*Konspirasi Liwat 3 Ditaja oleh Daulah Terpendam?*

*Konspirasi Liwat 3 Ditaja oleh Daulah Terpendam?*

Ini soalan yang banyak ditanya oleh rakyat Malaysia.

Tuduhan Yusuf Rawther hanya tuduhan yang tiada bukti jelas. Tiada rakaman. Tiada video. Tiada pengakuan.

Namun pihak Polis begitu effisyen dan cepat bertindak sehingga boleh ke rumah Anwar Ibrahim untuk menyiasat lokasi yang dikatakan kejadian berlaku.
Padahalnya, kes cabul terutama melibatkan orang lelaki tidak lah mendapat perhatian yg besar dari pihak PDRM. (Rujuk gambar di sebelah)

Tapi kali ini nampaknya begitu teliti perhatian yang diberikan oleh polis kepada Anwar Ibrahim.

Adapun layanan ini jauh berbeza dengan Azmin Ali.

Di dalam kes Azmin Ali, lengkap dengan video yg warna serta suara dan alibi. Di sokong pula dengan video CCTV.

Kalau Yusuf Rawther dikatakan telah mengaku, maka Haziq juga telah mengaku.

Namun, Azmin tidak dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan. Polis tidak turun ke Hotel Sandakan utk menjalankan apa-apa siasatan pun. Malahan, tiada apa2 siasatan rasmi pun berkenaan isu Azmin Ali.

Seeprtinya pihak Polis sedang bersungguh-sungguh utk melindungi Azmin Ali.

Dan sepertinya pihak polis bersungguh-sungguh utk memfitnah Anwar Ibrahim.

AZMIN ALAT DAULAH TERPENDAM?

Pada hemat Tulang Besi, Azmin Ali dihantar oleh Daulah Terpendam sejak tahun 1998 lagi utk menyusup dan mengawal PKR.

Ini kerana PKR adalah saingan terus kepada Barisan Nasional dan bukan setakat kepada UMNO.

Sejak dari tahun 1998 lagi, pihak Daulah Terpendam telah nampak senario bahawa PKR mampu menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen.

Dan terbukti tahun 2018, PKR berjaya menjadi satu2 parti dengan kerusi terbanyak di Parlimen.

Rekod Azmin di dalam PKR amat buruk. Beliau tidak membina apa-apa di dalam PKR. Beliau cuma membawa kekacauan dan kerja beliau hanya membuat kacau bilau dan pergaduhan sesama pimpinan.

Yg lebih penting Azmin mesti menguasai PKR supaya PKR dapat dikawal oleh Daulah Terpendam.

Namun usaha Azmin Ali sering digagalkan oleh Anwar Ibrahim.

Sekarang ini, orang2 Azmin ke sana ke mari menyebarkan cerita karut bahawa Anwar Ibrahim adalah bisexual dan peliwat.

Dahulu, tuduhan ini datang dari luar PKR. Sekarang ini ia datang dari dalam PKR melalui orang2 Azmin Ali.

Azmin Ali juga bukan pencetus Reformasi.

Azmin Ali tak terlibat dalam Reformasi. Beliau takut berhadapan dengan polis dan yang pertama lari bila Polis datang.

TUnjukkan demonstrasi mana yg Azmin Ali ketuai sepanjang Reformasi dahulu?

Lebih berani anak2 Anwar Ibrahim dan Kak Wan Azizah berbanding Azmin Ali.

Sila dengar pendedahan siapa Azmin Ali oleh Reformis Lembah Pantai, Ruslan bin Mat di bawah ini:

MENGAPA DAULAH TERPENDAM TAKUT DENGAN REFORMASI

Mereka takut Reformasi kerana Daulah Terpendam ini gemuk dan kaya raya dengan merompak harta rakyat. Aliran wang ini datang dari sumber halal mahupun haram.

Oleh kerana mereka Daulah Terpendam maka mereka terselamat dari tindakan undang-undang.

HAsilnya, rakyat umum termasuk orang Melayu semuanya hidup melarat dan tertindas manakala mreka hidup kaya raya dari hasil haram mereka.

