(ULANG SIAR) TAHNIAH ATAS KEWUJUDAN BLOK BEBAS MAHATHIR

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, sut

Difahamkan Mahathir, mantan PM kerajaan PH yang telah melepaskan jawatan sehingga menyumbang kejatuhan kerajaan PH dan dipecat dari Bersatu telah mengumumkan kumpulannya seramai 6 MP dan parti Warisan Sabah telah menubuhkan blok Bebas dan tidak lagi terikat dengan PH Plus.
Pengumuman Mahathir ini merupakan seribu rahmat buat PH kerana kita tidak lagi di'ganggu' oleh sang saka ini. Tahniah buat Keadilan kerana kekal berprinsip dan masih kukuh menggigit erat mandat rakyat yang dberikan pada PRU14 yang lalu yang menamakan Anwar sebagai PM selepas Mahathir, tiada calon lain yang boleh kita reka-reka lagi. Kita telah tunaikan janji kita iaitu meletakkan Mahathir di posisi PM walaupun partinya merupakan parti tercorot di dalam PH yang hanya mendapat 13 Kerusi Parlimen daripada 52 Kerusi yang diberikan kepada Bersatu ketika itu, manakala Kak Wan kita tempatkan di posisi TPM.
Apabila Mahathir dengan sengaja dan sedar telah meletakkan jawatan PM tanpa berbincang dengan rakan2 di dalam PH atas alasan tidak lagi disokong oleh partinya Bersatu, maka tindakan Mahathir itu memudahkan lagi laluan pengkhianat untuk menebuk atap bagi merampas kerajaan dari PH yang telah mendapat mandat rakyat ini. Ertinya, Mahathir tidak lagi mahu menjadi PM di dalam kerajaan PH. Beliau tidak dipecat tetapi memecat dirinya sendiri.
Apakah langkah beliau selepas itu? Beliau cuba khianati PH dan mandat rakyat apabila mahu menjadi PM semula tetapi bukan atas nama PH, sebaliknya kerajaan perpaduan. Cubaan untuk membunuh PH itu gagal kerana tidak disokong bukan sahaja oleh PH tetapi oleh Umno dan Pas. Akhirnya, tanpa ada rasa malu dan bersalah, Mahathir ingin merujuk semula kepada PH tetapi tetap mahu menjadi PM untuk kali ketiga yang mana cita-cita seperti ini diktator gila pun tidak terfikir mahu berbuat demikian. Rakyat memberi mandat kepada PH dahulu bukan untuk Mahathir menjadi PM dua kali di bawah PH.
Ahamdulillah, Anwar tidak terliur dengan tawaran untuk menjadi TPM walaupun kononnya hanya 6 bulan, selepas itu Anwar akan menjadi PM. Anwar mungkin mengenali Mahathir sepertimana kita mengenali Abdullah bin Ubai. Anwar telah terlalu banyak bersabar dan bertolak ansur dengan orang tua ini sehingga beralah diasak sampai ke dinding. Cuba sebut satu sahaja tolak ansur dan beralah Mahathir kepada Anwar? Ada?
Tindakan Anwar yang kekal berprinsip dan tidak mahu terjerat dengan modal kononnya 'mandat rakyat' mesti dikembalikan dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengangkat kembali orang tua yang telah cuba untuk memusnahkan PH, tindakan Anwar ini patut mendapat pujian. Maruah tidak boleh digadaikan degan tawaran jawatan.
Mahathir menyatakan blok Bebas beliau itu tetap akan menentang kerajaan PN. Tidak pelik kerana beliau amat berdendam dengan Muhyidin yang telah memecatnya secara begitu mengaibkan dengan hanya sekeping surat dari SUK parti. Ini amat memalukan Mahathir sebab itu beliau mahu juga menjadi PM walaupun selama 6 bulan iaitu satu tempuh yang menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Tempuh itu hanya sesuai untuk latihan rekrut tentera di Port Dickson sahaja bukannya seorang PM, tetapi cukup untuk Mahathir melepaskan dendamnya kepada Muhyidin. Itu sahaja nawaitu beliau, bukan untuk kepentingan rakyat pun.
Di dalam pertarungan Mahathir - Anwar kali ini ternyata Mahathir tewas sehingga terpaksa akui Anwar bukannya seperti sesetengah pemimpin yang kemaruk kepada kuasa dan jawatan. Akhirnya Mahathir sekali lagi tanpa dipecat dan dihalau, terpaksa keluar dari PH Plus. Itulah yang beliau lakukan sewaktu meletakkan jawatannya dahulu.
WFAUZDIN NS

