LAGI CERITA TENTANG GALAH SEJENGKAL



Kali ini saya nak bercerita lagi tentang kisah galah sejengkal yang dibangkitkan oleh Dr. Maszlee Malik pada minggu lepas.
Ini kerana kisah tersebut masih diperkatakan di mana-mana, walaupun Dr. Maszlee terlihat seperti sudah tidak mampu lagi berhujah berkenaan dengannya, di sebalik ramai yang tidak setuju terhadap pandangan beliau itu.
Memang tidak dinafikan kalau kita ada galah yang tidak cukup panjang untuk memetik buah-buahan di pokok yang tinggi, adanya galah sejengkal sebagai tambahan tentu saja merupakan bantuan yang cukup bermakna.
Tetapi, adanya galah sejengkal itu tidak seharusnya menafikan sama sekali kedudukan atau keberadaan galah sedia ada yang lebih panjang daripada galah sejengkal itu.
Tidak harus hanya kerana adanya galah sejengkal itu, maka sumbangan atau bantuannya lebih diperbesar-besarkan melebihi galah lebih panjang yang sedia ada.
Hakikatnya, meski pun galah sejengkal itu penting untuk membantu galah yang tidak cukup panjang memetik buah-buah yang ranum, namun tanpa adanya galah yang tidak cukup panjang tadi, galah sejengkal langsung tidak bermakna apa-apa.
Hanya kerana adanya galah yang yang tidak cukup panjang, tetapi lebih panjang daripada sejengkal itulah yang menjadikan galah sejengkal ada sedikit nama untuk dihargai.
Cuba galah sejengkal hanya berkawan dengan sesama galah sejengkal yang lain, adakah sesiapa mahu memandang dan menghargainya?
Sebab itu, galah sejengkal tidaklah boleh berlebih-lebih dalam membangga diri tentang kedudukan dan peranannya.
Peranan galah sejengkal hanya menjadi penting apabila ada galah lain yang lebih panjang, tetapi tidak cukup panjang untuk memetik buah di pokok yang tinggi.
Kalau galah sudah cukup panjang untuk memetik buah-buah di pokok, galah sejengkal langsung tidak dipandang orang.
Itulah realitinya.
Selain itu, kalau kita ada galah yang panjang namun tidak cukup panjang untuk memetik buah-buah di pokok yang tinggi dan hanya dengan bantuan galah sejengkal barulah buah-buah itu dapat dipetik, siapakah yang berhak menikmati pembahagian buah-buahan yang lebih banyak?
Adakah galah panjang yang tidak cukup panjang itu atau galah sejengkal tadi?
Jika Dr. Maszlee ada sepokok rambutan yang banyak berbuah dan galah yang dimilikinya tidak cukup panjang untuk memetik buah-buah yang sedang ranum, lalu hanya dengan bantuan galah sejengkal daripada jirannya barulah dapat dipetik semua buah-buah yang ada, apakah beliau sedia memberi bahagian yang lebih banyak kepada jirannya berbanding dirinya sendiri?
Sediakah Dr. Maszlee menjawab persoalan ini secara jujur dan ikhlas? 

(Shahbudindotcom 16/06/2020)



KEMELUT POLITIK: MALAYSIA PERLUKAN PERMULAAN BARU - NIK NAZMI



Walaupun sejak beberapa minggu kebelakangan ini cerita berkenaan Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan semula hangat diperkatakan, apa yang paling diharapkan oleh rakyat Malaysia sekarang adalah satu permulaan baru yang dipenuhi harapan.

Saya ingin membawa anda semula kepada sebuah kisah yang pernah satu ketika dahulu dilihat “mustahil”. Kita berjaya menumbangkan Barisan Nasional ketika PRU14. Semua ini berlaku kerana Pakatan Harapan berjaya memberikan “harapan” kepada rakyat. Kita dipilih menjadi kerajaan bukanlah semata-mata disebabkan individu atau parti politik, tetapi harapan yang kita telah tawarkan sehingga rakyat berani mengambil keputusan untuk menumbangkan kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 50 tahun.

Kita tidak harus melupakan perjuangan kita untuk sentiasa mengangkat martabat rakyat dan membantu mereka yang memerlukan. Dalam kempen-kempen yang kita jalankan, kita tak henti-henti melaungkan kalimah – suara rakyat, suara keramat. Harapan baharu yang kita ingin bina seharusnya bertunjang kalimah ini; mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi rakyat.

Pakatan Harapan juga diberikan mandat kerana rakyat sudah muak dengan Barisan Nasional yang terkenal dengan rasuah dan pemimpin-pemimpin mereka yang boros berbelanja. Apabila kita diberi mandat, rakyat ingin melihat kita bebas dari rasuah dan mereformasikan institusi untuk mendapat kerajaan yang bersih. Harapan yang menggunung inilah yang menyebabkan rakyat memilih kita.

