Sangat mudah berjangkit, bekas pesakit Covid-19 kongsi pengalaman


Sangat mudah berjangkit, bekas pesakit Covid-19 kongsi pengalaman
Bekas pesakit Covid-19 yang juga Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Ariffin Mamat berkongsikan pengalamannya yang pernah disahkan positif virus berbahaya itu.
Katanya, pada 5 Mac lalu beliau disahkan positif Covid-19 dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan kesihatan sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu beberapa hari lalu.
Beliau memberitahu Covid-19 sebenarnya masih boleh dirawat jika mengamalkan gaya hidup sihat serta mempunyai minda positif.
“Jadi, untuk diri kita melawan kuman, minda perlu positif dan kita kena ada harapan sembuh, jangan berputus asa.
“Kita jangan rasa sedih, takut dan menggunakan masa dengan sebaik mungkin dengan tidur yang cukup,” dipetik dari BH hari ini.
Sebenarnya, ujar beliau, tubuh akan mudah melawan penyakit apabila badan kuat dan menjaga kesihatan sebelum itu.
Mengimbas kembali detik beliau disahkan positif Covid-19, Ariffin berkata, dirinya tiada simptom seperti deman teruk dan selesema tetapi doktor mengesahkan beliau dijangkiti disebabkan ada berhubung rapat dengan individu yang lebih awal disahkan positif.
Jelasnya, beliau juga tidak diberikan ubat khusus merawat Covid-19 oleh hospital sebaliknya hanya mendapat rawatan dari simptom batuk dialaminya.
“Saya hanya batuk sikit-sikit. Virus ini sangat senang berjangkit.
“Selepas mengetahui ada kontak pada satu majlis yang saya hadiri disahkan positif, saya terpanggil membuat saringan.
“Saya juga mengambil langkah proaktif untuk mengenal pasti kontak rapat,” ujar Pak Pin lagi.

AGAMAWAN BENGGONG PERLU DIKURUNG


Miqdad Zakaria


Ana rasa agamawan bodoh perlu dikurung dalam satu bilik.. Semakin dibiar.. Semakin celaru pulak kelakuannya..

Sepatutnya agamawan islam turut bersama buat kajian bagaimana cara untuk mengatasi kuman.. Buat anti virus yang boleh membantu dunia..

Ni tidak..! Duk kalut kononnya orang yang takut kuman tak takut pada Allah..

Ya Rabbi..

Api pun makhluk Allah brader..! Tapi tak ada la pulak Masjid tengah terbakar pakat ramai² nak datang solat.. Tu orang panggil gila..!

Habis tu nak buat macam mana..?

Padamlah api tu dulu.. Lagu mana cara nak padam api.. Atas kebijaksanaan kita.. Kalau dengan air berkesan.. Maka dengan air la..

Bila api padam.. Hang nak ajak tidur kat Masjid pun orang akan datang..

Benda senang je.. Nak faham pun mudah..

😁😁

KAWALAN PERGERAKAN: RANSANGAN EKONOMI TIDAK MEMADAI TUTUP KERUGIAN

KAWALAN PERGERAKAN BUKAN PERINTAH BERKURUNG – DR DZUL

MCA TOLAK MELAYU-ISLAM, KENAPA PAS BUNGKAM?

PH 22 BULAN KENA MAKI TAK TUTUP TWITTER

CABARAN BESAR MUHYIDDIN



Mat Zahari


Kabinet MY dari kerajaan pintu belakang, PN yg paling ramai dlm sejarah kjaan persekutuan lbh bsifat sogokan wang dan laba politik bg mengukuh posisi beliau sbagai PM

Semua maklum kuasa politik beliau bakal dicabar dlm persidangan parlimen Mei dpn. Sbg king maker MY  perlu memastikn sokongan yg diperolehi tidak dikhianati di saat akhir.

Sogokan jwtn dlm kabinet meletakkn MP yg terlibat telah dikunci mati bkiblat pd beliau.

Semua kegelisahan yg kononnya dtg dari org melayu ketika PH bkuasa kini terpikul di bahu kabinet kjaan pintu blkg pimpinan MY untuk diselesaikn.

Sekali imbas tuntutan dan desakan dari org melayu itu seimbas tuntutan rakyat ke atas PH merealisasikn manifesto pru14 lalu.