PELANCARAN GERAK 98 DI JOHOR


Pelancaran GERAK98 di Johor bersama Sdr Ezam Mohd Nor. Selagi kita mnghadapi musuh yg sama, jauhi perbezaan dan dekati persamaan. Banyakkan kawan dan kurangkan lawan.

KEBANGKITAN AMANAH DI RANTAU PANJANG

GABUNGAN REFORMIS MALAYSIA SOKONG ANWAR PM 9

DR LATIF BUKAN SATU-SATUNYA CALON DI MERSING, PKR KEMUKA MUKA BARU

DULU FAMPAS KUASA NAK TOLONG MELAYU

M.Afendi Abas



Dulu rampas kuasa kononnya nak selamatkan negara.

Tapi bila dah dapat kuasa, BERSATU-UMNO asyik bergaduh berebut untuk jadi paling berkuasa dan dominan didalam PN.

Ini membuktikan mereka bukan nak selamatkan negara pun. Mereka hanya berebut jawatan dan ghanimah untuk kepentingan peribadi dan kroni.

Pertemuan tunjukkan ketidakpuasan hati MERAJUK DAN MACAM NAK UGUT


Norman Radzuan


Tengah berehat selepas Asar kwan kirim gambar ini. Saya balas mesej tunggu ptg nanti baru nak komen. Saya katakan pertemuan ini lebih kpd nak tunjukkan kepada Anwar Ibrahim dan PKR... kami berempat bergabung... kamu seorang atau PKR sendirian... jadi pilih mahu ikut bersama kami atau tidak?

Ia hanya perang psikologi yg kebudak budakan. Ia nampak hebat tapi sebenarnya bodoh. Baru saya faham kenapa dulu dikatakan Istana, BN dan PAS kurang senang dgn Khalid Samad... sekarang baru saya faham kenapa.

Dalam perjumpaan ini yg nampak hebat atau mempunyai kekuatan ialah DAP dan kedua ialah Warisan. Amanah dan Bersatu Hitam saya rasa jika berlaku PRU 15 mereka masing-masing mungkin tinggal hanya satu kerusi atau telur ayam.

Syafie Apdal hadir kita faham kerana kedudukannya tanpa sokongan DAP di Sabah beliau akn jatuh bila2 masa sebagai KM. Jadi kita tolak tepi kenapa kehadiran Syafie Apdal di situ tak lain tak bukan demi 'survivor' politik peribadinya. 

Tun sendiri tahu mana mungkin Bunga Hitam akn memenangi hati rakyat bila meletakkan Syafie Apdal sebagai PM. Sentimen org Melayu Semenanjung berbeza dlm soal ini.

Cuma saya melihat apakah yg difikirkan LGE? Mat Sabu saya tak hairan sgt kerana yg tahu tahulah kenapa dia terpaksa follow DAP. Cuma sebagai pemerhati politik saya hairan dgn pendekatan DAP. 

DAP tahu Tun dahulu adalah org di belakang Perhimpunan Kongres Melayu. Malah dlm rakaman audio pemimpin DAP sendiri ada mendengar Tun kata dia tak suka DAP. Lebih teruk Tun sendiri memang berniat hendak meninggalkan PH. Jadi bagaimana DAP mahu memilih Tun kembali???

Bangsa Cina selalunya hebat berfikir tetapi dlm bab ini kita tertanya tanya mengapa ceteknya cara berpolitik LGE. Itu yg menjadi tanda tanya sb politik org Cina selalunya jauh kedepan. 

Adakah ia perangkap kpd DAP utk meningkatkan kembali kepercayaan kaum Cina kpd MCA seperti dulu. Sb org UMNO sendiri mengatakan kemungkinan Tun sebenarnya mengawal PN dan PH.