Malangnya, sesetengah pemimpin Pakatan Harapan bermain-main dengan harapan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat. Mereka mempersendakan manifesto PRU14 dengan pelbagai alasan yang sesekali tak masuk akal. Keadaan ini telah membangkitkan kemarahan rakyat, dan menyebabkan harapan yang subur tadi kembali pudar. Kita tewas dalam beberapa PRK, hilang sokongan bukan saja masyarakat Melayu (ketika dipimpin pemimpin yang dikatakan didokong masyarakat Melayu) malah masyarakat bukan Melayu.

Kita memang ada melaksanakan sebahagian besar manifesto kita, tetapi kita memperlekehkannya. Saya percaya jika kita mempertahankan semangat manifesto dan berkomunikasi dengan lebih baik, kedudukan kita akan lebih baik.

Selain itu, masalah transisi kuasa yang dari Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim telah menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dari situasi ini sedangkan indikasi 1-2 tahun telahpun diberikan kepada umum.

Memandangkan tiada mekanisme yang jelas dan berlaku dolak-dalik dari segi tarikh, pihak yang tak bertanggungjawab telah melakukan perancangan rapi untuk melaga-lagakan kedua tokoh ini, dan akhirnya telah menyebabkan kejatuhan Pakatan Harapan.

Faktor bermain-main dengan manifesto PRU14 dan kegagalan untuk merangka plan transisi peralihan kuasa telah menyebabkan kita kalah pada perancangan rapi mereka yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa.

Untuk bergerak ke hadapan, Pakatan Harapan dan Malaysia perlukan permulaan yang baru, kita perlu belajar dari semua kesilapan yang kita lakukan sebelum ini. Kita tidak boleh menjadikan pisang berbuah dua kali, tapi kita boleh menanam buah-buah baru untuk berikan kepada rakyat.

Retorik Melayu malas yang diratib berulang kali, kemudian melaungkan pula Maruah Melayu kelihatan aneh dan janggal. Yang malas ialah tauke-tauke besar yang rapat dengan penguasa. Rakyat di bawah – Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan – terpaksa bekerja keras untuk sesuap nasi.

Kita perlu dasar dan polisi yang mencakupi semua yang tentunya akan menyatukan rakyat yang berbilang kaum. Kita perlu mentadbir negara dengan polisi ekonomi yang saksama, dan memastikan rakyat yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa akan dibantu. Bila rakyat dibawah mendapat pembelaan, retorik perkauman akan semakin lama, semakin pudar tarikannya.

Harapan seperti inilah yang perlu ditanam dalam jiwa rakyat, jika kita berhajat ingin mendapat mandat dan menjadi kerajaan yang baik.

Dengan penurunan had umur mengundi ke 18 tahun, sudah tentu suasana politik Malaysia akan berubah. Pengundi muda pada hari ini kebanyakannya telah muak dengan permainan politik yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat. Dengan akses mereka kepada teknologi dan Internet, sudah tentu mereka dapat melakukan perbandingan yang kritikal. Jika kita gagal menawarkan harapan baru kepada mereka, sudah tentu mereka tidak akan memilih kita.

Mengapa susah sangat untuk diberikan peluang kepada Anwar? Dari 1998 sehingga hari ini, apa tohmahan yang tidak dikenakan ke atasnya: untuk audiens Melayu dikatakan beliau terlalu liberal. Untuk kelompok liberal, diulang-ulang latarbelakang aktivismenya mendaulatkan Islam dan mendaulatkan Bahasa Melayu yang dikatakan ekstrem. Dikatakan Anwar ini gila kuasa.

Yang pasti, beliau belum berpeluang menjadi PM. Yang pasti, beliau tidak memilih jalan mudah selama ini hingga dipenjara lebih sedekad. Yang pasti beliau ditawar untuk tinggalkan sekutu dalam Pakatan Harapan untuk mendapat kuasa, tetapi menolaknya. Agak aneh untuk seorang yang begitu terdesak untuk kuasa berbuat demikian.

Kebanyakan pimpinan UMNO yang keluar parti cuma berani mengasaskan klon UMNO: parti Melayu Islam. Hanya Onn Jaafar dan Anwar berjaya membina parti pelbagai kaum. Onn Jaafar memilih kembali mengasaskan parti Melayu selepas IMP gagal. Tetapi disebalik pelbagai cabaran KEADILAN menjadi pemain besar dalam politik Malaysia: parti pelbagai kaum yang majoritinya Melayu. 