Contoh kecil adalah mantan KSU Kementrian Pertanian yang baru sahaja dibuang. Kaji kes dia dan kita akan tau mengapa Daulah Terpendam takut dengan Reformasi.

KESIMPULAN: Anwar Ibrahim mangsa fitnah kali ketiga kerana mereka2 yg dibelakang fitnah ini adalah Daulah Terpendam sejak dahulu. Peluang mereka memakan wang haram akan hilang sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Dan Azmin Ali adalah alat mereka.

TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2019/12/konspirasi-liwat-3-ditaja-oleh-daulah.html

PENYOKONG ANWAR INGATKAN HANIF JANGAN TERLIBAT POLITIK KOTOR

PH SABAH BERI SOKONGAN PADU KEPADA WARISAN

ANWAR MAHU KERAJAAN LEBIH TEGAS BELA KEMISKINAN

Mengapakah menukar kerajaan itu baik untuk demokrasi?


Oleh: Kipas lipas

1.Sekarang barulah rakyat boleh membezakan di antara kerajaan dgn parti pemerintah.

2. Sekarang barulah rakyat dapat membezakan antara harta parti dgn harta kerajaan.

3. Berlakunya perlumbaan yg sihat di antara parti2 pemerintah untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

4. Membolehkan parti2 lain belajar jadi kerajaan.

5. Membolehkan pemimpin2 drp parti yg berlainan belajar menjadi menteri.

6. Mengurangkan budaya mengampu oleh  pegawai2 kerajaan untuk menjawat jawatan tertinggi.

7. Mengurangkan  budaya balas dendam kerana tiada lagi parti yg kebal.

8. Memberi peluang pada pemimpin2 drp parti yg kalah untuk berehat dan  koreksi diri.

9. Memberi peluang pemimpin2 drp parti yg menang untuk menunjukkan bakat dan kebolehan.

10. Melahirkan kebimbangan kpd pemimpin2 kerajaan  untuk melakukan perbuatan rasuah kerana mereka boleh dikalahkan rakyat.

11. Tiada lagi kata2 " Eh,  awak pegawai kerajaan,  mana boleh sokong parti pembangkang ".

BILA KAMI BEREFORMASI, AWAK MASIH PAKAI PAMPERS...

Oleh : Bob kelanang.



Naib Ketua Wanita KEADILAN YB Juwairiya berkata kumpulan seperti Otai Reformis 98, Jingga13, MASSA dan Anak Reformasi hanyalah sekadar badan bukan kerajaan (NGO) DAN tidak mewakili ahli atau pemimpin partinya. 

Adakah dia ni lupa siapa yang tubuhkan DAN siapa ahli-ahli dalam NGO tu?? Atau telah jadi bodoh sejak bersetongkol dengan Kartel??

Jingga13 sendiri yang kini dah 9 tahun diwujudkan adalah terdiri dari ahli KEADILAN, ditubuhkan oleh ahli KEADILAN, diiktiraf oleh Presiden KEADILAN sejak zaman Wan Azizah hingga kini Anwar Ibrahim DAN dibarisi anak muda yang majoriti dari mereka masih AMK suatu ketika dulu, DAN banyak mempertengahkan barisan anak muda yang berani menentang rejim UMNO ketika era pemerintahan Najib.

YB Jue si-payung terjun, takkan tak perasan ada antara golongan kamu sendiri suatu masa dulu di zaman pembangkang adalah dari NGO2 yang kamu kata bukan ahli parti ni?? Nak aku senaraikan satu persatu ke??

Aku tak heran kalau suatu masa nanti jika ada kumpulan pengundi DUN Bukit Melawati bersuara ketidakpuasan hati, dia sendiri keluar statement kumpulan tu bukan pengundi DUN Bukit Melawati..

Nilah contoh orang lupa diri. Selamba kutuk geng  turun ke jalan reformasi. Tak marah aih... pada masa YB masih dok pakai pampers...

Bila YB payung terjun dari #Kartel yang cuba putar sejarah!!!  Kami reformis harap2 awak tonggek dalam PRU15 nanti.

Nazri: Najib sebenarnya minta jadi pengerusi BN, bukan penasihat.



