Liwat 3.0: ‘Dari serabut ke jambu’
Blogger Edy Noor Reduan
Jika benarlah kejadian itu berlaku, adalah menjadi persoalan asas ialah, mengapa tiada laporan polis dibuat dalam tempoh 24 jam? atau dalam masa 2-3 hari? Mengapa ia tidak berlaku?
Kalian ambil nafas panjang dan fikirlah baik-baik. Tarikh yang dikatakan kononnya berlaku ‘pencabulan’ seperti yang didakwa, adalah hari ke-4 pilihanraya kecil Port Dickson.
Ketika itu keghairahan PRK sedang memuncak, jika ada berita DSAI buang sampah merata-rata pun media akan lapor dengan membesar-besarkan berita kecil, mensensasikan berita suam, kerana ketika itu DSAI adalah tumpuan utama, Calon PRK Parlimen Port Dickson, dan juga calon Perdana Menteri yang sedang mendapatkan kerusi kelayakan.
Sedangkan berita yang kecil jika dimainkan di pelbagai media pun akan mampu memberi impak terhadap undi DSAI, apatah lagi jika berita itu bertajuk LIWAT 3. Mengapa perkara ini langsung tidak dihebahkan kalau benar-benar berlaku?
Waktu itu masih ada lebih kurang 10 hari sebelum hari mengundi, mengapa kisah dakwaan Yusoff ini tidak meletup? Kenapa tidak heboh langsung?
Yakinlah bahawa, kisah Liwat 3 ini adalah kisah dongeng yang baru direkayasa selepas mendapati sokongan dan gerakan DSAI yang naratif dan zikirnya mengangkat rakyat semakin jauh di depan. Ini acap kali berlaku ketika Anwar Ibrahim hampir ke pangkuan kerusi Perdana Menteri.
Atau apakah ia mula disusun selepas kisah semburit di Sandakan meletup?
Kalian fikir lah dengan tenang, secara logik dan rasional.. Waktu DSAI sedang sibuk mencari undi terbanyak, demi menitip kemenangan paling bergaya untuk masuk ke parlimen sebagai Ahli Parlimen dengan watak ‘Prime Minister in Waiting’, sudah tentunya setiap undi yang merekodkan jumlah majoriti itu amat penting bagi DSAI.
Persoalannya, tergamak atau tidak, seorang Anwar Ibrahim, yang ketika itu calon pilihanraya, bakal Perdana Menteri, bertindak sedemikian rupa?
Saya bertanya soalan di atas ini bukan dari sudut keperibadian DSAI yang saya kira seorang yang warak dan tinggi ilmu agamanya. Jika dari sudut keperibadian, soalan ini tidak wajar diajukan sama sekali.
Pertanyaan saya adalah dari sudut survival politik dalam usaha memenangi sebuah pilihanraya kecil yang menjadi kunci utama seorang Perdana Menteri dalam penantian.
Tidakkah kalian tahu, kisah-kisah penceritaan ini semuanya boleh direkayasa, disusun, difabrikasi? Masalahnya, kisah liwat 3 ini mempunyai bukan hanya plot cerita, latar masa dan pelakun yang paling lemah, malah ia adalah skrip ulangan yang begitu membosankan.
Semalam si Yusoff ini bertemu pihak polis untuk diambil keterangan. Datangnya dengan peguam, dengan paras rupa yang cukup berlainan berbanding rupa paras yang sebenar. Tiada lagi jambang, tiada lagi rambut mengerbang dan bulu muka yang bersepah..
Yusoff datang dengan ketrampilan serba jambu, sudah di’make-over’ menjadi Yusof yang berbeza. Malah TV3 juga telah paparkan gambar terbaru ini seolah-olah ia sudah disusun. Tidakkah kalian faham permainan ini? tidakkah kalian mengerti??
Masih kita tidak lupa bagaimana ketika isu liwat siri kedua, Saiful Bukhari muncul dengan dahi yang kehitaman, yang kononnya dilihat warak dan alim dengan dahi hitam itu akibat sujud kepada tuhan. Hitam di dahi itu adalah ‘make-over’nya Saiful Bukhari, sebagaimana Yusoff.. sama sahaja!
Sekarang ini jika kamu lihat gambar terbaru Saiful Bukhari, tiada lagi hitam di dahi.. Adakah kalian masih tidak memahami permainan ini? Kita tidak dungu untuk ‘brain’ semua ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah beberapa kali dihidangkan dengan episod fitnah yang hampir sama, sewajarnya jauh lebih celik dan matang. Kita harus lebih pandai menilai, dan menolak politik jahat yang sekali lagi disusun untuk menghalang seorang Anwar Ibrahim, mengambil tempatnya sebagai PM ke-8.
Lebih sukar cabarannya, maka akan lebih baik hasilnya nanti. InshaAllah, DSAI akan tetap akan menjadi Perdana Menteri terbaik sepanjang zaman, walau apapun halangannya jika diizin tuhan, akan jadi juga, kun fayakun.