Beri peluang kepada Anwar, selaku Ketua Pembangkang dan ketua parti dengan 38 kerusi untuk mengambil alih tampuk kuasa untuk melihat sejauh mana beliau dapat tunaikan bukan saja janji-janji Pakatan Harapan tetapi juga potensinya sebagai PM.

Malaysia perlukan permulaan yang baru, Pakatan Harapan dapat memberikan harapan itu. Cuma, untuk melakukan semua itu, kita memerlukan keazaman politik yang kuat, dan berani belajar dari kesilapan lepas.


*KENAPA MARAH PAS?*


Berhenti burukkan PAS! | Malaysia Sejahtera
1. Ada orang tanya aku, awak enta marah sangat dengan orang PAS, padahal enta dulu ahli PAS, pernah jadi pemimpin PAS dan wakil rakyat PAS?

2. Aku tak marah semua orang PAS apatah lagi membenci. Adik-beradik aku masih ramai orang PAS, begitu juga kawan². Aku sayang mereka sekurang²nya sebagai saudara seagama.

3. Habis tu, kenapa enta asyik serang orang PAS? Pertama, kerana orang PAS sering serang aku. Kalau aku tunjuk semua tangkap layar messenger orang PAS kepada aku, hhhhmmmm....!

4. Aku tahu, orang yg mesej secara peribadi tu kadang² mengikut emosi dan bukanlah pemimpin PAS. Tetapi mereka dengan bangga mengaku mereka orang PAS. Dan memang mereka pentaksub PAS.

5. Kedua, pentaksub PAS banyak membawa mesej agama dalam bentuk yang tidak mendamaikan hubungan sesama manusia dan memburukkan wajah agama.

6. Lihat saja kenyataan Presiden PAS dalam Tweeter. Dia kata, orang Islam sejahat mana pun taubatnya diterima dan mati masuk syurga. Orang kafir, baik macam mana pun masuk neraka.

7. Kenyataan itu membawa imej negatif kepada Islam. Seolah-olah agama Islam membenarkan orang Islam buat apa saja. Rasuah, seleweng, makan duit haram sebab di akhirat tetap masuk syurga kerana keislamannya.

8. Orang kafir pula, baik macam mana pun, mati masuk neraka. Kenyataan itu secara zahirnya memang betul. Tetapi implikasinya ialah, tanggapan negatif orang lain terhadap Islam.

9. Seolah-olah Islam tidak mengutamakan urus-tadbir yang baik, integriti dan akhlak. Padahal, tunggak keindahan agama adalah akhlak. Tanpa integriti dan akhlak, agama akan dipandang hodoh dan menyusahkan.

10. Ketiga, orang PAS masih tebal dgn faham takfiri. Ya, mereka tak sebut secara terang, kamu kafir atau masuk neraka. Tetapi ada perkataan lain yang membawa maksud ke arah mengkafirkan orang Islam.

11. Misalnya, aku ditanya, bila hang nak pegang dgn Islam sebenar? Bila hang nak kembali kpd Islam? Bila hang nak taubat nasuha? Hang masih kekal dengan liberal sekular? Hang tak mau masuk syurga?

12. Soalan² sebegitu bagi aku membawa maksud keraguan kepada keislaman orang lain. Itu pintu² takfiri yang sewajibnya ditutup rapat, bahkan cuba dibuka sedikit demi sedikit yang akhirnya pintu itu terbuka luas.

13. Pintu takfiri jika terbuka akan membawa pertumpahan darah dan huru-hara. Umat dan negara akan punah dgn fahaman dan amalan takfiri.

14. Cukuplah sekadar itu dulu. Ada lagi yang lain. Aku tidak ada masalah utk berbeza pandangan secara positif, tetapi aku tidak boleh menerima ketaksuban sama ada taksub kepada kumpulan atau individu.

15. Aku sayang dan raikan semua orang. Tapi jika ada yang melampau, aku akan balas balik. Awat hangpa ingat aku batang pisang yang hangpa boleh tunjai tak ketahwan lagu?

*Zola*

BAGAIMANA MEREKA CUBA MEMPENGARUHI AKU....


Nik Ismail

Dalam friendlist aku tak kurang yang meminati DS Anwar dan mahu melihat beliau menerajui pimpinan negara. Meski beberapa orang kanan beliau yang berpatah arang dan kecewa malah mengkhianati perjuangan yang beliau asaskan.

Kita mahu melihat sosok ini memerintah negara bukan kerana taksubkan beliau. Bukan juga kerana apabila Dsai naik, penulis picisan seperti aku akan mendapat habuan. Ini kerana kita mahu yg terbaik untuk negara dan rakyat ini.