Itulah cabaran terbesar MY andai mampu melepasi undi tak percaya PH seawal penggal parlimen akn dtg bmula.


MENANG ATAU KALAH SEBAGAI PRESIDEN BERSATU, MUHYIDDIN TETAP JADI BAHAN BELASAHAN MAHATHIR



Pertandingan paling menarik bagi pemilihan Bersatu Jun ini tentunya ialah perebutan jawatan Presiden antara Muhyiddin Yassin yang akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir.

Pertandingan itu lebih menarik lagi kerana kedudukan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu tidak dicabar dan beliau telah pun diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Dengan kemenangan tanpa bertanding itu, sudah pastilah Tun Mahathir lebih selesa untuk bekerja kuat berkempen bagi memastikan kemenangan anaknya.

Setelah hubungannya dengan Muhyiddin retak dan beliau kini melabelkan Perdana Menteri itu sebagai pengkhianat, keinginan terbesar Tun Mahathir sekarang tentulah mahu melihat Muhyiddin dapat dikalahkan oleh anaknya.

Bagi Tun Mahathir, meskipun kedudukannya sebagai Pengerusi Bersatu tidak dicabar, tetapi kekalahan anaknya adalah seperti kekalahannya juga.

Lebih-lebih lagi yang mengalahkan Mukhriz itu nanti ialah Muhyiddin yang sebelum ini telah berjaya membuatnya terpelanting daripada kerusi Perdana Menteri.

Bermakna, mahu tidak mahu, Tun Mahathir akan sedaya upaya berusaha memenangkan anaknya agar setidak-tidaknya sebahagian dendamnya terhadap Muhyiddin dapat dilunaskan .

Dalam waktu yang sama, kekalahan Muhyiddin di tangan Mukhriz juga akan membuatkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan terancam dengan sendirinya.

Pertama, moral Muhyiddin akan jatuh kerana beliau bukan saja tiada jawatan lagi dalam Bersatu iaitu salah satu parti yang membentuk PN sebagai kerajaan, bahkan juga kerana beliau berjaya dikalahkan oleh Mukhriz yang hanya memegang jawatan Menteri Besar Kedah.

Ia dengan sendirinya menggambarkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dalam Bersatu sudah hilang pengaruhnya.

Kedua, dengan Tun Mahathir menjadi Pengerusi dan anaknya sebagai Presiden, apa akan jadi kepada kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika Bersatu ditarik keluar daripada PN?

Dalam keadaan Muhyiddin tiada sebarang jawatan dalam Bersatu, apakah parti-parti lain yang bergabung dalam PN dapat terus meyakini beliau memegang jawatan Perdana Menteri?

Dalam pada itu, kalau pun Muhyiddin dapat menewaskan Mukhriz, hubungan beliau dengan Tun Mahathir pasti akan bertambah buruk lagi.

Oleh kerana difahami bahawa kesediaan Mukhriz mencabar Muhyiddin adalah sebagai proksi kepada bapanya, kekalahan anaknya adalah ibarat kalahnya Tun Mahathir juga ditangan Muhyiddin.

Tidak dapat tidak, akhirnya Tun Mahathir melalui kedudukan sebagai Pengerusi Bersatu akan terus mengkritik dan mengasak Muhyiddin sepanjang masa sebagaimana beliau melakukannya kepada Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak sebelum ini.

Dalam erti kata lain, sama ada Muhyiddin kalah atau menang dalam pertandingan bagi jawatan Presiden Bersatu bertembung dengan Mukhriz nanti, beliau tetap akan menjadi bahan serangan serta belasahan oleh Tun Mahathir.

Bagaimanapun, jika kalah ditangan Mukhriz, selain terus dibelasah dan ditekan oleh Tun Mahathir, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga bakal terancam.

Dalam hal ini, barangkali kesilapan paling besar Muhyiddin ialah membiarkan Tun Mahathir menang tanpa bertanding bagi jawatan Pengerusi Bersatu.

