menjadi Timbalan Presiden Keadilan. Rafizi berulangkali menyatakan Azmin akan menjadi perosak dan pengkhianat parti sekiranya masih diberi tempat di dalam Keadilan. Waktu itu, ramai merasakan Rafizi cuba untuk mencemar imej Azmin. Rafizi dituduh cemburu dan iri hati dengan kedudukan Azmin waktu itu.
Atas keyakinan itulah Rafizi berani mencabar Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden. Beliau sedar beliau mengambil risiko besar untuk berdepan dengan Azmin yang waktu itu adalah penyandang jawatan Timbalan Presiden dan Menteri Ekonomi. Segala-galanya ada pada Azmin, bukan sahaja wang ringgit bahkan dengan kuasa dan pengaruhnya selaku Timbalan Presiden dan Menteri Ekonomi iaitu salah satu jawatan kanan dalam kerajaan.
Akhirnya, terbukti telahan dan bacaan politik Rafizi tepat. Azmin telah mengkhianati partinya sendiri dan lebih dahsyat lagi tokoh yang kontroversi dalam isu video Sandakan ini tergamak menjatuhkan kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu.
Itulah hebatnya Rafizi. Tidak pelik kemunculannya di arena politik secara aktif ditagih oleh rakyat. Beliau mampu mencuri perhatian rakyat berbilang kaum yang sukar dilakukan oleh mana-mana pemimpin kecuali Anwar Ibrahim. Kita mendoakan kemunculannya seberapa segera. Adakah di Sabah langkah pertamanya?
WFAUZDIN NS
Penyelewengan SRC kes Najib yang paling memalukan - Hakim Mohd Nazlan
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk.
Mohd Nazlan yang mensabitkan Najib terhadap semua tujuh tuduhan dan memerintahkan bekas perdana menteri itu dipenjara 12 tahun, dan didenda RM210 juta, berkata ia bukan sahaja disebabkan oleh alasan bagaimana jenayah itu dilakukan, malah kes berprofil tinggi berkenaan turut membabitkan sejumlah wang yang sangat besar.
Melalui alasan penghakiman penuh setebal 801 muka surat, Mohd Nazlan berkata, kes terbabit mempunyai elemen yang memberikan kesan ke atas kepentingan awam kerana dana RM42 juta itu adalah milik Kementerian Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berkemungkinan berasal daripada dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM4 bilion.
"...dan yang paling penting ia membabitkan seseorang individu yang pada ketika itu berada dalam pada tertinggi dalam kerajaan," katanya.
Pada 28 Julai lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC.
Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.
Sementara itu Mohd Nazlan berkata, Najib selaku tertuduh tidak menunjukkan penyesalan, malah mempertahankan pembelaan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai wang RM42 juta milik SRC itu dalam rayuannya bagi diringankan hukuman.
"Tetapi saya tidak boleh menafikan beliau adalah Perdana Menteri negara ini dan tidak boleh mempersoalkan sumbangannya untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai cara kerana beliau adalah Perdana Menteri selama sembilan tahun.
"Sejarah politik akan terus diperdebatkan sama ada dari segi keseimbangan, beliau melakukan lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
"Walau apa pun, ia adalah tidak selari dengan idea sesebuah pentadbiran negara yang bersih daripada rasuah yang tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan kuasa," katanya.
Mahkamah Rayuan menetapkan pada 15 Oktober ini bagi pengurusan kes rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.
Menurut Mohd Nazlan, sabitan ke atas kesalahan menyalahgunakan kedudukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah pelanggaran yang paling serius di antara ketiga-tiga tuduhan yang dikenakan.
Beliau berkata, ia adalah kerana berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika kesalahan itu dilakukan.
Kedudukan tertuduh ke puncak kepimpinan tertinggi negara dan cengkamannya terhadap kekuasaan politik disebabkan oleh rakyat yang memberikannya amanah dan kepercayaan menegakkan sistem demokrasi berperlembagaan.
"Sabitan terhadap semua tujuh tuduhan berkaitan menyalahgunakan kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram sesungguhnya adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan," katanya.