Tanya saya adakah gabungan ini menggerunkan? Jawapan saya gabungan ini sukar mendapat sokongan org Melayu. Melayu desa telah dikuasai UMNO dan PAS. Melayu bandar telah dikuasai PKR.

Jika berlaku pertandingan 4 penjuru samada gabungan Bunga Hitam, PN, PKR dan BN... saya melihat BN akn mendapat kerusi yg paling byk. Bunga Hitam mungkin memperolehi kerusi yg agak byk itu pun daripada DAP. Adakah org Melayu mahu serahkan kuasa pada DAP menguasai mereka. Ia hanya sekadar utk memenuhi politik peribadi Tun.

Jujur saya katakan Amanah tiada kekuatan. Malah boleh dianggap parti ini seperti parti Gerakan. Contoh di Manjung atau DUN Pasir Panjang. DUN Pasir Panjang keahlian Amanah hanya sekitar 500 org ketika itu. Tetapi DUN Pasir Panjang dimenangi Amanah dgn memperolehi 14 ribu lebih undi.

Dari mana datangnya jumlah tersebut? Ia dtg dari penyokong Melayu PKR 30% dan pengundi atas pagar. Malah setahun selepas PRU 14 saya difahamkan keahlian Amanah terus perlahan.

Crowd puller tiada dalam Amanah. Cuba bayangkan jika Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Ezam Mohd Nor, Saifuddin Nasution dibawa satu pentas... bagaimana sambutannya nanti. 

Khalid Samad jika berlaku PRU hujung tahun ini... S Alam dikuasai Melayu PKR. Dia juga akn mengucapkan selamat jalan dunia politik atau boleh lah membebel dekat Channel TV Media Sosial.

Jadi disebabkan itu saya katakan jika berlaku pertandingan 4 penjuru. Bunga Hitam, PN dan PKR akn tewas teruk kpd BN. Seronok tgk kecerdikkan, pengkhianatan dan kebodohan orang politik.



SELEPAS JADI KERAJAAN, BARU PAS PIS PUS SEDAR BANYAK TIDAK BOLEH DIBUAT



Selepas menjadi kerajaan barulah Pas memahami kaedah pentadbiran negara, dakwa aktivis ekoran tindakan diam pemimpin dan penyokong parti itu dalam menghadapi isu semasa sejak kebelakangan ini.

Aktivis Jamzuri Ardani telah menyenaraikan 11 perkara apa yang selama ini tidak difahami oleh Pas tetapi hanya difahami selepas mereka menjadi kerajaan.

“Bila dah jadi kerajaan baru lebai faham,” tulis Jamzuri sambil menyenaraikan 11 perkara itu

Perkara pertama yang dinamakan oleh Jamzuri adalah tindakan Tabung Haji menstrukturkan semula aset adalah bijak.

Ini berikutan laporan pendapatan besar Tabung Haji sebagaimana yang diumumkan dalam laporan setengah tahun pertama TH untuk 2020.

Pas juga, kata Jamzuri, baru mula memahami bahawa tanaman buluh adalah berpotensi besar untuk industri baru.

Ini disahkan sendiri oleh Menteri Perusahaan Utama, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang kini galak membuat kempen menanam buluh.

Padahal sebelum ini beliaulah yang banyak menyerang Teresa Kok ketika Menteri Kerajaan Pakatan Harapan itu membuat promosi untuk tanaman buluh.

Pas juga, kata Jamzuri, baru sedar bahawa golongan Mak Nyah perlu disantuni bukannya dikecam sebagaimana yang dibuat Pas sebelum ini.

Begitu juga kempen “Beli barangan Muslim first” tidak sesuai dijadikan agenda kerajaan kerana kerajaan perlu menjaga kepentingan semua kaum di negara ini.

Padahal, Pas bersama Umno galak membuat kempen BMF bagi menekan DAP seolah-olah semuanya salah DAP.

Pas juga, kata Jamzuri, baru sedar bahawa meminum sesudu extract minyak sawit setiap hari adalah baik untuk kesihatan.

Ini berikutan pengesahan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menegaskan amalan meminum minyak sawit merah memang digalakkan kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, kempen minum sesudu minyak sawit sehari yang dijalankan MPOB adalah merujuk kepada minyak sawit merah, bukan minyak sawit yang yang biasa digunakan untuk memasak.