Kemenangan tanpa bertanding itu umpama memberi lesen besar kepada Tun Mahathir untuk terus menguasai Bersatu dan memberinya lebih ruang terbuka ke arah mendatangkan kesusahan kepada kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Sepatutnya Muhyiddin sendiri yang mencabar Tun Mahathir kerana dengan tindakan itu menggambarkan keseriusannya mahu menguasai Bersatu dan mengakhiri kemelut hubungannya dengan Tun Mahathir.

Jika Tun Mahathir dapat dikalahkan, maka kuranglah gangguan yang boleh didatangkannya kerana tanpa jawatan dalam Bersatu, suaranya tidaklah begitu berpengaruh lagi.

Dengan keseriusannya itu, ditambah kedudukannya sebagai Perdana Menteri berbanding Tun Mahathir yang tiada lagi jawatan dalam kerajaan, beliau mungkin lebih mudah untuk diberikan sokongan.

Dan kalau pun tidak mahu menentang Tun Mahathir, Muhyiddin sepatutnya membenarkan seseorang yang lain untuk mencabar Tun Mahathir.

Setidak-tidaknya, kalau Tun Mahathir dicabar dan beliau pula dicabar oleh Mukhriz, jalan untuk melakukan rundingan dan tawar menawar masih lagi terbuka.

Tetapi, dengan kemenangan percuma yang diraihnya, kelebihan untuk membelasah Muhyiddin dan seterusnya menguasai Bersatu melalui dua jawatan tertinggi lebih memihak kepada Tun Mahathir.

Hanya bagi jawatan Timbalan Presiden, kem Muhyiddin diyakini lebih selesa meraih kemengan apabila calonnya, Ahmad Faizal Azumu atau Peja bakal dicabar oleh Marzuki Yahya yang kini merupakan Setiausaha Agung Bersatu. (ShahbudinHusin 16/03/2020)

Sibuk main golf sampai tangguh mesyuarat Covid-19



Sibuk main golf sampai tangguh mesyuarat Covid-19
Tindakan Perdana Menteri bermain golf ketika rakyat sedang diserang Covid-19 sehingga melewatkan mesyuarat khas berkaitan wabak berbahaya itu mencetuskan kemarahan orang ramai.
Tular di media sosial beberapa gambar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa pemain golf.
Foto itu termasuklah imej Presiden Bersatu tersebut di kaki tangga sebuah lokasi dipercayai kelab golf.
Turut dikongsikan dalam banyak platform media ialah jadual permainan itu bertarikh 14 Mac lalu iaitu Sabtu.
Tertera sejumlah nama ahli perniagaan, orang kenamaan dan pemimpin kerajaan termasuklah Datuk Seri Redzuan, Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Rahim.
Membuktikan lagi kehadiran Muhyiddin pada tarikh itu ialah gambar menunjukkan beliau menyampaikan replika cek atas nama Tabung Covid-19 berjumlah RM20,000.

KENYATAAN MEDIA DSAI



KENYATAAN MEDIA

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah mengumumkan sebanyak 190 kes baharu Covid-19 yang dikesan di negara ini dalam tempoh 24 jam. Peningkatan mendadak ini adalah petanda jelas bahawa langkah tegas mesti diambil sesegera mungkin. Jika tidak, sistem kesihatan kita akan dibebankan dengan tahap penyebaran yang melampau ke seluruh negara.

Saya gusar dan bimbang melihatkan muslihat politik masih menjadi rencana utama tatkala kerajaan ini terbeban dengan penularan wabak ini. Negara-negara jiran sedang dan telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam membendung risiko Covid-19. Sebaliknya saya merasakan kurangnya tindakan segera, fokus dan ketegasan Kabinet baharu dalam mendepani krisis kesihatan dan ekonomi kini.

Atas hujah-hujah ini saya menggesa kerajaan untuk segera mengambil langkah-langkah ini:

1) bendung kadar penularan virus ini;

2) tingkatkan kebolehupayaan sistem kesihatan kita untuk mengatasi kemungkinan jumlah pesakit yang besar melibatkan pesakit-pesakit kritikal terutamanya yang kurang berkemampuan dan yang uzur;

3) mulakan langkah-langkah ransangan ekonomi dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial untuk warga yang susah dan terpinggir;

Kerajaan mesti segera menguatkuasakan peraturan-peraturan dalam meningkatkan penjarakkan sosial (social distancing) termasuk arahan yang jelas seperti menghentikan perhimpunan yang melibatkan orang ramai, dan menangguhkan sekolah-sekolah dan segala kegiatan keagamaan untuk sementara waktu.