Aku ada kenalan dari UMNO dan Kartel yang smpai sekarang cuba memujuk untuk bersama mereka. Mereka ini sama kawan kawan bergaduh dan bertukar pendapat. Bila sampai usaha pujuk memujuk aku tk balas mesej mereka.

Aku mahu melihat bagaimana Dsai mampu memimpin negara ke arah yg lebih baik. Beberapa badan kementerian yang beliau telah pegang dan urus dengan baik. Malah di posisi Timb PM juga prestasi beliau tak tergugah. Beliau dijatuhkan bukan masalah kredibiliti tetapi fitnah moral cubaan mengaibkan beliau. Akibat dari itu, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara.

Aku taknak ulas aktivisme Dsai ketika mahasiswa dan darah muda, juga bukan mengenai kemampuan kepimpinan beliau di negara dan antarabangsa, boleh baca di mana mana. Tetapi tulisan santai ini menegaskan bahawa aku antara jutaan rakyat Malaysia yang mahu melihat Dsai menjadi pemimpin no 1 negara. Wallahualam.

AKHRAMSYAH MUNGKIN BUTA REFORMASI...........


Abdul Manaf Syafie



1. ROH & JASAD.......

Umpama dan perumpamaan mudah untuk difahami,  gerakan dan perjuangan asal,  dimana Reformasi dan Sdr Anwar tidak boleh dipisahkan,  seperti "ROH & JASAD". Ini adalah 1FAKTA. Tidak boleh ditolak dan dinafikan.

Jasad tidak bernilai dan berharga,  bila ROH sudah berpisah dari nya.  JASAD tanpa ROH,  dipanggil MAYAT,  atau JENAZAH,  atau BANGKAI.

2. IJTIHAD yang betul......

Itu yang berlaku 22 bulan PH memerintah , bilamana Sdr Anwar bukan sebahagian dari pasukan pemerintah. Kecacatan ketara terjadi bilamana pengisian kandungan REFORMASI dalam kerajaan , tidak dibuat secara betul dan di GAGAL kan oleh Mahathir..

Usaha mereformasi sekadar melepaskan batuk ditangga oleh Mahathir,  PM ketika itu.

Tindakan Sdr Anwar menolak sebarang jawatan dalam kerajaan 22bulan PH , merupakan 1IJTIHAD yang betul.

KESENGSARAAN Sdr Anwar berada dalam kabinet Mahathir dari 1981 hingga 1998,  dan PENDERITAAN yang ditanggung selepas itu, 1998 hingga Mei 2018,  membuatkan nya kenal watak sebenar Mahathir,  dalam dan luarnya.

Tahun 1981 , dengan tajuk ISLAMISASI diumpannya Mahathir,  ketika itu Sdr Anwar Presiden ABIM,  bagi menyekat pengaruh PAS,  di era gerakan islam seluruh dunia,  yang terkesan dengan Revolusi Iran.

Mahathir juga kenal "LUAR & DALAM Sdr Anwar Ibrahim. Dulu,  kini dan selamanya,  Sdr Anwar musuh NO 1 Mahathir dan  kaum kapatalis.

3. 95+++......

Jika sekiranya terpaksa berkompromi,  demi mengembalikan MANDAT RAKYAT, Selasa ini sdr Anwar dikira wajar , walaupun terpaksa , harus menerima Mahathir sebagai PM9 6BULAN,  dan seterusnya mengambil keputusan berada dalam kerajaan , bilamana baki dan sisa umur Mahathir cuma beberapa hari lagi.

Umur Mahathir dah 95+++ [ 3 tanda 'CAMPUR' ]. PH++  [2 tanda 'CAMPUR' sahaja ] , atau PH PLUS  merujuk kepada 2 ahli bersekutu PH,  iaitu WARISAN dan FRAKSI PPBM BERSATU. Jadi LANJUT benar dah Mahathir ini.  Bukan KUBUR kata MARI,  tapi DAH READY.

Begitu juga semua MASTERMIND PENGKHIANAT sudah TIDAK berada dalam lingkaran dan sistem PH

4. PENERAPAN AGENDA REFORMASI secara HOLISTIK........

Kata Akhramsyah ,  Reformasi bergantung pada PH, bukan Anwar sebagai PM. Kenyataan di atas BETUL dan TIDAK BETUL. 

BETUL bagi dia yang tidak berada dalam gerakan reformasi. Orang tua-tua panggil JAHIL TUKIL,  atau JAHIL MURAKAB.

TIDAK BETUL,  bagi pejuang dan pendokong reformasi yang berada dan bersama,  dari awal nya lagi.

Penetapan "BATU TANDA" dan "SEMPADAN" harus dibuat oleh mereka yang ahli dalam bidang nya.