“Sebenarnya yang kita kempen sesudu minyak sawit sehari adalah minyak sawit merah, bukan minyak masak.

“Ia merupakan sumber vitamin A dan E yang sangat baik untuk jantung, kesihatan mental, untuk diabetes dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media sempena program Jom MSPO (Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia) peringkat Kelantan di Machan.

Pas juga, kata Jamzuri, baru sedar bahawa harga minyak tidak boleh ditetapkan, tapi hanya boleh distabilkan selepas menjadi kerajaan.

Pas juga baru sedar bahawa menghapuskan hutang PTPTN tidak boleh dibuat selepas menjadi kerajaan.

Kerajaan Malaysia tak boleh bergaduh dengan negara China atas isu Uighur juga baru disedari oleh Pas selepas menjadi kerajaan, katanya lagi.

Fakta bahawa sekolah vernakular tak boleh dihapuskan dan kes Adib belum boleh buat pendakwaan lagi juga hanya baru disedari Pas selepas menjadi kerajaan.

“Dan yang paling penting serta mengejutkan Vellfire juga boleh buat drift depan stesen minyak,” katanya menyindir Pas.


APA NAK HERAN KALAU SAMA SAJA..



Terbaca komen Faiha


Berhala muda Marang lagi kuat menyalak berbanding berhala tua

Ape nk pelik...

Dulu mase lom ada kuasa, dok jaja nama DSAI ke hulu ke hilir sebab tau parti sendiri lemah
Dah ada kuasa, mula lupa diri

Dah pak sedara dia pun jenis sakit mental, ape nak pelik kalau turun ke anak sedara dia

Dulu beria-ria up post naikkan DSWA as PM, PM pertama wanita, sebab xnak DSAI naik
Pastu up nak PM muda lak.
Sape-sape  yang berakal leh tau ape kehendak dia sebenarnya

Tu lom cite lagi pasal sembang hancing dia MP Pas nak join PH
Madey cukup no

Bak kata kawan aku, kalau kawan ngan tok bomo botak, kompem sial smpai mampos.


MEROKOK KINI BUKAN LAGI KESALAHAN DI PREMIS KEDAI MAKANAN


Nizam Mkk

Yang bernama manusia, ajakan baik diperlekehkannya. Adakah mereka tahu bahawa YB Dr Dzukelfly Ahmad adalah Mantan Pakar bidang Toxicology - Keracunan USM Kubang Kerian. Beliau bersungguh-bersungguh menbuat SOP tidak merokok di tempat awam agar tidak memberi kesan kpd passive smokers demi menjaga kesihatan bayi sampailah kpd dewasa.

 Matlamat akhirnya agar kita berhenti merokok yg membawa kesihatan satu kekuarga.
Malang kadar pemahaman dan ilmu kita rendah dan masih menganggap merokok tidak sama dgn tindakan "Round up", " Mosanto" dll aplikasi racun rumpai kpd lalang dibanding dengan "rokok meracuni paru-paru" perokok dan penghidu asap rokok. Dr Dzulkefly tahu pasti akibat keracunan ini dan adalah AMANAH ILMU beliau untuk menyampaikan kpd manusia agar dapat mendidik rakyat Malaysia meninggalkan rokok kerana MEROKOK ADALAH AMALAH KETAGIHAN ILUSI SERTA KEPUASAN PALSU MENGAKIBATKAN PEMBAZIRAN DUIT (bakar duit) DAN MEROSAKKAN KESIHATAN DGN SENGAJA. 

Jika berjuang Islam perbuatan merokok ini pun sudah langgar Syariah dari amalan peribadi lagi...bagaimanakah barakah perjuangan untuk mengamalkan Syariah di peringkat Negara. Kesungguhan Dr Dzulkefly Ahmad mendidik masyarakat Malaysia dibalas dengan celaan dan cercaan. Nasib rakyat Malaysialah yang tidak mahu berubah membuang tabiat merokok sbg tipu daya kewangan dan kesihatan oleh musuh2 Allah swt. Semoga Allah swt memberikan ganjaran besar atas kesungguhan YB mantan Menteri Kesihatan mendidik masyarakat menjauhi budaya merokok yang tidak sihat. Baarakallah feekum. Wassalam.