Para majikan baik di sektor awam ataupun swasta harus membantu dalam melaksanakan polisi kerja-dari-rumah secepat mungkin.

Kita mesti memberi pertimbangan yang serius dalam memperketat penutupan kegiatan-kegiatan perniagaan dan kedai-kedai untuk sementara waktu bagi melumpuhkan penularan wabak ini.

Kita harus menggalakkan penggunaan platform-platoform e-perdagangan dan e-penghantaran untuk mengelakkan orang ramai dari tempat-tempat awam.

Larangan tambahan terkait perjalanan antarabangsa mesti diperketatkan dengan kemungkinan besar penyebaran virus ke negara-negara lain.

Saya ingin mengulangi penghargaan dan keterujaan saya kepada barisan para perawat, kakitangan, staf sokongan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus bekerja menangani krisis ini. Negara tidak mampu untuk membalas budi kalian dalam saat getir ini.

Kerajaan mesti terus memperkuat keupayaan sistem kesihatan kita bagi menampung krisis ini untuk tempoh yang pendek, sederhana dan panjang.

Pada hemat saya, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan dalam pakej rangsangan yang lalu mesti ditambah dari RM150 juta yang telah diumumkan.

Fungsi utama pakej ini adalah untuk menyegerakan program berimpak tinggi yang bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan.

Ini termasuk:

o Pertambahan kelengkapan kesihatan dan prasarana untuk hospital dan klinik-klinik kerajaan

o Penyediaan topeng muka dan cecair pembasmi untuk rakyat

o Meningkatkan pemerolehan kit ujian dan ubat-ubatan

Ingin saya jelaskan bahawa ini adalah tanggungjawab kerajaan, dan kerajaan haruslah memastikan ia tidak dibebankan pada rakyat.

Kegawatan ekonomi kini semakin menampakkan tanda-tandanya. Amatlah penting untuk kita memberikan keutamaan dalam membantu mereka yang akan terkesan dengan kegawatan ini seperti mereka yang miskin dan yang melarat.

Pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan Menteri Kewangan yang lalu Lim Guan Eng telah diumumkan sebelum gelombang kedua Covid-19. Maka inisiatif ini mesti dipanjangkan bagi mendukung Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam mendepani krisis ini.

Bukti menunjukkan langkah yang paling efektif dalam memperteguh kebajikan warga dalam krisis ekonomi seperti ini adalah melalui pembayaran tunai secara langsung.

Kementerian Kewangan juga harus meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk bulan Mei 2020 dan mempertimbangkan bayaran tambahan one-off (sekali bayar) untuk mereka yang layak.

Saya juga ingin menggesa insurans pekerja disediakan untuk para pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dengan memberi keutamaan kepada sektor-sektor yang teruk yang terkesan akibat Covid-19.

Saya juga ingin mencadangkan pengukuhan tindakan ekonomi termasuk pengecualian SST untuk semua sektor sehingga Jun 2020, dan kepada sektor yang terkesan secara langsung untuk sepanjang tahun ini; insentif/geran untuk penggunaan e-perdagangan dan khidmat penghantaran kepada semua perniagaan kecil dan sederhana dan perkhidmatan makanan dan minuman; bantuan tunai untuk IKS yang dihimpit gangguan rantaian bekalan; dan penahanan pinjaman oleh bank kepada keluarga yang berpendapatan rendah yang berdepan dengan masalah kelewatan pembayaran pinjaman.

Kesemua petanda ini mirip kepada Krisis Kewangan Asia 1997 di mana saya memainkan peranan sebagai Menteri Kewangan mengemudi negara mendepani krisis tersebut. Keputusan yang tegas dan sukar mesti dibuat segera oleh kerajaan hari ini.

Saya menggesa Perdana Menteri untuk menangguhkan segala gerak politik PPBM dan gabungannya bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada krisis yang kini sedang menjejaskan warga.

ANWAR IBRAHIM
16 Mac 2020



A Message From Selangor Covid19 Task Force



Malaysia in critical need - RIGHT MEASURES AT THE RIGHT TIME.