Mohd Nazlan berkata, tiada sebarang merit bagi mahkamah untuk meragui mengapa tertuduh melakukan apa yang dilakukannya walaupun kedudukan beliau di puncak kekayaan dan kekuasaan tidak dapat dipertikaikan lagi.
Najib seorang individu yang mempunyai tahap intelek yang tinggi dan sudah pasti memiliki pandangan tegas dalam membezakan antara yang betul dan salah.
"Saya hanya perlu menekankan tiga perkara, ...pertama, tertuduh disabitkan dengan tujuh tuduhan jenayah ketika menjadi Perdana Menteri, dengan mengkhianati kepercayaan orang ramai.
"Kedua, sebagai akibatnya beliau harus dihukum berdasarkan kepada peruntukan undang-undang.
"Ketiga, kini ia menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan sumpah kehakiman iaitu memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan dalam menjatuhkan hukuman dengan memastikan peruntukan Artikel 8 bahawa semua orang sama di sisi undang-undang, ditegakkan," katanya.
Hakim itu berkata, sama ada kompas moral negara perlu ditentu ukur secara berbeza wajar dibahaskan dalam forum lain kerana apa yang ingin ditegaskan mahkamah adalah kesucian peraturan undang-undang dan ketuanan perlembagaan.
Tegasnya, tiada seorang pun malah tokoh politik yang paling berkuasa serta pemimpin negara menikmati keistimewaan bahawa mereka tidak boleh dikalahkan oleh undang-undang.
Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...
Nozam Aka
Dulu puas Pas tuduh DAP besar kepala, nak jadi tuan. Padahal hubungan Pas-DAP adalah dalam bentuk kerjasama.
Sebagai ahli Pas ketika itu aku dapat merasakan rasa hormat DAP terhadap Pas. Dalam pilihanraya pun boleh nampak ahli dan pemimpin DAP sama-sama kibarkan bendera Pas.
Tapi Pas fitnah tuduh DAP nak jadi tuan. Akhirnya hari ini terbukti Umno/BN telah menjadi tuan Pas. Pemimpin Pas kehilangan suara, hanya patuh kepada segala suruhan Umno/BN.
Bendera Pas sendiri semakin menghilang. Tak terlihat ahli atau pemimpin Umno kibar bendera Pas. Yang ada ahli dan pemimpin Pas tergila-gila kibar bendera BN.
Pas juga dulu saban hari meratib Amanah khadam DAP. Sedangkan jelas DAP dan Amanah adalah bersahabat. Istilah khadam itu dicipta untuk timbulkan persepsi buruk terhadap Amanah.
Dan sekarang, nampaknya Amanah yang dikatakan khadam itu dapat juga bertanding di Sabah. Sebaliknya Pas yang terpaksa menelan aib kerana terhalang dari meletakkan calon.
Bayangkan, parti yang dah berusia lebih 60 tahun tak mampu meletakkan calon. Sedangkan parti nyamuk yang baru berusia 5 tahun pun mampu letakkan calon dan tampak lebih gagah.
Nyatalah Pas khadam kepada BN. Hingga tak berani bersuara untuk kepentingan parti sendiri.Tak malukah ahli Pas semua? Sekarang semua tohmahan dan fitnah jahat kamu telah terjawab.
Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...
DEWAN ULAMAK PAS BERSYUKUR DAPAT BANTU RAMPAS MANDAT RAKYAT?*
Merompak dan menyamun gunakan nama Allah ...pelampau ugama
Lawak tapi jijik sungguh bila dgr ucapan dari Ustaz Nik Zawawi di muktamar kat TV tadi. Dia boleh kata kita kena bersyukur kerana Allah telah tunaikan janji beri mereka kuasa jadi kerajaan.
Jual nama Allah. Maha suci Allah tidak akan menghalalkan kerja khianat jauh sekali Allah ciptakan pengkhianatan itu. Apakah kamu patut bersyukur berada bawah kerajaan tanpa mandat rakyat yg menaikkan kembali puak kleptokrasi serta sekutunya?