Kenyataan Media 11 Julai 2020



GABUNGAN NGO-NGO REFORMIS MALAYSIA (GRM) MENYOKONG PENUH DSAI SEBAGAI PM9


Kami, menyokong penuh keputusan Majlis Presiden PH pada 6 Julai 2020 yang komited dengan pendirian asal YB DSAI sebagai calon PM9 Malaysia. Ini selaras dengan aspirasi majoriti perjuangan rakyat sejak dari awal melalui gerakan reformasi selama lebih 20 tahun.

Kami berpendirian dalam merungkai dan menyelesaikan kemelut negara hari ini, semua pihak mestilah kembali kepada kerangka besar GERAKAN REFORMASI yang dipertegaskan dalam Deklarasi Permatang Pauh (1998).

Kami menyeru agar diperkukuhkan persefahaman semua pihak samaada parti-parti politik, NGO-NGO masyarakat madani, agensi kerajaan, pemimpin perniagaan dan lain-lain dalam memperkasa agenda dan kebajikan rakyat, mewujudkan kestabilan politik, memperkukuhkan keselamatan negara serta merangsangkan semula ekonomi terutamanya kesan COVID 19.


MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden,
Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT).

DR BADRUL AMIN
Pengerusi,
Pro98 Reformis.

DR IDRIS AHMAD
Pengerusi,
Otai Reformis.

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia.

KHAIRUL ANUAR OTHMAN,
Presiden,
Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM).

BRIG. GEN.(B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB,
Presiden,
Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN).

AZIZAN MEMALI
Presiden
Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM)

MOHD BUSTAM OMAR
Pengerusi
Persatuan Media Sosial Malaysia (PEMASSA)

EDDIE ARMAN MOHD YUNOS
Pengerusi
Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK).

MEJ (B) RAZALI ALIAS
Presiden
Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).


Reformasi dah habis? 'Tak pernah terkubur,' jawab Badrulamin



Reformasi dah habis? 'Tak pernah terkubur,' jawab Badrulamin

11 July 2020

Seorang veteran Reformasi hari ini menafikan dakwaan bahawa gerakan itu kini sudah "mati" sebaliknya tetap ada cuma dalam bentuk yang berbeza.

“Reformasi tidak pernah terkubur... tidak pernah," kata Dr Badrulamin Bahron di Petaling Jaya hari ini.

Ketika mengulas isu itu, pengerusi Pro98 Reformis terbabit menggunakan analogi tersendiri iaitu proses meneroka kebun.

Kata tokoh yang turut dikenali sebagai pendakwah dan penceramah itu, Reformasi tetap ada manakala penggerakkan diibaratkan sebagai meneroka kebun.

Mereka katanya melakukan tugas itu dengan parang, cangkul dan kapak suatu ketika dulu, manakala kini kebun berkenaan sudah sudah lebat dengan buah-buahan.

Jika dulu reformis turun ke jalan raya, katanya, kini perjuangan itu diteruskan menerusi media sosial seperti kumpulan WhatsApp, Facebook dan blog.

Memandangkan Pakatan Harapan (PH) dan PKR kembali menjadi pembangkang, Badrulamin berkata mungkin kini masa yang sesuai untuk kembali menggerakakn rakyat dan menghidupkan semula semangat reformasi.

Sidang media mengenai penubuhan GRM di Petaling Jaya hari ini
“Mungkin inilah eranya. Apabila kita telah menjadi pembangkang semula. Berada di atas tak sama dengan berada di bawah.

“Tayar di atas kurang pressure (tekanan). Tayar di bawah lebih pressure. Sekarang kita berada di bawah, dan tekanan kuat, dan saya yakin pejuang-pejuang reformasi ini tak pernah gentar tak pernah luntur.

“Lagi tekan, lagi kita akan lawan, insya-Allah!” tegasnya dalam sidang media Gabungan Reformis Malaysia (GRM) di Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu pengerusi Pro98 Reformis itu diminta mengulas pandangan seorang hadirin yang berpendapat gerakan Reformasi sudah tidak lagi wujud ketika ini.

“Reformasi dah hilang, dah habis!” luah pemuda berkenaan.

Tetap menyala selagi bernyawa

Katanya lagi reformasi dalam PKR berakhir apabila golongan “lahanat kartel” dibiarkan subur dalam parti, manakala perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan sepanjang 22 bulan pemerintahan PH.

“Anak muda sekarang dah tak tahu apa itu reformasi,” kata pemuda itu lagi.

GRM merupakan gabungan yang baru dibentuk beberapa hari lalu. Ia menggabungkan 10 NGO, iaitu Persatuan Rapat Rakyat (Rapat), Pro98 Reformis, Otai Reformis, Jingga 13 Malaysia, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (Pahlawan), Gerakan Reformasi Veteran ATM, Persatuan Media Sosial Malaysia (Permassa), Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (Gasak), dan Pertubuhan Gerakan Pejaung Negara Malaysia (GMPN).

Kebanyakan NGO berkenaan memang dikenali sebagai pertubuhan penyokong tegar Anwar Ibrahim dan mendukung desakan agar presiden PKR itu dilantik sebagai perdana menteri.

Timbalan Pengerusi Otai Reformis 98, Mustapa Mansor, turut bersetuju dengan Badrulamin.

Merujuk anologi diberikan, kata Mustapa, dalam “kebun yang banyak berbuah” itu, memang ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan.

“Siapakah mereka? Mereka ini adalah elit politik yang bukan berfikir untuk rakyat, mereka fikir bagaimana untuk berkuasa.

“Reformis tidak mati. Reformasi juga tidak mati. Reformasi tetap menyala, selagi reformis masih bernyawa,” katanya.

KENYATAAN MEDIA 11 JULAI 2020

KENYATAAN MEDIA
11 JULAI 2020

MENGENAI KEMISKINAN DI MALAYSIA

Tugas asasi sebuah kerajaan adalah menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Segala yang dilakukan oleh kerajaan – membina jalan, taman sekolah, hospital, memastikan keselamatan orang ramai terjaga, mengambil langkah drastik untuk menghentikan penularan penyakit – adalah untuk menghindarkan rakyat dari kemudaratan.

Isu paling kritikal yang sedang negara kita hadapi adalah kegagalan untuk menangani jutaan rakyat kita yang berada di paras kemiskinan. Wabak Covid-19 sebenarnya telah menghadapkan kita dengan realiti tersebut. Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rata-rata rakyat hampir tidak bersedia dengan simpanan.

Golongan B40 bergantung pada upah harian atau mingguan, sementara golongan M40 turut mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan tanpa pekerjaan.

Pada Ogos 2019, pelapor khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kemiskinan dan hak asasi manusia, Philip Alston, telah menyampaikan dapatan beliau ke Malaysia di mana beliau mempersoalkan dakwaan kerajaan bahawa paras kemiskinan di Malaysia adalah kurang daripada 1% rakyat.

Angka sedemikian tidak masuk akal menurutnya – sesiapa sahaja yang berjalan di sekitar Kuala Lumpur pasti akan menemukan ribuan keluarga yang menghadapi kesusahan.

Ini tidak termasuk sebahagian besar yang dipinggirkan di seluruh negara termasuk warga di Sabah dan Sarawak.

Justeru, tidak mungkin Malaysia berhasil membasmi kemiskinan sedemikian rupa, terutama saat kita meneliti kajian oleh Profesor Fatimah Kari dari Universiti Malaya.

Kajiannya pada tahun 2018 telah mendedahkan bahawa 84% daripada pesara-pesara KWSP didapati tergolong dalam kalangan miskin tegar, yakni miskin sekurangnya dalam salah satu dimensi kemiskinan dalam takrifan menyeluruh beliau terkait kemiskinan.

Dapatan Profesor Fatimah itu turut menyerlahkan bahawa kaum wanita adalah secara pelbagai dimensinya lebih miskin daripada kaum lelaki, seperti dari dimensi pengangkutan, pendapatan, pemilikan rumah dan pendidikan.

Beliau turut mendapati bahawa pesara kaum India ternyata yang paling melarat, diikuti oleh kaum Melayu.

Sebelum ini, setiap kali angka rasmi kemiskinan dicabar – kerajaan akan mengumumkan indeks baharu – seperti “indeks kemiskinan nisbi,” atau “indeks kemiskinan pelbagai dimensi.”