Anggota Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata Najib Razak meminta untuk menjadi pengerusi BN semula dan bukannya pengerusi lembaga penasihat BN.

Nazri mendakwa, bekas presiden Umno itu mahu mengambil kesempatan apabila menyedari BN boleh menang kembali hasil kerjasama dua parti berkenaan.

"Saya tahu jawatan yang dipohon sebenarnya pengerusi BN, bukan pengerusi lembaga penasihat (BN), bila dia (Najib) lihat masa depan kita cerah dengan PAS.

"Mahu jadi PM (perdana menteri) lagi ke? Bagilah peluang kepada anak-anak muda, pimpinan baru, cukuplah," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Padang Rengas, yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA



Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli.

Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA.

“Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara).

“Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid.

Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN.

Rata-rata mereka rasa terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuatnya beberapa hari lalu untuk bersara sepenuhnya daripada politik.

Kata mereka, keputusan itu adalah mengejutkan dan tidak sepatutnya diambil, lebih-lebih lagi dalam suasana politik semasa sekarang memperlihatkan keberadaan Rafizi dalam PKR khususnya, masih lagi diperlukan.

Rafizi selama ini banyak membuka mata masyarakat berhubung pendedahannya dalam kes NFC, Tabung Haji, 1MDB, Yapeim dan beberapa skandal yang lain.

Dalam semua pendedahannya itu, Rafizi telah berjaya mengemukakan fakta-fakta yang mengejutkan, sekaligus menyebabkan rakyat semakin sedar betapa bobroknya kerajaan yang ditadbir oleh BN dan perubahan mesti dilakukan.

Dalam PRU14 lalu pula, meskipun dilarang bertanding kerana dijatuhi hukuman di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan skandal NFC, Rafizi tetap bekerja keras berkempen ke seluruh negara bersama trak bergeraknya.

Harus diakui, melalui trak bergerak dan beberapa siri pendedahan skandal dalam BN itulah yang tidak harus dinafikan turut sama menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya hari ini berjaya menjadi kerajaan.

Maka itu, meskipun sumbangan dan peranan Rafizi seolah-olah tidak dihagai oleh kerajaan PH hari ini, sebaliknya mereka yang pernah menolak Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu lebih diberikan laba jawatan dan kedudukan, beliau tidak seharusnya mudah mengalah, lemah dan patah semangat.

Dunia memang selalu begitu, kaca lebih menyerlah cahayanya berbanding permata.

Lagi pun, mereka yang masih menyokong dan menghargai sumbangannya tidak pernah sama sekali melupakannya.

Dengan usianya yang masih muda, Rafizi ada masa depan yang cerah di hadapannya, lebih daripada itu, berbanding ramai pemimpin dan menteri yang ada sekarang, negara lebih memerlukan kebolehannya berbanding mereka itu.

Oleh itu, Rafizi harus menilai kembali keputusan bersara yang dibuatnya itu agar dalam dia gembira kerana bebas dan lepas sepenuhnya, ramai yang lain juga dapat bergembira sama dengan sumbangan dan khidmat baktinya kepada masyarakat.

Tidak lama lagi, peranan beliau pasti akan lebih diperlukan dalam negara ini. (ShahbudinHusin 13/12/2019)


Tuduhan serangan seksual: Penyokong kata harapan Anwar jadi PM makin tipis



PETALING JAYA: Penyokong Anwar Ibrahim berkata peluang untuk mereka melihat presiden PKR itu menjadi perdana menteri semakin kabur susulan kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad bahawa peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), November tahun depan.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, ia ditambah pula dengan tuduhan terbaru terhadap Anwar membabitkan serangan seksual, yang menipiskan lagi harapan untuk melihat peralihan kuasa tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata segala kenyataan dan janji Mahathir tidak boleh dipercayai.

“Apa perkataan daripada Mahathir langsung kami tak boleh percaya sebab mengikut perundingan awal, bulan Mei ini dia akan lepas jawatan, tapi nampaknya kenyataan terbaru kata sampai selepas APEC pula pada November, ini pun tak boleh dipercayai,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Mahathir semasa ditemubual Reuters yang berjanji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, walaupun presiden PKR itu berdepan dakwaan serangan seksual terbaru.