* Urgently implement 'Gradated Mitigation Measures' But Continue Containtment Measures to further 'Flatten the Epidemic Curve'.


* Intense #SocialDistancing like Spore & Korea, unlike Lockdown model of China & ltaly.


Advocate lntense #SocialDistancing NOT Lock Down


1. STAY HOME unless must go out for essential work/clinic visit.

2. CANCEL/Postpone any gathering more than 50 pax.
3. Employers to encourage work from home.
4. Schools to extend holidays, Universities to do online teaching.

Dr Dzulkefly Ahmad

Mantan Menteri Kesihatan Malaysia
SelangorTaskForce #STFC
16th of March 2020



Titah Sultan Selangor: Khalid tidak nafi PN kerajaan sah, tapi dibentuk melalui pintu belakang


Titah Sultan Selangor: Khalid tidak nafi PN kerajaan sah, tapi dibentuk melalui pintu belakang
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abd Samad menjelaskan istilah pembentukan Kerajaan Persekutuan melalui pintu belakang bukanlah gelaran yang menolak Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang sah.
Sebaliknya, beliau berkata, penggunaan ungkapan itu adalah cerminan bahawa gabungan Bersatu, PKR kem Azmin Ali, Umno dan Pas tersebut dibentuk melalui prosedur yang tidak berakhlak.
“Apa yang saya faham, titah Sultan Selangor itu ialah supaya kita jangan mempertikaikan kesahihan kerajaan tersebut.
“Sebenarnya, istilah kerajaan pintu belakang bukan istilah yang menolak hakikat bahawa kerajaan itu sah.
“Ini kerana, dalam ucapan Duli Yang Amat Mulia, sultan menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menggunakan kuasanya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Cumanya, istilah pintu belakang itu adalah istilah yang mengatakan bahawa kerajaan itu telah dibentuk dan ditegakkan dengan kaedah yang hina dan tidak berakhlak,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam, hari ini.
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan tohmahan berkenaan pembentukan kerajaan pintu belakang atau rampasan kuasa terhadap pentadbiran negara perlu dihentikan.
Baginda bertitah, perkara itu adalah tidak bertepatan oleh kerana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah diberi kuasa menggunakan budi bicara seperti diperuntukkan dalam undang-undang.
Tebuk atap
Dalam pada itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, menjelaskan bahawa realitinya PN juga tidak dibentuk melalui ‘pintu depan’ yang dipilih oleh rakyat untuk mendapat kedudukan sebagai kerajaan.
Kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, apa yang berlaku adalah setelah PH dipilih oleh rakyat, PN melakukan khianat dengan menguasai kerajaan pusat melalui pintu belakang.
Malah, beliau turut menjelaskan bahawa dakwaan yang mengatakan PH jatuh selepas peletakan jawatan oleh bekas Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad juga adalah tidak tepat.
“Ada yang kata PH itu roboh dengan sendiri kerana Dr Mahathir letak jawatan. Sebenarnya, Tun letak jawatan kerana telah pun dikhianati oleh pihak Bersatu bersama dengan geng Azmin Ali yang mendesak Tun untuk membawa Bersatu keluar daripada PH.
“Maka, usaha khianat itu telah berlaku yang menyebabkan Tun letak jawatan. Bila dah letak jawatan, PH dah tak cukup kerusi sebab ada yang dah bawa keluar oleh Ahli Parlimen Bersatu dan dari kem Azmin.
“Justeru, kerajaan pintu belakang ini sah tetapi ianya merupakan kerajaan yang tidak mendapat mandat daripada rakyat. Dia masuk melalui pintu belakang ataupun tebuk atap,” kata Khalid lagi.

RAGAM MN ..JOM DENGAR PENDAPAT MEREKA


Mohd Nizam.



Ragam Muafakat Nasional.
Ketika PAS bergembira dapat kerajaan dan anggap ianya suatu anugerah, UMNO anggap kabinet Perikatan Nasional bermasalah dan berat sebelah.