Begitulah juga dengan "REFORMASI". Menjadi 1TUGAS & TANGGUNGJAWAB Sdr Anwar untuk mengepalai proses pengisian kandungan sebenar reformasi , setelah ianya "GAGAL" dilaksanakan Mahathir,  09mei2018 hingga 01mac2020.

5. TIDAK mewarisi kegemaran AYAHANDA nya.......

Allahyarham Sanusi Junid terkenal dengan jolokan KUTU BUKU iaitu minat membaca. Menerusinya,  Allahyarham mendalami sesuatu disiplin secara mendalam dan hadam betul2.

Tetapi,  genetik itu tidak diwarisi anaknya.  Tidak ada ilmu soal Reformasi.

6. TUGAS & TANGGUNGJAWAB besar menunggu PH PLUS sekiranya,  semua "KEKUSUTAN" tentang calon PM9 diuraikan selasa ini,  seterusnya mengambil alih Putrajaya.

PERTAMA,  dan menjadi keutamaan,  semua pemimpin PPBM BERSATU,  sekiranya diterima sebagai rakan gabungan dalam PH PLUS,  didedahkan dengan INTIPATI sebenar REFORMASI.

AKHIRULKALAM.........
Jika berlaku peralihan kerajaan,  bermaksud UMNO & PAS,  muhyidin,  Azmin,  Zahid,  Najib dan Hadi Awang kecundang.  Itu lah kerosakan TERBESAR yang diperlihatkan oleh Allah swt kepada Mahathir.

Almarhum
Ustaz Fadzil Noor
ALFATIHAH

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ المُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َ�



ORANG LAMA, JAWAPAN PUN CARA LAMA, MEMANG SELAMANYA BEBAL..


BIDADARI ALKADRI

Kan da kabau... Bila yang BANGANG di angkat n bagi pegang pape jawatan, jawapan BANGANG jugak yang akan kuar dari mulut die. DULU, KINI & SELAMANYA ko punya BANGANG memang TEPU.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Hentikan cerita sokongan majoriti dan adakan PRU, gesa Nazri


Nazri Aziz kini menyokong Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA: Bekas menteri Mohd Nazri Aziz menggesa Perikatan Nasional mengadakan pilihan raya umum kilat apabila krisis koronavirus terkawal.
Nazri berkata rakyat resah memikirkan permainan antara PN dan Pakatan Harapan yang masing-masing mendakwa ada sokongan majoriti ahli Parlimen.
Permainan “ping pong” itu harus dihentikan, katanya.
“Hari ini PN kata ada sokongan dan esoknya PH kata ada sokongan dan kemudian PN membalas. Hentikan ketidakpastian ini dan ayuh kita berpilihan raya,” katanya kepada FMT.
Nazri juga menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden PPBM.
Pada 2018, selepas pilihan raya umum yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, beliau secara terbuka menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Beliau berkata PH mungkin tiada sokongan secukupnya kerana gabungan itu akan mengadakan sidang media menunjukkan akuan berkanun wakil-wakil rakyat yang menyokong mereka jika ada.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata perlu ada pilihan raya umum di peringkat Parlimen dan negeri, kerana ada ketidakpastian di peringkat negeri terutama di Sabah selepas bekas ketua menteri Musa Aman bebas daripada semua tuduhan rasuah baru-baru ini.
“Beliau barangkali lebih kuat kini. Pertama sekali, beliau ketua menteri yang sah,” tambahnya.
Beliau berkata ketua menteri semasa adalah Presiden Warisan, Shafie Apdal yang berpakatan dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Nazri mengharapkan suatu persetujuan antara PPBM, Umno, dan PAS mengenai agihan kerusi pilihan raya, kerana semua parti itu berteraskan Melayu dan mungkin mensasarkan kerusi yang sama.
“Pastikan PN ada majoriti yang kuat dan selepas itu kita betul-betul hentikan permainan ini.”
Ketiga-tiga parti Melayu itu mesti menjuarai kepentingan orang Melayu kerana “ternyata jika kepentingan Melayu-Islam tidak dijaga, seperti bawah PH, lihat apa yang terjadi,” katanya, merujuk kepada tumbangnya PH kurang 2 tahun selepas membentuk kerajaan.
Ditanya mengenai siapa yang harus ketua kerajaan, beliau berkata Muhyiddin pilihan paling popular dan beliau tunjukkan kemampuannya dalam 100 hari pertama sebagai perdana menteri. “Sudah tentu Muhyiddin.”

AGAK-AGAK LEPAS TAK HARI INI?