Perdana menteri berkata, beliau tidak akan menyerahkan kuasa sebelum APEC di Kuala Lumpur pada November tahun depan, tetapi akan berbuat demikian selepas itu.

Bukit Aman semalam mengambil keterangan Anwar selepas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther mendakwa presiden PKR itu melakukan salah laku moral terhadapnya.

Mengulas lanjut, Razak berkata pihaknya merasakan Anwar mungkin dipenjarakan sebelum APEC.

“Macam cara mereka ambil sekarang ini, siasatan yang begitu cepat tentang kes Anwar tak sampai seminggu, padahal kes Mohamed Azmin Ali berhubung video yang pernah Otai bangkitkan begitu lama siasatan diambil, sedangkan bukti jelas dengan video dan sebagainya, kenapa tak diambil tindakan tapi Anwar begitu cepat.

“Saya lihat begitu (cubaan menghalang Anwar menjadi perdana menteri), ia (skandal terbaru) sebagai langkah pembunuh karektor. Ia akan memberi tanggapan bahawa Anwar tidak layak menjadi perdana menteri, jadi ada alasan untuk Mahathir kekal sepenggal,” katanya.

Razak menambah, Otai Reformis tidak menolak untuk turun ke jalanan jika nasib Anwar terus teraniaya termasuk usaha menghalangnya menjadi perdana menteri.

“Kami sebenarnya sedang kumpul kekuatan, besar kemungkinan kita turun, sebab rakyat masih ada lagi yang semangat walaupun ada yang tua daripada kalangan Otai.”

CALON-CALON AJP NAFAS YANG DIGANTUNG.


CALON-CALON AJP NAFAS YANG DIGANTUNG.

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan berlangsung tidak lama lagi.

Mereka ini majoritinya adalah AJP NAFAS lama yang terlibat dengan pelbagai skandal dan korupsi yang sedang disiasat SPRM & PDRM Bahagian Jenayah Komersil.

Mereka pernah digantung, kerana lebih 42 kesalahan besar yang dilakukan, antaranya;

1. Pembelian Ladang Sg Karap, Miri, Sarawak melebihi harga pasaran.

2. Pembelian Kilang Dedak di Muar, Johor melebihi harga pasaran.

3. Pembelian bangunan Pejabat NAFAS HQ di Damansara melebihi harga pasaran.

4. Pembelian Baja Subsidi dari India dan Vietnam yang tidak menepati standard Kerajaan bernilai lebih 90 juta.

5. Anak syarikat NAFAS banyak rugi, hampir bungkus.

6. Duit Zakat NAFAS diberikan kepada UMNO Bahagian di Sabah.

7. Sewa Bangunan untuk Pejabat Staf NAFAS yang di miliki oleh Isteri AJP NAFAS.

8. Ladang Sawit milik anak syarikat NAFAS di Indonesia, Perak, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak semuanya rugi. 

Pemilihan kali ini akan memilih seramai 5 orang AJP NAFAS, mohon Perwakilan seluruh Negara boleh pilih selain daripada mereka.

Kami mendesak Kerajaan Malaysia, terutamanya MOA iaitu YB Dato Seri Salahuddin Ayub dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, iaitu Datuk Mazlan Aliman mengantung keahlian mereka, kerana sangat jelas mereka telah memudaratkan Pertubuhan Peladang dan kes-kes mereka masih dalam Siasatan SPRM & POLIS BAHAGIAN JENAYAH KOMERSIL.

APAKAH MEREKA BOLEH BERTANDING LAGI ?