1. Anuar Musa - harap Parliman dibubar untuk bentuk Kerajaan Pintu Depan.

2. Azalina Othman - Pimpinan UMNO sepatutnya diberi Menteri Kanan.

3. Bung Mokhtar - Kecewa kerana tiada kuota menteri dari UMNO Sabah.

4. Tajuddin Abd Rahman - Tak puas hati Azmin jadi 'Orang Nombor 2'.

5. Shahrir Samad - tak puas hati komposisi kabinet PN.

6. Khir Toyo - Kabinet Muhyiddin Kabinet Hadiah.




KERAJAAN MELAYU ARAHKAN BEGINI?ANDA DAPAT BAYANGKAN JIKA INI DI ERA PH.



Nizam Aka



Bab ini,memang aku tentang walaupun keputusan itu dibuat melibatkan Menteri Agama dan Dr Maza..Inikah ini cara-cara  geng Kerajaan Baru Pintu Belakang berfikir?

Isunya apa perlu masjid ditutup 10 hari?Adakah data menunjukkan masjid dan rumah ibadat orang-orang  Islam yang menjadi punca bermula wabak covid-19 ini?

Adakah perhimpunan di masjid sahaja yang akan menyebabkan wabak covid 19 itu merebak? Perhimpunan di tempat-tempat lain tidak akan menyebabkan wabak merebak terutama di tempat-tempat berlakunya maksiat?

Kenapa takut sangat nak buat larangan yang sama terhadap kasino,kelab malam,kelab dangdut,bar dll?Berapa sangat jumlah yang hadir untuk solat jemaah di satu-satu masjid jika nak dibandingkan kehadiran di tempat- hiburan itu?

Berpuloh kali ganda ramai di sana jika nak dibandingkan dengan kehadiran di masjid..
Bila kamu menjadikan masjid sebagai tempat larangan untuk berhimpun kerana bimbang wabak covid 19,apa persepsi mereka-merka terhadap rumah ibadat org Islam?

Sepatutnya kamu lebih mengalakkan umat-umat Islam supaya beramai-ramai ke masjid untuk solat berjemaah 5 waktu sambil berdoa supaya Allah Taala menjauhkan wabak ini terhadap rakyat M'sia..

 dah Atau kamut yakin doa orang solat berjemaah akan dimakbulkan oleh Allah Taala?
Inikah cara dan kaedahnya kerajaan baru pintu belakang menangani isu wabak ini walaupun hampir keseluruhan menteri kabinetnya berbangsa melayu dan beragama Islam?

Nasib baik arahan ini datang dari menteri agama dan mufti-mufti  termasuk Dr Maza..Apa akan jadi jika arahan menutup masjid itu datang dari menteri di kalangan pemimpin DAP?agak-agak berapa kontena maki hamun caci cerca yang menteri DAP itu bakal telan?

Tak mustahil akan timbul ketegangan kaum.. Pendekata berasap-asap dalam media internet kutukan dan makian dari  geng-gang pasmno..Akan keluarlah perkataan-perkataan kafir,Harbi,munafik, Firaun,musuh Islam dan macam-macam makian lagi..

Maklumlah inikan Kerajaan Baru Melayu Islam..
Yang pasti,semuanya ini salah DAP...umpas sila hadap...




KEH..KEH..KEH..JANGAN PANIK.


Ibrahim Mat Isa

Jika keadaan covid19 makin parah dan perintah berkurung terpaksa dikenakan, apa langkah anda?

1. Jangan panik.
2. Masuk dapur, check barang keperluan untuk mamam dan buat catatan.
3. Terus ke kedai, mall, supermarket, atau kedai Acheh dan beli stok simpanan makan untuk tempoh DUA MINGGU. Biasanya orang bekerja tahu adjust pembelian ni.
4. Isi minyak kereta anda full.
5. Bagi mesej atau telefon adik beradik dan sahabat handai nyatakan di mana lokasi anda berkurung.
6. Lepas itu diamlah di dalam rumah, lakukan aktiviti macam biasa, solat macam biasa, puasa Isnin Khamis, siram pokok, teruskan hobi dan berbual mesra dengan jiran anda.

Anda tentu seronok kan? 😁😂
Selamat menikmati zaman bala ketika pemerintahan kudeta. Sekian 😎 Aim


LEBIH BAIK MAHATHIR JANGAN BERTANDING.SERAHKAN SAHAJA BERSATU PADA MUHYIDDIN



Tidak sampai dua minggu masa berlalu selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah, Tun Mahathir Mohamad kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin menyokong kepimpinan Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri.