Jika itu adalah kerja Allah, mengapakah kamu melaknat kerajaan Zamri (UMNO) di Perak pada tahun 2009 yang merampas kuasa dari Nizar (PAS) dulu? Kenapa mengharamkan kerajaan rampasan kuasa waktu itu sehingga beberapa orang lebai berbaring di tgh jalan depan istana membantah pelantikan Zamri sebagai MB Perak? Apa beza rampasan itu dengan rampasan di Pusat sekarang?
Bezanya, rampasan di Perak itu kamu maki hamun kerana parti kamu hilang kuasa. Manakala rampasan kuasa di Pusat ini kamu dapat kuasa jadi Menteri. Bukan?
Kenapa kamu babitkan nama Allah di dalam kerja jahat dan kotor kamu? Tidak malukah kamu yg berserban besar dan berjubah labuh itu dilihat oleh orang2 bukan Islam betapa seolah2 Islam ini mudah menukar hukum ikut kepentingan perut masing2.
*WFAUZDIN NS*
Diantara penyelewengan di dalam memahami agama ialah:
1. Mengambil nas tentang perang dan mengaplikasikannya dalam suasana aman.
2. Mengambil nas tentang aqidah dan ibadah, lalu mengaplikasikannya dalam urusan muamalah.
3. Mengambil sesuatu nas dan menafsirkannya secara eksklusif berpihak kepada kelompok mereka dan mencemuh kelompok lain.
4. Mengambil sesuatu nas tetapi applikasinya tidak relevan dengan realiti sebenar.
5. Mereka-reka dalil agama untuk menutup keburukan dan kesalahan sendiri.
6. Menggunakan dalil agama untuk memanipulasikan manusia lain untuk kepentingan diri dan kelompok sendiri.
7. Membawa dalil agama untuk menyebarkan kebencian, permusuhan, dan perbalahan di kalangan manusia.
HUSAM SAH LETAK JAWATAN
Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diadakan pada 6hb September lepas telah meluluskan permohonan Datuk Husam Musa untuk melepaskan jawatan Naib Presiden AMANAH.
Permohonan perletakan jawatan ini adalah untuk membolehkan beliau memberikan tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk AMANAH di Kelantan, khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai.
Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, JK Nasional AMANAH telah mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada tiga biro AMANAH dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke15.
Tiga Biro ini adalah Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi. Kertas cadangan berhubung peranan baharunya sedang disediakan untuk persetujuannya.
Apa jua gambaran bahawa beliau meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan Presiden atau mana-mana pimpinan AMANAH adalah tidak berasas. Sebaliknya ianya dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan AMANAH di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.
Sekian, terima kasih.
KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi AMANAH
14 September 2020
ULAMA PAS KETERLALUAN
Saya menonton klip video ucapan seorang perwakilan Pas (Hassan Muhammad) dalam muktamar Pas yang berkata:
"… bila kita di Sabah, kita tidak bertanding. Untuk melahirkan rasa kecewa, boleh. Tapi rasa untuk menentang, tidak boleh. Nabi SAW sebut, sapa-sapa (sesiapa) yang cuba-cuba nak memecahbelahkan perpaduan kita, Nabi SAW sebut, faqtuluh, bunuh dia…"
Saya sempat meninjau hadith Nabi SAW yang ada ungkapan "faqtuluh (bunuh dia)". Ada banyak hadith yang ada ungkapan itu termasuk hadith bunuh orang murtad.
Saya berjumpa sebuah hadith riwayat Muslim yang mungkin dirujuk oleh pembahas berkenaan.
Nabi SAW sebut, "Akan berlaku bencana besar. Sesiapa yang mahu memecahbelahkan urusan umat ini dalam keadaan mereka bersatu-padu, maka pukullah (bunuhlah) dia dengan pedang, biar siapa sekalipun dia." (Muslim: 3442).
Memang ada riwayat yang lain yang menggunakan lafaz "faqtuluh (bunuhlah dia)", ganti kepada "pukullah dia dengan pedang", juga riwayat Muslim tetapi melalui jalur sanad yang lain.
Allah lebih tahu. Bagi saya, menggunakan hadith ini untuk menjustifikasikan kewajipan taat kepada pemimpin Pas dalam isu PRN Sabah agak keterlaluan dan janggal.