Kaedah baru ini ada muslihatnya – secara zahirnya dikatakan meningkatkan kefahaman kita terhadap kemiskinan – namun akhirnya yang berlaku adalah peremehan masalah besar yang sedang dihadapi.

Natijahnya, rakyat yang miskin dihadapkan dengan kegagalan berterusan oleh kerajaan dalam menangani punca sebenar kemiskinan.
 
Dalam masa yang singkat, Pakatan Harapan (PH) telah menggerakkan beberapa usaha untuk mengkaji semula kaedah penilaian kemiskinan agar pemahaman yang sahih terhadap tahap kemiskinan di negara ini dapat difahami.

Menerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen sebelumnya, saya telah mengetengahkan isu ini sebagai peranan semak dan imbang.

Kita telah mengundang pakar ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram, Profesor Rajah Rasiah dan Profesor Edmund Terrence Gomez untuk menyampaikan pandangan mereka kepada Ahli Parlimen tentang bagaimana caranya kerajaan boleh menumpukan usaha kepada pembasmian kemiskinan.

Menerusi usaha bipartisan ini, kami telah mendesak kerajaan tatkala itu untuk

(1) melakukan kajian dan semakan semula kepada takrifan kemiskinan yang lebih kontemporari serta kaedah penetapan kadar kemiskinan di negara ini;

(2) melaksanakan reformasi di dalam menangani isu kemiskinan dengan memberi penekanan terhadap pendekatan pelbagai dimensi seperti elemen jangka hayat, kesihatan, pendidikan dan tidak terhad kepada pendefinisian kemiskinan mutlak yang melihat semata-mata dimensi kewangan dan pendapatan;

(3) memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan program pembangunan yang berkesan, mengelak ketirisan dan salah guna kuasa;

(4) merangka dasar ekonomi yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara seimbang dan menggalakkan agihan kekayaan yang adil dan inklusif yang menjurus kepada kumpulan sasar.

Kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menilai masalah kemiskinan amat penting. Sekiranya kerajaan benar-benar percaya terdapat kurang daripada 25,000 orang miskin di negara ini, maka kemiskinan tidak akan menjadi keutamaan mereka, dan natijahnya kerajaan akan mengalihkan perbelanjaan yang selayaknya kepada sektor lain.

Sebaliknya, jika kita sebagai rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa mungkin terdapat kira-kira 6-8 juta rakyat di negara kita yang hidup dalam paras kemiskinan atau hampir dengannya, termasuk kaum Melayu, dan bumiputra Sabah dan Sarawak, maka keputusan kerajaan tentang cara untuk memperuntukkan dana dan sumber negara untuk jaring keselamatan sosial, penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur akan jauh berbeza.

Untuk sebuah negara berpendapatan sederhana yang kaya dengan hasil mahsul semulajadi, saya berpendapat ia sangat tidak masuk akal bahawa tahap kemiskinan kita begitu tinggi.

Kita mesti mempersoalkan mengapa setelah 60 tahun merdeka, dan empat dasawarsa polisi pengagihan pendapatan, kita masih mencatatkan kadar kemiskinan sedemikian rupa.

Mencapai status negara berpendapatan tinggi sambil mengabaikan nasib jutaan orang akan tidak bermakna apa-apa – sebuah kemenangan sendu buat negara.

Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak bulan Mac yang lalu dalam membela nasib orang Melayu? Mereka telah mendirikan sebuah kabinet menteri yang besar yang menelan belanja tambahan RM 7.6. juta setahun.

Mereka telah melantik ahli-ahli Parlimen yang sudah pun punyai elaun yang besar sebagai pengarah di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dengan pelantikan tersebut, mereka telah menafikan golongan profesional yang berkelayakan daripada mengetuai GLC, termasuklah golongan korporat Melayu yang berintegriti, dan pada masa yang sama menebalkan kocek ahli-ahli Parlimen dan membeli kesetiaan.

Saat membahaskan mengenai tatakelola yang baik – PN menanam tebu di bibir, kononnya bertekad tegas memerangi rasuah.

Namun, persekongkolan mereka dengan pemuka-pemuka parti pemerintah sebelum ini tatkala jutaan saham Bumiputra dilesapkan, berhektar tanah Bumiputra dijual dan dijarah, dan ketika berlonggok skandal mega berlaku, saya kini mempersoalkan apakah kepentingan orang Melayu akan benar-benar terpelihara di bawah pentadbiran ini.

Pemulihan Malaysia daripada krisis Covid-19 tidak wajar diukur daripada segi pertumbuhan KDNK sahaja. Apabila kerajaan melakukan sedemikian, ia hanya akan mengulangi kesilapan lampau.

Kadar pemulihan mestilah diukur secara menyeluruh agar Malaysia muncul lebih kuat, lebih berdaya tahan dan lebih adil.

Adakah jurang pendapatan antara kaya dan miskin semakin melebar atau tidak? Apakah kadar pekerjaan belia Malaysia? Sejauh manakah kejayaan sektor PKS kita? Ini adalah persoalan asas yang mesti ditangani.

Tuntasnya, ini bukan sekadar persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh ahli ekonomi semata-mata. Yang melaksanakan dasar di negara kita pada akhirnya adalah ahli politik jua.

Maka untuk itu ahli politik perlu saling melengkapi. Mereka mesti hadir ke Parlimen dengan segala persediaan rapi untuk membahaskan undang-undang yang akan mencorak masa depan negara untuk tahun-tahun mendatang.

Dalam sebuah negara demokrasi, kita bertanggungjawab untuk menjalankan amanah dengan telus serta berani menerima kritikan rakyat.

Namun malangnya, apa yang kita saksikan pada hari ini adalah watak-watak politik yang terus mengabaikan tanggungjawab mereka pada Parlimen, mengatur helah dan muslihat di balik pintu, memperkosa media dan membawa negara ke lembah kebinasaan.

Tidak syak lagi pada hari ini kita memerlukan sebuah kepimpinan baharu yang akan menyatukan negara ini, dan yang akan melonjakkan negara ke satu tahap yang lebih sejahtera dan sentosa untuk semua.

ANWAR IBRAHIM

(Foto: NST)

BILA JADI KERAJAAN BANYAK BENDA PAS FAHAM…

SAYA SEDIA AJAR TAKIRI TANAM BULUH, KATA TERESSA KOK



“Sekiranya YB Ust Dr Khairuddin Takiri ingin mendapat pandangan dan cadangan saya tentang perlaksanaan penanaman buluh ataupun isu-isu lain di bawah kementeriannya, saya akan sudi membantu.”

Demikian kata Teresa Kok, bekas Menteri Industri Utama ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Khairuddin Takiri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang menyebut kementeriannya akan menjadikan industri buluh sebagai ‘game changer’.

Menurut Teresa, beliau gembira Khairuddin meneruskan dasar dan halatuju penanaman buluh yang ditetapkan oleh beliau dan Lembaga Industri Kayu-Kayan (MTIB) pada tahun lepas.



“Saya percaya Menteri baru ini sedar kenyataannya yang membidas cadangan saya pada tahun lepas (3 Mac 2019) adalah kurang cerdik kerana beliau tidak dapat gambaran yang jelas berkenaan cadangan penanaman buluh secara besar-besaran.

“Selain itu, beliau mungkin tidak tahu laporan bertajuk “Lupakan Sawit, Tanam Buluh” yang disiarkan di Utusan Malaysia waktu itu sebenarnya diputar-belitkan oleh pihak akhbar pada waktu itu,” katanya.

Dalam mesyuarat Kabinet semalam, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah memaklumkan status pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru dalam sektor agrikomoditi.

Dalam satu kenyataan medianya, Khairuddin memaklumkan, sais pasaran global produk buluh dianggarkan berjumlah USD68 bilion pada tahun 2018.


Namun eksport negara hanya RM9 juta pada tahun 2019, kata beliau dalam kenyataan media bertulis yang dikeluarkan kementeriannya semalam sebaik sahaja selepas mesyuarat mingguan Kabinet.

“Oleh itu, industri buluh mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan dan dimajukan di negara ini,” kata AJK Pas Pusat itu.


GPS TAK MINAT LAGI PERJUANGKAN SARAWAK FIRST?

AZHAR HARUN LETAK JAWATAN, BERAKHIRKAH REFORMASI SPR?