Bermula dengan mengatakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin tidak akan berjaya dan kemudian yakin Presiden Bersatu itu mampu bertahan sehingga PRU15, Tun Mahathir juga menyambut baik pembentukan kabinet yang baru diumumkan minggu lalu.
Ia tentunya, antara lain kerana Muhyiddin tidak menyenaraikan nama beberapa pemimpin UMNO yang terkait dengan kes rasuah dan sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah dalam barisan kabinetnya.

Walaupun belum menyokong secara berterus terang atau sepenuhnya, tetapi itulah yang tersirat daripada kenyataan-kenyataan Tun Mahathir dalam beberapa hari sebelum ini.

Tambahan lagi, dalam beberapa kenyataannya juga Tun Mahathir semakin menyerlahkah isi hatinya menolak dan tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, walaupun beliau sendiri sudah terbuang daripada jawatannya.

Untuk sementara waktu, hasrat Tun Mahathir mahu menolak Anwar itu sudah pun tercapai, setidak-tidaknya sehingga PRU15 akan datang.

Namun demikian, berhubung kedudukan Bersatu dalam PN yang kini membentuk kerajaan dan hubungannya dengan Muhyiddin, Tun Mahathir berkata,!perkara itu akan diselesaikan dalam Perhimpunan Agung parti pada Jun ini.

Sepertimana yang kita sedia maklum, walaupun Muhyiddin adalah Presiden Bersatu dan Tun Mahathir merupakan Pengerusi, kuasa sebenar memimpin dan mengetuai parti adalah terletak di tangan Pengerusi.

Meskipun hanya petang ini baru diketahui siapa yang akan menawarkan diri bertanding semua jawatan dalam MPT Bersatu kerana hari ini 16 Mac adalah hari untuk calon-calon mendaftarkan pencalonan bagi jawatan yang ingin ditandingi, berdasarkan kenyataan Tun Mahathir yang mahu hubungan beliau dengan Muhyiddin diselesaikan dalam Perhimpunan Agung, adalah jelas beliau mahu terus mempertahankan jawatannya.

Sesuai dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri dan mahu menguasai Bersatu pula, Muhyiddin turut dilapor dan diyakini akan menawarkan diri bertanding jawatan Pengerusi juga.

Jika itu berlaku, bermakna akan berlaku pertembungan antara Tun Mahathir dengan Muhyiddin bagi merebut jawatan Pengerusi Bersatu.

Kekosongan jawatan Presiden, dengan itu sudah pasti akan membuka ruang kepada Mukhriz Mahathir yang kini merupakan Timbalan Presiden Bersatu untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut.

Seterusnya, paling mungkin Redzuan Mohd Yusof atau Pak Wan yang merupakan penyokong kuat Muhyiddin dan kini merupakan Menteri Tugas-Tugas Khas akan berlawan dengan Mukhriz bagi jawatan Presiden Bersatu.

Dengan dua jawatan tertinggi itu bakal dipertandingkan, satu daripada kem yang berada dalam kerajaan dan satu lagi kem yang berada sebagai pembangkang, tidak dapat tidak, pemilihan Bersatu Jun nanti pasti sengit dan menarik.

Jika gandingan Muhyiddin dan Pak Wan yang menang, kedudukan PN sebagai kerajaan barangkali tidak berdepan sebarang masalah, malah tentunya akan menjadi bertambah kukuh.

Masalah hanya akan timbul jika gandingan Tun Mahathir dan anaknya, Mukhriz berjaya menguasai Bersatu dan membuatkan Muhyiddin terkeluar daripada menguasai Bersatu.

Mampukah Muhyiddin bertahan sebagai Perdana Menteri tanpa sebarang jawatan dalam parti, sebaliknya hanya sebagai Ahli Parlimen biasa saja?

Lebih parah, apa jadi selepas itu jika Tun Mahathir membuat keputusan mengumumkan Bersatu keluar daripada PN dan tidak mahu bekerjasama lagi dalam entiti kerajaan itu?

Memang pelbagai kemungkinan buruk yang sukar dijangka bakal berlaku jika Muhyiddin kecundang, tetapi semua itu hanya akan menjadikan suasana politik negara terus bertambah kalut dan serabut jadinya.

Jika sebelum ini, ia dikalutkan dengan keengganan Tun Mahathir bertegas mengenai peralihan kuasa kepada Anwar dan kemudian secara tiba-tiba meletakkan jawatan yang membuatkannya terhumban kehilangan sokongan, kekalutan politik yang berlaku seterusnya ini, yang nyata ia adalah disebabkan oleh Tun Mahathir juga sebagai pencetusnya.

Kalau dikira dengan pelbagai cetusan kekacauan yang dilakukannya sebelum ini, termasuk semasa berkuasa selama 22 tahun dengan bermusuh dengan tiga timbalannya, menjatuhkan Pak Lah dan menumbangkan Najib, terlalu banyak ketidakstabilan dalam negara dicetuskan oleh beliau sebenarnya.

Apakah dalam hal ini Tun Mahathir mahu dikenali sebagai pencetus kekacauan dan huru hara dalam politik sehingga ke hujung nyawanya?

Untuk itu, sesuai dengan kenyataannya bahawa undi tidak percaya kepada Muhyiddin tidak akan berjaya serta yakin Perdana Menteri mampu bertahan sehingga PRU15 akan datang, adalah lebih baik Tun Mahathir tidak lagi menawarkan diri untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan Bersatu Jun depan ini.


Beliau mesti membuktikan kata-katanya itu sebagai kenyataan yang boleh disaksikan bukan merupakan omong kosong dan perlu menyerahkan Bersatu kepada Muhyiddin sepenuhnya menguruskan parti itu.

Sepadan dengan kedudukan Muhyiddin kini adalah Perdana Menteri, jawatan Pengerusi Bersatu juga perlu dipegang olehnya demi kestabilan kerajaan PN yang sedang diketuainya.

Menuju usia 95 tahun, sekarang adalah masa terbaik untuk Tun Mahathir bersara saja, biarkan Muhyiddin mentadbir negara ini tanpa menerima nasib seperti Pak Lah atau Najib sebelum ini.

Dalam PRU15 nanti, biarlah rakyat membuat penentuan semula siapa Perdana Menteri yang mahu mereka pilih tanpa sebarang elemen atau kacau ganggu daripada beliau lagi.

 (ShahbudinHusin 16/03/2020)



Kejutan terbaru dari Ezam Md.Noor " Saya bersedia kembali kepangkuan PKR"

PENJELASAN : PKR PAHANG TIDAK LUMPUH. HANYA LIMA KETUA CABANG YANG ISTIHAR KELUAR PARTI (LEBIH AWAL DIPECAT) TIDAK MAMPU GOYAHKAN KEADILAN PAHANG





Di Pahang ada 14 Cabang Keadilan.  Daripada jumlah tersebut, hanya ada 5 Ketua Cabang iaitu Paya Besar, Pekan, Rompin, Bentong dan Bera (KC lebih awal dipecat atas tuduhan rasuah).  Kesemua Ketua Cabang tersebut tidak mampu membawa separuh pun dari AJK Cabang masing-masing. 

Bahkan, sebelum program pengistiharan keluar parti yang dibuat di Bera semalam, MPN Pahang lebih awal mencadangkan pemecatan kesemua Ketua-Ketua Cabang tersebut.  Maka, program semalam sekadar program makan dedak dan sesi bergambar.  Tiada kejutan langsung!!

Tiada satu Cabang pun yang lumpuh akibat perbuatan kartel khianat ini.  Kalau di peringkat Pusat, ada yang sokong semburit, pelik apanya di Pahang ada yang ikut orang yang dipecat atas tuduhan rasuah?  

Pengkhianat memang tidak pernah fikir soal maruah.  Cuma sedikit sedih kerana ada di antara mereka yang berjuang lama tapi akhirnya tunduk kepada hasutan semburit.  Semburit yang untung dapat jawatan besar dalam kerajaan pengkhianat ini, kamu pula dapatlah makan kenduri semalam dan RM 50 duit minyak. 

Keadilan Pahang masih lagi sedang menjejaki beberapa pengikut pengkhianat bagi membersihkan parti. 

WFAUZDIN NS