Apatah lagi, mewajarkan bunuh kepada mana-mana ahli Pas yang menentang keputusan pemimpin Pas dalam kes berkenaan. Ini sudut pandang saya:
1. Nabi SAW sebut, "memecah belahkan urusan umat ini" merujuk kepada umat Islam yang berada di bawah satu kepimpinan, bukan merujuk kepada Pas. Ungkapan "umat ini" tidak merujuk kepada Pas dan kepada mana-mana parti politik.
2. Lawan keputusan pemimpin dalam isu PRN Sabah adalah persoalan politik bukan persoalan aqidah (murtad), atau jenayah nyawa (bunuh), atau jenayah maruah (penzina sudah berkahwin) yang layak ditumpahkan darah.
3. Kedudukan pemimpin Pas tidaklah setaraf khalifah yang dibai'ah seperti Khulafa' Rasyidin sehingga layak dibunuh jika ditentang. Para Khulafa' Rasyidin sendiri tidak sewenang-wenang menghukum bunuh kepada penentang mereka.
4. Menentang pemimpin Pas tak sama dengan menentang kepimpinan umat kerana Pas hanya sebuah parti politik sama seperti parti politik yang lain. Kedudukan seseorang sebagai ahli parti politik tak sama dengan kedudukan seseorang di bawah kepimpinan umat.
5. Kegagalan Pas menyertai PRN Sabah kerana disailang oleh rakan politik parti itu. Namun pemimpin Pas tak membantahnya kerana menjaga beberapa kepentingan politik parti berkenaan. Wajarkah ahli yang membantah dibunuh?
Saya fikir pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan hadith untuk menjustifikasikan kekecewaan mereka dalam politik. Jangan sampai dilabel penjual hadith pula selepas beberapa kali menjual ayat al-Quran.
ZOLA
Perak Darul Ridzuan
13 Sept 2020
KEADILAN CABAR MUHYIDDIN TUNJUK PN SUDAH DIDAFTAR
Saya merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Saudara Syed Badlishah Syed Osman berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran Perikatan Nasional di dalam rekod di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Sehubungan itu, saya mencabar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan bukti kelulusan pendaftaran Perikatan Nasional yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada umum.
Seandainya Perikatan Nasional masih belum didaftarkan secara rasmi, saya mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan serta merta dengan membatalkan pencalonan semua calon-calon yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional.
Pilihan raya adalah platform penting buat rakyat untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara. Mereka berhak untuk memilih calon dari parti yang sah disisi undang-undang untuk menjadi wakil seterusnya membentuk kerajaan negeri.
Sekiranya calon-calon yang mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan untuk bertanding, ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga buat rakyat khususnya warga Sabah.
YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
14 SEPTEMBER 2020.
PRN Sabah: Calon DUN Tamparuli 'underdog', tapi yakin boleh ambil hati pengundi

KEADILAN berdepan dengan
pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Namun, di sebalik statusnya
selaku calon underdog, Alijus yakin beliau mempunyai tarikan tersendiri untuk
mendapatkan sokongan pengundi di Tamparuli.

Kempen Alijus pada hari pertama
di Tamparuli diperkasakan dengan kehadiran Nurul Izzah Anwar yang turut serta
menyantuni rakyat dan berkempen di sekitar pekan, kedai-kedai dan pasaraya bagi
memastikan penduduk kawasan itu mengundi KEADILAN pada hari mengundi nanti.

Dalam pada itu, Alijus
mengingatkan kepada semua calon KEADILAN bahawa mereka perlu bekerja sebagai
satu pasukan bagi membantu Warisan Plus memenangi PRN Sabah.

Pada masa sama, Alijus
berpandangan KEADILAN tetap perlu membuktikan keupayaan untuk memenangi kerusi
DUN di PRN Sabah.
63 tahun mundur, mana agenda bela Melayu PN?

Kerajaan Perikatan Nasional (PN)
berbangga kononnya telah menyelamatkan Melayu dari DAP dan berjanji untuk
memajukan kaum itu lebih daripada mana-mana kerajaan yang pernah memerintah
Malaysia.