WAN SIDEK


Imej mungkin mengandungi: 7 orang, teks yang berkata 'KEPUTUSAN KES RASUAH DAN PECAH AMANAH BERNILAI RM3 JUTA TAN SRI ISA SAMAD LOKAP SPRM BEBAS TIDAK'


Korang rasa bebas tak hari ini? Tukang bawa bag dah dilantik Senator hasil tepuk meja...


"PELACUR POLITIK" MURAHAN MEROYAN SALAHKAN ANWAR?



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks


Sudah-sudah la Daroyah.  Kamu telah jadikan diri kamu sebagai 'pelacur politik' murahan, kamu mahu salahkan Anwar pula? 

Kalau betul Anwar itu "rubber stamp"  atau ikut telunjuk pimpinan-pimpinan lain di dalam parti, kamu telah lama disepak keluar dari parti tau tak?  Kamu sendiri tahu bahawa di dalam setiap kali mesyuarat MPP, nama kamu sentiasa disebut-sebut dan diminta oleh ramai ahli MPP agar kamu dipecat.  Aduan juga ada terhadap kamu.  Tetapi Anwar bukan pemimpin seperti yang kamu tuduh dan fitnah itu.  Beliau tidak mahu campuri urusan lembaga disiplin.

Sebab itu, tunggu punya tunggu untuk kamu dipecat, ianya tidak juga berlaku.  Kamu fikir jika kamu dipecat, kamu boleh salahkan Anwar atas sebab zalim kepada kamu kan? Akhirnya, terpaksa 'lacurkan diri" sebagai ahli politik dan lompat ke arah yang boleh beri kamu makan lebih banyak. 

Kamu yang jadi "pelacur politik",  kamu salahkan orang lain yang tidak "melanggan" kamu?  Kamu sebenarnya lambang betina jijik yang naik diangkat oleh parti tetapi sanggup jadi pengkhianat kepada mandat rakyat. 

WFAUZDIN NS



RUMUSAN AKHIR DEBAT FDI BERSAMA DS NAJIB RAZAK


NAK TAU PEMBOHONG BESAR NAJIB NI...MACAI DIA DOK SPIN MACAM ORANG BODO..ORANG CHINI MAU PERCAYA LA GAMAKNYA.NAIF...


Thank you for the traffic, DSNR... 4 postings with thousands of shares and comments 😊 Banyak daripada komen tersebut dari paid cytros via fake accounts yang panas dan terciduk with my postings. Didn’t I say I will make them work for their money?
Bagi yang tak mengikuti sangat, saya bentangkan rumusan debat saya mengenai FDI dan DIA dengan DSNR (his media team) semalam.

Ia bermula apabila saya naikkan posting mengenai prestasi FDI 2019 yang dilaporkan oleh The Star dan merujuk kepada laporan Jabatan Statistik Malaysia.
Selepas posting tersebut, DSNR buat satu posting bagi menyanggah posting saya tersebut dan bermula la episod jawab menjawab. Saya balas hujah2 team media NR melalui 3 postings selepas itu.
Apa rumusannya?
A. Benda yang dia kantoi dan dia spin/ divert:
1. “FDI tak masuk jualan aset”
- Dia akhirnya mengaku dia juga buat perkara yang sama pada tahun 2016 melalui penjualan aset IPP 1MDB kepada pelabur China. Tidak disanggah balik hujah saya selepas itu. Divert pulak ke isu lain.
2. “DIA naik tu tak bagus untuk negara”
-telah dijawab dengan article BNM dan disanggah teori yang tak berasas. Team dia tak menjawab dan divert pulak ke isu lain.
3. “Pelaburan domestik swasta”
-buat typo dan ulang perkara sama seperti dalam gambar 3 di bawah, tapi dia cakap orang lain yang tak paham. Team media dia kantoi dan terus senyap.
4. Pelaburan langsung domestik
- ada bukti tahun 2019 naik melalui approved investment yang diluluskan oleh MIDA sepertimana yang diumumkan oleh YB DS Azmin Ali baru2 ni. Dia divert katanya benda tu zaman PH je yang buat. Kantoi juga kerana zaman BN pun ada.
B. Benda yang tidak disanggah langsung (indirect admittance without rebutal)
1. Pengiktirafan Menteri Kewangan Asia paling teruk tahun 2016 oleh media antarabangsa.
2. Kewujudan kes 1MDB dan peranan Jho Low menipu dan scam DSNR.
3. NR/ Team media menggunakan doktor spin Yahudi, Paul Stadlen yang dibayar berjuta2 ringgit. Beliau sekarang yang diburu pihak berkuasa antarabangsa kerana terlibat kes penggubahan wang haram 1MDB.
Modus operandi (MO) team dia ni senang. Mereka akan hantar cytro2 berbayar menggunakan fake account untuk discredit mana-mana posting yang mencabar posting NR. Dan akan bangkitkan isu2 lain yang tak berkaitan dengan isu pokok.
Ramai yang dah lali dengan MO jelik sebegini.
DSNR tak maksum tuan/ puan.
Ada benda saya percaya he did his best for the country. Itu kita acknowledge. His policies on economy ada yang bagus. Tambah dibantu oleh PEMANDU dan banyak perunding antarabangsa. I know because I was part of the system last time.