LIWAT 3.0: ‘DARI SERABUT KE JAMBU’

PENDEDAHAN JU FAZLI.ANWAR ADA 154 PENYOKONG DI PARLIMEN


PH TERIMA SOKONGAN MINIMUM

Oleh Azrul Hakimie Anuer



BANGI,, Jumaat – Sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini berada pada tahap sangat minimum dalam kalangan rakyat.
Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali mendakwa, keadaan berkenaan berlaku ekoran daripada kegagalan kerajaan didominasi DAP itu melaksanakan manifesto yang dijanjikan terutama berkaitan kos sara hidup.
Dakwa beliau, ketika ini pihak yang benar-benar menyokong PH hanyalah golongan kelas pertengahan dan ahli akar umbi parti politiknya.
“Situasi sekarang boleh dikatakan memang paling rendah tahap sokongan rakyat, selepas lebih setahun berkuasa dia (PH) boleh kata tidak berjaya menunaikan janji-janji.
“Sebenarnya orang atas pagar ini ramai, yang bising di media sosial mewakili kumpulan kecil sebenarnya.
“Buat masa sekarang memang susah sikit sebab rakyat ketika ini sedang merasakan persembahan PH tidak begitu memberangsangkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Badan pemikir, EMIR Research semalam mengeluarkan hasil penyelidikan mengenai sokongan dan pandangan rakyat terhadap parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
Daripada 1,992 responden yang terdiri daripada 104 latar belakang berlainan mendapati PH mendapat 41 peratus kerusi Parlimen.
Sokongan daripada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah mendapati 45 peratus memilih Muafakat Nasional, manakala PH pula mendapat 40 peratus undian diikuti 15 peratus bagi parti Bebas.
Mengulas lanjut, Dr Mazlan berpendapat, kerajaan PH ketika ini berada dalam tekanan susulan daripada kemerosotan sokongan yang mereka hadapi.
Katanya lagi, keadaan menjadi bertambah buruk dengan berlakunya pelbagai kemelut politik melibatkan parti komponen seperti PKR dan DAP.
“(Tekanan) sudah pasti ada, Konvensyen Amanah baru-baru ini kemudian PKR soal kongres dia sendiri pun banyak perkara-perkara seperti ini dibangkitkan.
“Mereka dalam situasi sedar bahawa sokongan tidak berpihak kepada PH sekarang ini,” katanya.
Dr Mazlan turut memberi peringatan sekiranya PH masih berdepan dengan masalah sama seperti kemelut siapa Perdana Menteri dan gagal mempertingkatkan ekonomi negara untuk tempoh masa setahun lagi usaha mengekalkan tampuk pentadbiran mungkin menjadi sukar.

EKONOMI MALAYSIA PERLU BERUBAH


Saya meluangkan masa membaca dan menelaah dapatan oleh Bank Dunia melalui laporannya “21st Malaysia Economic Monitor — Making Ends Meet” yang baru diterbitkan awal bulan ini.

Laporan itu mendapati Malaysia kini sedang dirundung senario muram ekonomi global. Dalam usaha untuk mendepani tantangan-tantangan ini, kerajaan harus lebih tuntas dan tegas dalam memenuhi janji-janji manifesto Pakatan Harapan dalam membela mereka yang miskin dan terpinggir.

Kesemua isu yang disentuh oleh laporan tersebut mampu ditangani dengan dasar-dasar ekonomi Pakatan Harapan jika diberi fokus dan iltizam yang jitu untuk menanganinya kerana ia ternyata mengesankan ramai warga terutamanya golongan B40.

Saya yakin keadaan lebih suram di kawasan desa seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu, serta di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Dapatan-dapatan dalam laporan tersebut sewajarnya meningkatkan kesedaran kita sebagai kerajaan pemerintah dalam menyelesaikan isu kos sara hidup, memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dengan gaji yang munasabah serta program-program kebajikan untuk mereka yang terpinggir rentas kaum.

Nisbah tiga dalam sepuluh warga berasa kurang yakin dalam keupayaan mereka mendapatkan bekalan makanan. Laporan tersebut juga menyatakan harga rumah ternyata ‘parah’ dan ‘membimbangkan’ di banyak wilayah di Malaysia. Tambahan pula, kadar hutang yang tinggi serta kekurangan simpanan menambahkan lagi rasa gawat pada ramai rakyat Malaysia.

Laporan ini termasuk yang dilaporkan oleh Pelapor Khas PBB Philip Alston beberapa bulan yang lalu selari dengan pemerhatian dengan keluarga-keluarga di Port Dickson dan juga di banyak kawasan lain di Malaysia.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa cadangan oleh laporan Bank Dunia tersebut bahawa perhubungan dan komunikasi yang berkesan tentang kejayaan-kejayaan kerajaan Pakatan Harapan adalah aspek yang penting dalam membina keyakinan serta memastikan kejayaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan.

*ANWAR IBRAHIM*

—

I have had the opportunity to read and reflect on the findings of the World Bank's '21st Malaysia Economic Monitor — Making Ends Meet' report which was published earlier this month.

The report clearly demonstrates that Malaysia faces a challenging global economic scenario. In order to overcome these challenges, the government must be more focused and more decisive in fulfilling the Pakatan Harapan manifesto promises to uplift the poor and marginalized segments of society. 

Many issues raised in the report are addressed by Pakatan Harapan economic policies, which, if pursued vigorously and with determination could begin to alleviate the burdens felt by many Malaysians, particularly those who are most vulnerable in the B40 group.

The scenario is more bleak for the rural poor in Kelantan, Kedah, Terengganu and the rural heartland of Sabah and Sarawak.

The findings in these reports should increase the sense of urgency that we in the ruling coalition have to resolve cost of living issues, stimulate the economy, create good paying jobs and increase the social safety net for the most marginalized groups from all races.  Importantly – I urge the government to monitor development projects carefully to ensure that funds are being directed towards and ultimately reach their intended recipients.

Three in ten Malaysians feel insecure about their ability to buy food. The report states that housing prices are “severely” and “seriously” unaffordable in various parts of Malaysia. Furthermore, high indebtedness and inadequate savings exacerbate the sense of financial dread felt by many hardworking Malaysians.

These findings, as well as those expressed in the report authored by the UN Special Rapporteur on extreme poverty and human rights, Philip Alston, echo conversations I have had with Malaysian families in Port Dickson and around the country.  The people are struggling.

I would also highlight the World Bank report’s recommendation that effective communication of the progress the PH government has made with the rakyat is essential for us to build trust and ensure policy success.

*ANWAR IBRAHIM*

https://www.facebook.com/16194831839/posts/10159925505161840?d=n&sfns=mo

JUMPA AZMIN UNTUK KONTRAK 53 JUTA.



Kumpulan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput mengadakan perjumpaan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali di rumahnya baru-baru ini dikhabarkan sudah pun mula menerima habuan masing-masing.
Habuan yang diterima dikatakan adalah dalam bentuk kontrak pembangunan infrastuktur bagi kawasan Parlimen masing-masing.
Difahamkan salah seorang Ahli Parlimen UMNO itu telah diberikan kontrak bernilai RM53 juta.
Dengan perkembangan ini, beberapa persoalan kini harus diberi perhatian, baik oleh PH, mahupun UMNO.
Pertama, mengapakah Azmin yang merupakan menteri kerajaan PH begitu bermurah hati terhadap Ahli-Ahli Parlimen pembangkang daripada UMNO?
Apakah tujuannya jika bukan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu?
Kalau begitu, tidakkah ini sebenarnya suatu pengkhianatan kepada PH oleh menteri PH sendiri?
Kedua, adakah Ahli-Ahli Parlimen PH pernah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak itu daripada kerajaan PH sendiri untuk memastikan kesejahteraan pengundi di kawasan yang mereka wakili?
Jika tidak, apa istimewanya Ahli-Ahli Parlimen UMNO atau pembangkang itu berbanding Ahli-Ahli Parlimen PH atau kerajaan?
Inikah yang dinamakan “kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiar mati tak makan?
Selain itu, ketika era BN memerintah dahulu, pernahkah Ahli-Ahli Parlimen pembangkang diberi layanan istimewa dan disediakan peruntukan pembangunan seperti itu?
Ketiga, dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, Presiden UMNO, Ahnad Zahid Hamidi telah meminta kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu untuk berdiri serta berikrar tidak akan terlibat dalam sebarang percubaan menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang, sebaliknya hanya melalui pintu depan serta sentiasa bersama dengan keputusan parti.
Tetapi, dengan kontrak juta-juta dan peruntukan pembangunan yang diberikan oleh Azmin kepada sebahagian daripada 38 Ahli Parlimen UMNO itu, apakah ikrar taat setia mereka masih boleh dipakai?
Apakah mereka masih benar-benar setia kepada UMNO atau lebih setia kepada orang yang dapat memberikan projek serta habuan?
Dalam hal ini, sementara UMNO harus sentiasa berhati-hati, apakah PH masih mahu berdiam diri?
Atau, barangkali ada yang memberi restu? (ShahbudinHusin 13/12/2019

AGENDA KARTEL LAGI?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam REFORMASI!

Berdasarkan artikel ini,(Sivarasa) kumpulan sebelah sana (baca: Kartel) akan melancarkan jelajah seluruh negara mengumpul kekuatan akar umbi meraih sokongan agenda pintu belakang.

Kita semua berada di belakang Presiden, kita patuh dan akur untuk berhenti menyemarakkan sebarang unsur perbalahan dalaman ini.

Jadi, walaupun marah meluap-luap, jangan kita gaduh dengan puak sebelah sana (baca: Kartel). Ini sentimen yang mereka cuba mainkan. Pihak luar akan nampak PKR parti gaduh. Presiden cakap jangan gaduh, tetapi gaduh jugak. Jadi, di manakah mereka yang dengar cakap Presiden?

Kitalah orang yang dengar nasihat Presiden tu. Kita takkan mudah gaduh sebab kita tahu apa yang mereka canang itu semuanya dusta.

Kalau sebelah sana (baca: Kartel) ajak gaduh dengan menghina Presiden dan cubaan-cubaan lain dan kita semua terus maintain cool dan takmau gaduh, puak sebelah sana nak gaduh dengan siapa? Biarlah mereka melalak sendiri.

Kalau kita join gaduh, sebelah sana akan dapat poin - iaitu pengikut tidak dengar cakap Presiden.

Yang dengar cakap Presiden seharusnya jangan gaduh, tetapi ikut saluran yang betul.

Buang masa je gaduh ni.

Biarkan diorang terus menjaja cerita, kita kumpul bukti, dan hantar aduan kepada Lembaga Disiplin. Kita orang yang berdisiplin. 

Apa pula langkah kita?

InsyaAllah, PRO98 Reformis Malaysia akan memperkemaskan gerakan. Kita juga akan adakan siri Jelajah Penerangan memberi fokus kepada Memperkasa REFORMASI.

Akar umbi perlu diingatkan kembali asas-asas paksi perjuangan dan seharusnya faham makna Deklarasi Permatang Pauh. Ini penting dan perlu dicapai supaya kita mempunyai gelombang untuk kuasa kebangkitan rakyat menjelang Mei 2020. 

Inilah fokus utama dan bukan sibuk melayan Kartel yang sudah tersasar jauh tu.

Paksi kita - Anwar PM ke-8

1. Jangan kita gaduh dengan Kartel. Kita tahu cerita Kartel semua tu tipu dusta belaka. Biar diorang je tipu dan percaya sendiri. Diorang nak gaduh, kita tak nak. Padan muka diorang.

2. Kita tangkis semua percubaan nak memburukkan Presiden kita. Kita lawan konspirasi ketidakadilan. Inilah masa nak membuktikan reformasi institusi terutamanya badan kehakiman.

3. Kita juga akan mendesak Majlis Presiden PH agar bersikap tegas berkenaan penetapan tarikh peralihan kuasa. Tarikh peralihan kuasa mesti tidak melebihi 9hb Mei 2020.

REFORMASI!

ALHAMDULILLAH, RAFIZI BEBAS SEPENUHNYA


Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang diputuskan pada 15 November lalu.

Ini setelah Timbalan Pendakwaraya (TPR) memaklumkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ditarik balik.
Rafizi diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid kelihatan sihat dan ceria sepanjang proses rayuan dibuat.
Doakan beliau terus cekal berjuang bersama rakyat.

TERKINI :KERAJAAN MALAYSIA TIDAK TAHU PENYELESAI DI US BERKAITAN 1MBD

Azmin dan Zuraida pembohong! - Otai Reformis

MB N SEMBILAN BANTAH HASRAT BERSARA RAFIZI

HAD PM DUA PENGGAL BOLEH TINGKAT SOKONGAN KEPADA PH?