KEADILAN cabar Muhyididn buktikan pendaftaran PN

KEADILAN mencabar Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin membuktikan gabungan Perikatan Nasional (PN) telah
didaftarkan sebelum proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada
12 September lalu.
PAS BOLEH JADI MANGSA PENGAGIHAN KERUSI PRU 15?
Pas boleh jadi mangsa pengagihan kerusi PRU 15?
Menyuarakan hasrat untuk bertanding di sepuluh kerusi DUN, ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah kali ini mengundang perhatian.
Lebih mengundang cakap-cakap apabila parti itu tidak diundang dalam majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN pada 10 September lalu.
Ketua penyelidik badan pemikir Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim mengingatkan PAS sekali lagi boleh menjadi “mangsa” pada PRU15 jika parti itu tidak bertegas dalam soal agihan kerusi.
Apatah lagi mengambil kira PAS dan sekutunya Umno dan Bersatu memiliki tapak sokongan yang sama iaitu pengundi Melayu-Islam, dan justeru akan bersaing di kawasan yang sama.
“Setiap parti akan jadi lebih licik dan berstrategi untuk memastikan memperolehi kerusi maksimum untuk ditandingi.
“Jika pasukan perunding agihan kerusi daripada PAS tidak kompeten seperti ditunjukkan dalam PRN Sabah ini, sekali lagi mereka akan jadi mangsa dalam agihan kerusi PRU15 nanti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Kelmarin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pihaknya mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN yang bakal berlangsung 26 September ini.
Katanya, parti itu kekal fokus terhadap persiapan untuk menghadapi PRU15 yang dijangka dalam masa terdekat.
Semalam, timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata memang ada desakan agar PAS diberi laluan tetapi keputusan untuk tidak bertanding adalah bagi “mengelak perangkap musuh”.
Dalam pada itu Muktamar Pemuda PAS yang berlangsung di Kota Bharu semalam turut meluluskan usul supaya parti itu bertanding minima 50 kerusi parlimen pada PRU akan datang.
‘Perdebatan hangat di muktamar’
Menyifatkan nasib yang dihadapi PAS dalam agihan kerusi PRN Sabah sebagai malapetaka, Mohd Yusri menjangkakan hal tersebut akan menjadi isu perdebatan hangat di muktamar ke-66 parti itu yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.
“Kegagalan bertanding walau satu kerusi menimbulkan kekecewaan ramai ahli dan pemimpin, banyak yang meluahkannya di pelbagai medium.”
Baca: Kerusi PRN Sabah: ‘Orang tak bagi, kita berlaga’ – Kias AJK PAS Pusat
Maka, kata Mohd Yusri, perkara itu pastinya akan dibangkitkan para perwakilan terutama dari Sabah, dan menurutnya tidak mustahil jika ada yang menggesa agar PAS menilai semula kerjasama dengan sekutunya.
Bagaimanapun dia mengakui setakat ini belum ada tanda-tanda bahawa perkara itu menjejaskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).
Sementara itu, Prof Azizuddin Mohd Sani dari Universtiti Utara Malaysia berpendapat perkembangan itu akan mempengaruhi tuntutan PAS bagi peruntukan kerusi pada PRU15.
“PAS mungkin menerima keputusan tersebut memandangkan pengaruhi mereka juga tidak kuat di Sabah.
“(Tetapi) PAS mungkin akan menggunakan keadaan ini untuk menuntut lebih banyak kerusi di Semenanjung pada PRU15 nanti,” katanya kepada Malaysiakini.
‘PAS sudah kaut untung’
Beliau beranggapan PAS telah pun mencapai matlamatnya dengan menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dan mengetuai pentadbiran di tiga negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Langkah seterusnya untuk PAS mungkin untuk meluaskan pengaruh di negeri-negeri lain,” katanya.
Menyuarakan sentimen sama, Mohd Yusri berkata PAS pada satu sisi telah mengaut banyak keuntungan hasil kerjasama politik dalam PN dan MN.
Kalau anda terlepas…
Agoes Salim – Watak penting membidankan Rukun Negara
Beliau merujuk kepada jawatan menteri, timbalan menteri serta lantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melibatkan pemimpin parti itu.
“PAS telah memperolehi banyak keuntungan bersifat jangka pendek melalui kerjasama dengan PN dan MN, apatah lagi PAS adalah sebuah parti yang oportunis akhir-akhir ini,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya kerugian yang ditanggung PAS daripada kerjasama itu adalah risiko terjejasnya kepercayaan awam terhadap apa yang dianggap sebagai prinsip dan perjuangan parti sebelum ini.
“Dalam kalangan golongan pertengahan dan berpendidikan, mereka melihat PAS sekarang sudah goyah dalam aspek nilai apabila bekerjasama dengan Umno dan Bersatu,” katanya.
Penamaan calon bagi PRN Sabah berlangsung semalam. SPR mengumumkan sejumlah 447 kertas pencalonan bagi 73 kerusi DUN telah diterima.
DULU TOLAK HUDUD KE NERAKA, SEKARANG HUDUD TAK BOLEH TANYA?
Dulu tolak Hudud ke neraka, sekarang hudud tak boleh tanya?
Oleh: Redzuan RF8 Media
ZOLA
Presiden parti cap agama kata, tolak Islam punca kelemahan umat. Tapi ulama tak benarkan tanya soal hudud? Hudud tu bukan ajaran Islam?
Kamu pun dah tolak Islam? Maknanya kamulah punca kelemahan umat. Atau bagaimana?
Lama dah kami bercakap soal hudud bukan keutamaan pada ketika itu dan ketika ini. Apabila kami bercakap begitu, kamu kata kpd kami:
- Utamakan akal dan ketepikan nas.
- Utamakan maslahah dunia dan tolak maslahah akhirat.
- Syariah lebih utama atau maqasid syariah lebih utama?
- Macam mana nak dapat maqasid kalau ketepi syariah?
- Itu rahmatan lil kafirin bukan rahmatan lil alamin.
Hari ini ulama parti kamu, parti cap agama larang bertanya tentang pelaksanaan hudud. Kalau tanya juga, itu suara syaitan. Amboi…!
Dulu kamu kata:
- Hanya hudud boleh kekang jenayah.
- Hudud yg bawa berkat lalu kamu baca hadith kelebihan laksana hudud.
- Negara ini rosak kerana ketepi hukum Allah.
Hari ini nak tanya pasal hudud pun tak boleh. Sedangkan presiden parti cap agama kata, kelemahan umat berpunca drpd tolak Islam. Kamu pun dah tolak Islam?
Begitulah kamu… Halaluna haramukum. Kamu tak buat hudud halal, orang lain tak buat hudud masuk neraka.
KESIAN, YB MELOMPAT JADI CALON BEBAS
Kesian, YB melompat jadi calon Bebas
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kemunculan enam daripada 13 ADUN yang melompat keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai calon Bebas kelmarin menjawab persoalan ke mana hala tuju mereka.
Menurut Borneo Today, Setelah tiada parti yang mencalonkan nama mereka, enam calon ini tampil sebagai calon Bebas untuk kembali memegang berkuasa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang.
Enam penyandang itu adalah Datuk Anita Baranting (Tandek); Datuk Musbah Jamli (Tempasuk); Datuk Masiung Banah (Kuamut), Datuk Saddi Abdul Rahman (Sukau); Abdul Rahman Kongkawang (Labuk) dan Kenny Chua (Inanam).
Namun, perjalanan mereka untuk meraih semula simpati rakyat tidak semudah yang disangka.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini, kesemua mereka perlu berdepan dengan persaingan lima hingga 10 penjuru berikutan ramai parti politik dan calon Bebas turut bertanding.
Di Labuk, Sukau dan Kuamut, penyandangnya terpaksa bersaing dalam pertembungan lima penjuru.
Sementara, Anita dan Musbah berdepan persaingan enam penjuru masing-masing di Tandek dan Tempasuk.
Manakala, di Inanam menyaksikan Kenny berdepan persaingan 10 penjuru termasuk menentang bekas Ketua Menteri Chong Kah Kiat (LDP).
Subscribe to:
Posts (Atom)