Tapi bila dia buat slack, macam 1MDB saga, macam spinning pasal FDI ni, kita harus highlight. Tambah kalau cakap tak serupa bikin. Dan dispin2 untuk peningkan rakyat.
Benda lain yang betul, kita boleh iyakan. Simple.
That’s the core of my posting.
Wallahu a’lam dan sekian.
Salam hormat,
Liyana Marzuki


MMMMmmmmmm

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'AHMAD is cokelat @najatborden Kita nampak seorang makcik diragut dibahu jalan, seorang lelaki cina datang membantu nya Hadi awang: jangan terima pertolongan dia! Perbuatan baik dia tidak akan diterima Allah! Makcik: peragut tu macam mana? HadiAwang: kalau dia orang islam, nanti bertaubat Translate Tweet Abdul Hadi Awang @abdulhadiawa... 4d PAS berpegang dengan konsep sejahat-jahat seorang Muslim yang beriman diterima taubatnya sebaik- sebaik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada Hari Kiamat nanti. Show this thread'

JADI AHLI PARLIMEN PEKAN PULOH TAHUN, BARU NAK MELAWAT KAWASAN TAK ADA AIR.


BOB MANOLAN

Pernah jadi MB Pahang, pernah jadi PM. Wakil rakyat Pekan dah berpuluh tahun tapi baru lawat kawasan yang tiada air bersih. Dia boleh salahkan PH yang boleh dikira dengan jari memerintah. Rakyat jangan tertipu dengan manusia seperti ini.

Sebab apa dia melawat kawasan ini. Sebab anak dia nak jadi wakil situ. Sebab tu lah dia buat buat melawat kawasan situ.Gamaknya lawatan terakhir sebelum Sg Buloh.


Ada cerita kenapa saya lawat projek ini.
Saya tahu penduduk Chini menghadapi masalah bekalan air.
Masa saya PM, saya luluskan peruntukan untuk bina kolam takungan baru.
Tapi PH pulak hentikannya sebab politik.
Sama macam projek BN lain yang kita buat untuk rakyat.
Pembangunan dihentikan, projek batal, peruntukan dikurangkan.
Selepas timbul isu, terhegeh-hegeh mereka salurkan peruntukan.
Rakyat ingat. Rakyat tahu.
Apa yang kita ada sekarang hanyalah untuk jangka masa pendek dalam menangani masalah bekalan air.
Kerajaan perlu merancang dan laksanakan pelan jangka panjang juga.
Insya-Allah selagi saya ada, saya akan bantu perjuangkan untuk rakyat.

ARAK, PEMANDU MABUK DAN PROPAGANDA KAUM




1. Kecoh baru-baru ni, kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk. Kes maut pulak makin meningkat masa PKP. Dah sah-sah masa ni kilang arak dilarang beroperasi. Masih mangkuk-mangkok ni dapat bekalan dan belasah memandu ketika mabuk. Menyusahkan orang sampai bawak maut. Yang maut bukan sahaja orang ramai, penjawat awam makin ramai pula yang terkorban. Al-Fatihah buat mereka.
2. Kalau kita lihat jumlah kes yang dinyatakan oleh PM8, kes tahun 2020 sahaja iaitu dari Jan-Mei sebanyak 21 kes. Tahun 2019 yang secara total sepanjang tahun ialah 23 kes. Beliau pun bimbang dengan angka yang makin meningkat. Ini hanya takat bulan Mei. Kalau tunggu sampai hujung tahun, nescaya lagi teruk.
Kalau nak ikut perbandingan, kes tahun 2015-2017 adalah lebih tinggi daripada ketika zaman PH memerintah. Boleh dikatakan masa zaman PH lah kes pemandu mabuk ni antara paling rendah. Boleh tengok data dibawah.
3. Walaupun begitu, ketika PH memerintah dalam tempoh 22 bulan itu, kes pemandu mabuk diapi-apikan macam nak kiamat. Penunggang agama dan walaun prejudis bangsa gunakan isu ini untuk bangkitkan isu perkauman dan agama. Ada yang marah sampai doakan Menteri PH kena langgar dengan pemandu mabuk. Punya la teruk perangai. Ada kalangan pemimpin sebuah parti Islam siap sound: “Jangan budayakan arak dalam masyarakat”. Gempak gempita suruh diharamkan arak di Malaysia.
4. Namun demikian, tuan puan tengok. Sekarang walaupun jumlah kes lagi akan jadi lagi teruk daripada tahun 2019, senyap sunyi alam FB dan Twitter. Suhu perkauman dan prejudis bangsa dah menurun. Takde lagi ratib nak suruh Menteri Agama sila meninggal, takde lagi kecaman ke atas Menteri Pengangkutan. Walhal dua-dua Menteri Pengangkutan zaman PH dan PN berbangsa Cina. Sekarang isu pemandu mabuk bukan lagi dibuat isu agama dan bangsa.
5. Jadi sekarang kita dah nampak. Hiprokrasi tahap dewa yang mereka ada. Zaman sekarang, kurang dah ratib haramkan arak di Malaysia. Setiausaha Agong PAS yang juga Menteri Undang-Undang dah senada pandangan dengan bekas Menteri Pengangkutan DAP. Kaum minoriti pun ada hak. Hak untuk minum arak tak boleh di sanggah. Yang penting perlu ada kawalan yang berkesan. Namun sangat susah untuk arak diharamkan.
6. Ada seorang pensyarah kanan juga tak habis ratib kes pemandu mabuk ni salah Kerajaan dulu. Dah tukar Kerajaan pun sama je dalil beliau, PN tak salah yang salah PH dulu. Katanya sebab lembap nak bentangkan di Parlimen. Ikut pengalaman beliau la, 2 minggu draf dah boleh siap. Kenapa tak dibuat masa PH memerintah. Saya yang heran punya lah banyak kes sebelum tahun tahun 2018 dan 2019, pernah ke dia salahkan Kerajaan dulu. Pernah ke dia mendesak sampai begitu?
7. Saya juga cabar beliau kalau betul mendesak, tolong sarankan Kerajaan PN masukkan pindaan dalam Parlimen sesi Mei baru ni. Tolak tepi undi tak percaya PM8 dulu. Tapi sebab kita memang nak sekang kes pemandu mabuk, harus dan wajib bentangkan Rang Undang-Undang tersebut secepat mungkin. Takde pulak saya nampak beliau desak untuk percepatkan pindaan kepada Kerajaan PN, sesi Mei pun dah terlepas. Walhal segala draf pindaan dah ada di Jabatan Peguam Negara. Hanya tunggu kelulusan Kabinet PN untuk dibentangkan di Parlimen.
8. Apa yang Menteri Pengangkutan PN buat? Suruh pemandu mabuk ambil Grab jangan memandu. Lepas tu, buat pulak bancian awam dalam talian. Berbulan lagi ambil masa untuk buat semua tu. Draf yang pensyarah kanan cakap boleh siap 2 minggu, dah jadi makin lama dan lambat. Sampai la ni tak masuk Kabinet. Katanya nak masuk bulan Julai. Tupun kita harap sangat. Tapi pensyarah kanan UUM terus senyap. Ada satu Mufti dulu yang bising pun, sekarang dah tak banyak bunyi.
9. Jadi kita yang di bawah ni, macam biasa kena main dengan politikus haprak penggunggang agama. Dulu katanya sebab Kerajaan kafir, arak dibudayakan dalam masyarakat. Maka kes pemandu mabuk terus meningkat. La ni, Kerajaan Melayu Islam (please jangan sebut depan MCA, nanti kena hampuk) kes lagi mencanak-canak. Jadi apa cerita? Dengan sedapnya keluar dalil-dalil yang jelik didengar. Dah hilang dah ratib benda yang katanya perlu dibuat dulu.
10. Saya pernah buat suatu posting tentang isu arak yang dipolitikkan. Tuan Puan boleh baca kalau berminat. Yang ni saya hentam PH dan PN. Disensasikan isu arak untuk kelangsungan politik. Mainkan dan manipulasi sentimen rakyat untuk kepentingan mereka-mereka. Ada juga saya buat perbandingan undang-undang di negara lain mengenai arak. Harap-harap ramai yang boleh buka mata.
11. Yang pastinya, kita pengundi ni jangan cepat sangat termakan propaganda politik. Depa kata untuk bangsa dan agama. Padahal, yang paling utama hanya untuk mereka meraih kuasa. Sembang kencang dulu, bagi rakyat panas. Timbulkan isu kaum dan agama benda yang paling senang.
12. Bila dah memerintah, baru tahu langit tinggi rendah. Dah boleh kita nampak, keluar la segala dalil dan helah. Ingat, yang untungnya mereka, kuasa dah ada di tangan, jawatan dan gaji GLC dah merasa. Yang kita, menganga… terpaksa la hadap kes pemandu mabuk yang makin berleluasa.
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki